AFFENDI JEMAN TIDAK LAYAK BERI ULASAN



Pemimpin BN yang menaja calon Bebas bagi menentang calon PBB disifatkan sebagai pengecut.

Ramai pihak yang mengaitkan tindakan Ketua Penerangan PRS, Tedewin Ngumbang yang telah keluar parti dan enggan menyertai SNAP. Sebaliknya, Tedewin dikatakan akan menjadi calon Bebas bagi menentang calon BN-PBB, YB Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu anak Numpang di DUN Layar.Diberitakan juga PRS akan menaja 5 lagi calon Bebas bagi menentang PBB. 

Desas desus mengaitkan PRS yang didakwa menaja calon Bebas pada Pilihan Raya DUN Sarawak akan datang semakin bertiup kencang dalam usaha melemahkan semangat dan meruntuhkan perpaduan dalam BN lebih-lebih lagi menjelang pilihan raya.

Bagaimanapun, dakwaan tersebut segera dinafikan Presiden PRS sambil menjelaskan kesetiaan parti itu tetap bersama BN.

Affendi Jeman begitu lantang dalam mengulas mengenai dakwaan pemimpin PRS yang didakwanya menentang calon PBB di beberapa DUN termasuk DUN Layar yang disandang Timbalan Ketua Menteri Sarawak.

Sebelum itu, Affendi Jeman perlu menjawab tindakannya yang menaja beberapa calon yang akan mewakili JPUNS dengan menggunakan Bebas bagi menentang calon BN. Terdahulu, Affendi Jeman pernah menyatakan bahawa JPUNS ini menyokong dan mempertahankan UMNO dan BN, tetapi dalam Pilihan Raya DUN Sarawak, JPUNS mengambil pendekatan menentang BN Sarawak.

JPUNS merupakan suatu pertubuhan haram di Sarawak kerana tidak mendapat pengiktirafan daripada Pendaftar Pertubuhan Negara dan juga tidak mendapat restu dari UMNO Ibu Pejabat.

Justeru, kenyataan Affendi Jeman dan JPUNS ini hanyalah bersifat memecahbelahkan BN Sarawak.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger