Saturday, October 30, 2010

ngkin terlalu percaya dengan PKR dan DAP, maka PAS yang bertunjangkan Islam telah diperdaya oleh PKR dan DAP. Walaupun duduk dalam satu Pakatan, namun hakikatnya PAS tidak mengetahui hubungan sebenar PKR - DAP dalam Pakatan. Dalam erti kata lain, PAS duduk dalam Pakatan hanya sebagai boneka sahaja.

Pendedahan Zulkifli Noordin mengenai hubungan rahsia PKR – DAP tidak menghairankan kerana telah mengetahuinya dari mula lagi. Walau bagaimanapun, pendedahan ini sangat berguna kepada mereka yang masih belum mengetahuinya terutama ahli-ahli PAS yang selama ini telah dibohongi oleh pemimpin-pemimpin atasan PAS.

Perjanjian Rahsia yang dipersetujui PKR – DAP,

DAP akan memiliki kuasa autonomi terhadap Pulau Pinang sekiranya pakatan pembangkang berjaya mengambil alih kerajaan Persekutuan.

Sekiranya pakatan pembangkang menang pada pilihan raya umum, wakil DAP akan dilantik menjadi menteri besar di negeri-negeri yang dimenanginya sementara calon-calon Melayu akan diletakkan di Negeri Sembilan dan Perak jika mereka menang.

Perkara itu sememangnya sudah dirancang kedua-dua parti itu bagi memastikan DAP mendominasi pakatan pembangkang.

Perjanjian PKR – DAP ini boleh dilihat di 3 negeri yang berjaya ditawan Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 pada Mac 2008. Tetapi, mujurlah Perak dapat diselamatkan manakala penduduk Pulau Pinang dan Selangor menderita yang tidak berkesudahan.

Perak dahulunya di bawah Pakatan Rakyat selama beberapa bulan sebelum bertukar tangan telah didominasi DAP dan bonekanya PKR. Walaupun Nizar Jamaluddin dari PKR jadi Menteri Besar namun kuasa membuat keputusan datangnya daripada DAP.

Walaupun Perak dapat diselamatkan, namun Selangor yang Menteri Besarnya disandang Khalid Ibrahim telah diperkudakan DAP. Manakala PAS melalui Khalid Samad dan Hassan Ali yang sebelum ini lantang memperjuangkan penjualan terbuka arak dan pertumbuhan rumah urut terpaksa ‘tutup mata’ ekoran suaranya tidak bernilai dan tidak didengar oleh PKR – DAP.

Sebaliknya kuasa DAP di Selangor sangat jelas sehingga menyebabkan Khalid Ibrahim sendiri diperkudakan dengan cara terhormat. Apa sahaja keputusan yang dilakukan Kerajaan Negeri Selangor adalah bersandarkan keputusan pemimpin-pemimpin DAP. Khalid Ibrahim hanya menolong menyampaikan sahaja.

Pulau Pinang sekarang ke arah menjadi negeri kapitalis yang berpaksikan persaingan ‘sihat’. Yang berkuasa akan terus berkuasa dan yang lemah akan terus lemah. Dalam erti kata lain, rakyat Melayu Pulau Pinang sekarang tidak mustahil akan berhijrah ke negeri lain untuk mencari kehidupan baru dan tidak kurang juga hidup merempat di negeri sendiri. Kezaliman pemerintahan DAP di Pulau Pinang sedikit sebanyak menggambarkan sikap sebenar mereka seandainya mereka berjaya menakluki Malaysia. Apakah yang akan berlaku sekiranya Pakatan Rakyat memerintah Malaysia???

Pendedahan Zulkifli Noordin ini baru di peringkat permulaan dan pastinya selepas ini akan lebih banyak lagi pendedahan yang akan dilakukan beliau. Keinsafan beliau selepas keluar daripada PKR telah berjaya membongkar kejahatan dalam Pakatan Rakyat. Semoga Allah memberkati usaha beliau.
Dalam sejarah pilihan raya kecil, belum pernah calon parti yang jatuh ke sungai mahupun laut ketika berkempen. Kejadian yang menimpa calon PKR, Ansari Abdullah ketika berkempen sempena Pilihan Raya Kecil Parlimen Batu Api dianggap Hari Ini Dalam Sejarah dan boleh dicatatkan dalam Buku Sejarah.

Calon PKR, Ansari Abdullah telah terjatuh ke Laut China Selatan semasa membuat lawatan di Pulau Api-Api.

‘Kejatuhan Ansari Abdullah itu telah menjadi perbualan ramai sehingga ada yang mengandaikan bahawa itu adalah petanda kekalahan beliau dalam PRK Parlimen Batu Sapi'.

Sememangnya terjatuh ke dalam laut itu perkara biasa, namun jatuhnya Ansari Abdullah ini adalah luar biasa. Mana tidaknya, orang yang biasa melawat dan datang ke kampung nelayan tidak akan jatuh ke laut sekiranya mahir dan bijak berjalan di atas titi atau jambatan. Tetapi, 'kejatuhan' Ansari Abdullah memberi petanda bahawa beliau ini tidak pernah dan tidak berpengalaman ke kampung nelayan. Menjadi amalan calon-calon PKR apabila pilihan raya baharulah batang hidung mereka nampak dan pergi ke kampung dan kawasan yang tidak pernah mereka datang seperti yang berlaku ke atas Ansari Abdullah.

Jatuhnya Ansari Abdullah ke dalam Laut China Selatan telah mendapat perhatian daripada seorang lawannya, Datuk Yong Teck Lee. Sindiran tajam beliau, "Itulah Parti Keadilan Rakyat (PKR), kalau tidak terjun laut.., mereka bergaduh sesama sendiri”.

Terbaru, Ansari Abdullah telah terjatuh ke dalam Laut China Selatan buat kali ke-2. Situasi yang sama ketika beliau terjatuh di Pulau Api-Api.

Apakah pula nasib seseorang itu yang jatuh sungai sebanyak 2 kali dalam tempoh kurang 2 hari? Sememangnya nasib Ansari bukan sahaja kalah bahkan hilang wang deposit. Itulah antara andaian bloggers terhadap insiden yang menimpa calon PKR itu.

Jika itu yang akan berlaku ke atas Ansari Abdullah dalam PRK Parlimen Batu Sapi maka benarlah tilikan nujum Pak Belalang.

Friday, October 29, 2010

Kejutan politik Sabah apabila Pengerusi SAPP, Datuk Yong Teck Lee mengumumkan keluar dari BN dan berdiri atas tiket pembangkang. Pengumuman SAPP itu telah mengejutkan ramai pihak termasuk pemimpin BN peringkat pusat dan kompenan BN yang lain. Apakah punca sebenar Datuk Yong Teck Lee mengambil keputusan sedemikian sedangkan ketika itu SAPP berada selesa di dalam BN?

Konflik Ketua Menteri Sabah yang digilirkan mengikut tahun dan komposisi kaum di Sabah telah menyebabkan Datuk Yong Teck Lee kecewa sehingga menyebabkan beliau keluar BN walaupun ramai ahli-ahli SAPP tidak bersetuju dengan tindakannya itu. Atas sebab kepentingan peribadi, Datuk Yong Teck Lee mengambil keputusan keluar BN dan menjadi pembangkang.

Tidak ketinggalan juga ketika beliau memegang jawatan Ketua Menteri, beliau mahukan jawatan itu dapat disandangkan secara berterusan dalam tempoh yang lama sehingga beliau berasakan sudah bosan menjadi Ketua Menteri Sabah. Pemikirannya juga, seandainya tempoh beliau telah memegang jawatan Ketua Menteri tamat maka peluang untuk beliau menjawat jawatan Ketua Menteri Sabah semula adalah tipis dan terpaksa menunggu masa yang lama.

Berita SAPP keluar BN telah menyebabkan PKR telah menarik SAPP untuk menyertai Pakatan Rakyat di Sabah. Pelawaan ini bertujuan untuk membentuk ikatan pembangkang di Sabah dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti. Selain Sarawak, Sabah juga merupakan simpanan tetap BN di Malaysia dalam membentuk Kerajaan Persekutuan. Atas sebab itu, Pakatan Rakyat tanpa berlengah lagi mempelawa SAPP menyertai Pakatan Rakyat. Walau bagaimanapun, pelawaan Pakatan Rakyat ini tidak diendahkan SAPP malah tidak sesekali mahu berbicara mengenai kesudiannya menyertai Pakatan Rakyat.

Dalam usaha memperkuatkan kuasa politiknya di Sabah dan membentuk gandingan pembangkang yang kuat di Sabah, PKR sebagai tulang belakang Pakatan Rakyat dengan kuasa penuh dipegang DAP yang bertopengkan PAS telah menjemput SAPP menyertai Pakatan Rakyat. Sehingga kini, pelawaan Pakatan Rakyat diambil sepi oleh SAPP.

PRK Parlimen Batu Sapi telah memecah kembali cerita lama PKR-SAPP yang suatu ketika senyap ekoran tidak mendapat perhatian SAPP. Konflik Pakatan Rakyat dengan SAPP tercetus apabila keengganan SAPP tunduk dengan desakan PKR untuk tidak bertanding dan memberi laluan kepada PKR bagi menentang BN. Anwar Ibrahim secara terang-terangan semasa singgah di Miri mahukan SAPP mengalah dan memberi laluan kepada Pakatan Rakyat (PKR) untuk menentang SAPP. Keputusan Majlis Tertinggi SAPP yang mahu bertanding dan menolak pelawaan PKR itu menyebabkan PKR ‘terpaksa’ meletak calon.

Kenyataan Pengarah Pilihan Raya PKR bagi Parlimen Batu Sapi berkata, PKR mahu berkompromi dengan SAPP, namun parti tempatan Sabah itu tidak mahu bekerjasama yang akhirnya memaksa PKR turut bertanding.

Sambil memperkecilkan SAPP sebagai parti tempatan yang kecil dan tiada suara berbanding PKR dengan angkuh menyatakan, “SAPP cuma parti peringkat negeri dan tidak akan mampu membawa isu-isu nasional, negeri dan tempatan yang membabitkan rakyat Sabah ke Parlimen secara berkesan," kata Fuziah”.

Dalam perkembangan sebelum ini, SAPP dalam kenyataannya, pertandingan 3 penjuru di PRK Parlimen Batu Sapi sebenarnya sudah dijangka memandangkan PKR sebagai parti pembangkang yang telah rosak akhlak dan kelakuannya juga berminat untuk bertanding di Sabah. Sebagai rakyat Sabah, SAPP berasakan PKR tidak perlu mengambil bahagian dalam pilihan raya kecil ini kerana reputasinya sebagai pembangkang telah tercalar. Bukan sahaja ramai ahli-ahli PKR di Sabah yang telah keluar parti bahkan ada cabang yang terpaksa ditutup disebabkan tidak cukup ahli berdaftar.

Istilah pengacau yang diberikan PKR kepada SAPP sebenarnya tidak perlu dilayan. PKR perlu ingat bahawa mereka itu ‘parti luar’ dan tidak mengetahui suasana dan budaya politik Sabah. Kemasukan PKR, DAP dan PAS ke Sabah telah menganggugugat politik Sabah ekoran penularan budaya politik kotor lagi samseng dengan menyeberangi Laut China Selatan. Justeru, PKR perlu kembali ke pangkal jalan dengan tidak perlu bertapak di Sabah mahupun di Sarawak. Politik Sabah dan Sarawak yang dahulunya aman dan tenteram telah bertukar ganas.

Calon BN, Datin Linda Tsen Thau Lin merupakan calon pilihan semua parti kompenan BN di Sabah dan mendapat persetujuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Pencalonan Datin Linda sebagai calon BN telah dicadangkang oleh Parti Bersatu Sabah dan dipersetujui oleh 7 parti kompenan BN yang lain. Atas kesepakatan ini, calon BN, Datin Linda tidak menghadapi masalah untuk berhadapan dengan calon pembangkang. Sepanjang tempoh berkempen, Datin Linda tidak menghadapi sebarang masalah malah mendapat bantuan yang tidak putus-putus daripada kompenan BN berbanding calon SAPP dan PKR yang masih bertekak sesama sendiri.

Calon PKR Jatuh Laut China Selatan Dijadikan Bahan Kempen Politik

Kesahihan keretakan hubungan SAPP – PKR semakin keruh dan menuju kehancuran. Kejadian calon PKR, Ansari Abdullah terjatuh ke Laut China Selatan semasa membuat lawatan di Pulau Api-Api.

‘Kejatuhan Ansari Abdullah itu telah menjadi perbualan ramai sehingga ada yang mengandaikan bahawa itu adalah petanda kekalahan beliau dalam PRK Parlimen Batu Sapi. Apa tidaknya, beliau yang terjatuh ke dalam Laut China Selatan telah dijadikan bahan kempen oleh PKR bagi mendapatkan sokongan simpati rakyat'.

Jatuhnya Ansari Abdullah telah mendapat perhatian daripada seorang lawannya, Datuk Yong Teck Lee. Sindiran tajam beliau, "Itulah Parti Keadilan Rakyat (PKR), kalau tidak terjun laut.., mereka bergaduh sesama sendiri”.

Sambil menegaskan bahawa beliau juga mengadakan lawatan kempen ke beberapa buah kampung, tetapi tidak juga jatuh sungai. Lain kali kalau pergi ke kampung hendaklah hati-hati dan jangan lalui jambatan yang rosak dan rapuh. Andai ini yang diambil, maka tidak mustahil anda akan jatuh sungai.

Apakah pula nasib seseorang itu yang jatuh sungai sebanyak 2 kali dalam tempoh kurang 2 hari? Sememangnya nasib Ansari bukan sahaja kalah bahkan hilang wang deposit. Itulah antara andaian bloggers terhadap insiden yang menimpa calon PKR itu.

Siapa Ansari Abdullah sehingga sanggup mencabar calon BN dan calon SAPP untuk berdebat?

Ansari Abdullah cuma Ketua Cabang PKR Tuaran. Dahulunya beliau pernah memegang jawatan Ketua Perhubungan PKR Sabah sebelum diturunkan pangkat. Bagi menyelamatkan kembali karier politik yang telah dihancurkan, PKR sebulat suara mengangkat Ansari Abdullah sebagai calon PKR.

Sepanjang tempoh berkempen di Batu Sapi, tiada sebarang insiden yang dilaporkan seperti yang berlaku di DUN Galas sehingga menyebabkan ramai penduduk bersama nyaman dan selesa.

Slogan ‘Sabah Untuk Sabah’ yang dibawa SAPP sangat kontroversi. Sama-sama kita fikir-fikirkan kesan ke atas pemikiran sempit SAPP dalam memperjuangkan nasib penduduk di Parlimen Batu Sapi.
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail menganggap calon Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee sebagai 'pengacau' kepada usaha parti itu untuk memenangi Pilihan Raya Kecil Parlimen Batu Sapi.

Dengan penuh angkuh dan bongkak, Wan Azizah menyatakan PKR dilihat mempunyai peluang yang amat besar untuk merampas kerusi berkenaan dari BN.

Kita (PKR) mahu diketahui sebagai pembangkang bukan SAPP. SAPP yang menjadi pengacau (spoiler)" kata Wan Azizah.

Dalam pada itu, beliau berkata, kekuatan yang ada pada BN tidak harus diambil mudah.

Secara matematiknya, Wan Azizah telah 'merasai' kemenangan PKR di Batu Sapi walaupun waktu pengundian belum lagi berlangsung.

Tindakan Wan Azizah memperkecilkan kemampuan SAPP dalam PRK Batu Sapi dilihat menidakkan kemampuan parti politik tempatan Sabah.

Melihat kepada tindakan Wan Azizah ini menggambarkan PKR secara keseluruhannya memperlekehkan parti politik tempatan. Dan ini yang akan terjadi kepada SNAP, parti politik di Sarawak yang dianggap terlalu kerdil berbanding PKR yang mempunyai impian besar untuk memerintah negara melalui Anwar Ibrahim.

Sebelum ini, tidak pernah terjadi mana-mana insiden yang melibatkan pembakaran apa jua jenis bendera samada bentuk parti dalam pilihan raya. Namun, PRK DUN N.45 Galas telah memperlihatkan emosi menguasai diri sehingga mencemarkan nama dan ajaran Islam. PAS dahulunya pernah menerangkan penglibatan mereka dalam pilihan raya adalah untuk memperkasakan demokrasi dengan menang sebagai suatu bonus, tetapi zaman ini PAS bertindak sebaliknya malah emosional mengatasi prinsip parti Islam itu.


Melihat kepada tindakan membakar bendera BN dan UMNO, ia tidak ubah seperti perbuatan yang dilakukan oleh kumpulan ‘bendera’ dari Indonesia yang mengutuk Malaysia. Apakah perbuatan sebegini boleh diibaratkan sebagai tindakan melampau dan keterlaluan?

Semalam, penyokong-penyokong PAS telah membakar bendera BN dan UMNO di Kampung Lembaga dalam usaha memulakan percetusan konflik PRK N.45 Galas.

Walaupun diasak hebat oleh PAS dan Pakatan Rakyat khususnya dalam insiden pembakaran bendera BN dan UMNO, BN mengambil sikap bertenang. Berbeza dengan penyokong BN yang banyak menggambar keprofesionalnya ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil DUN N.45 Galas.

Monday, October 25, 2010

Menjelang Pilihan Raya Kecil P.185 Batu Sapi, BN telahpun mengisytiharkan calonnya, Datin Linda Tsen Thau Lin, isteri bekas Ahli Parlimen Batu Sapi, mendiang Datuk Edmund Chong. Pengumuman Datin Linda Tsen sebagai calon BN merupakan keputusan BN dan dipersetujui oleh kesemua parti kompenan BN Sabah.

“Berdasarkan apa yang diperolehi daripada tinjauan di kawasan tersebut, beliau merupakan calon terbaik untuk menjalankan tanggungjawab tersebut”.

Datuk Seri Musa Aman, Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi BN Sabah

PRK P.185 Batu Sapi diadakan berikutan kematian mendiang Datuk Edmund Chong dalam kemalangan jalan raya pada 9 Oktober lepas.

Pemilihan Datin Linda Tsen dibuat atas sebab beliau merupakan seorang yang berpengalaman dalam bidang politik selepas membantu suaminya sejak 16 tahun lepas. Selain itu, beliau juga seorang ahli PBS yang memegang jawatan ahli jawatankuasa wanita pusat dan merupakan graduan United Kingdom.

Dalam nada rendah dan sederhana tanpa sebarang publisiti yang melangit sepertimana Pakatan Rakyat, BN mengumumkan calonnya tanpa sebarang prasangka dan kontroversi. Berbeza dengan Pakatan Rakyat sehingga artikel ini ditulis, Pakatan Rakyat masih belum memutuskan calon yang boleh mewakili keseluruhan Pakatan Rakyat.

Anwar Ibrahim sebelum ini telah meminta parti pembangkang Sabah, Parti Maju Sabah (SAPP) untuk berkrompomi dengan PKR bagi meletakkan calon PKR bagi menentang BN secara satu lawan satu. Atas sebab itu, Anwar telah berlepas ke Sandakan dari Miri pada malam Sabtu bagi mengadakan perbincangan dari hati ke hati dalam memutuskan calon Pakatan Rakyat. Selepas dimalukan rakyat Sarawak ketika berkunjung ke Miri, Anwar mengalih pandangan rakyat Sarawak bahawa kedatangan beliau ke Miri hanyalah suatu persinggahan sebentar sebelum ke Batu Sapi.

SAPP sebelum itu, dalam perbincangan mereka bagi meletakkan calonnya telah sebulat suara memilih Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee. Desas-desus nama Datuk Yong akan diangkat sebagai calon SAPP sudah lama kedengaran sejak kematian Datuk Edmund Yong. Datuk Yong dan SAPP sebelum ini merupakan parti kompenan BN, tetapi mengambil keputusan menarik diri dari BN atas sebab yang sangat kabur dan menyalahkan BN. Bagaimanapun, keputusan SAPP tidak melemahkan BN Sabah bahkan terus berdiri teguh dan semakin kuat di bawah pentadbiran Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak.

Desas-desus Datuk Yong Teck Lee sebagai calon SAPP (pembangkang) bagi melawan calon BN tidak memeranjatkan rakyat Sabah. Sebelum ini, masa depan politik Datuk Yong dilihat semakin malap dan hampir tidak kedengaran namanya sejak menarik diri dari BN. Pencalonan Datuk Yong Teck Lee sebagai calon SAPP pada penamaan calon bagi P.185 Batu Sapi, telah melakar sejarah sebagai pembabitan sulung SAPP dalam pilihan raya sebagai pembangkang. Umum mengetahui ketika dalam BN, SAPP mendapat kemenangan mudah, tetapi ketika ini sebagai pembangkang keputusan ini pastinya sukar buat SAPP dalam mendapat majoriti mudah.

“Majlis Tertinggi Parti Maju Sabah (SAPP) telah membuat keputusan untuk bertanding di Batu Sapi dan keputusan itu tidak mungkin diubah”.

Datuk Eric Majimbun, Timbalan Presiden SAPP

Terdahulu, Anwar telah mengadakan pertemuan dengan SAPP bagi mencari kata sepakat dalam menentukan calon Pembangkang yang akan menentang BN. Pakatan Rakyat khususnya PKR mahukan PRK P.185 Batu Sapi ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu dalam usaha memalukan BN. Pertembungan satu lawan satu (buku bertemu ruas) ini menjadi idaman Pakatan Rakyat bagi melihat keserasian parti-parti pembangkang di Sabah. Namun, hajat Anwar dan Pakatan Rakyat tidak kesampaian apabila SAPP telah mengumumkan calon mereka yang juga Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee sebagai calon SAPP. Ketidaksediaan SAPP menyebabkan PKR mengambil keputusan untuk menamakan bekas Ketua Perhubungan PKR Sabah, Ansari Abdullah sebagai calon PKR.

Sebelum ini, rundingan ‘memujuk’ SAPP tidak kesampaian apabila SAPP yang diwakili Presidennya, Datuk Yong Teck Lee menolak permohanan Anwar dan menetapkan keputusan dan pendirian Majlis Tertinggi SAPP pada 16 Oktober yang memutuskan SAPP akan bertanding di Batu Sapi atas sebab-sebab yang telah diperjelaskan kepada Anwar.

Sehingga kini, seramai 3 calon telah mengesahkan bertanding dalam PRK P.185 Batu Sapi yang pengundiannya dijadualkan pada 4 November 2010. Calon BN, Datin Linda Tsen Thau Lin akan ditentang calon SAPP, Datuk Yong Teck Lee dan calon PKR, Ansari Abdullah.

Pemilihan calon BN, Datin Linda Tsen Thau Lin oleh sesetengah pihak sebagai calon 1Malaysia. Ini disebabkan selain mengekalkan kerusi berkenaan kepada Parti Bersatu Sabah (PBS), perkhdimatan dan legasi BN akan dapat diteruskan isteri mendiang Datuk Edmund Chong sekiranya rakyat di Batu Sapi terus menyokong BN. Keputusan sebulat suara part-parti kompenan BN Sabah yang diwakili pelbagai kaum juga menggambarkan calon BN, Datin Linda Tsen memiliki kelebihan tersendiri ketika ramai pembangkang yang memandang rendah terhadap keupayaan calon BN itu.

Penamaan calon esok hari akan menyaksikan pertembungan 3 penjuru antara BN, SAPP dan PKR. Namun demikian, seandainya SAPP menarik diri dan membenarkan PKR bertanding bagi menentang BN, SAPP boleh dianggap parti yang telah hilang maruahnya kerana sanggup ‘dibeli’ Anwar dan Pakatan Rakyat. Jika SAPP tidak menarik diri dan meneruskan pertandingan dalam PRK P.185 Batu Sapi, nescaya SAPP tidak rugi apa-apa. Dalam situasi ini, SAPP telah tersepit antara dua. Kawan atau lawan.

Sekiranya SAPP sedia membincangkan kerjasama dengan PKR,

“Lagipun, dalam politik apa sahaja boleh berlaku”.

Datuk Eric Majimbun, Timbalan Presiden SAPP

Itulah uniknya politik Sabah dan Sarawak. Politik yang sukar dibaca rakyat Malaysia khususnya di Semenanjung. Atas sebab itu, kehadiran parti luar khususnya dari Semenanjung seperti PKR, DAP dan PAS tidak diterima rakyat di kedua-dua negeri itu. Pencemaran budaya politik yang ditunjukkan PKR, DAP dan PAS telah menular ke Sabah dan Sarawak. Sebelum ini, politik kedua-dua negeri itu sentiasa tenang. Kotornya budaya politik PKR, DAP dan PAS akan dapat dirasai penduduk Batu Sapi esok. Kelibat PKR yang akan membawa rakan-rakan Pakatan Rakyat dari Semenanjung pastinya akan menyusahkan polis dan juga memeranjatkan penduduk Batu Sapi. Ini terbukti, apabila situasi ini telahpun berlaku pada penamaan calon PRK P.212 Sibu, Mei lalu.

Berasaskan maklumat terkini, sebanyak lebih 20 borang pencalonan telah dibeli individu dalam penamaan calon esok. Situasi ini menunjukkan PRK P.185 Batu Sapi mendapat perhatian daripada rakyat khususnya mereka yang bercita-cita menjadi YB. Tidak kurang juga yang menangguk di air keruh dengan mengambil kesempatan untuk mendapatkan wang runtuh atas tujuan calon dibeli. Apapun, pastinya penamaan calon esok hari bagi PRK P.185 Batu Sapi kelihatan menarik.

Pesanan bagi rakyat Sabah khususnya yang tinggal di Batu Sapi, pilihlah calon yang sesuai dan berwibawa bagi membantu meneruskan kesinambungan pembangunan yang telah ditinggalkan seketika oleh Datuk Edmund Chong. Usah merempat di negeri sendiri seperti yang terjadi kepada penduduk Pulau Pinang. Menjelang pilihan raya, parti pembangkang berlumba-lumba menunjukkan diri bagi mendapatkan sokongan dan menabur jutaan janji kosong yang tidak membawa sebarang makna.

Rakyat Sarawak telah menunjukkan isyarat jelas kepada Anwar dan Pakatan Rakyat Sarawak bahawa mereka (pembangkang) tidak diterima di Sarawak. Seharusnya, rakyat Batu Sapi memahami bahawa perjuangan pembangkang hanyalah menabur janji-janji kosong dan demi kepentingan peribadi khususnya mengangkat Anwar sebagai Perdana Menteri. Sekarang ini Anwar bukan sahaja pernah menyandang jawatan sebagai bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan malah ketika ini sedang memegang jawatan sebagai Peliwat No 1 Malaysia.

Buktikan pada hari pengundian, BN menang bergaya, PKR kalah ternganga, Anwar jatuh tersungkur ...

Sunday, October 24, 2010

Pada ketika Anwar Ibrahim dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) Sarawak yang didahului Wong Ho Leng, Baru Bian, Edwin Dundang dan seorang ‘pemimpin luar’, Mat Sabu dari PAS, tercetus persoalan di manakah para penyokong PKR Sarawak yang disahkan akan membanjiri perkarangan rumah Dr Michael Teo Yu Keng di Miri? Sebelum ini, Dr Teo dengan tegas mendakwa dijangka seramai 10,000 penyokong PR Sarawak.

Kurang 200 Orang Membanjiri Perkarangan Rumah Dr Michael Teo

Itu mungkin propaganda Dr Michael Teo bagi menggambarkan kekuatan PR Sarawak, tetapi pada hakikatnya ia tidaklah kuat sama. Hanya suara dan kesombongan Dr Michael Teo sahaja yang ‘kuat’. Hakikatnya, penyokong PR Sarawak tidaklah seramai yang digambarkan sebelum ini.

Dalam ‘lawatan persinggahan’ Anwar ke Miri sebelum berangkat ke Sandakan, Sabah bagi menghadiri ceramah kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Batu Sapi (belum lagi penamaan calon dah berkempen!), Anwar sempat melancarkan Jentera Pakatan Rakyat Miri bagi menghadapi Pilihan Raya DUN Sarawak akan datang. Lawatan Persinggahan Anwar ke Miri hanya gimik kerana dukacita di atas sambutan penyokong dan rakyat Miri yang sedikit dan sememangnya sudah dijangka. Dengan jumlah hanya kurang dari 1,000 orang yang menyambut Anwar di Lapangan Terbang Miri dan hanya sekitar 700 orang yang menghadiri di rumah Dr Michael Teo ternyata sangat mendukacitakan.

Kenapa perlu bagi tahu majlis di Miri hanya sebagai 'Lawatan Persinggahan' sebelum ke Batu Sapi? Kan ada penerbangan terus Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu dan terus ke Sandakan tanpa perlu ke Miri. Jangan nak keletonglah Anwar. Muka pun semacam orang dah hilang iman dan pedoman.

Wajah Dukacita Anwar Terhadap Sambutan Penyokong2 PR Sarawak di Miri

Dengan suara senada, ucapan Fong Pau Teck, Hj Jofrie, Wong Ho Leng dan Edwin Dundang banyak berkisar tentang persediaan dan kesediaan mereka untuk bekerjasama dalam Pilihan Raya DUN Sarawak. Kenyataan daripada keempat-empat mereka ini hanyalah bersandarkan teks ucapan yang siap ditulis dan direka bagi mengaburi mata Anwar.

Bercakap di hadapan ‘ketua’ mereka ibarat seperti mencurah air di atas daun keladi. Hanya gimik semata-mata. Lebih men’gimik’kan, satu lakonan yang sememangnya telah tertulis dalam skrip datangnya Van Hospital Columbia Asia ke perkarangan rumah Dr Michael Teo. Tujuannya adalah untuk pesakit yang didakwa lumpuh itu mengemukakan masalah yang dialaminya. Persoalannya, adakah Anwar seorang doktor yang mampu merawat lumpuh yang dialami pesakit itu? Anwar bukan seorang doktor, tetapi seorang peliwat yang sedang ketagih mencari mangsa setelah telah lama ‘berpuasa’ ketika sedang dalam pendakwaan.

Desas-desus penyokong PR Sarawak yang perhimpunan di Miri sebagai platform untuk menyerang Ketua Menteri Sarawak dengan suatu pembunuhan ternyata meleset. Ini disebabkan pendedahan bloggers tempatan Sarawak yang berjaya menghidu isu tersebut sehingga menyebabkan Anwar dan PR Sarawak terpaksa mencari isu lain.

Antara isu yang dibangkitkan Anwar semasa di Miri lebih menjurus isu nasional yang kebanyakan masyarakat Sarawak tidak terlalu melihatnya sebagai berkepentingan seperti isu Sri Perdana, Bangunan Wisma Warisan, Permodalan Nasional Berhad, Tanah NCR, Kroni, Kekayaan Pemimpin BN dan Kemiskinan Rakyat Sarawak.

Isu-isu di atas adalah isu berulang dan sentiasa menjadi sumber bagi pembangkang untuk bercakap mengenainya. Kebanyakan isu ini tidak memberi sebarang makna terhadap rakyat Sarawak. Ini disebabkan kebanyakan isu lebih bersifat peribadi dan tidak berteraskan fakta serta hentam koromo. Nak dengar pun, rasanya bulu roma pun tidak berdiri.

Apakah rakyat Sarawak terlalu miskin di mata Anwar dan PR Sarawak? Apakah mereka tidak melihat tapak perhimpunan mereka di rumah Dr Michael Teo yang sangat besar dan boleh memuatkan sebanyak 50 rumah kos rendah dan rumah setinggan dalam satu-satu masa? Agaknya Anwar hanya melihat masyarakat Penan yang tinggal di dalam hutan sehingga sanggup menyatakan rakyat Sarawak miskin. Untuk makluman Anwar, masyarakat Penan sememangnya hidup di dalam hutan dan berkonsepkan berpindah-randah. Namun, tidak semua daripada mereka miskin dan ada yang berpelajaran dan menjawat jawatan penting serta tidak mustahil lebih kaya daripada Anwar. Difahamkan Anwar sekarang hanya bersumberkan wang bulanan Ahli Parlimen dan derma daripada PAS yang sanggup mengutip wang setiap kali mengadakan ceramah atas alasan bagi membiayai perjuangan PAS.

Bagaimanakah pula nasib rakyat yang miskin dan hidup merempat di Permatang Pauh di bawah taklukan Anwar? Apakah mendapat pembelaan daripada Anwar yang setiap hari sibuk dengan merancang strategi melepaskan diri daripada dakwaan kes liwat dan berceramah menabur fitnah sehingga lupa tanggungjawabnya membantu rakyat Permatang Pauh.

Berbeza dengan pemimin-pemimpin PR Sarawak, Mat Sabu yang mahu diberi ruang untuk bercakap dan menabur fitnah sibuk membicarakan isu ISA yang dikatakan lambang kekejaman pemimpin BN. Apakah Mat Sabu sebelum ini pernah ditahan di bawah ISA dan merasai kesengsaraan semasa dalam tahanan? Inilah ini manusia yang cakap ikut sedap mulut sahaja. Apapun tafsiran dan tanggapan PR mengenai ISA, sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan kesejahteraan, penggunaan ISA secara langsung dapat menjaga keselamatan negara. Wahai Mat Sabu, polis tidak akan menahan sesiapa mahupun pesalah tanpa sebarang tujuan walaupun penangkapan itu tidak didakwa.

Tuduhan Mat Sabu terhadap Ketua Menteri Sarawak dengan pelbagai alasan dan tuduhan hanya sebagai mengguk di air keruh. Apakah kesalahan Ketua Menteri Sarawak terhadap Mat Sabu sehingga sanggup menuduh Ketua Menteri Sarawak yang bukan-bukan dan tidak dapat diterima akal. Sedangkan, kami rakyat Sarawak tidak pernah menuduh perkara yang bukan-bukan terhadap pemimpin-pemimpin negeri Sarawak termasuk Ketua Menteri Sarawak.

Majlis yang dijadualkan sehingga jam 11.00 malam itu terpaksa ditamatkan jam 1.15 petang. Kurangnya sambutan menjadi faktor majlis itu hanya diadakan setakat jam 1.15 petang dan pastinya Dr Michael Teo ‘diberus’ habis-habisan oleh Anwar kerana gagal mengumpul penyokong-penyokong PR seperti yang diharapkan Anwar. Kebanyakan hadirin yang datang ke majlis itu bukannya mahu mendengar celoteh dan fitnah pemimpin PR, tetapi lebih kepada hendak mengisi perut. Maklumlah ketika itu sudah tiba masanya untuk makan tengahari. Bagi masyarakat Sarawak, makanan di Miri sangat mahal dan majlis itu telah banyak membantu menjimatkan kos makan tengahari.

Orang Ramai Tidak Melepaskan Peluang Untuk Mendapatkan Makanan Percuma

Apapun, tahniah di atas penganjuran majlis yang sangat lancar tanpa sebarang kekacauan, namun ada sedikit gimik walaupun dihadiri ratusan ribu penyokong-penyokong PR Sarawak yang bergerak secara halimunan, dan hadirin yang nyata boleh dikira dengan ibu jari. Penganjuran majlis ini telah membuka mata PR Sarawak bahawa rakyat Sarawak serius untuk menolak Kerajaan Pakatan Rakyat Sarawak.

Persoalannya, Di manakah pemimpin-pemimpin PKR lain seperti Hafsah Harun, Dominique Ng dan ramai lagi??? PKR Sarawak tolong jawab...
DAP pergunakan masyarakat Cina bagi melaksanakan hajatnya untuk merampas Sarawak daripada rakyat Sarawak. Helahnya mudah, dengan meletakkan ‘orang-orang’nya di dalam PKR Sarawak dengan menyekat dan ‘membunuh’ politikus pembangkang daripada kaum Bumiputera dan juga daripada kaum Cina bagi mendapatkan kuasa dan seterusnya memerintah Sarawak secara kejam seperti yang mereka lakukan ke atas masyarakat Melayu di Pulau Pinang.

“Keadaan orang Melayu di Pulau Pinang sangat kritikal terutama dalam isu pemilikan tanah dan kira-kira 7,000 penduduk negeri berhadapan dengan risiko diusir dari rumah yang mereka duduki ketika ini di bawah pemerintahan Lim Guan Eng, DAP dan Pakatan Rakyat”.

Kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP semakin melampau apabila mula membuka tanah yang selama ini dipertahankan untuk dibangunkan, contohnya, satu lot tanah di Sungai Burung dikhaskan untuk sawah telah dikeluarkan dari gazet dan sebahagian Taman Negeri telah dibuka untuk dibangunkan sebagai kawasan perumahan. Dahulu, orang Melayu yang mula bertapak di Pulau Pinang, tetapi hari ini sedikit demi sedikit tanah yang dimiliki turun temurun dijual dan bertukar tangan.

Pada hari ini, orang Melayu di daerah Timur Laut Pulau Pinang hanya mempunyai pemilikan tanah 1.16 peratus saja, tanah di Balik Pulau hanya 15.07 peratus, di Seberang Perai sebanyak 44.2 peratus, Seberang Perai Tengah sebanyak 23.5 peratus dan di Seberang Perai Selatan sebanyak 18.09 peratus sahaja. Secara keseluruhannya, penduduk Melayu di Pulau Pinang hanya memiliki tanah sebanyak 20.41 peratus di Pulau Pinang.

Dalam konteks Sarawak, DAP Sarawak merupakan parti luar yang berusaha membawa ideologi komunisme ke Sarawak. Rakyat Sarawak masih ingat lagi kekejaman tentera komunis hingga menyebabkan ramai sanak saudara mereka terkorban dan meninggal dunia. Tetapi, sekarang ini DAP yang perjuangannya bersandarkan komunis dan berusaha membawa kembali pemimpin komunis Chin Peng yang banyak bersalah kepada mereka yang terkorban semasa pemerintahannya menerajui komunis.

Keceluparan pemimpin DAP Sarawak yang diterajui Wong Ho Leng dan pembantunya, Chong Chieng Jen sebenarnya sedang menampakkan sengatnya. Kejayaan ‘mengusir’ pemimpin asal PKR di beberapa cabang PKR Bahagian di Sarawak dan meletakkan orang suruhannya merupakan sebahagian strategi DAP untuk menghapuskan pemimpin pembangkang Bumiputera dalam PKR Sarawak yang diketahui umum tidak menyenangi kehadiran DAP dalam Pakatan Rakyat.

Penubuhan Pakatan Rakyat Sarawak yang di sertai PKR, DAP, PAS dan SNAP hanya untuk Pilihan Raya Sarawak. Mereka tidak akan dapat duduk semeja bahkan cemburu dengan Barisan Nasional yang dianggotai PBB, SUPP, SPDP dan PRS yang sentiasa bertolak ansur dalam pelbagai perkara sama ada melibatkan politik mahupun ekonomi. Sehingga kini, BN Sarawak berdiri teguh di bawah logo dacing. Tapi, di manakah logo Pakatan Rakyat Sarawak? Bulan Separuh-Separuh, Roket atau Bulan Penuh?

Setelah pengumuman Perdana Menteri mengenai peruntukan yang berjumlah RM20 juta untuk kerja-kerja penyukatan tanah NCR di Sarawak telah melegakan rakyat Sarawak khususnya di kawasan luar bandar. Dahulunya, isu tanah NCR sentiasa menjadi politik yang dibawa pembangkang dalam setiap ceramah politiknya, tetapi sekarang tidak lagi. Boleh dikatakan pembangkang telah ketandusan idea untuk memancing undi khususnya kaum Bumiputera.

Pertikaian kadar premium tanah juga telah berjaya dilaksanakan Kerajaan apabila Ketua Menteri Sarawak telah mengumumkan bahawa kadar premium tanah telah dikurangkan dan pemberian lebihan bayaran premium juga sedang dilaksanakan.

Dalam usaha membenci Kerajaan, DAP sentiasa ‘mencucuk’ kaum Cina dengan mendakwa pampasan tanah di Bako tidak setimpal dan Kerajaan perlu membayar dengan harga yang jauh lebih mahal daripada harga pasaran. Persoalannya, kenapa pemilik-pemilik tanah di Bako ini berjumpa dan menggunakan DAP untuk menyelesaikan masalah tanah mereka. Dan, kenapa mereka ini tidak terus pergi berjumpa dengan BN (SUPP) untuk mendapatkan penyelesaian berkenaan isu tersebut? Sebelum ini, DAP mendakwa SUPP tidak membantu dan memperjuangkan kaum Cina, sebaliknya hanya berdiam diri dan mendengar telunjuk parti kompenan BN yang lain.

Apakah selama ini SUPP tidak pernah berbakti untuk masyarakat Cina sepanjang menjadi kompenan BN di Sarawak? Pasti jawapannya TIDAK. Sebabnya, masyarakat Cina telah dipengaruhi agenda tersembunyi DAP hingga menyebabkan mereka terpengaruh dan percaya bahawa DAP mampu melindungi mereka.

Persoalannya, jika benar dakwaan mereka ini, tunjukkan bukti bahawa DAP telah berjaya menyelesaikan masalah berkaitan kaum Cina.

Kegagalan SUPP menyelesaikan masalah kaum Cina adalah berpunca daripada kaum Cina itu sendiri yang tidak mahu dibantu Kerajaan dan telah diracuni DAP. Tidak hairanlah DAP sentiasa dengan caranya untuk meracuni kaum Cina membenci Kerajaan walaupun pembangunan yang dibuat untuk membantu kaum Cina. Benar kata pepatah, diberi betis mahu paha.

Ketegasan pemilik tanah yang mahukan Kerajaan membayar pampasan tanah mengikut pasaran semasa dan mengertak bahawa harga yang dinilaikan itu sangat sedikit sebagai keterlaluan. Situasi ini menunjukkan pemilik tanah di Bako ini mata duitan tanpa memikirkan cadangan Kerajaan mengambil tanah itu bagi menyediakan kemudahan awam. Mengikut sejarah, tanah yang dipertikaikan pemilik kaum Cina itu asalnya daripada orang Melayu dan dijual kepada mereka dengan harga yang murah dan kini menuntut harga yang tinggi dalam usaha mendapatkan jutaan ringgit dengan cara yang mudah. Sebaliknya, hasrat Kerajaan untuk membangunkan tanah itu dengan kemudahan awam tidak memberi makna langsung kepada mereka yang sangat pentingkan wang semata-mata.

DAP juga menggunakan faktor keCinaan yang terdadat pada masyarakat Sarawak yang berketurunan Cina untuk membenci Kerajaan serta mengkritik Kerajaan secara membuta tuli. Apakah mereka tidak mengenang budi atau bersyukur dengan kemudahan yang disediakan Kerajaan? Sentimen keCinaan yang ditimbulkan DAP dilihat sebagai berjaya apabila ramai pengundi Cina yang berpaling tadah dengan tidak menyokong BN atas sebab DAP sangat relevan. Apakah relevannya DAP sehingga Sibu ketika dilanda banjir, Ahli Parlimennya Wong Ho Leng langsung tidak menyediakan bantuan mahupun menjenguk mangsa banjir?

Itulah DAP dan Wong Ho Leng .........

Friday, October 22, 2010

Heboh diperkatakan banyak baju percuma sedang diedarkan di beberapa kawasan di Sarawak. Pengedaran baju secara percuma ini mendapat perhatian rakyat dan dipercayai dilakukan kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai ‘Gerakan Anti-Liwat’. Permintaan rakyat Sarawak terhadap baju ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Namun, siapakah sasaran sebenar mereka?

Sebanyak lebih 8,000 baju telahpun diedarkan di beberapa bahagian di Sarawak yang bertujuan menyatakan sokongan untuk katakan TIDAK dan TIDAK MAHU kepada pemimpin liwat. ‘Kami rakyat Sarawak tidak mahu pemimpin liwat dan tidak akan terima pemimpin liwat’.

Pembuatan dan pengedaran baju ‘anti liwat’ ini membuktikan rakyat Sarawak menolak sekeras-kerasnya pemimpin akhlaknya yang sangat teruk dan hina. Pemimpin sebegini seharusnya tidak dibenarkan menjejak kaki ke Sarawak kerana merosakkan anak bangsa Sarawak dengan perlakuan akhlak yang menjijikkan.

Kedengaran Anwar, peliwat no 1 Malaysia yang mendapat pembelaan negara-negara luar kononnya, akan menjejak kaki ke Miri pada Sabtu, 23 Oktober 2010. Kurang beberapa jam dari sekarang, Sarawak akan dilawati peliwat yang sangat disegani pemimpin-pemimpin luar negara yang seperangai dengannya.

Anwar ini tidak seharusnya datang ke Sarawak kerana majoriti rakyat Sarawak tidak mahukannya. Perasmian Jentera Pakatan Rakyat Miri hanyalah gimik sahaja, tetapi yang paling utama adalah untuk menabur fitnah. Dalam hal ini, kita tidak akan biarkan Anwar mempengaruhi rakyat Sarawak dengan taburan fitnah. Marilah sama-sama kita ke Lapangan Terbang Miri dan katakan tidak kepada peliwat. Halau terus beliau dari terus menjejaki Sarawak.

Pastinya Sabtu ini Sarawak akan dihujani jutaan fitnah yang dihasilkan peliwat. Hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi Anwar menjejak kaki ke Sarawak. Kita tidak mahukan Sarawak dicemari dengan peliwat ini. Oleh yang demikian, kita ke Lapangan Terbang Miri dan halau Anwar balik ke Semenanjung.

Ingatlah Anwar, kami rakyat Sarawak membuat perkara ini tidak dibayar mana-mana pihak sepertimana yang diperkatakan semasa melawat Lawas dan Limbang sebelum ini. Kami rakyat Sarawak masih normal dan sangat waras untuk menolak Pakatan Rakyat di bumi Sarawak. Segeralah balik atau kamu pulang dengan perasaan malu.

Kesibukan Anwar sebagai spoken kepada Pakatan Rakyat pada ketika PRK di Galas, Kelantan dan Batu Sapi, Sabah secara langsung telah meredakan pemikirannya ketika menghadapi kes liwat. Tetapi, tidak bagi rakyat Sarawak yang sangat mengetahui siapa Anwar Ibrahim yang terkenal dengan liwatnya yang bukan seorang, dua orang, tetapi 3 orang.

Terima kasih kepada blogers-blogers seperjuangan di Semenanjung yang berjaya merungkai siapa sebenar Anwar Ibrahim. Teruskan perjuangan untuk bongkarkan siapa Anwar Ibrahim yang menjadi musuh kepada rakyat Malaysia. Ayuh teruskan usaha anda semua demi kesejahteraan dan kestabilan politik semasa di Malaysia.

Thursday, October 21, 2010

Kejatuhan Dominique Ng disebabkan Wong Ho Leng? Apakah cerita ini benar atau sekadar pembohongan semata-mata? Siapakah lagi mangsa Wong Ho Leng seterusnya? Inilah yang menjadi persoalan dalam Pakatan Rakyat Sarawak.

Di manakah pemimpin-pemimpin PKR Sarawak? Apakah mereka tidak mengetahui kejadian di sebalik beberapa ramai pemimpin PKR Sarawak di peringkat cabang yang kalah dan tidak kurang juga berlaku kontroversi yang boleh dipertikaikan pemilihannya. Apakah tindakan PKR Sarawak yang hanya banyak berdiam diri. Apakah PKR Sarawak takut kepada DAP?Ketegangan Dominique Ng – Baru Bian baru-baru ini dalam perebutan wakil Sarawak untuk menjadi Naib Presiden PKR Pusat bukanlah titik permulaan bahkan ia sebagai rentetan kepada kejadian-kejadian seterusnya yang memperlihatkan kemusnahan PKR Sarawak. Terbaru, difahamkan gelagat Wong Ho Leng adalah arkitek di sebalik ketegangan Dominique Ng – Baru Bian. Manakan tidak, Dominique Ng dengan Wong Ho Leng adalah ‘musuh’ dalam pembikinan akibat daripada pemikiran kreatif Chong Chieng Jen dan Baru Bian – Wong Ho Leng adalah rakan karib sejawatan yang mahukan Pakatan Rakyat dianggotai ahli-ahli parti yang bersih dan tidak seperti Dominique Ng dan Dr Ting Chek Ming yang penuh dengan dendam terhadap DAP. Kasihan Dominique Ng dan Dr Ting Chek Ming ...

Dominique Ng boleh dianggap sebagai pembangkang yang ‘berjaya’. Dan, tidak hairanlah beliau sangat dicemburi pemimpin-pemimpin politik pembangkang PKR Sarawak dan DAP Sarawak. Beliau adalah pembuka mata kepada pemimpin-pemimpin BN bahawa pemimpin pembangkang juga boleh diterima rakyat Sarawak. Jasa Dominique Ng terhadap PKR Sarawak sangat besar, tetapi dalam sekelip mata sahaja jasa Dominique Ng hancur kerana kerakusan Baru Bian yang disuntik oleh DAP.

Selain Dominique Ng, Dr Ting Chek Ming juga telah menerima nasib yang sama. Ceritanya sama dan olahan cerita oleh orang yang sama. Kekalahan Dr Ting Chek Ming dalam Pemilihan Cabang PKR telah dirancang dengan teliti oleh DAP yang ditunjangi Wong Ho Leng. Manakan tidak, kekuatan PKR Sibu secara langsung telah menggugat kedudukan DAP di Sibu. Walaupun Pilihan Raya Kecil P.212 Sibu telah dimenangi DAP, namun Wong Ho Leng harus ingat bahawa kemenangan DAP di PRK Sibu bukan hanya untuk DAP bahkan juga PKR, PAS dan SNAP. Ini bermakna kemenangan DAP di Sibu adalah kemenangan PKR juga. Namun, kemenangan DAP itu telah menyebabkan kesangsian terhadap PKR. Atas sebab itu, perancangan Wong Ho Leng adalah menghapuskan pengaruh PKR di Sibu.

Atas faktor sejarah juga, Wong Ho Leng membalas dendam terhadap Dominique Ng dan Dr Ting Chek Ming. Kedua-dua mereka merupakan bekas ahli DAP dan mendakwa mereka sebagai penghianat. Apakah betul Dominique Ng dan Dr Ting Chek Ming pengkhianat?

Sebelum ini, Dominique Ng telah menjelaskan sebab mengapa beliau keluar DAP dan menyertai PKR walaupun ketika itu PKR baru sahaja bertapak di Sarawak. Chong Chieng Jen dan Wong Ho Leng ketika itu yakin bahawa kemasukan Dominique Ng ke PKR Sarawak akan mengkuburkan politik Dominique Ng. Dan, demikian juga dengan keputusan Dr Ting Chek Ming menyertai dan menubuhkan PKR di Sibu.

Sekarang ini, pengaruh Dominique Ng dalam PKR Sarawak semakin meningkat malah sangat jauh mengatasi Baru Bian, Pengerusi Perhubungan PKR Sarawak. Bahkan tidak salah dikatakan pengaruh Baru Bian semakin merosot. Demikian juga dengan pengaruh Dr Ting Chek Ming yang dilihat mampu menggugat Wong Ho Leng. Atas sebab itu, DAP yang diterajui Wong Ho Leng dan Chong Chieng Jen sentiasa berdendam dengan Dominique Ng dan Dr Ting Chek Ming dan menunggu peluang untuk membalas dendam sehingga mahu membunuh karier politik mereka.

Dalam memastikan PKR Sibu tidak lagi berpengaruh, Wong Ho Leng telah memasang ‘orang suruhannya’ dalam PKR Sibu dengan meletakkan Simon Tiong dan berjaya menerajui PKR Sibu. Kemenangan ini telah meletakkan PKR Sibu di bawah telunjuk DAP Sibu dan kekalahan Dr Ting Chek Ming merupakan suatu kemenangan bermakna buat Wong Ho Leng.

Kelicikan DAP ini boleh dihidu Dominique Ng dan sebab itu beliau mempertahankannya walaupun berhadapan dengan ‘bos’nya Anwar Ibrahim. DAP telah menggunakan alasan mengugut ‘kerjasama’ Pakatan Rakyat Sarawak yang sedia ada. Dengan ‘musnahnya’ karier politik Dominique Ng dan Dr Ting Chek Ming pastinya akan memberi kuasa kepada DAP untuk berkuasa walaupun majoriti dan jawatan Ketua Menteri dipegang PKR Sarawak. Seperti di Perak dahulu, PKR sebagai patung boneka yang hanya mendengar dan mengangguk apa yang diperkatakan DAP. Mereka tidak mampu membuat keputusan, sebaliknya keputusan di tangan DAP.

Kerakusan DAP dalam menghapuskan pengaruh PKR tidak hanya di Sibu bahkan melarat ke Sri Aman. Dalam blog ini telah dipaparkan bagaimana Pemilihan PKR Cabang Sri Aman diselubungi kontroversi apabila ahli-ahli DAP menyusup masuk ke dalam PKR dan mengundi Jimmy Donald. Ramai mengetahui Leon Donald merupakan ahli DAP dan pastinya beliau tidak mahu melihat bapanya kalah tersungkur. Dalam memastikan bapanya, Jimmy Donald menang maka beliau mengatur strategi dengan menyusup masuk ahli-ahli DAP ke dalam Pemilihan PKR Cabang Sri Aman dan mengundi Jimmy Donald. Akibatnya, Ibi Uding calon fovourite kalah tipis dengan hanya 8 undi.

Kelicikan DAP tidak berhenti di situ bahkan terus melakonkan aksi sebagai bintang drama swasta. Chong Chieng Jen telah membuat sidang akhbar dengan menyatakan akan menyiasat dakwaan Ibi Uding bahawa ahli-ahli DAP telah menyusup masuk ke dalam Pemilihan PKR Cabang Sri Aman. Namun, sehingga kini di manakah hasil siasatan itu? Itu hanya lakonan semata-mata bagi mengaburi PKR Sarawak. Di sebalik lakonan itu pengarah lakonannya, Wong Ho Leng pastinya mahu melihat ramai lagi Cabang PKR di Sarawak yang jatuh ke tangannya selepas PKR Sibu dan PKR Sri Aman.

Mastermind pergolakan PKR Sarawak – DAP Sarawak datangnya dari Wong Ho Leng dibantu Chong Chieng Jen. Apakah PKR Sarawak tidak menyedari liciknya DAP dalam memusnahkan pengaruh PKR di Sarawak? Kebergantungan PKR Sarawak terhadap Anwar pastinya tidak dapat membawa apa-apa makna memandangkan Anwar juga ‘kecut’ dengan Wong Ho Leng. Sebaliknya, Anwar sangat mengharapkan kuasa masyarakat Cina menyokong PKR selain DAP. Dalam hal ini, Anwar tidak rugi apa-apa asalkan kemenangan diperoleh Pakatan Rakyat dan menjamin tempatnya sebagai Perdana Menteri.

Itulah DAP, Wong Ho Leng dan Chong Chieng Jen. PKR Sarawak sedang dalam transformasi untuk menjadi kuda tunggangan DAP. Apakah yang mampu dibuat oleh PKR Sarawak??? Jalan terbaik lenyaplah PKR di bumi Sarawak dan ketawalah DAP terbahak-bahak.

Wednesday, October 20, 2010

Menjadi sejarah pembangkang yang krisis dalaman tidak pernah akan selesai selagi bernama ‘Pembangkang’. Sebelum ini kita kerap mendengar krisis dalaman mahupun luaran yang berlaku ke atas PKR, DAP dan PAS di Semenanjung. Sejarah krisis PKR di Semenanjung melibatkan Azmin Ali – Khalid Ibrahim; sebagai contoh terdekat, PAS melibatkan Nik Aziz – Timbalan Presiden PAS; dan terbaru DAP melibatkan ahli DAP India – Saudara Mara Ngeh di Perak.

Sekarang, PKR Sarawak juga mengalami masalah; Dominique Ng Kim Ho – Baru Bian. Masalah perebutan mahukan jawatan Naib Presiden PKR Pusat bagi wakil Sarawak.

Kuching: Three Sarawak PKR leaders have been nominated for the vice-president posts in the party election next month.
They are state chief Baru Bian, adviser Dominque Ng and vice chairman Jimmy Donald, the former Sri Aman MP.

Ng, who is Padungan assemblyman and former state chief, said he received nominations from atleast eight party divisions - Mas Gading, Mambong, Petra Jaya, Santubong, Kuching, Sibu, Sarikei and Miri.

"I will consult my people to decide wether to accept the nominations.

"I will make a decision in the next week or so," he said yesterday.

To be eligible to contest for the vice-presidency, a candidate requires only two nominations.

Ng said in order to increase the winning chances, he would discuss with Baru Bian
and Jimmy to put up only a single candidate from Sarawak.

Melihat kepada kedudukan ini, nampaknya pilihan PKR Sarawak pastinya ADUN Padungan, Dominique Ng. Persoalannya, kenapa ramai Cabang PKR di Sarawak tidak memilih Baru Bian? Apakah disebabkan Baru Bian rapat dengan Anwar Ibrahim yang terkenal dengan kes liwatnya hingga memaksa ramai ahli-ahli PKR Sarawak tidak memilih Baru Bian?

Sebelum tercetusnya perang dingin ini, Baru Bian pernah menerima ‘ancaman’ daripada beberapa pemimpin PKR tertinggi Sarawak dan salah seorangnya Dominique Ng. Apakah ancaman Dominique Ng ini adalah kesinambungan semula krisis dalaman 4 pemimpin PKR Sarawak dengan Baru Bian? Melihat kepada situasi sekarang, adalah tidak mustahil ancaman yang dihadapi Baru Bian sekarang adalah ancaman kesimbungan yang diterima Baru Bian sebelum ini.

Playmaker dalam permainan ini pastinya didalangi Dominique Ng, Wan Zainal dan Hafsah Harun. Melihat kepada sejarah kepimpinan dalaman PKR Sarawak, Dominique Ng merupakan pemimpin senior berbanding Baru Bian. Manakala, Jimmy Donald hanya sebagai pengacau dalam pertembungan tiga penjuru ini. Selepas memimpin PKR Sarawak dan bebasnya Anwar Ibrahim dari penjara dan seterusnya dilantik menjadi Ketua Umum PKR, Dominique Ng telah diketepikan dengan cara memalukan.

Pemerintahan diktator Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum PKR telah membawa masuk pemimpin ‘luar’ dari Semenanjung bagi memimpin PKR Sarawak. Pemilihan Mustapha Kamil Ayub sebenarnya tidak menyelesaikan masalah, tetapi menambah masalah. Apa tidaknya, keputusan pemimpin PKR Pusat yang menentukan Ketua Perhubungan PKR Sarawak telah menidakkan kuasa pemimpin mahupun ahli-ahli PKR Sarawak itu sendiri.

Atas desakan ahli-ahli PKR Sarawak, Ketua Perhubungan PKR Sarawak sekali lagi bertukar tangan dan diserahkan kepada anak tempatan Sarawak. Baru Bian, bukan calon pilihan PKR Sarawak, tetapi lebih kepada orang kesukaan Anwar Ibrahim kerana menurut segala kata-kata Anwar walaupun mengetahui tindakan Anwar itu sebenarnya bohong belaka. Atas sebab itu juga, pemimpin tertinggi PKR Sarawak secara terang-terangan menolak Baru Bian menerajui PKR Sarawak.

Bagaimanapun Baru Bian tidak mudah mengalah bahkan berani menyahut pandangan Dominique Ng. Baru Bian menjelaskan sebagai Ketua Perhubungan PKR Sarawak, beliau berhak mewakili PKR Sarawak berbanding Dominique Ng yang hanya sekadar Penasihat PKR Sarawak yang tidak mempunyai kuasa mutlak ke atas PKR Sarawak.

Baru reasoned that the party was giving the voters a choice on who should represent them rather than forcing one candidate upon them.

Atas sebab itu, Baru Bian menjelaskan beliau adalah orang yang paling layak dan bukannya Dominique. Tambahan pula, Dominique bukan ‘orang’ Anwar dan hanya sebagai pemimpin yang slipstic.

Dominique, "You must remember that having a Sarawakian as one of the vice presidents means representation for Sabah as well so this does not depend on party voters in Sarawak alone."

Perbalahan tegang Dominique – Baru Bian sebenarnya sudah lama dijangka dan selepas ini akan lebih tegang lagi terutama menjelang Pilihan Raya DUN Sarawak akan datang.

Pemimpin-pemimpin senior tertinggi PKR Sarawak mendesak Anwar dan PKR Pusat mahukan perlantikan Ketua Perhubungan PKR Sarawak dipilih oleh ahli-ahli tempatan PKR Sarawak dan bukannya daripada orang luar. Perlantikan yang diamalkan sekarang ini tidak mengambil kemahuan akar umbi ahli-ahli PKR Sarawak. Atas sebab itu, juga Baru Bian berasakan dirinya semakin rasa tersisih di kalangan pemimpin teringgi PKR Sarawak. Sekarang ini, beliau hanya bergantung kepada sokongan dari Anwar Ibrahim. Inilah yang menyebabkan Baru Bian tidak popular dan langsung tidak dipilih oleh cabang-cabang PKR di Sarawak.

Persediaan PKR Sarawak dalam menghadapi Pilihan Raya DUN Sarawak banyak terganggu berikutan ketegangan PKR dan DAP dalam pengagihan kerusi. 5 buah kawasan DUN masih menjadi perebutan PKR-DAP dan salah satunya kawasan N.9 Padungan yang disandang Dominique Ng.

Kawasan DUN N.9 Padungan menjadi rebutan hangat PKR-DAP. Sejarah DUN N.9 Padungan lebih memihak kepada DAP, tetapi Pilihan Raya DUN 2006, PKR yang diwakili Dominique Ng berjaya menewaskan DAP. Di peringkat Parlimen Bandar Kuching, ia diwakili DAP, Chong Chieng Jen. Disebabkan kedua-dua parti itu berada dalam satu Pakatan Rakyat, DAP memohon kawasan DUN N.9 Padungan dikembalikan kepada DAP. Namun, Dominique Ng berkeras tidak mahu menyerahkan kawasan DUN N.9 Padungan yang dimenanginya dahulu dan mahu terus mengekalkannya bagi Pilihan Raya DUN Sarawak.

Bagaimanapun, pertikaian 5 kawasan yang dimahukan PKR-DAP telah dibincangkan oleh Baru Bian – Wong Ho Leng. Perbincangan kedua-dua pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat ini telah merisaukan Dominique Ng. Apakah Baru Bian akan bertolak ansur ke atas kawasan DUN N.9 Padungan kepada DAP sebagai membalas dendam kepada Dominique Ng yang mempertikaikan pemerintahannya. Ini secara langsung akan menutup ruang untuk terus Dominique Ng menjadi YB dan peluang untuk mengajar Dominique Ng.

Selepas ini PKR Sarawak akan terus menjadi tegang dan boleh diibaratkan nasi akan menjadi bubur. Kegelisahan ahli-ahli PKR Sarawak akan meruntuhkan terus PKR di Sarawak. Marilah kita sama-sama berdoa semoga usaha meruntuhkan PKR ini akan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Amin.
Sabtu ini, 23 Oktober Anwar Ibrahim dan koncu-koncunya akan datang ke Miri dan mengadakan ceramah bagi membongkar rahsia besar yang akan melibatkan Ketua Menteri Sarawak.

Sebelum ini, Anwar dan geng-gengnya kerap kali melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan pembunuhan Altantuya walaupun mahkamah tidak pernah membuktikan secara langsung atau tidak langsung.

Dan, ketika Pilihan Raya DUN Sarawak akan diadakan tidak lama lagi, Anwar yang ketika ini sedang menghadapi pertuduhan meliwat Saiful dan baru-baru pengakuan Rohaimi menandatangani surat akuan bersumpah secara paksa oleh peguam-peguam Anwar merangka strategi dalam merampas Sarawak. Justeru, Anwar telah memulakan serangan ke atas Ketua Menteri Sarawak dalam usaha merampas Sarawak daripada rakyat Sarawak.

Dalam mencapai matlamatnya, ahli-ahli dan ejen PKR dan juga Pakatan Rakyat telah bergerak aktif dalam menyebarkan propaganda menghasut rakyat Sarawak agar mempercayai Ketua Menteri Sarawak sebagai ‘pembunuh’ kepada seorang warga Amerika.

Diakui, propaganda ini bertujuan untuk memancing undi protes terhadap Ketua Menteri Sarawak ekoran kenyataan dan hasrat Ketua Menteri Sarawak mahu berundur dari dunia politik. Keputusan Ketua Menteri yang menerima keputusan rakyat Sarawak untuk terus menerajui Sarawak dan bersedia menghadapi Pilihan Raya DUN Sarawak sekembalinya dari luar negeri di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching bulan lepas. Pengumuman itu secara langsung merencatkan rancangan mereka untuk merampas Sarawak.

Pakatan Rakyat yang diketuai sama ada PKR mahupun DAP kerana sebelum ini sama-sama berhasrat untuk mengetuai Pakatan Rakyat Sarawak tahu bahawa selagi Ketua Menteri Sarawak diterajui oleh Pehin Sri, hasrat mereka untuk menakluk Sarawak amat sukar. Ekoran daripada itu, mereka sekarang menggunakan cara dan pendekatan yang lebih drastik dengan mengaitkan Ketua Menteri Sarawak sebagai pembunuh.

Pemergian Anwar ke Miri pada 23 Oktober ini dipercayai akan mengkhabarkan fitnah itu kepada rakyat Sarawak.

Menurut ahli-ahli PKR Sarawak, Anwar pada malam itu akan membongkar bukti bahawa pembunuhan itu mempunyai kaitan terhadap Ketua Menteri Sarawak. Dakwaan mereka lagi, hanya Anwar sahaja yang layak mengkhabarkan berita tersebut atas sebab pengaruhnya di Sarawak. Di samping itu, Anwar akan terus mengaitkan kematian Altantuya dengan Perdana Menteri walaupun dakwaan itu tidak berasas.

Ketika kes liwat Anwar terhadap Saiful masih lagi dalam perbicaraan, Anwar sekarang ini sedang mencanang strategi untuk melambatkan proses perbicaraannya sehingga ke Pilihan Raya Umum Ke-13. Disebabkan itu, sehingga kini Anwar masih lagi memegang Malaysia Book of Record dalam perbicaraan yang paling lama diadakan dan sedikit masa lagi akan memecah Genius World Book of Record.

Anwar telah memburukkan Malaysia di Indonesia yang dianggap berjaya oleh sesetengah ahli-ahli PKR dalam usahanya meraih simpati pemimpin-pemimpin dunia untuk terus mengutuk sistem kehakiman negara. Apakah ini orang seperti layak menjadi pemimpin negara yang sanggup mengutuk negara sendiri? Orang sebegini bukan sahaja tidak harus menjadi warganegara Malaysia malah tidak layak memimpin Malaysia.

Perjumpaan Anwar di Miri akan diadakan di kediaman Dr Michael Teo yang merupakan Ketua Cabang PKR Miri. Dengan penuh angkuh, beliau membayangkan 10,000 penduduk Miri dan juga penyokong Pakatan Rakyat akan hadir.

Persoalannya, apakah yang datang itu nanti benar-benar penyokong Pakatan Rakyat? Atau mereka datang hanya sekadar untuk mendengar fitnah terbaru Anwar dan pemimpin Pakatan Rakyat yang lain yang memang diketuai tidak boleh dipercayai.

Sebagai sebuah negara demokrasi, Kerajaan tiada kuasa untuk menghalang rakyat mendengar ceramah mahupun fitnah Pakatan Rakyat melainkan perjumpaan itu tidak mendapat permit polis. Malaysia mempunyai undang-undang dan rakyat harus menghormati undang-undang. Tidak seperti Pakatan Rakyat yang di luar negara sibuk memburukkan kepimpinan Malaysia yang tidak demokrasi, tetapi apabila di Malaysia sibuk mencanang fitnah ke atas pemimpin negara. Apakah pemimpin dan parti sebegini yang dimahukan rakyat Sarawak? Seandainya ini yang berlaku, adalah tidak mustahil Sarawak pasti akan lingkup seperti yang dihadapi Selangor dan Pulau Pinang, dan perubahan ke atas pemerintahan Perak dahulu telah berjaya menyelamatkan rakyat Perak daripada menerima nasib sama seperti Selangor dan Perak.

Apapun, rakyat Sarawak tidak dihalang untuk mendengar apa yang akan disampaikan Anwar dan pemimpin Pakatan Rakyat yang lain. Inilah yang membuktikan Malaysia sebuah negara demokrasi. Sekiranya boleh, pada malam itu bukan sahaja dengar apa yang diucapkan Anwar, tetapi juga lihat wajah Anwar. Dan, bandingkan wajah Anwar sebelum dituduh meliwat Saiful dan wajahnya sekarang. Jika diperhatikan banyak perubahan yang berlaku terutama kesan daripada sumpah yang dilakukan Saiful. Lihatlah wajah sebenar Anwar, wajah pembohong dan penipu serta pemfitnah.

Sunday, October 17, 2010

Perlakuan Anwar Ibrahim memburuk-burukkan Malaysia di Indonesia bukan sahaja mendapat kritikan daripada YB-YB dari BN bahkan juga daripada ahli-ahli PKR sendiri yang berasakan tindakan Anwar itu sudah melampau dan keterlaluan.

Malah mereka mendesak Anwar Ibrahim segera bertaubat berikutan pelbagai pembongkaran isu moral beliau selain berundur daripada memimpin PKR yang selama ini banyak dirosakkan Anwar dan Azmin.

Ini bukan helah mahupun propaganda Kerajaan seperti yang pernah didakwa Anwar di Indonesia bahawa media massa di Malaysia dikekang oleh Kerajaan.

Seramai kira-kira 60 orang ahli PKR yang datangnya dari Pulau Pinang dan Perak berkumpul di hadapan Ibu Pejabat PKR dan menyerahkan memorandum bertajuk ‘Taubat Kepada Anwar yang juga Penasihat PKR’.

Mereka ini kecewa bukan sahaja dengan sikap Anwar bahkan keliru dengan perjuangan PKR itu sendiri. Wakilnya, Nur Ilmi Ismail dari Cabang PKR Bayan Baru, Pulau Pinang menyatakan PKR memerlukan seorang pemimpin yang dapat memberi sepenuh perhatian terhadap perjuangan parti dan bukannya hanya sibuk mengendalikan kes peribadi.

Seperti diketahui, Anwar sekarang ini sedang dan masih menghadapi pertuduhan dakwaan liwat ke atas Saiful Bukhari di mahkamah. Atas kelicikan peguam bela dan Anwar, mereka telah berjaya menangguhkan perbicaraan dari tahun ke tahun. Penangguhan kes liwat Anwar ini telah memberi ruang dan peluang Anwar untuk terus menjaja kesnya itu di seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat dan terbaru di Indonesia.

Kesabaran ahli-ahli PKR terutama golongan muda ada hadnya dan tidak keterlaluan mereka akan mendesak Anwar meletak jawatan dengan segera. Makhluk seperti Anwar inilah yang telah merosakkan parti demi agenda peribadinya untuk melepaskan diri daripada undang-undang.

Nur Ilmi Ismail telah menyerahkan memorandum ‘Taubat Kepada Anwar yang juga Penasihat PKR’ kepada petugas Jawatankuasa Pemilihan Pusat, Rauo Imran, kira-kira jam 11.00 pagi ketika berlangsungnya proses penerimaan pencalonan Pemilihan PKR 2010.

Semenjak pendedahan demi pendedahan dibongkar, apabila dua individu tampil mendakwa dirinya dipaksa oleh peguam Anwar untuk menandatangani akuan bersumpah kononya tuduhan liwat itu adalah konspirasi untuk menjatuhkan Anwar.

Untuk itu, Anwar seharusnya tampil menjawab tuduhan itu kerana ia telah mencemar imej PKR dan ramai golongan muda sudah hilang keyakinan terhadap kepimpinan Anwar. Dan, bukannya berbohong dan mencari ihsan dari negara lain yang kebanyakkanya hanya menumpang populariti Anwar sebagai pesalah liwat.

Saturday, October 16, 2010

Kerusi DUN Kemena yang ketika ini disandang Dr Stephen Rundi Utom, Menteri Muda Kesihatan Awam dari BN hangat dan menjadi rebutan di kalangan parti kompenan Pakatan Rakyat Sarawak khususnya ahli-ahli daripada PKR. Sebelum ini, calon yang dikatakan ‘favourite’ dalam mengisi wakil calon Pakatan Rakyat datangnya dari ‘blogger’ Dayakbaru, Dr John Brain. Beliau yang sejak dua tahun ini kerap menghasil dan menerbitkan artikel masyarakat Dayak khusus dalam memperjuangkan legasi masyarakat Dayak di Sarawak. Tidak ketinggalan juga kritikan yang dilemparkan ke atas usaha Kerajaan Sarawak dalam meningkatkan taraf hidup masyarakat Dayak.

Sebelum terbitnya artikel ini, beliau telah diangkat oleh ‘orang-orang dalam’ sebagai calon PKR di DUN Kemena. Berita ini telah kerap tersebar bukan sahaja di Bintulu malah di seluruh Sarawak sehingga menjadi perbualan di kalangan ahli-ahli PKR. Beliau juga tidak menafikan malah berharap PKR Sarawak dapat mencalonkan Dr John Brain bagi menentang calon BN. Ini diperkuatkan lagi dengan beberapa artikel tulisannya yang sangat berharap agar beliau menjadi calon utama ketika menentang penyandang DUN Kemena itu.

Namun, desas-desus calon Pakatan Rakyat yang akan bertanding di DUN Kemena telahpun terjawab. Tetapi, yang memeranjatkan ialah nama Dr John Brain, calon yang disebut-sebut itu tiada langsung dalam senarai Pakatan Rakyat dan PKR. Sebaliknya, calon pilihan PKR bagi DUN Kemena ialah Setiausaha PKR Bintulu, Bernard Binar.

Bernard Binar, 51 ketika diumumkan sangat terperanjat dan terharu kerana beliau tidak menyangka akan dipilih sebagai calon PKR di DUN Kemena. Beliau sememangnya sangat tidak percaya bahkan menyangka PKR Bintulu telah memilih Dr John Brain. Pengumuman Bernard Binar sebagai calon PKR di DUN Kemena sekaligus melenyapkan impian menggunung tinggi Dr John Brain menjadi calon apatah lagi memegang taraf YB.

Menurut Bernard Binar, “Saya tidak pernah meminta dicalonkan, tetapi jika itu kehendak pucuk pimpinan parti, saya akan pertimbangkan”.

DUN Kemena menjadi pilihan PKR dan merupakan kawasan majoriti masyarakat Dayak. Bernard Binar sebelum ini dikatakan sangat aktif dalam mempromosikan PKR di kawasan Kemena dan Bintulu.

Keghairahan Dr John Brain dalam mempopularkan dirinya sebagai pejuang masyarakat Dayak dan sering mengkritik pembangunan yang dibawa Kerajaan ke atas Sarawak dan masyarakat Dayak. Menidakkan pemilihan beliau dilihat sangat memberi tamparan besar ke atas dirinya dengan faktor utama beliau tidak dipilih disebabkan beliau bukan merupakan ahli PKR, tetapi sebaliknya hanya ‘berkawan’ baik dengan Baru Bian, Pengerusi PKR Sarawak.

Pastinya selepas ini, keaktifan blog Dr John Brain akan sedikit demi sedikit menurun ekoran kehampaannya dalam menjadi calon PKR di DUN Kemena. Tahniah buat Bernard Binar dan takziah buat Dr John Brain.
Baru-baru ini ketika Anwar Ibrahim di Indonesia telah menegaskan media di Malaysia menjadi alat propaganda Kerajaan kerana melaporkan kekecohan semasa Pemilihan PKR 2010. Menurutnya lagi, laporan itu sebagai tindakan media itu telah dikawal Kerajaan.

Kenyataan Ahli Parlimen Padang Serai, N.Gobalakrishnan bahawa Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali merupakan dalang kepada kekusutan yang melanda parti itu menjelang pemilihan 16 November depan bukanlah satu kejutan.

Apa yang mengejutkan hanya keberanian Gobalakrishnan membuat kenyataan terbuka tetapi dari segi fakta tiada mana-mana pun pemimpin di dalam PKR yang boleh menafikan apa yang beliau katakan.

Ia kerana sebelum ini, calon Timbalan Presiden, Datuk Zaid Ibrahim pun sudah mendedahkan bagaimana berlakunya pelbagai taktik untuk menghalang beliau mendapat pencalonan dan secara tidak langsung kenyataan yang dibuat banyak menjurus kepada penyokong Azmin. Namun begitu pendedahan Gobalakrishnan boleh dianggap kemarahan dan rasa tidak puas hati yang tidak mampu dibendung lagi.

Sebenarnya, bukan sahaja Gobalakrishnan malahan sentimen seumpama itu sudah begitu ketara di peringkat akar umbi.

Walaupun dikatakan menjadi calon pilihan untuk memenangi jawatan Timbalan Presiden berikutan sokongan kuat Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadapnya namun hari ke hari kedudukan Azmin semakin tergugat.

Apa pun dari sudut lain, pendedahan Gobalakrishnan boleh dianggap satu lagi petaka kepada PKR yang sebelum ini cuba digambarkan oleh gandingan Anwar-Azmin sebagai cukup sempurna.

Selepas berlaku kekecohan ketika proses pencalonan di peringkat cabang, ia berterusan pula dengan dakwaan berlaku pelbagai penyelewengan ketika pengundian dijalankan dan perebutan kuasa.

Justeru apabila Gobalakrishnan membuat pendedahan maka lengkaplah sudah kepincangan di dalam PKR.

Anwar yang kini sedang berhadapan dengan kes liwat di mahkamah, seolah-olah tidak mampu lagi mengawal situasi di dalam PKR manakala Wan Azizah pula sebagai Presiden hanya menjadi pemerhati.

PKR kini bagaikan parti tunggang terbalik, segala kepincangan dan keburukannya semakin terdedah dari semasa ke semasa.

Dalam soal pendedahan, Gobalakrishnan itu, ia sudah tentulah menggembirakan penyokong-penyokong anti-Anwar-Azmin yang sememangnya ingin melihat gabungan itu berakhir. Ia kerana gabungan itu sudah banyak mendatangkan masalah kepada PKR sehingga dianggap telah menghuru-harakan parti tersebut.

Tetapi apa yang jelas, PKR kini bagaikan sebuah kapal yang semakin bocor sana-sini akibat dihentam pelbagai masalah dan semakin menjauhkannya daripada ‘pelabuhan’ tampuk pemerintahan negara yang menjadi matlamat utama kenapa parti itu ditubuhkan.

Seharusnya semua ini akan memberi isyarat kepada rakyat bahawa sesebuah parti yang ditubuhkan hanya semata-mata untuk merebut kuasa dan memenuhi impian politik seorang insan tidak akan ke mana.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 16 Oktober 2010
Dakwaan Anwar Ibrahim kononnya beliau mampu menyelesaikan pertikaian dan masalah Malaysia-Indonesia dengan segera sekiranya menjadi Perdana Menteri adalah bertujuan menagih simpati rakyat Indonesia dan sekumpulan penyokong-penyokong Anwar dan PKR di Malaysia dan Indonesia.

Umum mengetahui Anwar yang kini masih belum menerima hukuman atas perlakuan liwatnya ke atas Saiful dan perbicaraan masih berlangsung setelah beberapa kali ditunda. Penundaan kes liwat Anwar ini telah memecah Malaysia Book of Record dengan kes liwat pertama yang paling lama ditunda dan belum diselesaikan. Mungkin kebijaksanaan peguam dan Anwar sehingga Mahkamah tidak dapat menyelesaikannya. Dan, Saiful Bukhari mangsa liwat sedang menghadapi tekanan ekoran kesnya ini tidak dapat diselesaikan walaupun tahun berganti tahun.

Adalah tidak mustahil perbicaraan kes liwat Anwar ini akan mencatat Genius World Book of Record. Pastinya nama Anwar akan terpahat sebagai peliwat paling lama menghadapi perbicaraan.

Kenyataan Anwar bahawa masalah Malaysia – Indonesia boleh diselesaikan dalam masa singkat dan jika diberi jawatan Perdana Menteri membuktikan hasrat dan impian Anwar mahu menjadi Perdana Menteri tidak pernah padam malah semakin bersemangat sehingga sanggup memburukkan Kerajaan Malaysia sekarang. Nampaknya, impian Nik Aziz, Abdul Hadi Awang, Lim Guan Eng, Lim Kit Siang mahupun Azmin Ali yang pastinya memasang angan-angan menjadi Perdana Menteri seandainya Pakatan Rakyat perlu terus melupakannya.
Dakwaan Anwar bahawa beliau memahami sistem pemerintahan di Indonesia kerana mendukung demokrasi berbanding pihak pemerintahan Malaysia hanya bohong belaka. Lihat sahaja apa yang telah dilakukan Anwar di Malaysia sekiranya beliau benar-benar memahami demokrasi. Penangguhan kes liwat, pertelingkahan pemilihan PKR, demokrasi jalanan ganas dan banyak lagi membuktikan Anwar bukan sahaja tidak memahami bahkan tidak tahu apa itu demokrasi. Apakah orang sebegini mampu menyelesaikan masalah Malaysia – Indonesia dengan masa yang singkat?

Anwar harus mengakui kenyataan bahawa Pemilihan PKR yang sedang berlangsung sekarang berada dalam kepincangan dan tidak telus. Peristiwa terang lagi jelas di depan mata telah disangkal Anwar sehingga sanggup melabelkan media di Malaysia menjadi alat propaganda Kerajaan. Apakah selama ini akhbar seperti Harakah, Suara Keadilan, Roket dan beberapa lagi akhbar keluaran pembangkang sebagai propaganda Kerajaan?

Ketika ini Parlimen Malaysia sedang bersidang bagi membincangkan masalah-masalah rakyat. Itulah peranan wakil rakyat bagi membahaskan masalah rakyat di Dewan Rakyat. Dalam masa yang sama Dewan Rakyat akan mendengar pembentangan Bajet 2011 bagi kelangsungan hidup rakyat Malaysia bagi tahun 2011. Mungkin anggapan Anwar bahawa Bajet 2011 yang dibentangkan Perdana Menteri banyak menguntungkan rakyat sehingga menjejaskan reputasi Anwar dan pembangkang sehingga menyebabkan beliau lari dari mengikuti pembentangan Bajet 2011.

Melarikan diri dari menghadiri sidang Dewan Rakyat membuktikan Anwar telah mengkhianati pengundi-pengundinya di Permatang Pauh. Malah tidak keterlaluan dikatakan Anwar langsung tidak memperjuangkan nasib penduduk-penduduk di Permatang Pauh sebaliknya sibuk mencari publisiti untuk menjadi Perdana Menteri.
Itulah Anwar Ibrahim.

Tuesday, October 12, 2010


Masyarakat Cina di negara ini mendapat banyak manfaat hasil daripada pemerintahan kerajaan BN yang menitikberatkan keseimbangan taraf hidup di kalangan semua kaum.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan berkata,

“... masyarakat Cina telah diberi banyak peluang untuk menikmati pembangunan yang dirancangkan oleh Kerajaan BN selama ini”.

“... dari segi pendidikan, Kerajaan sentiasa memberi sokongan padu terhadap pembangunan akademik dan kokurikulum pendidikan sekolah-sekolah Cina. Kerjasama padu daripada Kerajaan telah membantu sekolah-sekolah Cina melahirkan ramai tenaga mahir dan profesional yang pada akhirnya memberi manfaat kepada rakyat dan negara secara menyeluruh”.

“... kita melihat tahap pendidikan pelajar-pelajar Cina di negara ini semakin membangun. Pelajar-pelajar Cina juga diberi peluang pekerjaan yang bagus oleh Kerajaan. Justeru, adalah penting untuk rakyat (kaum Cina) terus menyokong Kerajaan BN agar kaum Cina dapat terus mengecapi kejayaan pembangunan yang dilaksanakan Kerajaan.

Justeru, SUPP akan terus memperjuangkan masyarakat Cina terutama dalam membantu membangunkan sekolah-sekolah Cina di Sarawak.

Rakyat Cina khususnya perlu melihat DAP lebih kepada mendesak dan cakap-cakap kosong, janji tinggal janji. Mereka ini gemar membuat provokasi tanpa sebarang tindakan. Manakala, Kerajaan bersikap sentiasa membantu rakyat terutama dalam bidang kritikal. Isu pendidikan dan tanah yang sering dijadikan alat untuk mengkritik Kerajaan dianggap lapuk kerana Kerajaan sentiasa mengotakan janji-janjinya selaras dengan Rakyat Didahulukan.

Kekangan isu menyebabkan DAP menggunakan tohmahan dan serangan ke atas peribadi Kerajaan dalam usaha meraih simpati rakyat, sedangkan Kerajaan sentiasa fokus terhadap tanggungjawabnya setelah diberikan amanah oleh rakyat.
Politik mengatasi segala-galanya sehingga sanggup membuatkan diri ‘buat-buat buta sejarah’ sehingga sanggup mengatakan keamanan negara diperoleh secara percuma tanpa pertumpahan darah dan pengorbanan nyawa. Golongan seperti ini telah menidakkan pengorbanan yang telah dilakukan pasukan keselamatan dalam mempertahankan negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan golongan itu sebagai manusia yang tidak mengenang budi.

Justeru, kesenangan, keamanan dan kemewahan yang dinikmati hari ini mempunyai nilai yang sangat tinggi. Keamanan negara telah dibayar dengan nyawa dan kecacatan anggota badan oleh pasukan keselamatan terutama selepas zaman darurat menentang anzaman pengganas komunis.

"Betapa besarnya kesengsaraan mereka. Keluarga dan anak menitis air mata apabila menerima kepulangan bapa mereka sebagai jenazah. Sedih dan pilu (juga melanda) apabila keluarga mereka balik dengan tangan dan kaki kudung serta mata buta”.

"Keluarga juga terpaksa menjaga bapa atau suami yang cacat kerana terkena jerangkap samar. Apakah perasaan mereka? Pernahkah golongan tidak mengenang budi ini cuba mengambil tahu?”

Kepada golongan yang tidak melalui zaman melawan komunis dan hanya tahu melalui buku sejarah atau buat-buat buta sejarah.

Siapa kata keamanan yang dinikmati negara kini diperoleh secara percuma? Hanya mereka yang buta sejarah dan hanya mereka yang tidak mengenang budi dan mereka yang berusaha membawa pengganas Chin Peng sahaja yang berbuat demikian.

Mereka yang berusaha membawa Chin Peng merupakan pengganas sebenar atau lebih tepat lagi musuh negara. Pengganas seperti ini menidakkan perjuangan sebenar bekas-bekas tentera dan anggota keselamatan malah lebih dahsyat lagi memperkecilkan perjuangan anggota keselamatan.

Malah tidak keterlaluan dikatakan mereka inilah yang sebenarnya pengganas atau penyangak sehingga sanggup memburukkan nama negara di mata dunia demi mencapai cita-cita jahatnya untuk memburukan kepimpinan negara yang sedia ada ini.

Itulah politik sempit pembangkang sehingga sanggup menggadaikan maruah negara yang tercinta ini.

Sunday, October 10, 2010

Kerajaan Sarawak beri jaminan bahawa Barisan Nasional (BN) tidak akan mengorbankan kepentingan dan menghilangkan hak rakyat dalam meneruskan agenda pembangunan di Sarawak, tegas Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Kepentingan serta hak rakyat terutama berkaitan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) sentiasa dipelihara di bawah undang-undang. Pengambilan tanah rakyat oleh Kerajaan bagi tujuan pembangunan dilakukan secara berkhemah, berteraskan undang-undang dan membabitkan pembayaran pampasan selaras dengan pasaran semasa.

“Kerajaan sangat mengambil berat kepentingan rakyat. Kerajaan tidak akan sama sekali bertindak menghilangkan hak rakyat dalam merealisasikan pembangunan. Sebagai contoh, tanah rakyat terpaksa diambil untuk membolehkan sesuatu pembangunan dilakukan. Walaupun begitu, pengambilan ini dilakukan mengikut saluran undang-undang yang betul. Bahkan, pampasan diberi berpandukan nilai pasaran semasa. Tidak timbul isu kerajaan mengorbankan tanah rakyat”.

Pehin Sri, Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak

Pembangkang sebelum ini gemar menangguk di air keruh dengan menjadikan tanah NCR sebagai modal untuk menghasut rakyat membenci Kerajaan. Selain tanah NCR, pembangkang juga menggunakan modal keprihatinan Kerajaan dalam memahami masalah rakyat.

Penjelasan Ketua Menteri Sarawak ketika merasmikan Pameran Sejiwa Senda Peringkat Bahagian Mukah terus memberi tekanan kepada pembangkang dalam menimbulkan isu tanah NCR ini. Kerajaan juga sangat prihatin dengan permasalahan rakyat dengan sentiasa mengikut undang-undang dan saluran yang betul khususnya dalam mengambil tanah bagi tujuan pembangunan.

Ketua Menteri menyeru dan mengajak rakyat untuk memahami dasar Kerajaan dalam meneruskan pembangunan Sarawak.

Dalam mengelak salah faham ini, Ketua Menteri Sarawak telah memberikan contoh bagaimana kekeliruan rakyat terhadap hasrat Kerajaan dalam membangunankan sesuatu kawasan.

“Saya berikan contoh ini. 15 tahun lalu saya mahu sebuah kawasan di Long Lama dibangunkan dengan ladang kelapa sawit untuk mengembangkan potensi ekonomi di Hulu Baram. Bagaimanapun, terlalu banyak kekangan, bantahan dan kritikan diterima. Ekoran itu, saya membangunkan sebuah kawasan di Kanowit yang menduduki keutamaan kedua selepas Long Lama. Penduduk Kanowit memahami apa yang kerajaan mahu lakukan. Hasil kerjasama baik itu kini mereka meraih manfaat ekonomi”.


Pehin Sri, Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak

Rakyat memerlukan pembangunan dan Kerajaan memberikan pembangunan. Justeru, pembangunan perlukan kerjasama dan pengorbanan rakyat. Kekeliruan dan fitnah pembangkang boleh merencatkan perancangan pembangunan Kerajaan.

Wednesday, October 6, 2010

Politik Sarawak telah mengalami banyak perubahan. Dahulunya, kebanyakan parti politik samada dari Barisan Nasional (BN) mahupun pembangkang yang bertanding dalam pilihan raya di Sarawak terdiri daripada parti-parti tempatan Sarawak. Namun, keadaan hari ini sangat berbeza disebabkan ‘penghijrahan’ parti-parti luar dari Semenanjung datang dan mahu bertapak di Sarawak.

Pembangkang telah menubuhkan Pakatan Rakyat Sarawak yang dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR), Democratic Action Party (DAP) dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Parti-parti ini sekarang cuba untuk menonjolkan diri sebagai parti dominan.

Sebelum ini, Presiden PKR menyatakan bahawa pemimpin PKR sewajarnya dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak sekiranya Pakatan Rakyat Sarawak menang pada Pilihan Raya DUN Sarawak akan datang. Kenyataan ini menunjukkan PKR cuba untuk menjadi parti dominan di kalangan parti-parti pembangkang lain.

Implikasinya, DAP dan PAS tidak bersetuju dengan cadangan PKR memandangkan perlu ada mesyuarat keputusan. Ini disebabkan penubuhan Pakatan Rakyat Sarawak berdasarkan mesyuarat, dan pemilihan Ketua Menteri juga perlu melalui proses mesyuarat. Dalam hal ini, DAP dan PAS tidak akan berkromponi kerana mereka juga menyumbang kepada kemenangan Pakatan Rakyat andai mereka menang nanti.

SNAP yang suatu ketika merupakan parti kompenan BN, mengambil keputusan drastik keluar dari BN. Keputusan SNAP itu telah membawa permasalahan yang lebih besar sehingga kepada pembatalan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negara. Bagaimanapun, pertengahan tahun ini SNAP telah bernasib baik apabila Jabatan Pendaftaran Negara mengambil keputusan untuk tidak membatalkan SNAP. Pun begitu, pemimpin SNAP telah terbahagi dua dengan sebahagian besar ahli-ahlinya masih menyokong BN.

Apa pun, keputusan SNAP menyertai Pakatan Rakyat Sarawak telah mengundang pelbagai imlikasi negatif khususnya ramai ahli-ahli SNAP tidak bersetuju dengan pemimpin atasa mereka menyertai pembangkang. Kebanyakan mereka yang sebelumnya menyokong kuat BN tidak berpuashati dengan keputusan pemimpin tertinggi SNAP itu kerana menurut mereka keputusan itu tidak menguntungkan.

Telaah ahli-ahli SNAP yang masih menyokong BN itu betul kerana SNAP hanya diberikan sedikit sahaja kawasan yang akan ditandingi mereka dalam Pilihan Raya DUN Sarawak akan datang. Berbeza dengan PKR, DAP dan PAS yang kesemua parti ini adalah parti luar Sarawak. Dalam hal ini, nampaknya SNAP, parti tempatan Sarawak telah dianaktirikan dalam Pakatan Rakyat Sarawak.

SNAP parti tempatan Sarawak telah diabaikan, namun apakah pula nasib rakyat Sarawak sekiranya diperintah Pakatan Rakyat Sarawak yang merupakan parti luar Sarawak.
Politik Sarawak telah mengalami banyak perubahan. Dahulunya, kebanyakan parti politik samada dari Barisan Nasional (BN) mahupun pembangkang yang bertanding dalam pilihan raya di Sarawak terdiri daripada parti-parti tempatan Sarawak. Namun, keadaan hari ini sangat berbeza disebabkan ‘penghijrahan’ parti-parti luar dari Semenanjung datang dan mahu bertapak di Sarawak.
Pembangkang telah menubuhkan Pakatan Rakyat Sarawak yang dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR), Democratic Action Party (DAP) dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Parti-parti ini sekarang cuba untuk menonjolkan diri sebagai parti dominan.

Sebelum ini, Presiden PKR menyatakan bahawa pemimpin PKR sewajarnya dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak sekiranya Pakatan Rakyat Sarawak menang pada Pilihan Raya DUN Sarawak akan datang. Kenyataan ini menunjukkan PKR cuba untuk menjadi parti dominan di kalangan parti-parti pembangkang lain.

Implikasinya, DAP dan PAS tidak bersetuju dengan cadangan PKR memandangkan perlu ada mesyuarat keputusan. Ini disebabkan penubuhan Pakatan Rakyat Sarawak berdasarkan mesyuarat, dan pemilihan Ketua Menteri juga perlu melalui proses mesyuarat. Dalam hal ini, DAP dan PAS tidak akan berkromponi kerana mereka juga menyumbang kepada kemenangan Pakatan Rakyat andai mereka menang nanti.

SNAP yang suatu ketika merupakan parti kompenan BN, mengambil keputusan drastik keluar dari BN. Keputusan SNAP itu telah membawa permasalahan yang lebih besar sehingga kepada pembatalan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negara. Bagaimanapun, pertengahan tahun ini SNAP telah bernasib baik apabila Jabatan Pendaftaran Negara mengambil keputusan untuk tidak membatalkan SNAP. Pun begitu, pemimpin SNAP telah terbahagi dua dengan sebahagian besar ahli-ahlinya masih menyokong BN.

Apa pun, keputusan SNAP menyertai Pakatan Rakyat Sarawak telah mengundang pelbagai imlikasi negatif khususnya ramai ahli-ahli SNAP tidak bersetuju dengan pemimpin atasa mereka menyertai pembangkang. Kebanyakan mereka yang sebelumnya menyokong kuat BN tidak berpuashati dengan keputusan pemimpin tertinggi SNAP itu kerana menurut mereka keputusan itu tidak menguntungkan.

Telaah ahli-ahli SNAP yang masih menyokong BN itu betul kerana SNAP hanya diberikan sedikit sahaja kawasan yang akan ditandingi mereka dalam Pilihan Raya DUN Sarawak akan datang. Berbeza dengan PKR, DAP dan PAS yang kesemua parti ini adalah parti luar Sarawak. Dalam hal ini, nampaknya SNAP, parti tempatan Sarawak telah dianaktirikan dalam Pakatan Rakyat Sarawak.

SNAP parti tempatan Sarawak telah diabaikan, namun apakah pula nasib rakyat Sarawak sekiranya diperintah Pakatan Rakyat Sarawak yang merupakan parti luar Sarawak.
Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!