Thursday, December 30, 2010

Ketua Menteri Sarawak bersetuju mengagihkan 2,000 hektar tanah kepada sekolah-sekolah persendirian Cina di Sarawak.

Sebelum ini, pemimpin-pemimpin DAP dan PKR sering mengecam kerajaan mengenai keengganan pemimpin BN Sarawak yang tidak memperdulikan masyarakat Cina di Sarawak khususnya melibatkan pendidikan Cina.

Hakikatnya, pemimpin dan Kerajaan Sarawak tahu apa yang perlu mereka lakukan terhadap pembangunan rakyat di Sarawak. Dan, kerajaan tidak perlu mendengar kecaman dan rungutan daripada DAP dan PKR yang lebih bersifat peribadi dan kepentingan parti.

Sepanjang pemerintahan BN di Sarawak, kerajaan sangat prihatin terhadap permasalahan yang dihadapi rakyatnya terutama yang melibatkan pembangunan dan pendidikan. Namun, kebanyakan rakyat kini banyak terpengaruh dengan desakan dan fitnah yang ditaburkan pembangkang sehingga apa yang dilaksanakan kerajaan demi untuk kesejahteraan rakyat dianggap membazir.


Keikhlasan Ketua Menteri Sarawak mengagihkan tanah kepada sekolah Cina dan mengecualikannya daripada dikenakan premium pembaharuan pajakan tanah membuktikan kerajaan prihatin terhadap permasalahan dan keperluan masyarakat Cina. Kesungguhan kerajaan ini dapat mengurangkan bebanan kewangan yang ditanggung sekolah berkenaan.

Ketika ini, terdapat 14 buah sekolah persendirian Cina di seluruh Sarawak dengan 5 daripadanya terdapat di Kuching.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan mengesahkan janji yang dibuat Ketua Menteri Sarawak ketika sesi dialog bersama komuniti Cina yang majoritinya dihadiri wakil sektor pendidikan.

Dalam memastikan pendidikan Cina di Sarawak terus mendapat pembelaan, Ketua Menteri Sarawak akan berurusan dengan Kerajaan Pusat untuk mendapatkan lebih banyak bantuan dan peruntukan lain daripada yang disediakan oleh kerajaan negeri untuk sekolah-sekolah berkenaan.

Terdahulu, satu soalan telah dikemukakan mengenai sekolah Cina;

“Komuniti Cina telah menyuarakan masalah-masalah mereka dan saya sangat bersimpati dengan masalah-masalah yang dihadapi. Pada masa yang sama, mereka juga perlu tahu kemampuan kita (kerajaan) untuk menyelesaikan masalah adalah terhad. Oleh itu, kita perlu mencari bagaimana kapasiti kami (kerajaan) dapat memenuhi keperluan anda”.

Ketua Menteri Sarawak

Sebelum ini, DAP dan PKR dilihat menjadi pemenang dalam mempersoalkan tindakan kerajaan ke atas sekolah-sekolah Cina di Sarawak. Disebabkan itu, DAP dan PKR semakin lantang kononnya memperjuangkan sekolah Cina sehingga menidakkan usaha dan tindakan kerajaan. Dan, apabila kerajaan melakukan sesuatu seperti yang dilakukan kerajaan ini, mereka menggunakan peluang ini untuk meraih simpati dengan mengatakan tindakan kerajaan itu adalah hasil desakan mereka.

Hakikatnya, kerajaan tahu apa yang telah dan akan dilakukan dalam kesejahteraan rakyat. Atas faktor idealogi politik yang terhad dan meraih simpati rakyat, DAP dan PKR sanggup melakukan apa saja demi menjatuhkan BN.

Dengan pengumuman dan usaha kerajaan ini, diharap dapat membuka mata rakyat dan masyarakat Cina mengenai komitmen kerajaan dalam memperjuangkan pendidikan Cina. Sebenarnya, kerajaan tidak sesekali meminggirkan pendidikan Cina seperti yang diwar-warkan DAP dan PKR, bahkan sentiasa mengerti permasalahan yang dihadapi masyarakat Cina, sama seperti kaum-kaum lain di Sarawak.

Oleh yang demikian, persepsi masyarakat Cina kononnya kerajaan meminggirkan mereka haruslah diketepikan. Isu ini bukan soal pilihan raya, tetapi lebih kepada kewajipan kerajaan. Kerajaan tahu apa yang perlu dilakukan tanpa perlu desakan pembangkang. 

Monday, December 27, 2010

Isu Program 100 Hari yang diperkenalkan Pakatan Pembangkang dalam konvensyen kedua mereka tempoh hari khusus untuk Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang. Dalam usaha mereka ‘merampas’ kerajaan dari BN, pelbagai bentuk janji-janji manis yang dilemparkan kepada rakyat. Kalau kita masih ingat, janji-janji pilihan raya Pakatan Pembangkang ke atas Selangor dan Pulau Pinang serta Kedah tidak tertunai sedikitpun. Jika ada sekalipun, ianya diibarat melepas batuk ditangga. Dan, tidak terkecuali menidakkan hak dan kepentingan anak negeri seperti yang berlaku di Pulau Pinang. Anak-anak Melayu di Pulau Pinang ditindas dan merempat di negeri sendiri.


Tulisan Idris Ahmad dalam artikelnya ‘Cuba dulu baru tahu, pilih Pakatan tolak BN’ sememangnya mengangkat PAS selaku kuasa besar di dalam Pakatan Pembangkang. Sambil contoh terdekat, Kelantan yang ditadbir PAS sentiasa ‘bersih’ dalam pentadbirannya berbanding Pulau Pinang yang ditadbir DAP dan Selangor ditadbir PKR dan DAP.
Sambil menafikan tuduhan Timbalan Perdana Menteri yang menyifatkan Program 100 Hari Pakatan Pembangkang sebagai pembohongan besar dan meminta rakyat pilih Pakatan Pembangkang sebelum menilai mereka. Apakah ‘dosa’ BN selama 53 tahun memerintah Malaysia?

Kemerdekaan, pembangunan ekonomi, pembangunan fizikal, pembangunan moral, penghormatan negara-negara luar dan seribu macam kejayaan BN dalam memerintah Malaysia dianggap kegagalan! Apakah disebabkan BN tidak mengamalkan hukum hudud sanggup dikatakan pemerintahan BN di Malaysia dianggap gagal? Dan, tidakkah PAS sedar bahawa kejayaan BN membawa Malaysia ke arah sebuah negara maju dan memimpin negara Dunia Ke-3 serta negara-negara Islam sebagai pendukung kepada kemajuan negara. Paling menyakitkan hati PAS, pastinya kejayaan BN menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang disegani.

PAS, Kelantan negeri yang ditadbirnya dalam beberapa penggal pilihan raya masih berada jauh dalam pembangunan. Atas keprihatinan kerajaan pusat, kebajikan dan pembangunan Kelantan sentiasa terpelihara. Kalau hendak dibandingkan dengan kerajaan negeri, PAS masih lagi ketinggalan dan hanya memainkan sentimen memburukkan pemimpin BN bagi meraih simpati rakyat Kelantan.

Pakatan Pembangkang tak payah memerintah, rakyat sudah tahu keputusannya. Rakyat tidak mahu melihat Malaysia seperti yang dilakukan PKR dan DAP ke atas Selangor dan Pulau Pinang. PAS sendiri masih belum mampu membangunkan Kedah dan apatah lagi Kelantan yang sangat jauh perbezaannya dengan Sarawak. Memilih Pakatan Pembangkang diibarat mencurah asid ke atas diri sendiri. Yang mana kita sudah tahu kesan asid ke atas tubuh badan manusia.

Menyalahkan slogan ‘rakyat didahulukan pencapaian diutamakan’ memberikan gambaran bahawa PAS dan Pakatan Pembangkang takut dengan bayang-bayang sendiri. Dalam situasi ini, slogan hanya sebagai pemangkin semangat untuk BN melaksanakan kerjanya ke atas rakyat dan bukannya banyak memfitnah dan mencaci pemimpin BN. Pemimpin BN bekerja untuk rakyat manakala pemimpin Pakatan Pembangkang bekerja untuk Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Hadi Awang serta Nik Aziz.

Perlaksanaan Program 100 Hari menyebabkan negara akan bankrap. Semenangnya benar, kerana Pakatan Pembangkang ketika ini hanya melihat sokongan ke atas mereka berdasarkan kepada hasrat mereka untuk menakluk Putrajaya. Atas sebab itu pelbagai janji-janji ditaburkan walaupun secara realistiknya mereka tidak berupaya melakukannya. Menabur pelbagai macam janji sememangnya Pakatan Pembangkang ‘juara’ segala juara, tetapi apabila hendak melaksanakannya jauh sekali.

Pemerintahan BN telah terbukti membawa pembangunan mampan ke atas Malaysia. Walau bagaimanapun, pembangunan ini tidak akan terhenti di sini dan kerajaan komited untuk terus membangunkan Malaysia berasaskan sokongan rakyat.

Pembinaan Lapangan Terbang Lawas seperti yang dijanjikan kerajaan amatlah dinantikan. Ini disebabkan, penduduk di Lawas sangat bergantung kepada pengangkutan udara untuk berulang-alik ke Miri, Bario, Limbang dan banyak lagi tempat. Walaupun pengangkutan darat dan sungai juga disediakan, namun pengangkutan udara membolehkan penduduk menjalankan urusniaga dan urusan seharian dengan lebih cepat.

Kesanggupan kerajaan membangunkan Lapangan Terbang Lawas nescaya akan membuka lembaran baru kepada penduduk Lawas. Walaupun terletak jauh di utara Sarawak, Lawas tetap mendapat perhatian kerajaan. Lihat di Sibu, ketika Pilihan Raya Kecil Sibu, walaupun BN tewas, tetapi kerajaan tetap melaksanakan janjinya untuk membangunkan Lapangan Terbang Sibu. Menaiktaraf Lapangan Terbang Sibu adalah untuk kepentingan rakyat secara keseluruhannya.

Selain membina lapangan terbang, kerajaan juga sentiasa prihatin terhadap nasib rakyat yang miskin. Atas sebab itu, kerajaan tidak akan membebankan rakyat dengan menaikkan tambang pengangkutan udara. Dakwaan Idris Ahmad semacam ikut sedap mulutnya sahaja. Apakah beliau pernah datang ke Lawas?

Kerajaan komited untuk membangunkan rakyat dan negara, dan sememangnya itulah tugas dan amanah yang dipikul kerajaan. Namun, membangunkan sesuatu kawasan mahupun rakyat bukanlah dapat dilakukan dalam masa yang singkat. Gagasan 1Malaysia, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan hanya sebagai permulaan ke arah membangunkan negara dan rakyat. Masih banyak masa dan ruang yang perlu dilakukan kerajaan dalam memperkasakan 1Malaysia. Bagaimanapun, Gagasan 1Malaysia sehingga kini semakin diterima rakyat dan ini mencetuskan kebimbangan kepada Pakatan Pembangkang. Atas sebab itu, adalah tidak mustahil tindakan Pakatan Pembangkang membuat kacau di Parlimen dan menuduh 1Malaysia dengan pelbagai macam cara dalam mengaburi mata rakyat. 

Kerajaan komited untuk membangunkan rakyat dan negara, dan sememangnya itulah tugas dan amanah yang dipikul kerajaan. Namun, membangunkan sesuatu kawasan mahupun rakyat bukanlah dapat dilakukan dalam masa yang singkat. Gagasan 1Malaysia, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan hanya sebagai permulaan ke arah membangunkan negara dan rakyat. Masih banyak masa dan ruang yang perlu dilakukan kerajaan dalam memperkasakan 1Malaysia. Bagaimanapun, Gagasan 1Malaysia sehingga kini semakin diterima rakyat dan ini mencetuskan kebimbangan kepada Pakatan Pembangkang. Atas sebab itu, adalah tidak mustahil tindakan Pakatan Pembangkang membuat kacau di Parlimen dan menuduh 1Malaysia dengan pelbagai macam cara dalam mengaburi mata rakyat. Dalam konteks ini, PAS takut dengan bayang-bayangnya setelah melihat sokongan rakyat ke atas BN semakin mendapat perhatian.

Untuk rakyat Sarawak, tidak perlu tukar kerajaan, tidak perlu tukar pemimpin dan TIDAK perlu terpengaruh dengan dakyah pembangkang. Kerajaan sentiasa bersama rakyat .....

Sunday, December 26, 2010

Pakatan Pembangkang berjanji manis akan melaksanakan perubahan dalam masa 100 hari jika memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13? Adakah benar atau bohong semata-mata?


Manakan hendak berjanji 100 hari, janji kepada rakyat Selangor, Pulau Pinang dan Kedah dah beratss hari, tapi tidak juga ditunai. Negeri Kelantan tak payah cakaplah sebab bukan berates malah bertahun-tahun berjanji tapi tak ditunaikan. Janji Pakatan Pembangkang ini telah berjaya mempengaruhi rakyat Selangor, Pulau Pinang dan Kedah. Rakyat Kelantan dah termakan dengan janji-janji PAS.

Dan sekarang, Pakatan Pembangkang sedang ‘mencucuk jarum’ janji manisnya ke atas rakyat Sarawak dengan berjanji bermacam-macam sehinggakan secara realistik ia sangat tidak logik. Tidak ketinggalan juga, janji-janji Pakatan Pembangkang di Selangor dan Pulau Pinang juga dirakamkan semula kepada rakyat Sarawak, kononnya mereka (Pakatan Pembangkang) sedang menunaikan janjinya.


Bagaimana Pakatan Pembangkang hendak menunaikan janji 100 hari mereka sekiranya Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri dan Pakatan Pembangkang memerintah? Umum mengetahui, Anwar Ibrahim gagal menguruskan ekonomi negara ketika menjawat jawatan Menteri Kewangan dan pemangku Perdana Menteri ketika era Tun Dr Mahathir. Cadangan Anwar hendak meminjam dan menerima bantuan Bank Dunia dan IMF ketika kegawatan ekonomi pastinya diingati setiap rakyat Malaysia. Andai cadangan itu jadi kenyataan partinya padah menanti Malaysia dengan kadar faedah yang tinggi dikenakan ke atas peminjam.

Contoh terdekat, ketika Pakatan Pembangkang berjaya menawan Selangor, Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim telah melantik Anwar Ibrahim sebagai penasihat ekonomi. Sekarang, lihat bagaimana ekonomi Selangor yang diberitahu Anwar sebagai meningkat dengan pesat. Hakikatnya, ekonomi Selangor terumbang ambing dan diselubungi pelbagai kontroversi seperti kes kecurian pasir dan penyelewangan kerajaan tempatan.

Apa akan jadi kepada Sarawak sekiranya Anwar dan Pakatan Pembangkang berjaya menawan Putrajaya? Rakyat Sarawak sekarang ini banyak diberi ‘virus’ simpati dan fitnah oleh pemimpin Pakatan Pembangkang daripada Semenanjung Malaysia. Setiap bulan ada saja ceramah dan perhimpunan secara haram diadakan walaupun Pilihan Raya DUN Sarawak belum lagi diadakan. Mereka (Pakatan Pembangkang) berjanji sejuta macam dan mahu menjadikan Sarawak seperti Selangor dan Pulau Pinang yang sangat diagungkan mereka. Hakikatnya, Selangor dan Pulau Pinang tidak seperti yang dijangkakan bahkan ‘jauh panggang dari api’.

Pakatan Pembangkang beranggapan rakyat Sarawak mudah ditipu dan dibohongi dengan menjanjikan pelbagai macam janji manis. Mungkin juga mereka beranggapan maklumat dan suasana politik di Semenanjung tidak sampai ke Sarawak. Sangkaan Pakatan Pembangkang, dahulu mungkin benar, tetapi sekarang tidak lagi. Rakyat Sarawak sekarang lebih cerdik dan pandai. Rakyat Sarawak yang tinggal di rumah panjang dan kawasan luar Bandar juga sekarang sudah menerima internet hasil daripada inisiatif kerajaan.

Program 100 Hari Pakatan Pembangkang mengandungi 9 perkara termasuk pengurusan negara, ekonomi dan pendidikan. Dan, dalam terus meraih simpati rakyat, Pakatan Pembangkang akan mengarah Khazanah Nasional dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyempurnakan pengambilalihan aset lebuh raya oleh kerajaan dengan tujuan menghapuskan tol serta merombak struktur subsidi bagi mengurangkan subsidi kepada swasta dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat.

Pakatan Pembangkang juga berjanji menaikkan imbuhan guru sebanyak RM500 sebulan dan melupuskan Felda Plantations bagi membuka ladang yang diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda.

Dalam pada itu, pada ketika ini kerajaan dan BN berusaha mempertahankan Perlembagaan Negara demi rakyat Bumiputera dan kesejahteraan rakyat bukan Bumiputera. Bagaimanapun, kejelasan Perlembagaan Negara tidak akan diubah dan berubah serta tidak akan kekal lama sekiranya kepimpinan dan kerajaan yang ada sekarang tidak dipertahankan. Rakyat harus sedar dan segara menolak DAP yang secara terang membawa budaya pluralisme dalam masyarakat negara ini. Tidak kemungkinan PKR, DAP dan PAS akan melakukan sesuatu ke atas Perlembagaan Negara seperti yang dilaungkan mereka yang memperjuangkan ketuanan rakyat dan menolak Ketuanan Melayu.

Jika ini berlaku, rakyat Sarawak dan Sabah akan menerima padah yang amat malang sekali. Manakan tidak, hak dan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera Sarawak dan Sabah yang selama ini dijaga rapi oleh Perlembagaan Negara dan kerajaan BN akan terhapus sekiranya Pakatan Pembangkang mengambil alih kerajaan.

Apakah selama 47 tahun Sarawak merdeka dalam Malaysia, Sarawak tidak mengecapi pembangunan? Lihat saja pembangunan yang dinikmati rakyat Sarawak di Kuching, Samarahan, Sibu, Bintulu dan Miri, dan beberapa kawasan lain yang sedang dibangunkan kerajaan. Pembangunan dan kemajuan yang dikecapi Sarawak pada hari ini bukanlah diperolehi dalam sekelip mata. Usaha kerajaan negeri dan keprihatinan kerajaan pusat dalam pembangunan Sarawak tidak akan berhenti bahkan akan berterusan selagi masih di bawah pemerintahan BN.

Sarawak masih memerlukan BN untuk terus memakmurkan Sarawak secara berterusan …
Dakwaan Pakatan Pembangkang yang diketuai Anwar Ibrahim bahawa 1Malaysia ciplak daripada One Israel adalah dusta semata-mata. Sebaliknya, tegas Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak bahawa Gagasan 1Malaysia adalah ciptaannya sendiri.


“Konsep 1Malaysia tidak di-ciplak dari negara lain… ini ciptaan saya sendiri. Negara lain boleh ada satu itu, satu ini… tetapi tidak ada di dunia ada ‘1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.
Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak

Dalam membangunkan negara dan sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, kita harus mendokong dan melaksanakan dasar-dasar yang juga penuh tanggungjawab.

Sambil menegaskan, bahawa amat mudah untuk kita buat sesuatu sebagai ‘politik janji’ tetapi apakah perkara itu yang berdasarkan pendekatan yang amat populis akhirnya akan   menguntungkan kita atau sebaliknya?

Manakala, kerajaan bertanggungjawab memerlukan dasar-dasar yang bertanggungjawab bukannya sesuatu yang kita lemparkan sebagai janji tetapi tidak berasas kepada realiti sebenar.

Seperti biasa, Anwar Ibrahim dan geng-gengnya yang digantung menghadiri persidangan Parlimen atas tuduhan menghina kerajaan tanpa fakta dan bukti walaupun telah diberi peluang dan ruang untuk memperjelaskan maksud mereka mengenai 1Malaysia akan terus menghina dan melabelkan pelbagai macam mengenai 1Malaysia.

Atas provokasi itu juga, Selangor yang diperintah Pakatan Pembangkang terpaksa mengikut telunjuk ‘Maha Anwar’ apabila mengharamkan penggunaan nama dan logo 1Malaysia. Apakah salah 1Malaysia kepada Pakatan Pembangkang?

Pakatan Pembangkang takut dengan bayang-bayang sendiri................

Sunday, December 5, 2010

Sama ada sengaja atau tidak disengajakan apabila Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail mempersoalkan Ketuanan Melayu dan disokong suami tercinta, Anwar Ibrahim. Mempersoalkan dan menghancurkan Ketuanan Melayu seperti yang diucapkan Wan Azizah dan Anwar sebenarnya bertujuan untuk mencabar orang Melayu yang tidak menyokong PKR dan menarik kembali sokongan bukan Melayu (Cina dan India) kepada PKR yang kebanyakannya telah hilang kepercayaan kepada Wan Azizah dan Anwar serta PKR secara keseluruhannya.

Apabila bercerita tentang Ketuanan Melayu, rakyat Sarawak juga mengalami tempiasnya berdasarkan Perlembagaan Malaysia Perkara 153 yang menyentuh mengenai hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera (Sabah dan Sarawak). Menghancurkan, menghapuskan dan maksud perkataan yang sewaktu dengannya yang menyentuh mengenai Bumiputera jelas menunjukkan bahawa PKR sebenarnya telah dan sedang memperalatkan masyarakat Bumiputera di Sarawak dalam membantu mereka mencapai kemenangan. Dan, selepas itu mereka (Bumiputera) akan ditindas dan diperlekehkan seperti yang dilakukan DAP ke atas masyarakat Melayu di Pulau Pinang, merempat di negeri sendiri.

Di sebalik ucapan Wan Azizah dan Anwar Ibrahim yang hendak menghapuskan Ketuanan Melayu, muncul pula ‘heroin’ PKR Sarawak, Zulhaidah Suboh yang tiba-tiba memunculkan dirinya dengan bertindak menyatakan BUKAN Ketuanan Melayu, tetapi Ketuanan UMNO.....


 "ketuanan UMNO or …. ketuanan Raja. We have no problems with ketuanan Raja, but ketuanan UMNO? Since when and what have they done for rural Malays or bumiputras of other races?"

Zulhaidah Suboh, Bakal Calon PKR Parlimen Sibuti dan DUN Bekenu

Kenapa perlu memusingkan fakta, sedangkan Wan Azizah dan Anwar Ibrahim secara terang menyatakan Ketuanan Melayu?... Apakah Zulhaidah tidak mendengar ucaptama Presiden PKR itu atau tertinggal belon (kapal terbang) ke Kuala Lumpur?

Bukan mengajar, tetapi sekadar mengingatkan bakal calon PKR Sarawak itu, sewaktu masuk sekolah rendah, sekolah menengah dan universiti, apakah taraf etnik yang dipangkah ketika mengisi borang (Melayu (Bumiputera), Cina, India dan lain-lain)? Apakah Zulhaidah tidak merasai keistimewaan dan kenikmatan sebagai bangsa Melayu (Bumiputera) seperti yang terkandung dalam Perkara 153?

Begitulah Pakatan Pembangkang yang tidak tahu dan ambil tahu mengenai Sejarah bangsa sendiri. Takpayah letak nama Zulhaidah bte Suboh, tapi letak Zulhaidah a/p Suboh ...

Bila mahukan kuasa, sanggup membelakangkan Sejarah dan menidakkan apa yang pernah dikecapi sebagai orang Melayu (Bumiputera). Itulah dia Zulhaidah a/p Suboh.....

Kredit kepada Rajahmas

Thursday, December 2, 2010

Walaupun tewas dalam PRK Sibu Mei lepas, BN tetap melaksanakan janji-janji pilihan raya sebagai memenuhi janji kerajaan kepada rakyat Sibu. Dakwaan Pakatan Pembangkang, Wong Ho Leng dan DAP bahawa kerajaan hanya menabur pelbagai janji-janji kosong semasa PRK Sibu sebagai menarik sokongan pengundi ketika pilihan raya. Dan, ditambah dengan kekalahan  BN kepada DAP, Wong Ho Leng berpendapat BN tidak akan menunaikan janji-janji semasa PRK Sibu lalu.

Dalam pada itu, wujudnya kekuatan DAP sehingga mampu menumpaskan BN dalam PRK Sibu itu sehingga membuatkan Wong Ho Leng dengan bongkaknya menyatakan disebabkan DAP, Parlimen Sibu mendapat peruntukan yang banyak hasil daripada tindakan mereka.

Kesanggupan Kerajaan memperuntukkan bajet yang besar kepada Sibu dalam PRK Sibu lalu bukan sahaja menguntungkan rakyat Sibu, tetapi juga menunjukkan kekuatan DAP dalam strategi pilihan raya.

Sebagai sebuah negara demokrasi, BN telah menerima kekalahan PRK Sibu dengan perasaan terbuka tanpa sebarang tuduhan mahupun tindakan tidak puas hati terhadap SPR dalam mengendalikan PRK Sibu itu. Tidak seperti BN, Pakatan Pembangkang kerap kali menyalahkan SPR dalam mengendalikan pilihan raya apabila calon mereka mengalami kekalahan seperti yang berlaku dalam PRK Hulu Selangor dan terbaru PRK Galas dan PRK Batu Sapi.

Semasa tempoh berkempen PRK Sibu, BN telah membuat pelbagai janji seperti yang dikehendaki rakyat Sibu seperti penyelesaian ke atas banjir, pembesaran lapangan terbang dan peruntukan ke sekolah-sekolah bantuan Chung Hua.

Sebelum PRK Sibu, kerajaan telah dan sedang melaksanakan projek penyelesaian banjir yang menjadi duri dalam daging bagi penduduk Sibu. Pelebaran dan kerja-kerja mendalamkan sistem perparitan yang dilaksanakan kerajaan merupakan usaha kerajaan mengatasi masalah banjir.

Manakala, pembesaran Lapangan Terbang Sibu seperti yang dijanjikan BN sebelum ini telahpun dilaksanakan. Perasmian pecah tanah pembinaan Lapangan Terbang Sibu telah disempurnakan oleh Menteri Pengangkutan,  Datuk Seri Kong Cho Har pada 21 Disember 2010 lepas.



Peruntukan terhadap sekolah-sekolah bantuan Chung Hua seperti yang diumumkan Perdana Menteri ketika lawatannya ke Sibu juga telah disalurkan. Perdana Menteri menegaskan kekalahan BN tidak akan menyebabkan BN tidak akan menunaikan janji-janjinya kepada rakyat. Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menyalurkan bantuan dan mewujudkan prasarana kepada rakyat.

Dalam analisis keputusan PRK Sibu itu menunjukkan pengundi-pengundi Cina yang tinggal di kawasan bandar sudah berubah angin dan cenderung menyokong Pakatan Pembangkang. Faktor kerajaan tidak menunaikan janji sebelum ini menyebabkan mereka melakukan ‘perubahan’ yang didakwa akan dapat menjalankan lebih baik berbanding BN sebelum ini.

Keputusan pengundi Cina di bandar yang telah menyokong Pakatan Pembangkang tidak melemahkan BN yang percaya penduduk di kawasan luar bandar masih lagi menyokong BN. Atas faktor itu, peruntukan pembangunan yang dicadangkan di kawasan bandar akan dialihkan kepada kawasan luar bandar yang masih lagi merupakan penyokong BN dan sewajarnya mereka dibekalkan dengan pembangunan. Begitupun, ini tidak bermaka kerajaan akan membiarkan kawasan bandar terabai begitu, sebaliknya pembangunan akan diberi perhatian di kawasan luar bandar yang sememangnya diberi perhatian.


Bagaimana pula dengan janji-janji DAP dan Wong Ho Leng dalam PRK Sibu? Apakah hanya tinggal janji tinggal janji? Umum mengetahui banyak janji-janji Wong Ho Leng yang TIDAK tertunai kepada rakyat Sibu. Ketika Sibu dilandar banjir sebelum bulan Ramadhan lepas, Wong Ho Leng tidak menampakkan dirinya sedangkan ketika itu rakyat khususnya pengundi yang mengundi DAP memerlukan bantuan beliau. Sebaliknya, Wong Ho Leng hanya menghantar pegawai khas dan beberapa ahli-ahli DAP untuk melihat kesusahan rakyat Sibu mengharungi banjir.

Sebelum itu, selepas kemenangannya dalam PKR Sibu itu, perkara pertama yang hendak diusahakan Wong Ho Leng adalah hendak menukar nama Sibu. Implikasinya, ramai penduduk Sibu tidak bersetuju dan membantah cadangan Wong Ho Leng untuk menukar nama Sibu.

Melihat kepada kedua-dua peristiwa di atas, rakyat boleh menilai sendiri kewajaran mereka memilih Wong Ho Leng pada PRK Sibu lalu. Isu penukaran nama Sibu sepatutnya tidak berlaku memandangkan nama Sibu tidak mempunyai masalah berbanding bantuan sewajarnya yang diperlukan rakyat sewaktu banjir khususnya tempat pemindahan, makanan dan pampasan. Bagi mengelak kemaluan, Wong Ho Leng telah menuduh BN yang menyebabkan banjir di Sibu. Atas sebab itu juga, Wong Ho Leng telah menuduh BN Sarawak gagal menyediakan amaran dan bantuan mengikut secukupnya.

Dalam kejadian tersebut juga Wong Ho Leng telah mengambil kesempatan di atas kunjungan Wong Soon Koh di pejabat DAP Sibu telah menuduh penyandangan BN di DUN Sarawak tidak mahu bekerjasama. Pertemuan yang dirakamkan ini hanya berlangsung kira-kira 15 minit ekoran provokasi ahli-ahli DAP dan Wong Ho Leng yang mahukan kerajaan mengeluarkan permit kepada DAP bagi kerja mendalamkan Sungai Rajang. Pertemuan yang dijanjikan itu telah menemui jalan buntu.

Kegagalan pertemuan kumpulan Wong Soon Koh dengan ahli-ahli DAP dan Wong Ho Leng sebenarnya telah dijangka berikutan sebelum ini Pakatan Pembangkang kerap kali membantah cadangan BN. Atas faktor itu juga, BN telah mengambil pendekatan untuk melaksanakan projek-projek seperti yang dijanjikan demi kesejahteraan hidup penduduk Sibu.

Ternyata Wong Ho Leng hanya pandai berjanji dan tidak menunaikan janji-janjinya. Minifesto DAP kepada penduduk Sibu hanya sebagai janji-janji kosong untuk memerangkap pengundi untuk mengundi DAP. Penduduk Sibu bukan sahaja tertipu dan menagih janji-janji DAP, tetapi juga sudah bosan dengan sikap Wong Ho Leng yang terus mengutuk BN yang didakwa telah banyak membantu rakyat.  

Pengumuman Anwar Ibrahim untuk melantik Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri bagi membantunya yang ‘diangkat’ sebagai Perdana Menteri. Persoalannya, adakah pemimpin-pemimpin PKR, PAS dan DAP bersetuju melantik Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri??? Rasanya, Anwar Ibrahim merupakan ahli politik pertama di dunia yang melantik dirinya sendiri sebagai Perdana Menteri. Andai Malaysia ini sebuah republik, tidak mustahil Anwar Ibrahim juga melantik dirinya sebagai Presiden.

Bagaimanapun, tindakan Anwar Ibrahim membuat kenyataan melantik Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri telah mencetuskan ketegangan di kalangan pemimpin kompenan Pakatan Rakyat. PAS melalui Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah menemplak Anwar Ibrahim bahawa kenyataannya melantik Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri sebagai membelakangkan pemimpin pembangkang lain.


Menurut Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam akhbar Sinar Harian, 2 Disember 2010, Edisi Terengganu menyatakan bahawa:

“Itu hanya pandangan peribadi (Anwar Ibrahim), bukannya mewakili keputusan Pakatan Rakyat kerana kita tidak pernah menetapkan dalam perlembagaan untuk meletakkan mana-mana individu sebagai Perdana Menteri atau Timbalannya”.

Perbezaan pendapat menjadi lumrah dalam parti politik, tetapi perbezaan keputusan dan tanggungjawab ternyata sesuatu yang pelik. Berbeza dengan Presiden PAS, Nik Aziz yang hanya sebagai Mursyidul Am PAS menegaskan beliau tidak mempunyai masalah sekiranya Lim Kit Siang dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri. Kesediaan Nik Aziz menerima cadangan Anwar Ibrahim itu dikatakan tidak bercanggah dengan dasar Islam dan negara.
"Hendak lantik Lim Kit Siang kah, nak lantik MCA kah selagi tidak bercanggah dengan dasar Islam dan dasar negara, tidak apa. Bagi saya DAP, MCA dan MIC serupa saja sama-sama tidak Islam, cuma dibeza-bezakan oleh parti sekular Melayu. DAP serupa sahaja dengan MCA, kalau MCA boleh jadi timbalan menteri, jadi menteri, jadi apa pun, pelik apa kalau jawatan itu diberi kepada DAP, serupa sahaja”.
Nik Aziz Nik Mat

Selain Presiden PAS, Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib juga tidak bersetuju dengan cadangan Anwar Ibrahim melantik Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Tindakan Anwar Ibrahim itu bukan sahaja membelakangkan pemimpin PAS, tetapi juga menyebabkan PAS berasakan kemasukan mereka ke dalam Pakatan Rakyat hanyalah sebagai menumpang sahaja tanpa diberi sebarang peranan penting dalam membuat keputusan.

Sebelum ini, setiap kali Pilihan Raya Kecil diadakan, PKR mahupun DAP yang dilantik sebagai Pengerusi Pilihan Raya Pakatan Pembangkang tidak dapat menjalankan kerja-kerja yang seperti diarahkan dengan baik. Dan, bagi mengelak kekalahan memalukan, Pakatan Pembangkang mengarahkan PAS untuk mengetuai jentera Pilihan Raya Kecil Pakatan Rakyat seperti yang berlaku di Hulu Selangor. PKR dan DAP tahu bahawa PAS mempunyai pengaruh yang kuat dalam menggerakkan jentera pilihan raya memandangkan mereka mempunyai ramai ahli berbanding PKR dan DAP.

Jelaslah bahawa kenyataan Anwar Ibrahim melantik Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri telah berjaya memporakperandakan PAS. Kejayaan Anwar Ibrahim ini semestinya tidak mahu melihat PAS lebih berkuasa dan kuat berbanding PKR yang diterajui yang kini kian rebah menanti belah. Manakala, Anwar Ibrahim tidak sanggup mencalar DAP kerana keperluan DAP untuk mendapatkan sokongan masyarakat Cina dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti. Atas faktor itu juga, Lim Kit Siang akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Wednesday, December 1, 2010

Bengis telinga mendengar ucaptama Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail semasa pembukaan Kongres Nasional Tahunan PKR Ke-7 dan ucapan penggulungan oleh suami tercintanya, Anwar Ibrahim yang mempersoalkan hak dan kepentingan ketuanan Melayu yang didukung pemerintah negara hari ini.



Dalam memperkatakan tentang isu ini, Ahli Parlimen Bayan Baru, YB Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim menjelaskan sebelum ini Anwar Ibrahimlah orang yang pejuang utama konsep itu sewaktu menjadi Ketua Pemuda sehingga ke Timbalan Presiden UMNO. Tetapi, apabila ideologi politik telah berbeza dan mahu menarik sokongan bukan Melayu dan Bumiputera ternyata sanggup membelakangkan bangsanya sendiri demi mencapai cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri dan seterusnya ke Putrajaya.

Sehari selepas berakhirnya penutupan Kongres Nasional Tahunan PKR Ke-7, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berasa dukacita terhadap segelintir pihak yang berhijrah ke negeri itu, terutamanya orang Melayu sendiri, yang sanggup mempersoalkan kedudukan dan keistimewaan orang Melayu, sama ada institusi raja Melayu masih relevan dan juga peranannya dalam sistem pemerintahan negara.

Dan, dalam masa yang sama suami isteri PKR itu membuat pengumuman berhubung penolakan ketuanan Melayu di negeri Selangor sehingga menyebabkan Sultan Selangor berasa dukacita di atas tindakan pemimpin-pemimpin PKR.



Dalam ucapan pembukaan Kongres Nasional Tahunan PKR Ketujuh di Petaling Jaya Ahad lalu, Wan Azizah Wan Ismail berikrar untuk tidak meneruskan konsep ketuanan Melayu.

Manakala, Anwar Ibrahim dalam ucapan penggulungan di hari terakhir kongres PKR itu memperlekehkan konsep ketuanan Melayu serta usaha-usaha kerajaan untuk membasmi kemiskinan tegar di kalangan masyarakat Melayu dan Bumiputera.

Mengulas lebih lanjut, Zahrain menjelaskan bahawa ramai di kalangan kroni Anwar Ibrahim ketika menjawat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dahulu ramai kroninya mendapat layanan istimewa atas dasar Melayu termasuk anak emasnya yang kini Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Dalam pada itu, seorang lagi bekas ahli PKR, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, YB Zullkifli Noordin turut mengejek perlakuan Anwar Ibrahim dalam usahanya memperlekehkan ketuanan Melayu.  

"Dulu ketuanan Melayu cukup kuat dipertahankan, tetapi hari ini Anwar mempertikaikan konsep itu. Ini satu politik cakap tidak serupa bikin. Kenapa sekarang nak pertikai selepas memperkayakan diri, keluarga, kawan-kawan dan kroni-kroninya melalui konsep tersebut. Kalau Anwar ada maruah dia harus serah balik semua anugerah dan darjah kebesaran yang diterimanya”.

Kewibawaan Anwar Ibrahim dan Wan Azizah Wan Ismail dicabar untuk memulangkan darjah kebesaran serta ganjaran yang diperoleh hasil keistimewaan orang Melayu. Segala tutur kata dan perlakuan Anwar Ibrahim dan Wan Azizah Wan Ismail sebenarnya tidak mencerminkan mereka ini orang Melayu.
Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!