AHMAD NAZIB PASANG NIAT JADI YB DUN SATOK



Walaupun Majlis Tertinggi PKR dan Baru Bian mahupun Pakatan Pembangkang belum lagi mengumumkan calon-calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya DUN Sarawak akan datang, namun Ahmad Nazib telah mempromosikan dirinya sebagai calon PKR di DUN Satok.

Sebelum ini, DUN Satok disandang YB Datuk Amar Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg.

Menurut kem PKR, keberanian Ahmad Nazib memutuskan dirinya untuk bertanding di DUN Satok atas kapisiti dirinya sebagai anak jati Satok dan telah bertungkus lumus dalam menerangkan aspirasi PKR, mengadakan ceramah secara haram dan yakin mencapai kemenangan.

Bagaimanapun, sikap keberanian Ahmad Nazib ini tidak disenangi beberapa ahli-ahli PKR DUN Satok. Menurut mereka, kenyataan Ahmad Nazib telah membelakangkan kepimpinan tertinggi mereka dan sambil mendakwa hanya beliau sahaja calon yang layak bertanding di DUN Satok segera ditepis ahli-ahli PKR. Kenyataan Ahmad Nazib ini diibarat sebagai bongkak.

Ahmad Nazib juga memaklumkan bahawa selain dirinya, tiada lagi calon PKR yang layak bertanding di DUN Satok dan seterusnya merampas kerusi itu daripada BN.

Keyakinan itu disuarakan dirinya yang yakin mempunyai sokongan padu daripada pengundi-pengundi DUN Satok dan seterusnya mencatat kemenangan. Di samping itu, Ahmad Nazib juga telah menyuarakan keyakinan mengenai kekuatan jentera PKR di DUN Satok setelah banyak wang ringgit yang telah dirinya laburkan dalam memberikan taklimat dan menjayakan kempen-kempen PKR.

Ahmad Nazib pendatang baru dalam politik Sarawak yang masih mentah dan berhingus merupakan sebahagian daripada anak didik Anwar Ibrahim. Selain karektornya yang seakan-akan sama dengan Anwar Ibrahim sehingga sanggup mempersoalkan peranan agama Islam dan kepentingan kaum Melayu di Malaysia dan di Sarawak.

Kini terpulanglah kepada pengundi-pengundi dan jentera parti DUN Satok untuk menyaingi keyakinan Ahmad Nazib untuk merampas DUN Satok.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger