Thursday, September 30, 2010

Jumlah 40 kerusi berbanding 71 kesemuanya DUN Sarawak mencerminkan PKR mahu mendominasi Pilihan Raya DUN Sarawak akan datang. Di manakah peranan SNAP sebagai parti tempatan Sarawak yang hanya diperuntukan beberapa jumlah kecil kerusi berbanding PKR – parti dari Semenanjung ini.

Kebanyakan 40 kerusi yang akan diditandingi PKR adalah mempunyai kawasan majoriti Bumiputera.
“Kami sudah mengenal pasti calon yang layak untuk kerusi ini. Di beberapa konstituensi, kami sudah mengenal pasti sehingga 4 ahli untuk satu kerusi supaya kami dapat memilih yang terbaik,” jelas Baru Bian.

Ramai juga calon-calon PKR untuk satu-satu DUN. Apakah akan ada pertandingan lebih 2 penjuru memandangkan PKR mempunyai 4 calon setiap DUN. Walaupun kuota pertandingan untuk ahli PKR bagi satu-satu kawasan DUN hanya satu, nescaya 3 yang tidak dipilih dan mempunyai potensi untuk jadi YB akan tetap bertanding, tetapi atas tiket Bebas.

“Kami sedang berunding mengenai peruntukan kerusi di kalangan ahli Pakatan Rakyat di Sarawak seperti DAP, PAS dan SNAP”.

Sejak beberapa tahun sehingga awal tahun ini, isu peruntukan pembahagian kawasan DUN yang akan ditandingi mereka masih belum selesai. Masih ada 5 kawasan yang menjadi rebutan mereka, antaranya DUN Balai Ringin dan DUN Padungan.

Kemungkinan partinya menjadi tulang belakang kerajaan negeri sekiranya perikatan pembangkang berjaya memenangi pilihan raya dan beliau menjadi ketua menteri seterusnya.


Namun begitu, dalam politik pembangkang kemenangan Pakatan Rakyat akan menyemarakan lagi DAP untuk terus berkuasa walaupun hanya diberikan jumlah kerusi yang kecil. Kenapa tidak menyerahkan sebahagian kerusi kepada SNAP? SNAP dalam Pakatan Rakyat lebih ke arah menjadi boneka jalanan seperti yang berlaku di Perak dahulu dan Selangor yang berlaku sekarang.

Apakah rakyat mahukan Sarawak sama seperti Selangor dan Perak yang mempunyai 1001 macam masalah? Lain yang memerintah, lain yang berkuasa.
Suatu ketika beliau adalah pembangkang yang paling lantang menentang kerajaan BN. Beliau yang sebelum ini terkenal dengan imej ‘kepala botak’ dan gemar menonton bola sepak Sarawak suatu ketika dahulu dan murah dengan sunyuman. Walaupun kerap bertanding dalam pilihan raya dan kalah, namun semangat perjuangannya tetap tidak pernah luntur lebih-lebih lagi membantu rakyat.

Walaupun pernah diajak oleh rakan-rakan seperjuangannya dari PKR, namun beliau tidak termakan dengan pujuk rayu mereka. Kesetiaannya dengan parti tempatan Sarawak, Parti Reformasi Sarawak (STAR) yang diasaskannya perlu diberi ‘tabik’ sehingga sanggup tidak termakan pujuk rayu pembangkang.

Perjalanan politiknya yang panjang dengan disulami pelbagai liku-liku politik jatuh bangun, beliau tetap dengan pendiriannya untuk tetap bersama STAR walaupun telah beberapa kali diajak PKR. Demi rakyat Sarawak, ajakan PKR diketepikan walaupun beliau tahu STAR tidak sekuat PKR dan menganggap PKR parti dari Semenanjung.

Kenyataan terbuka beliau yang mahu menyokong Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya akan datang adalah bonus dan perlu diterima baik kerajaan.

“Dalam pilihan raya lepas (Dr Patau) juga menyokong saya dan kali ini juga beliau ada berjanji untuk tidak menentang saya yang boleh dikatakan memberi tanda positif.”
Datuk Peter Nansian Ngusie, ADUN N.2 Tasik Biru Merangkap Menteri Muda Alam Sekitar

Sebelum ini, Dr Patau Rubis mendakwa tidak pernah keluar BN, namun masih teguh menyokong BN.
Apa dah jadi? Inikah parti yang hendak dijadikan pemerintah Sarawak? Apakah mereka ini mampu memerintah? Bagaimanakah keadaan mereka memerintah? Inilah persoalan yang patut ditujukan kepada PKR setelah melihat kepada apa yang sedang berlaku.


Berbeza dengan rakan mereka di Semenanjung, PKR Sarawak ketika ini hanya mampu ‘melihat’ dan ‘menonton’ sandiwara rakan-rakan mereka khususnya di Selangor yang sedang bertarung untuk mendapatkan jawatan dalam parti.

Pertarungan 2 kumpulan, kumpulan Anwar Ibrahim/ Azmin Ali dan Zaid Ibrahim menuju ke kemuncak apabila pemilihan Cabang PKR kelihatan sengit. Bagaimanapun keadaan sebaliknya berlaku di Sarawak ketika mana rakan mereka bertarung ala ‘Parlimen Taiwan’ sehingga sanggup membaling kerusi meja. Pemilihan PKR di Sarawak nampak tenang dan tenteram disebabkan beberapa Cabang PKR masih ‘haram’.

Ketika cabang-cabang PKR di Selangor sedang ‘sibuk’ bikin filem dengan pelbagai macam tajuk, PKR Sarawak semacam sunyi sepi. Sunyi menjadi penonton ketika rakan-rakan mereka dalam PKR menunjukkan aksi-aksi ‘menarik’ sesuai menjadi tontonan umum. Mungkin agaknya masih tertarik dengan pelakon-pelakon mereka yang sudah berpengalaman dan mahu dijadikan aspirasi kepada mereka di Sarawak. Andai ini yang berlaku, maka inilah matlamat sebenar PKR datang ke Sarawak.

Sebanyak 9 bahagian PKR Sarawak tidak dapat mengadakan menyuarat agungnya (AGM) kerana menghadapi masalah pentadbiran. Antara bahagian-bahagian tersebut termasuklah Santubong, Batang Sadong, Kota Samarahan, Baram dan Saratok.

Beberapa hari lalu, rombongan Azmin Ali telah datang ke Batang Sadong untuk berkempen untuk pihaknya pada pemilihan parti akan datang. Sebelum itu, Zaid Ibrahim telah juga datang ke Sarawak bagi mengadakan pertemuan dengan rakyat dan seterusnya berkempen untuk diri sendiri.
Mungkin agaknya PKR Sarawak mengambil jalan selamat untuk tidak mengikuti karenah rakan mereka di Semenanjung. Atau, PKR Sarawak kekurangan pemimpin yang berwibawa sehingga tidak ada calon lain yang mampu mengguggat calon lama.

Walaupun beberapa bahagian masih berstatus ‘haram’, PKR Sarawak telah menjelaskan setiap bahagian tidak dikekang daripada menyertai pemilihan Pusat Majlis Perwakilan (CLC) November akan datang. Keadaan ini amat berbeza secara demokrasi dan hanya dilakukan oleh PKR sahaja. Menjadi kebiasaan PKR sanggup menidakkan amalan demokrasi asalkan matlamat dan cita-cita pemimpin atasan mereka tercapai.

Diketahui sebab utama penangguhan cabang bermesyuarat adalah disebabkan kelewatan proses notis sampai ke bahagian-bahagian terbabit. Alasan itu mungkin ada kebenarannya dan sebetulnya tidak harus berlaku ke atas sebuah parti yang lama dan dikatakan mengamalkan demokrasi. Alasan sebegini lebih kepada untuk menyelamatkan diri daripada terus dimalukan rakyat.

Apa yang berlaku perlu dijadikan pengajaran kepada rakyat Sarawak bahawa siapa yang mampu memerintah. Baru sahaja pemilihan peringkat cabang telah mempunyai masalah manakan pula apa yang akan berlaku andai mereka memerintah negeri. Inilah yang perlu ditakuti rakyat Sarawak.

PKR jelas tidak mampu mengawal diri dan tidak mampu memerintah.

Monday, September 27, 2010

Kekecohan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang PKR yang sedang berlangsung di seluruh negara didakwa berpunca daripada calon-calon yang mendapat restu Anwar Ibrahim dan Azmin Ali ‘tidak’ dipilih ahli-ahli di peringkat akar umbi.

Atas sebab itu, ‘orang-orang Anwar dan Azmin’ telah melancarkan provokasi melampau terhadap ‘orang-orang Zaid Ibrahim’ dengan sengaja menimbulkan kekacauan. Situasi ini membuktikan PKR sebagai sebuah parti yang tidak langsung bertunjangkan kepada kepentingan ahli akar umbi, tetapi sebaliknya berpaksikan kepada agenda peribadi pemimpin tertentu sahaja.

Masalah pemilihan parti juga berpunca kerana tiadanya unsur ketelusan dan ketidakadilan dalam parti dengan kuasa dipusatkan sepenuhnya kepada Anwar dan Azmin semata-mata. Sekiranya calon-calon yang ditaja Anwar dan Azmin gagal dalam mempertahan mahupun mendapatkan jawatan seperti yang dirancang, pasti akan ada tangan-tangan ghaib yang akan menggagalkan perjalanan mesyuarat termasuk mencetuskan kekacauan.

Berdasarkan apa yang sedang berlaku sekarang agenda sebenar PKR adalah untuk mencapai matlamat Anwar Ibrahim dan Azmin Ali. Yang pasti dalam pemilihan Cabang PKR mesti dimenangi ‘orang-orang tajaannya’ dan selepas itu akan berjaya mengawal PKR secara keseluruhannya.

Kekecohon pemilihan PKR Cabang Subang terpaksa ditangguhkan disebabkan masalah teknikal pada kertas undi. Masalah teknikal ini ekoran kesilapan nama-nama calon calon yang bertanding sehingga memaksa pengundian terpaksa ditangguhkan.

Persoalannya, adakah masalah teknikal ini sengaja atau tidak sengaja dilakukan? Bagaimana boleh tidak sengaja sedangkan sebelum pemilihan mereka yang bertanding sesuatu jawatan telah mengetahuinya. Walaupun ditangguhkan, ahli mesyuarat telah mencalonkan Wan Azizah Wan Ismail sebagai Presiden dan Zaid Ibrahim sebagai Timbalan Presiden.

Berbeza dengan PKR Cabang Klang dan Petaling Jaya Selatan yang turut ditangguhkan ekoran kekecohan yang berlaku disebabkan ‘orang-orang Zaid Ibrahim’ sedang mendahului calon tajaan Anwar dan Azmin. Kekacauan ini sangat jelas memandangkan ‘orang-orang Zaid’ telah berjaya menguasai pemilihan PKR peringkat cabang.

Pergaduhan PKR Cabang Klang lebih membimbangkan disebabkan kumpulan gangster masuk campur. Lebih dahsyat lagi, kotak-kotak undi dan kerusi dibaling tanpa memperdulikan rakan mahupun lawan. Difahamkan sebanyak 6 kumpulan gangster bertembung sesama sendiri.

Situasi yang juga berlaku di PKR Cabang Kota Raja.

Pergaduhan yang melibatkan kumpulan gengster merupakan tindakan biadap yang tidak boleh diterima akal normal. Manakan tidak, penglibatan gengster merupakan jangkauan pada tahap bahaya dan boleh mendatangkan kecederaan.

PKR Cabang Kapar, Selangor mesyuarat terpaksa ditangguhkan apabila berlaku provokasi antara penyokong calon sehingga bertindak di luar kawalan termasuk mengoyak kertas undi.

Hampir kebanyakan Pemilihan Mesyuarat Cabang PKR di Selangor telah menyaksikan kubu-kubu kuat Azmin rebah kepada Zaid apabila penyandang Cabang Petaling Jaya Utara (Selangor), Elizabeth Wong dan Datuk Kamarul Bahrin Abbas di Teluk Kemang (Negeri Sembilan) tewas kepada pencabar masing-masing.


PKR Perkenal Sistem Pemilihan Peringkat Cabang Di Sarawak

Kedatangan rombongan PKR yang diketuai Azmin Ali ke Sarawak pada 16 Sepetmebr 2010 untuk mengadakan perjumpaan dengan ahli-ahli PKR Sarawak sebagai mempromosikan demokrasi acuan PKR.

Sistem demokrasi yang diperkenalkan PKR lebih berbentuk menyanjungi cara pemilihan oleh ahli parti secara individu. Melalui sistem baru ini, setiap ahli yang berdaftar mempunyai kuota untuk memilih pemimpin yang disukai masing-masing. Barisan kepimpinan parti pula sebulat suara menyetujui dan menyokong sistem baru ini kononnya ia dapat mengelakkan budaya rasuah oleh wakil yang bertanding.

Sebelum ini, ‘sistem delegate’ ataupun melalui perwakilan telah dihapuskan.

Pada ketika ini kita telah melihat sambil menyaksikan ‘kejayaan’ sistem pemilihan. Sistem pemilihan yang dianggap terbaik buat PKR. Kejayaan sistem ini juga menyaksikan beberapa cabang PKR telah mencatat sejarah apabila berjaya tidak menghabiskan mesyuarat pemilihan disebabkan masalah teknikal dan pergaduhan.

‘kejayaan’ pemilihan ‘bersih’ PKR secara langsung telah mencatat sejarah tersendiri dan tidak mustahil perkara yang sama akan berlaku ketika pemilihan PKR di Sarawak. Marilah kita tunggu dan lihat. Pemilihan PKR di Sarawak dijangka akan mengalami nasib yang sama seperti di Selangor. Tunggu! Selepas ini kita akan saksikan beberapa peristiwa dan insiden yang akan berlaku dalam pemilihan PKR nanti.

Sunday, September 26, 2010

Pemilihan dalam PKR semakin hangat. Dari ranting membawa ke cabang dan kini pemilihan pusat. Sebagai sebuah parti politik baru, PKR memberikan ruang yang lebih besar kepada ahli-ahlinya untuk naik ke atas dan memegang jawatan kepimpinan berbanding parti-parti senior seperti UMNO atau PAS. Disebabkan ruang inilah agaknya, maka ramai yang menawarkan diri untuk menjadi pemimpin. Ini harus dilihat sebagai sesuatu yang positif.

Bagaimanapun, pada masa yang sama sudah kedengaran wujud elemen-elemen negatif yang dikaitkan dengan pemilihan. Klik di sini untuk membacanya. Kesemua ini adalah merupakan perkara-perkara yang akan menghancurkan PKR. Malah, sekiranya ia tidak dibanteras sehingga ke akar umbi, perilaku buruk ini akan menyebabkan PKR tersungkur dalam tempoh yang pendek.

Ada yang mengatakan gejala buruk ini timbul kerana sesetengah pemimpin PKR ghairah dengan harapan untuk ke Putrajaya. Saya tidak berani membuat apa-apa telahan melainkan saya teringat dalam sejarah Islam ramai yang tewas disebabkan mereka berebut harta rampasan perang. Andainya inilah bentuk pemimpin yang bakal dilahirkan melalui proses pemilihan PKR kali ini dan rakyat dapat menghidunya, maka mereka mengundang bala sendiri.

Hari ini pun, masyarakat sudah mula memandang jelek kepada PKR disebabkan kelakuan sesetengah pemimpin ini. Malah, sumber dalaman PKR juga memberitahu saya mereka bimbang dengan perkembangan ini. Ada yang memberitahu saya bahawa sehingga sekarang mereka masih terkial-kial mencari solusinya.

Untuk sementara waktu, sesetengah pemimpin PKR akan menyerang proses pemilihan UMNO sebagai parti tunjang dalam Barisan Nasional. Strategi ini mungkin berkesan untuk seketika, namun ia tidak mampu menjustifikasikan apa yang salah.

Proses pemilihan dan perkembangan-perkembangan yang berkaitan dengannya akan menjadi medan ujian kepada parti itu. Rakyat akan melihat dan menilai:

Adakah PKR parti bebas rasuah?

Adakah pemilihan PKR bersih dan telus?

Adakah PKR parti yang bersifat “inclusive” atau “exclusive”?

Dan yang paling penting ialah masyarakat akan menilai adakah PKR sebuah parti reformis?

Memang mudah untuk membuat perubahan struktural seperti undian langsung oleh ahli atau mengadakan debat antara calon. Bagaimanapun, itu bukanlah suatu “budaya tinggi” politik yang dikaitkan dengan “politik baru.” Dalam konteks debat, sebagai contoh, calon-calon Ketua Pemuda UMNO dalam pemilihan yang lalu juga telah berbuat demikian di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Apa yang PKR perlukan sekarang ialah sesuatu yang lebih mendasar. Sekiranya PKR dapat membentuk reformasi diri di kalangan pemimpin dan ahli-ahlinya, maka saya fikir itu adalah satu pencapaian besar.

Sekiranya PKR benar-benar ingin mereformasi sistem bernegara, maka ia harus membentuk jiwa islah yang menolak apa saja perilaku negatif yang disebutkan terdahulu.

Dalam bahasa yang mudah, islah bermaksud mengubah dari keburukan kepada kebaikan; dari negatif kepada positif.

Seorang pemimpin politik yang berjiwa islah akan menolak proses pemilihan yang tidak sihat (contoh: penipuan), interaksi kotor (contoh: mengadu domba atau memfitnah) dan pemimpin bobrok (contoh: pemimpin rasuah).

Pun begitu, kita terima hakikat bahawa mengislahkan jiwa bukanlah sesuatu yang mudah. Ia jauh lebih susah dari sekadar melaungkan reformasi dan mencanangkan retorika politik!

Petikan diambil dari http://nobisha.com/home/archives/396.

Menjadi kelaziman PKR yang sentiasa mengecam Kerajaan negeri demi kepentingan politik sempit mereka. Kelantangan pemimpin-pemimpin PKR samada dari Semenanjung mahupun Sarawak sendiri yang melemparkan pelbagai tuduhan tidak berasas terhadap Kerajaan bagi memenuhi agenda politik mereka.

Terbaru, PKR dalam janjinya mendakwa PKR dan Pakatan Rakyat akan mengembalikan tanah NCR kepada pemilik tanah sekiranya parti itu memerintah Sarawak pada pilihan raya akan datang. Janji-janji sebegini sentiasa ditaburkan menjelang pilihan raya. Apabila menang, jauh sekali menunaikan janji.

Lihat sahaja 2 negeri contoh pimpinan Pakatan Rakyat, Selangor dan Pulau Pinang yang ketika ini banyak berlaku 1001 macam permasalahan dan persengketaan. Akibat daripada janji-janji manis, rakyat di kedua-dua negeri itu terpedaya sehingga mencetuskan ‘perubahan’ dan peralihan tampuk pentadbiran negeri. Dek kerana politik yang tidak kehabisan, janji-janji pilihan raya tidak ditunaikan sehingga kini. Rakyat yang selama ini banyak menaruh harapan telah hilang pertimbangan dan memaksa rakyat memberontak.

Dalam konteks Sarawak, janji PKR dan Pakatan Rakyat akan mengembalikan tanah NCR kepada pemilik tanah sekiranya parti itu memerintah seharusnya dianggap sebagai ‘cakap kosong’. Sehingga kini, tidak ada tanah adat yang pernah dirampas Kerajaan daripada pemiliknya di Sarawak seperti yang pernah didakwa pembangkang. Sebaliknya, Kerajaan sentiasa mengiktiraf kewujudan tanah NCR di Sarawak.

Dijangkakan pembangkang akan menggunakan isu tanah NCR sebagai bahan kempen bagi meraih undi khususnya di kawasan luar bandar yang kebanyakkan mereka mempunyai tanah NCR.

Peruntukan RM20 juta bagi kerja-kerja penyukatan tanah NCR seperti yang diumumkan Perdana Menteri semasa lawatan beliau di Miri telahpun berlangsung. Kesediaan Kerajaan memperuntukkan wang sebegitu banyak adalah bagi menyelesaikan isu tanah yang masih dalam proses penyelesaian. Kerja-kerja ini memerlukan masa dan kerjasama daripada pemilik-pemilik tanah supaya tanah-tanah mereka boleh disukat.

Walaupun PKR mahupun pembangkang yang lain mengetahui usaha-usaha yang dijalankan Kerajaan ke atas tanah NCR, namun mereka tetap akan meracuni pemikiran pengundi-pengundi luar bandar. Atas faktor penduduk luar bandar mudah dibohongi dan kebanyakkan mereka tidak berpelajaran dan mudah diputarbelitkan menyebabkan penduduk luar bandar menjadi sasaran utama mereka.

Pembangkang juga mahu memastikan penduduk luar bandar yang tidak berpengetahuan ini untuk terus menyokong mereka. Pada mereka sokongan pengundi luar bandar ini akan membantu mereka ‘merampas’ negeri. Setelah berjaya memerintah, adalah tidak mustahil nasib rakyat Sarawak akan menerima nasib yang sama seperti Selangor dan Pulau Pinang yang tidak henti-henti dengan hal-hal politik. Sekiranya dahulu orang bercerita pasal politik apabila tiba hendak pilihan raya, namun sekarang ini juah berbeza. Pembangkang terutamanya tidak henti-henti bercakap politik walaupun pilihan raya jauh lagi.

Kerajaan akan terus memastikan permasalahan rakyat dapat terus dibela berlandaskan tindakan. Tidak seperti pembangkang yang banyak menabur janji, tetapi satu pun tidak ditunaikan. Kerajaan akan pastikan rakyat mendapat pembelaan dan pembangunan negeri akan dapat dipacu ke arah landasan kemajuan.
Laman blog Pisau.net sebelum ini mendedahkan Kerajaan Pulau Pinang telah menggunakan dana sumber daripada sumber perjudian bagi membasmi kemiskinan tegar telah mendapat bantahan daripada Lim Guan Eng.

Menurutnya lagi dakwaan tersebut tidak berasas dan sebaliknya kos untuk membasmi kemiskinan diperoleh hasil daripada penjimatan yang diamalkan oleh kerajaan Pulau Pinang menerusi prinsip ketelusan dalam pentadbiran.

Akhirnya, Lim Guan Eng hari ini mengakui Kerajaan Pulau Pinang telah menggunakan dana yang diperolehi daripada sumber perjudian seperti lumba kuda bagi membasmi kemiskinan tegar di negeri itu.

Sebelum ini, Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mendedahkan berhubung sepucuk surat Kerajaan Pulau Pinang yang dihantar kepada Pengarah Besar Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang mengenai baki sumbangan RM500,000.

Surat bertarikh 9 Julai 2010 yang ditandatangani Setiausaha Sulit Lim Guan Eng, Farida Hani M. Yacob mengesahkan sumbangan tersebut telah diterima Kerajaan Pulau Pinang walaupun sebelum ini dinafikan.

Pisau.net menjelaskan bahawa dana bagi pemberian wang ihsan RM100 kepada warga emas termasuk masyarakat Islam di negeri itu adalah dari sumber perjudian.

Pendedahan pemberian dana Pulau Pinang yang diterima warga emas itu telah mendapat liputan hangat daripada Pemuda UMNO dan bloggers yang dituduh sengaja membuat bising.

Menurutnya lagi, RM100 yang diberikan kepada warga emas adalah dividen anti-rasuah. Kerajaan negeri tak makan duit itu sebab ia boleh diberi kepada rakyat. Dulu Barisan Nasional (BN) tidak bagi duit masa memerintah, jadi mengapa bising?, soalnya.

Putar belit Lim Guan Eng bukanlah perkara baru dan tindakannya kali ini merupakan tindakan yang telah menjadi asam garam beliau setelah menjadi Ketua Menteri. Di sebalik bijaksananya Lim Guan Eng memutarbelitkan sesuatu isu, bijaksana lagi bloggers yang menjadi duri dalam daging bagi dirinya.

Pengakuan Lim Guan Eng bahawa dana bantuan kepada warga emas di Pulau Pinang adalah bersumberkan perjudian. Judi haram di sisi agama Islam, dan juga agama-agama lain. Jelas bahawa tindakan Kerajaan Pulau Pinang adalah bertentangan dengan Islam sebagai agama rasmi negeri dan negara. Di manakah suara-suara pemimpin PAS dan pemimpin-pemimpin Islam PKR. Agaknya semua mereka ini takut kepada kuasa diktator yang ada pada Lim Guan Eng sama seperti bapanya, Lim Kit Siang.

Sudah terang lagi bersuluh. Apakah ini yang dimahukan rakyat Sarawak yang akan menjalankan kewajipan mereka memilih pemimpin-pemimpin negeri dalam Pilihan Raya DUN Sarawak akan datang.

Renung-renungkanlah apa yang sedang berlaku di Pulau Pinang ini sebagai suatu pengajaran kepada rakyat Sarawak. Telah terbukti segala macam yang dilakukan pembangkang amat keji dan sungguh menjijikan.
Tidak lama selepas kemenangan tipis Wong Ho Leng dalam Pilihan Raya Kecil P.212 Sibu lalu, hari ini DAP dan PAS yang merupakan sekutu rapat PKR dalam pakatan rakyat menerima tamparan lebih hebat apabila seramai 250 ahli-ahli PKR kawasan Sibu dan Dudong meninggalkan parti dan menyertai Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Sibu.

Faktor kepayahan dan masa depan yang tidak menentu dalam PKR menyebabkan kumpulan 250 yang diketuai Peter Goh Kai Boon yang juga Pengerusi Sub-Bahagian PKR Jalan Ek Dee bertekad membawa dan memberi sokongan kepada BN.

Menurut Peter, beliau sedih melihat persengketaan dalaman yang sedang berlaku dalam PKR sehingga menjejaskan nama parti dan perpaduan. Pada hari ini dan esok, kita mahu melihat pembangunan dan kemajuan, dan bukannya kemusnahan yang cuba diberikan PKR.

Sebelum ini PKR hanya pandai cakap besar dan membuat janji-janji kosong, atau membantah semata-mata untuk membangkang sahaja walaupun mengakui apa yang kerajaan BN ternyata banyak membawa kesenangan kepada rakyat Sarawak. Situasi yang berlaku telah membuatkan mereka berfikir kembali perjuangan sebenar dalam PKR. Oleh yang demikian, mereka berasakan hanya BN yang boleh membawa kestabilan politik dan pembangunan sebenar kepada rakyat Sarawak.

Kumpulan 250 itu telah menyerahkan borang keahlian SUPP kepada Pengerusi SUPP Sibu, YB Datuk Sri wong Soon Koh. Kemasukan mereka ke dalam SUPP ini berlandaskan tanpa syarat.

Penyertaan 250 orang ahli-ahli PKR dan dijangka selepas ini akan lebih ramai yang berbuat sedemikian membuktikan BN berada dalam landasan yang betul ke arah mengembalikan keyakinan rakyat terhadap BN. Proses yang terlaksana dalam pemulihan BN secara keseluruhan telah berjaya memberikan keyakinan kepada rakyat hanya BN sahaja yang mengotakan janji-janjinya.

JOM UBAH SIBU. Janji-janji DAP dalam PRK P.212 Sibu yang lalu masih segar dalam minda setiap rakyat Sibu dan mereka yang terbabit dalam politik Sarawak. Menyelesaikan isu banjir menjadi perkara pokok DAP. Situasi terdekat banjir, beberapa hari sebelum Ramadhan, Sibu telah dikejutkan dengan banjir. DAP berdiam diri dan lebih gemar menyerang BN.

Wong Ho Leng hilang entah ke mana. Selepas banjir reda barulah Ahli Parlimen Sibu itu muncul dan menyalahkan kerajaan BN. Menjadi kelaziman, DAP yang bijak memutarbelitkan pemikiran kaum Cina telah menjemput BN datang ke pejabatnya untuk mengemukakan cadangan dan fakta mengenai banjir. Namun, kedatangan BN yang diketuai Pengerusi SUPP Sibu telah disambut dingin sehingga mencetuskan huru hara. Apa yang berlaku Wong Ho Leng yang juga Pengerusi DAP bukan sahaja gagal mengemukakan dokumen cadangan banjir bahkan berkelakuan biadap terhadap rombongan BN.

Beberapa tindakan DAP ini menampakkan bahawa Pakatan Rakyat lebih gemar memainkan sentimen ‘bohong’ dan ‘fitnah’ yang menjadi asam garam mereka. Dan, ini akan terus dilakukan mereka dalam Pilihan Raya DUN Sarawak akan datang. Rakyat Sarawak bijak dan tidak mahu golongan begini terus meracuni dan memusnahkan rakyat Sarawak yang perlukan pembangunan secara berterusan.
Ketika pemimpin-pemimpin PKR sedang mencanang diri dalam pemilihan parti November ini, PKR Sarawak menerima tamparan hebat apabila lebih 30 orang penduduk Rumah Panjang Ayau Sawing di Saeh, Niah yang merupakan ahli PKR mengisytihar keluar parti dan menyertai Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP).

Sumber daripada sarawakupdates.com

Mereka mengambil keputusan disebabkan tidak yakin dengan kemampuan PKR dalam melaksanakan pembangunan di kawasan mereka. Keputusan mereka ini adalah muktamad dan tidak mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan.

Menurut Tuai Rumah, mereka (PKR) lebih banyak berbohong dan mengkritik apa yang Kerajaan telah lakukan kepada rakyat walaupun mereka ketahui pembangunan yang telah dilakukan Kerajaan adalah untuk rakyat. Atas sebab itu, jelas membuktikan PKR tidak mampu mahupun menyediakan pembangunan.

Malah katanya lagi, mereka selama ini banyak termakan janji-janji manis PKR dan terpengaruh dengan kenyataan pemimpin PKR yang berbentuk fitnah terhadap pemimpin BN. Atas sebab itu, mereka berasakan PKR ketandusan idea bahkan perjuangan politik mereka lebih kepada mendapat kuasa. Tanpa menoleh ke belakang, mereka melakukan ‘perubahan’ seperti yang dikehendaki PKR dengan memilih BN sebagai medium untuk berpolitik bagi merealisasikan pembangunan di kawasan mereka.

Sehingga kini, kawasan DUN Bekenu telah menikmati bekalan elektrik sebanyak 98%, jalan raya sebanyak 95% dan bekalan air paip sebanyak 85% daripada 60,000 populasi.

Borang keahlian SPDP telah diserahkan kepada Pengerusi SPDP Bekenu, Sebastian Janting sambil disaksikan ADUN Bekenu, YB Rosey Yunus.

Lawatan Perdana Menteri Melaysia sebelum ini ke Bekenu telah banyak membuka mata dan hati mereka mengenai dasar kepimpinan beliau dan Gagasan 1Malaysia. Kejayaan Pehin Seri Abdul Taib Mahmud yang berjaya pembangunan Sarawak menjadi tunjang kepada sokongan mereka terhadap BN. Hanya BN sahaja yang mampu membawa Sarawak membangun pada masa hadapan.

Ayai yang sebelum ini merupakan penyokong kuat PKR secara terang-terangan menyatakan akan memberikan sokongan 101% kepada BN dalam Pilihan Raya DUN Sarawak akan datang.

Mereka juga mengharapkan rakyat Sarawak yang memihak golongan parti politik berhaluan kiri (pembangkang) agar segera melakukan perubahan kerana masih belum terlambat lagi untuk mereka melaksanakannya. Usah biarkan rakyat Sarawak terus hanyut dan dipengaruhi PKR dan Pakatan Rakyat yang ternyata banyak membawa janji-janji kosong dan tohmahan yang berbentuk fitnah melampau.

Saturday, September 25, 2010

Rombongan PKR dalam kumpulan Azmin Ali telah terbang ke Kuching bukan kerana kempen Pilihan Raya DUN Sarawak, tetapi lebih kepada kempen memenangi jawatan Timbalan Presiden PKR. PKR yang dijadualkan akan mengadakan pemilihan jawatan tertinggi pada penghujung November ini telah menyaksikan mereka yang bertanding dan mahukan jawatan dalam parti bagi mempertahankan kedudukan mereka sebagai YB telah mengadakan kempen di seluruh pelusuk negara.

Rombongan Azmin Ali mengadakan lawatan kempen angkat diri di Sadong Jaya baru-baru ini.

Kempen yang rancak dijalankan dengan tuduh-menuduh dan benci-membenci antara satu sama lain ternyata memukau pemerhati politik dan rakyat khususnya. Ini kerana perbuatan yang ditunjukkan mereka ini adalah sifat atau feel mereka dalam PKR dan menjadi amalan dalam kehidupan mereka. Manakan tidak, pemimpin BN menjadi bahan kutukan rutin mereka sebelum ini, dan kutukan terhadap rakan dalam parti adalah sesuatu yang ‘luar biasa’. Lihat PKR, atas sebab jawatan sanggup bermain kotor di belakang kawan yang sebelum ini menjadi rakan seperjuangan.

Kenapa perlu terbang jauh ke Sarawak untuk mendapatkan sokongan hingga sanggup pergi ke rumah ahli PKR yang terletak di kawasan luar bandar? Apakah Azmin Ali sebelum ini tidak mendapat sokongan PKR Sarawak? Sebelum ini, Azmin Ali ini tidak gemar datang ke kawasan luar bandar memandangkan penduduk luar bandar tidak ‘standard’. Malah, Azmin Ali lebih gemar bermesra dengan penduduk bandar yang mempunyai pemikiran kritis.

Demi mencapai cita-citanya, Azmin Ali sanggup pergi ke luar bandar dan menyembah ahli-ahli PKR luar bandar bagi mendapatkan sokongan mereka.

Azmin Ali yang disokong kuat oleh Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dalam merebut jawatan Timbalan Presiden PKR. Kenapa hanya bertanding Timbalan Presiden PKR dan tidak jawatan Presiden PKR? Jawapannya mudah, biar Wan Azizah sandang Presiden supaya ia akan menampakkan relevan bagi ahli-ahli PKR terutama wanita untuk terus menyokong PKR. Wan Azizah tidak mempunyai kuasa untuk membuat keputusan kerana semuanya dikawal Anwar Ibrahim. Wan Azizah boleh diibaratkan sebagai patung. Tujuan Anwar Ibrahim menyokong Azmin untuk jawatan Timbalan Presiden PKR adalah disebabkan segala rahsia Anwar Ibrahim terletak dalam tangan Azmin Ali.

Kenyataan Nurul Izzah di Kuching sebelum berlepas ke KL telah menyatakan pendiriannya untuk Zaid Ibrahim bagi merebut jawatan Timbalan Presiden PKR. Kenapa? Jawapannya mudah sahaja, iaitu sekiranya Nurul Izzah menjelaskan atau memihak kepada Azmin Ali, maka komplot untuk menjatuhkan Zaid Ibrahim telah semakin jelas. Ini akan menggambarkan bahawa keluarga Anwar akan secara terang-terangan tidak membenarkan ‘orang luar’ seperti Zaid Ibrahim ini untuk terus berada dalam PKR. Ingatlah bahawa penubuhan PKR atau sebelum ini dikenali ADIL adalah bertujuan untuk membebaskan Anwar Ibrahim daripada penjara. Dan sekarang, Anwar Ibrahim telah bebas maka perjuangan mereka lebih terarah untuk menjadikan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Rakyat Sarawak harus segera sedar bahawa perjuangan PKR bukanlah semata-mata untuk memperjuangkan kepentingan rakyat malah jauh sekali membangunkan negeri. Lihat seperti Selangor, sejak pemerintahan Pakatan Rakyat, harta semulajadi seperti pasir telah dirompak dengan sewenang-wenangnya. Inilah yang mengakibatkan negeri jatuh miskin dan sekaligus merencatkan pertumbuhan ekonomi negeri. Apakah rakyat Sarawak mahu melihat negeri yang kita sayangi ini menerima nasib yang sama seperti Selangor dan Pulau Pinang.

Masih belum terlambat untuk menyatakan pendirian rakyat Sarawak bahawa Kerajaan yang sedia ada ini mampu terus memaju kemajuan dan seterusnya membangunkan Sarawak ke arah mencapai wawasan 2020. Pilihan di tangan rakyat Sarawak dan keputusan ini akan menentukan masa depan anak cucu cicit kita.
Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) pada hari ini telah berjaya menapakkan ‘dirinya’ sekukuh dengan jabatan dan agensi lain dalam masyarakat berlandaskan peranannya ‘memimpin pendapat rakyat’. Usaha JASA sebagai penghubung terus kepada masyarakat dalam apa jua keadaan telah memberi ruang kepada rakyat untuk terus mendampingi JASA.

Jabatan Hal Ehwal Khas

Ketelusan hati pegawai-pegawai JASA untuk terus mendampingi rakyat tidak perlu dipersoalkan. Nun jauh di hujung kampung mahupun di hujung daerah serta bahagian di Sarawak, JASA akan terus mencurahkan baktinya demi mendengar dan mengamati permasalahan rakyat untuk disalurkan terus kepada pihak berwajib. Atas kapasiti itu, JASA terus dihormati dan akan terus mendampingi rakyat.


Sejarah Latar Belakang JASA

JASA? Apakah JASA dan siapakah JASA? Itulah persoalan yang hendak dikemukakan oleh penulis yang sangat popular dengan kelantangannya mencaci, menghentam dan menabur fitnah dalam setiap tulisannya di dalam laman blognya. JASA dahulunya dikenali sebagai BHEK atau Bahagian Hal Ehwal Khas, telah ditubuhkan pada 11 Mei 1960 (selepas merdeka dan sebelum pembentukan negara Malaysia).

Pastinya, penubuhan awal BHEK ini adalah untuk memelihara dan mempertahankan politik dan Kerajaan Perikatan. Ketika itu, selepas merdeka 1957, Persekutuan Tanah Melayu masih lagi muda dan memerlukan banyak tanggungjawab untuk menjadi sebuah negara yang benar-benar kukuh. Ekoran itu, penubuhan BHEK ketika itu sangat relevan demi memelihara kestabilan politik.

Selain tanggungjawab beratnya dalam memelihara dan mempertahankan politik dan Kerajaan, BHEK juga berperanan penting dalam:

1. Memberi kesedaran dan kefahaman yang berkualiti, tepat dan jelas dalam aspek siasah dan
agama.
2. Menyediakan laporan maklum balas dengan tepat, semasa dan sahih mengenai isu-isu siasah
dan agama.
3. Menyediakan bahan-bahan penerbitan dan multimedia yang bermaklumat semasa mengenai
siasah dan agama.
4. Menyedia dan memberi khidmat kepakaran komunikasi bersemuka kepada masyarakat.
5. Memberi khidmat sokongan yang berkualiti dalam aspek kewangan dan sumber manusia.
6. Bertindak atas prinsip `Kebenaran Terserlah Negara Cemerlang` dalam melaksanakan tugas.

Pada hari ini, JASA telah meniti kukuh ke arah landasan yang betul dalam mempertingkatkan kesedaran, kefahaman dan keyakinan rakyat terhadap Kerajaan melalui Gagasan 1Malaysia berteraskan prinsip Rukun Negara. Berteraskan misi JASA ke arah:

1. Memperkukuhkan kestabilan politik negara dengan mendapatkan sokongan rakyat terhadap
Kerajaan melalui gagasan 1Malaysia;
2. Mendorong dan memimpin pendapat positif rakyat (leading public opinions) terhadap
Kerajaan melalui pendekatan bersepadu;
3. Menjadi perantara hubungan timbalbalik (reciprocity) di antara Kerajaan dan rakyat Malaysia
dalam dan luar negeri; dan
4. Meningkatkan perpaduan dan keharmonian rakyat berteraskan Rukun Negara.

Sumber: http://www.jasa.gov.my/

Gagasan 1Malaysia

Pemimpin-pemimpin Kerajaan sentiasa mahukan setiap permasalahan rakyat perlu diambil perhatian dan diselesaikan mengikut kemampuan. Tiada satu pun tempat di dunia ini yang tiada mempunyai masalah dan setiap permasalahan akan terus diberikan perhatian.

Gagasan 1Malaysia

Konsep ‘rakyat didahulukan’ yang merupakan dasar dan dijadikan pegangan Perdana Menteri dalam pentadbirannya telah berjaya membuka mata banyak pihak. Atas sebab itulah, pihak-pihak yang dengki itu akan sentiasa menunggu mangsa untuk diterkam dan sentiasa tidak tidur lena ekoran penerimaan hebat rakyat terhadap Gagasan 1Malaysia.

Malah, mereka sentiasa menunggu peluang dan mencari ruang untuk terus memburukkan Gagasan 1Malaysia yang ternyata telah menjadi ancaman terhadap gesaan mereka untuk berubah dan Malaysia Baru.

Dalam konteks Sarawak, Perdana Menteri secara terang-terangan tanpa lampu suluh mahupun pelita minyak tanah telah menjelaskan bahawa rakyat Sarawak dan Sabah telah lama mengamalkan 1Malaysia. Bagaimana Sarawak yang didiami lebih daripada 29 suku kaum dapat hidup aman dan damai dengan kebijaksanaan pemimpin-pemimpin Kerajaan Sarawak yang diketuai Pehin Seri Taib Mahmud? Itulah persoalan yang sering ditimbulkan mereka yang berfikiran politik sempit dalam ketika menghentam pemerintahan Ketua Menteri Sarawak.

Dengan masyarakat Iban yang menjadi penghuni majoriti Sarawak dan didiami masyarakat Cina, Melayu, Bidayuh, Melanau dan Orang Ulu telah berjaya menjadikan Sarawak sebagai sebuah negeri yang dihormati di Malaysia dan di Kepulauan Borneo. Tiada persengketaan kaum dan tiada permusuhan kaum telah membawa Sarawak ke arah sebuah negeri yang sangat berjaya khususnya dalam menjayakan semangat 1Malaysia.

Kepelbagaian Kaum di Malaysia

Pada hari ini, perpaduan yang telah lama dikecapi ini sentiasa mendapat ancaman daripada pihak-pihak yang berkepentingan untuk menakluk negeri secara ‘kotor’ dengan melakukan pelbagai cara dan tindakan di luar batasan manusia. Apa yang paling sedih sekali mereka sanggup menjadikan sentimen ‘kaum’ dan ‘bangsa’ sebagai senjata mereka untuk meraih simpati tatkala permainan itu pastinya mengundang gunung berapi yang mampu meletuskan laharnya pada bila-bila masa. Mereka ini tidak kisah asalkan matlamat mereka tercapai dengan berpaksikan ‘matlamat menghalalkan cara’.

Kerajaan sentiasa dan akan terus mendampingi rakyat tanpa mengira masa pilihan raya ataupun tidak. Peranan JASA dalam konteks ini sangat diperlukan terutama dalam memberikan kesedaran kepada rakyat betapa pentingnya toleransi dan bertolak ansur dalam hidup masyarakat majmuk. Kepelbagaian pegawai-pegawai JASA yang terdiri daripada pelbagai kaum perlu dilihat sebagai contoh terbaik kehidupan rakyat Sarawak. Tidak kira apa agama, bangsa dan warna kulit, tugas dan tanggungjawab untuk semua rakyat akan terus menjadi pegangan dalam setiap tugasannya.

Penerimaan rakyat Sarawak terhadap JASA secara langsung telah meningkatkan populariti jabatan dan sekaligus memastikan perkhidmatan yang disumbangkan berkualiti dan memenuhi pendapat rakyat.

Menjadi kelaziman bahawa setiap jabatan mahupun agensi yang berjaya bertapak di hati rakyat memiliki risiko yang tinggi. Kritikan membina menjadi pegangan dan landasan manakala kritikan menghina dan mencaci menjelaskan apa yang dilakukan JASA sebelum ini berjaya mencapai objektifnya dan tidak disenangi pihak-pihak tertentu.

Dalam merealisasikan hasrat dan saranan Perdana Menteri Malaysia, JASA akan terus memimpin pendapat rakyat dan menyokong Gagasan 1Malaysia.

Thursday, September 23, 2010

Telah banyak kali kes liwat Anwar Ibrahim ditangguhkan dan sejak itu pelbagai persoalan timbul mengenai kes tersebut. Penangguhan demi penangguhan dibuat Anwar Ibrahim telah menyebabkan mangsa liwat, Saiful Bukhari Azlan tidak mendapat pembelaan yang sejawarnya, sebaliknya Anwar Ibrahim bebas begitu sahaja tanpa rasa bersalah sehingga sanggup ke luar negara dan menjaja pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.

Penangguhan beberapa kali perbicaraan kes liwat disebabkan permohonan demi permohonan yang dikemukakan oleh Anwar Ibrahim sehingga menyebabkan mahkamah terpaksa mendengar permohonan tersebut. Apakah rasionalnya Anwar Ibrahim berbuat demikian? Apakah ingin menangguhkan kes liwat ini sehingga Pilihan Raya Umum ke-13? Secara langsung akan ‘melepaskan’ diri daripada terus didakwa dalam kes liwatnya.

Implikasi penangguhan kes liwat Anwar Ibrahim juga melibatkan kos guaman yang akan terus bertambah apabila setiap kali kes ditangguhkan khususnya di pihak pendakwa. Harus diingat wang yang digunakan untuk membayar kos guaman merupakan wang rakyat dan seharusnya pendakwaan itu tidak mengambil terlalu banyak masa.

Sebelum ini, kes liwat Anwar Ibrahim telah ditangguhkan Mahkamah Tinggi kepada 14 Oktober 2010 bagi pihak pembelaan menyoal balas saksi pendakwa kedua, Dr Razali Ibrahim.

Hakim, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah telah menetapkan 25 hingga 29 Oktober 2010, 22 hingga 26 November 2010 dan 6 hingga 10 Disember 2010 bagi meneruskan perbicaraan seperti yang dipersetujui kedua-dua pihak dalam sebutan kes semalam.

Anwar yang merupakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dibicarakan atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No.99 Jalan Setia kasih, Bukit Damansara, di sini di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Anwar didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Selain mengambil kira kos guaman meningkat dan ‘bebas’nya Anwar Ibrahim ketika ini, kesengsaraan mangsa, Mohd Saiful perlu juga diambil tindakan kerana tidak mendapat keadilan apabila kes liwat itu terlalu kerap ditangguhkan dan seolah-olah menafikan keadilan terhadap Mohd. Saiful.

Apa yang dihadapi Anwar Ibrahim ini adalah atas tindakan dan perbuatannya sendiri. Biarlah mahkamah tentukan kerana negara kita mempunyai undang-undang. Sebagai manusia, andai hukuman di dunia terlepas sudah pasti hukuman di akhirat tidak akan terlepas. Sekiranya tidak bersalah kenapa perlu tangguhkan perbicaraan.

Apakah orang seperti Anwar Ibrahim yang dimahukan rakyat Sarawak bagi menerajui Malaysia? Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim peliwat. Geli rakyat mendengarnya. Andai ketuanya sebegitu, bagaimana pula dengan anak-anak buahnya.

Justeru, rakyat Sarawak diseru untuk tidak memilih Pakatan Rakyat yang diterajui Anwar Ibrahim ini ternyata akhlaknya rosak seperti yang pernah beliau lakukan dahulu terhadap adik angkatnya, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja pada tahun 1998.

Menurut Sukma, "saya ingin menyatakan hubungan sejenis saya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dia bermula dari tahun 1976 atau 1977, saya tidak berapa ingat. Tidak ingat berapa haribulan tapi pasti tahunnya”.

Ketahui lebih lanjut sejarah liwat Anwar Ibarhim di laman blog http://oreoyabun.blogspot.com/2009/01/gempar-hubungan-seks-anwar-sukma.html

Sukma telah membuat pengakuan mengenai hubungan homoseksnya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dibuat pada 17 September 1998 di hadapan majistret Abdul Karim Abdul Jalil.

Bangunlah dari tidur rakyat Sarawak. Sebagai bangsa yang bermaruah, segera kita tolakkan pemimpin yang rosak akhlaknya. Kita tidak mahu anak cucu cicit kita berperangai sama seperti Anwar Ibrahim. Sokong Anwar Ibrahim maka anda sokong peliwat.

Wednesday, September 22, 2010

Ketua Menteri Pulau Pinang, YB Lim Guan Eng hari ini mengumumkan bahawa Kerajaan Pulau Pinang akan memperkenalkan Surcaj Pemuliharaan Air (WCS) mulai 1 November 2010 sebagai sebahagian daripada usaha menggalakkan penggunaan air secara bijak dan mengekang pembaziran.


Apakah tindakan yang dibuat Ketua Menteri itu memperlihatkan rakyat Pulau Pinang sebelum ini banyak membazirkan air? Apakah Pulau Pinang telah mengalami kerugian sehingga sanggup membebankan rakyat dengan memaksa rakyat menanggung kos kenaikan surcaj air? Kerajaan Pulau Pinang telah kehabisan sumber air.

Sepanjang pemerintahan BN di Pulau Pinang, tiada kedengaran sebarang tindakan menaikkan kos surcaj air atau mengemukakan alasan untuk berjimat cermat sebagai langkah untuk menaikkan kos surcaj air. Di manakah janji-janji pilihan raya Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang diterajui DAP? Kenapa bila sudah berasakan Kerajaan Pulau Pinang begitu teguh pemerintahannya maka telah sanggup memungkiri janji-janji yang pernah ditaburkan ketika pilihan raya dahulu.

Kenapa tiada jalan alternatif untuk Pulau Pinang menyelesaikan masalah ini? Alasan untuk menjimatkan penggunaan air seharusnya tidak ditimbulkan. Rakyat Pulau Pinang tidak bodoh sehingga sanggup membazirkan air. Bahkan, air ini adalah keperluan dan menjadi tradisinya rakyat akan menggunakan air untuk mandi, minum, makan dan sebagainya. Rakyat Pulau Pinang tidak menerima alasan ini.

Melihat kepada alternatif lain, kenapa Kerajaan Pulau Pinang tidak meminta Selangor untuk mendapatkan air? Pakatan Rakyat Selangor memberikan air percuma kepada rakyat Selangor. Betulkah Pakatan Rakyat Selangor memberikan air percuma? Ya, percuma tapi hanya RM10 sahaja melihat kepada penggunaan manakala selebihnya rakyat Selangor kena bayar. Sanggupkah Pakatan Rakyat Selangor memberikan air percuma kepada rakyat tanpa bayaran sesen pun.

Jika merasakan negeri Selangor terlalu jauh, kenapa tidak minta bantuan Kedah? Mungkin Kedah juga tidak dapat menyalurkan air kepada Pulau Pinang akibat airnya yang cukup-cukup untuk rakyatnya sehingga pemerintahan Pakatan Rakyat Kedah berakhir sebelum menghadapi PRU-13 nanti..

Sememangnya mereka yang banyak menggunakan air akan membayar lebih banyak kos bayaran air. Itu budak kecil pun tahu. Tapi, Lim Guan Eng menyatakan hanya 70 peratus penduduk di Pulau Pinang tidak akan terjejas. Dari segi taktikalnya, 30 peratus penduduk lagi akan terjejas. Pada anggapan Lim Guan Eng angka 30 peratus itu tidak besar dan tidak akan memberi kesan ke atas pemerintahan Pulau Pinang.

Jelaslah bahawa tindakan Kerajaan Pulau Pinang ini menindas rakyat yang sebelum ini telah banyak dibebankan dengan pelbagai kos tambahan. Walaupun hanya 30 peratus daripada penduduk Pulau Pinang terpaksa membayar lebih, namun ia tetap membebankan rakyat.

Tindakan Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang menaikkan surcaj air ini bertentangan dengan kempen Pakatan Rakyat Sarawak yang mengambil contoh negeri Selangor dan Pulau Pinang di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat memberikan air percuma kepada rakyatnya. Tidak kurang juga menyatakan rakyat Pulau Pinang dan Selangor telah mengecapi sosioekonomi yang telah meningkat. Apakah dengan sosioekonomi meningkat maka rakyat boleh diasak dengan membayar lebih kos surcaj air?

Lihatlah rakyat Sarawak ke atas apa yang telah dilakukan Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang sebelum ini bersemangat menyatakan rakyat Pulau Pinang mendapat air percuma. Dan, sekarang rakyat Pulau Pinang telah dibebani dengan bayaran lebih ke atas kos surcaj air.

Itulah Lim Guan Eng biawak yang berlidah bercabang dua. Di Semenanjung, bercakap lain dan di Sarawak bercakap lain. Mereka menjangkakan maklumat ini tidak akan sampai ke Sarawak dan lebih tepat lagi rakyat Sarawak buta huruf.

Sekarang ini baharu kita ketahui siapa sebenar pembohong kepada rakyat dan siapa yang bekerja untuk rakyat.
Apakah dan Siapakah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA). Itulah persoalan yang dikemukakan Dr John Brian Anthony dalam tulisannya Who and What is JASA?

Jawapan yang diberikan Dr John ini jauh menyimpang. Dalam konteks politik, jawapan sebegitu menjadi lumrah lebih-lebih lagi kepada mereka yang berfikiran sempit dan bertindak sebagai pembangkang. Mereka ini lebih bersifat "tidak ada perkara dan tindakan yang BETUL walaupun perkara dan tindakan yang dibuat itu BETUL. Bagi mereka yang bersifat dengki dan tidak berterima kasih ini BETUL itu SALAH bagi mereka.

Difahamkan Dr John Brain ini merupakan salah seorang bakal calon dan akan mencuba nasib untuk jadi YB. Disebabkan itu, tulisan beliau dalam laman blognya banyak berkisar tentang politik berbanding niatnya untuk membantu masyarakat Dayak. Politik menghina dan politik sempit yang diamalkan Dr John Brain ini sememangnya menjadi budaya dalam pemikiran pembangkang.

DAYAKBARU. Itulah slogan yang digunakan Dr John Brain untuk meraih simpati rakyat Sarawak khususnya masyarakat Dayak. Adakah kaum Dayak seperti Dr John Brain ini mempunyai sifat dan sikap tidak berterima kasih dan dengki apa yang telah dikecapi rakyat Sarawak sekarang? Tidak semua kaum Dayak bersifat seperti Dr John Brain ini kerana ramai yang telah berjaya dan mengecapi hidup senang diperolehi atas bantuan Kerajaan. Ramai juga kaum Dayak yang bersyukur dan berterima kasih terhadap Kerajaan setelah apa yang telah mereka kecapi sekarang.

Melihat kepada penulisan-penulisan Dr John Brain di dalam laman blognya jelaslah bahawa beliau ini hanya bertujuan untuk mengangkat diri sendiri demi kepentingan politik (menjadi YB) dan menggunakan istilah Dayakbaru sebagai umpan untuk merealisasikan cita-citanya.

Umum mengetahui masyarakat di Sarawak hidup dalam aman damai dengan kaum Dayak sebagai penghuni majoriti. Perpaduan kaum yang dinikmati kaum Dayak bersama kaum Melayu, Cina dan Orang Ulu tidak akan tergugat tatkala usaha seperti Dr John Brain ini yang sering menganggu gugat perpaduan. Semangat 1Malaysia telah sentiasa tersemai dalam sanubari rakyat Sarawak.

Seseorang yang ingin mengangkat martabat dan kepentingan kaum tidak akan sesekali mengancam mahupun menghina kaum lain. Dalam hidup bermasyarakat ini, perpaduan sangat penting dalam merealisasikan hasrat hidup bersama. Jika diamati, Dr John Brain ini lebih bersikap prejudis terhadap apa yang orang lain lakukan terhadap masyarakat Sarawak dan kaum Dayak khasnya. Kenapa perlu risau andai ada ‘orang luar’ yang prihatin berbanding orang sendiri yang lebih banyak bermimpi di siang hari sehingga tidak mahu membantu?

Sikap menghina seseorang tanpa usul periksa seperti yang ditunjukkan Dr John Brain terhadap JASA merupakan tindakan yang tidak mencerminkan dirinya sebagai seorang yang berilmu. Apakah John Brain ini seorang yang benar-benar mempunyai ijazah kedoktoran? Menghina secara membuta tuli juga sebagai suatu tindakan yang di luar kuasa seseorang yang normal. Apakah JASA pernah menyakiti Dr John yang dikatakannya mewakili kaum Dayak?

Tahukah Dr John bahawa ramai di kalangan pegawai JASA yang berkhidmat di Sarawak ini terdiri daripada kaum Dayak. Mereka ini bekerja demi memartabat agama, bangsa dan negara, dan tidak seperti Dr John Brain yang hanya mengangkat diri demi mencapai cita-citanya untuk menjadi YB sehingga sanggup mengabaikan keluarga.

14 buah negeri dalam Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Apakah Dr John Brain tidak belajar geografi dan sejarah? Kenapa perlu persoalkan asal usul seseorang? Apakah ia akan mengancam kedudukan Dr John Brain? Kenapa perlu takut? Apakah masalahnya sekiranya yang datang itu dari Semenanjung?

Pepatah Melayu ada mengatakan, berani kerana benar dan takut kerana salah. Nampaknya, tindakan Dr John Brain ini sebagai tindakan yang takut dan salah. Manakan tidak, kenapa perlu melenting sehingga sanggup menghina Datuk Fuad? Apa kesalahan yang telah Datuk Fuad lakukan kepada Dr John Brain? Jelas dan terang bahawa Dr John Brain takut terhadap bayang-bayang sendiri dan boleh dikatakan aura JASA dan Datuk Fuad ini akan membantutkan usahanya untuk mendapat gelaran YB.

Dalam politik, semangat setiakawan dalam BN telah terjalin sejak 47 tahun dahulu. Semangat setiakawan ini telah membantu Sarawak dan Sabah merdeka melalui Malaysia. Tiada niat langsung untuk mana-mana rakyat Malaysia ingin menakluki mahupun menjajah negeri lain. Kita sekarang sudah 53 tahun merdeka dan tidak dijajah lagi. Kita juga bukan dalam masa penjajahan.

Tidak seperti Pakatan Rakyat yang hanya timbul apabila tiba pilihan raya. Kononnya mereka ini bersepakat untuk memerintah. Bolehkah mereka ini memerintah secara bersama? Lihat Kerajaan Selangor dan Pulau Pinang yang mempunyai 1001 macam masalah secara terang mahupu gelap. Mereka ini tidak boleh duduk mahupun tidur bersama. Tidur satu tilam tapi mimpi lain-lain.

Persoalan di sini juga perlu dijawab Dr John Brain bahawa kenapa ahli-ahli PKR termasuk Dr John Brain menyanjungi tinggi Anwar Ibrahim sampai ke langit, ahli-ahli DAP menyanjungi Lim Kit Siang dan ahli-ahli PAS menyanjungi Nik Aziz? Apakah sumbangan mereka terhadap Sarawak? Yang diketahui sumbangan mereka ini lebih kepada menghancurkan perpaduan yang telah dinikmati rakyat Sarawak, termasuklah tindakan Dr John Brain sendiri yang bersikap rasis.

Sekarang ini masyarakat Dayak hidup aman di bawah pemerintahan BN dan mempunyai sosioekonomi yang baik. Kerajaan BN sentiasa memastikan setiap kaum di Sarawak menikmati pembangunan dan hidup dalam budaya berdasarkan kelangsungan hidup walaupun mereka duduk jauh di pedalaman. Andai kata suatu hari kelangsungan hidup terjejas, maka ia disebabkan pembangkang yang niatnya menghancurkan perpaduan tidak pernah lekang dalam mindanya.

JASA telah lama bertapak di Malaysia amnya dan Sarawak khususnya dalam menjaga keharmonian politik. Kerajaan tidak akan dan tidak pernah menubuhkan sesuatu jabatan tanpa melihat peranan dan fungsi jabatan itu terhadap masyarakat. Tidak timbul persoalan pegawai JASA makan gaji buta kerana JASA ditubuhkan bermatlamat. Apa yang dilakukan JASA di Sarawak sebelum ini telah mendapat reaksi yang baik terutama mereka yang cintakan keamanan dan perpaduan.

Bagi pembangkang, JASA ini sebagai duri dalam daging bagi mereka. Ini kerana matlamat asal pembangkang banyak dirosakkan JASA. JASA sentiasa mendampingi masyarakat walau apa jua keadaan. Berbeza dengan pembangkang yang hanya datang bermusim dan sentiasa berlakon untuk meraih simpati. Atas sebab itu tulisan Dr John Brain ini bersifat politik peribadi dalam menghina JASA.

Ramai di kalangan rakyat Sarawak telah mengetahui JASA dan peranannya dalam masyarakat. Tidak kurang juga yang merujuk kepada JASA untuk mendapatkan sesuatu pandangan.

Persoalan ini ditujukan khas kepada Dr John Brain. Pernahkan BN menghina Dr John Brain dalam konteks peribadi? Dalam konteks politik sememangnya wajar kerana perbezaan idealogi. Namun, tindakan Dr John Brain menghina dan membenci Kerajaan dan BN lebih bersikap politik peribadi.

Orang-orang sebegini yang perlu dijauhi dan hindari kerana merosakkan bangsa, agama dan negara. Mereka tidak reti berterima kasih dan langsung tidak bertanggungjawab terhadap bangsa dan agamanya asalkan cita-citanya tercapai seperti yang dilakukan Anwar Ibrahim sekarang.

Tuesday, September 21, 2010


Azmin Ali dalam ucapannya semasa 'tour' kumpulannya di Kuching pada 16 September 2010 bertempat di Grand Continental telah menjelaskan bahawa kedatangan mereka ke Kuching bukanlah untuk berkempen Pilihan Raya DUN Sarawak, tetapi lebih penting kepada mereka adalah untuk mendapatkan sokongan ahli-ahli PKR Sarawak semasa pemilihan jawatan Timbalan Presiden PKR dan beberapa jawatan lain. Oleh sebab itu, mereka tiada masalah untuk berbelanja 'lebih' sedikit dengan membiayai makan minum tetamu pada malam itu atas nama Ramah Tamah Aidilfitri.

Dalam ucapannya, Azmin menjelaskan bahawa Sarawak akan diperintah oleh majoriti parti yang menang. Dalam pembahagian kerusi Pakatan Rakyat Sarawak, setiap parti kompenan PR Sarawak telah menyasarkan akan bertanding satu lawan satu menentang BN. Oleh yang demikian, mereka telah membahagikan kawasan untuk bertanding. Daripada jumlah keseluruhan kerusi, PKR telah diperuntukan kawasan yang paling banyak dan diikuti DAP, PAS dan SNAP. Berdasarkan ucapan Azmin Ali, jelas menunjukkan Sarawak akan diperintah oleh PKR sekiranya PR Sarawak menang dan PKR menang dalam majoriti kawasan yang banyak.

Seandainya, PR Sarawak menang, tetapi PKR kalah di beberapa kawasan dan DAP menang majoriti, maka DAP akan memerintah dengan melantik Ketua Menteri daripada Bumiputera atau Melayu. Manakala, PAS dan SNAP dijangka tidak akan dapat memerintah disebabkan jumlah peruntukan kawasan yang ditandinginya sedikit.

Walau apa pun yang akan berlaku, pembangkang akan menggunakan strategi Selangor dan 'Perak' sebelum ini dengan Menteri Besarnya daripada PKR atau orang Melayu manakala kuasa yang memerintah akan dipegang DAP. Inilah taktik dalam diam yang akan diperjuangkan PR Sarawak dalam menarik perhatian masyarakat Sarawak.

Azmin Ali 101 peratus yakin bahawa Pakatan Rakyat akan ke Putra Jaya. Beliau mendakwa mengikut sejarah UMNO telah ditolak oleh orang Melayu. Itulah pembohongan Azmin Ali yang tidak putus-putus melakukan dosa. Sebelum Azmin Ali lahir ke dunia ini, Tanah Melayu atau Malaysia ini telah ditadbir Barisan Nasional dengan UMNO menjadi tulang belakang dalam memerdekakan Tanah Melayu dan menjadikan Semenanjung dan Sabah serta Sarawak sebagai sebuah negara bernama Malaysia.

Lahir sahaja ke dunia, Azmin Ali bukan sahaja tidak bersyukur malah sanggup melakukan dosa dengan 1001 banyak pembohongan yang telah beliau lakukan. Dan, sanggup menghancurkan negara sendiri dengan mencemar nama baik negara dan perpaduan kaum demi kepentingan politik mereka.

Apabila datang ke Sarawak, Azmin sentiasa mengambil contoh Selangor sebagai negeri yang diperintah Pakatan Rakyat membangun dan rakyat hidup gembira. Dari PRK P.212 Sibu sehinggalah kempen Pilihan Raya DUN Sarawak, Azmin Ali sering kali menggunakan isu air Selangor sebagai cara untuk mendapatkan sokongan rakyat Sarawak.

Alahai Azmin. Kami di Sarawak bukan patung yang tidak mengerti apa-apa dan mengetahui apa yang telah berlaku di Semenanjung Malaysia terutama di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan. Orang Sarawak telah cerdik dan lebih cerdik lagi berbanding Azmin yang kebanyakan ceramahnya lebih kepada syok sendiri.

Persoalan yang ditujukan khas kepada Azmin Ali. Bukan isu air, tetapi isu pasir. Kenapa sehingga hari ini pemerintahan Pakatan Rakyat Selangor tidak menjelaskan keadaan sebenar apa yang berlaku terhadap penyelewangan pasir di Selangor?

Kami tidak mahu dengar isu air, pemberian wang kepada orang tua, memberikan sumbangan kepada mereka yang melahirkan anak dan bantuan kebajikan kepada anak-anak yang mendapat tempat di IPTA dan IPTS. Sebaliknya, kami mahukan penjelasan mengapa isu pasir Selangor tidak diselesaikan dan ada jalan penyelesaian.

Keuntungan pasir ini adalah wang rakyat. Sekiranya Pakatan Rakyat Selangor tidak menyelesaikan isu pasir bermakna Pakatan Rakyat Selangor telah merompak wang rakyat.

Sarawak kaya dengan petroleum, gas, balak dan tanah. Adalah tidak mustahil, hasil-hasil ini akan menerima nasib yang sama seperti pasir di Selangor dalam usahanya untuk mengaut kekayaan untuk memperjuangkan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

Kami rakyat Sarawak tidak mahu ditipu dan tidak akan ditipu oleh Pakatan Rakyat yang sentiasa menipu rakyat.
Kedatangan Azmin Ali dan rombongannya dari Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Selangor ke Kuching telah disambut oleh beberapa pemimpin tertinggi PKR Sarawak dengan 1001 harapan.

Harapan ini lebih kepada sumbangan mahupun peruntukan yang akan diperolehi PKR Sarawak dalam membiayai perjuangan mereka dalam persiapan menghadapi Pilihan Raya DUN Sarawak akan datang. Namun, kedatangan mereka bukan untuk berkempen mahupun menyampaikan sumbangan dana kepada PKR Sarawak, tetapi berkempen untuk diri mereka yang akan berebut jawatan dalam pemilihan PKR Pusat.

Umum mengetahui Azmin Ali akan ditentang oleh rakan karibnya sendiri, Zaid Ibrahim. Pertembungan merebut kerusi Timbalan Presiden PKR itu akan menyaksikan pertembungan sengit kedua-dua pihak. Sebelum ini, penyandang terdahulu Dr Syed Husin Ali awal-awal lagi telah mengangkat bendera putih dengan tidak mempertahankan jawatannya setelah mengetahui lawannya nanti adalah bukan calang-calang calon. Justeru, atas alasan mahu memberi perhatian kepada keluarga dan berehat maka beliau mengumumkan untuk tidak bertanding.

Raja Pembohong Ke-2 Selepas Anwar Ibrahim

Sebenarnya, peranan Dr Syed Husin Ali ini dalam PKR tidaklah besar dan hanya bersifat melengkapkan gelanggang PKR. Dari segi sejarah, beliau ini bukan pejuang PKR tulen kerana beliau sebelum ini berada dalam sebuah parti yang lain sebelum bergabung dan menyertai PKR. Atas perjuangan ini, Wan Azizah telah mempelawa Dr Syed Husin Ali ini menyertai PKR dan di’hadiah’kan jawatan Timbalan Presiden PKR.

Semenjak menyertai PKR, Zaid Ibrahim yang juga pernah menganggotai kabinet negara semasa pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi telah memperlihatkan kekuasaannya dalam PKR sehingga menyebabkan ramai pemimpin PKR yang sebelum ini berjuang atas kepentingan masing-masing telah senyap dan berdiam diri. Mereka mengetahui Zaid Ibrahim mempunyai pengaruh yang sangat kuat dan mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh. Wang tidak menjadi masalah bagi dirinya.

Dalam pemilihan PKR kali ini, Azmin Ali yang suatu ketika kurang popular sekarang ini telah naik mendadak. Ramai pihak termasuk ahli-ahli PKR sendiri mengetahui bahawa Azmin Ali ini mempunyai ‘kunci’ Anwar yang akan menyebabkan Anwar terpaksa tunduk kepadanya. Kunci ini boleh diibaratkan senjata rahsia Azmin Ali untuk berkempen bagi mendapat sokongan mereka yang benar-benar simpati terhadap Anwar Ibrahim.

Tidak kurang juga ada di kalangan ahli-ahli PKR yang melihat keakraban Azmin dan Anwar dalam mana-mana majlis sebagai gambaran bahawa Anwar mahukan Azmin dan tidak Zaid. Namun, kelantangan dan keberanian Zaid untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR telah menidakkan Azmin Ali menang pemilihan itu secara mudah. Sebagai Ketua Umum PKR, Anwar akan dilihat terpaksa tidak menggunakan kuasanya sebaliknya menyuruh perwakilan dan ahli-ahli PKR yang menentukan.

Kenapa kedua-dua mereka mahu bertanding untuk menjawat jawatan Timbalan Presiden PKR dan bukannya jawatan Presiden PKR? Apakah disebabkan kekebalan Wan Azizah atau bayangan Anwar yang mahukan isterinya itu terus memegang PKR supaya senang Anwar mengawalnya dengan memberikan setiap keputusan dan jawapan. Hanya ahli-ahli PKR dan Anwar sahaja yang mengetahuinya.

‘Tour’ rombongan PKR yang diketuai Azmin Ali ke Sarawak telah menghangatkan lagi suasana pemilihan PKR yang dijadualkan tidak berapa lama lagi. Sebelum ini, Zaid Ibrahim telah datang ke Kuching, tetapi tidak mendapat sambutan. Ini disebabkan ketika itu bulan puasa, dan rakyat yang datang tidak dapat menikmati jamuan. Kedatangan Azmin Ali ke Sarawak telah mendapat sambutan yang hangat tatkala tetamu diberikan jamuan secara percuma dan diadakan di Hotel Grand Continental atas nama Ramah Tamah Aidilfitri.

Sekarang ini PKR sibuk dengan pemilihan jawatan tertinggi mereka sehingga menidakkan kempen pilihan raya. Tindakan ini jelas menunjukkan bahawa PKR tidak serius untuk bertanding dalam pilihan raya sebaliknya lebih mementingkan kedudukan jawatan mereka dalam parti. Berbeza dengan PAS yang secara rasminya telah melancarkan gerak kerja Pilihan Raya DUN Sarawak yang telah diadakan baru-baru ini. Manakala, DAP Sarawak yang sekarang ini masih bergelut dengan permasalahan dalaman telah melancarkan gerak kerja pilihan raya mereka dan memastikan wakil rakyat dan bakal calon mereka kerap turun padang.

Begitulah peristiwa dan kejadian yang sedang dialami oleh ketiga-tiga kompenan Pakatan Rakyat Sarawak dalam situasi semasa politik. Mereka ini lebih berminat terhadap pemilihan dalaman dan kepentingan peribadi berbanding memperjuangkan hak rakyat seperti yang dilaung-laungkan mereka sebelum ini.

Berbeza dengan BN sama ada PBB, SUPP, PRS dan SPDP sentiasa memperjuangkan hak rakyat dengan menyelami masalah rakyat dan seterusnya menyelesaikannya. Seperti kata pemimpin pembangkang, memang itulah peranan BN untuk membantu rakyat. Jadi, rakyat harus menerimanya dengan hati terbuka bahawa BN ini wujud dan dijadikan Kerajaan adalah untuk membantu rakyat. Oleh yang demikian, dalam pilihan raya akan datang, rakyat harus mengakui bahawa hanya BN sahaja yang mampu mengubah dan membawa perubahan ke arah pembangunan yang berterusan. Pembangkang hanya tahu mengkritik dan memfitnah, tetapi satu pun janjinya yang tidak dibuat.

Lihat apa yang berlaku di Sibu, dalam PRK P.212 Sibu manifestonya Sibu, Jom Ubah hanya retorik untuk mendapatkan sokongan, tetapi sebelum puasa Sibu telah mengalami banjir. Mana dia janji DAP dan Pakatan Rakyat? Sebaliknya hanya menyalahkan Kerajaan BN yang tidak mengambil tindakan. Itulah tindakan sebenar Pakatan Rakyat Sarawak. Penduduk Sibu telah merasainya, dan adakah perkara yang sama dimahukan rakyat Sarawak?

Marilah kita sama-sama fikirkan apa yang telah dibuat Kerajaan kepada kita sebelum ini dan marilah sama-sama kita fikirkan apakah yang akan dibuat pembangkang selepas ini???
"PKR sedang berusaha keras untuk merealisasikan kepelbagaian kaum yang menjadi misi utama mereka dalam mendapat sokongan, tetapi tidak mengikut cara UMNO untuk mendapatkan sokongan politik", Nurul Izzah Anwar.

Sememangnya UMNO dan parti kompenan BN lain tidak akan sesekali mengikut cara PKR yang ternyata hanya untuk kepentingan seorang sahaja, iaitu mahukan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri. Merealisasikan hasrat kepelbagaian kaum hanya sebagai gambaran atau lebih mudah lagi sebagai boneka. Manakan tidak, PKR dikuasai keluarga Anwar Ibrahim (isteri dan anak-anak) sama seperti DAP (Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng) juga PAS (Nik Aziz dan anak dan menantu).

BN mempunyai cara tersendiri bermula daripada Parti Perikatan sehingga berjaya memerdekakan negara. Dan, sekarang Pakatan Rakyat sedang berusaha untuk menghancurkan negara dengan menjaja nama buruk pemimpin negara kepada negara-negara luar.

Apakah ini yang dinamakan politik matang yang dilaung-laungkan Pakatan Rakyat? Jika ini yang ingin disampaikan mereka, maka rakyat tiada cara lain hanyalah menolak mereka yang ternyata menghancurkan negara demi kepentingan politik sempit mereka semata-mata kerana Anwar Ibrahim.

Nurul Izzah yang juga anak kepada Anwar Ibrahim telah menyampaikan pesanan kepada rakyat Sarawak dan Malaysia supaya berhati-hati dan tidak membiarkan golongan pelampau tertentu dengan idea-idea sempit menguasai dialog politik.

Menurutnya lagi, golongan ini adalah lebih teruk daripada serigala berbulu domba.

Seharus persoalan ini diajukan kepada ahli-ahli dan juga YB-YB Pakatan Rakyat termasuklah beliau sendiri yang sebelum ini mengamalkan politik sempit dengan memainkan isu perkauman dan memfitnah terhadap pemimpin BN. Tidak cukup dengan itu, beliau mendakwa kononnya Malaysia mengamalkan politik sempit dan memburukkan Malaysia di negara jiran, Indonesia. Apakah pemimpin sebegini yang rakyat Malaysia khasnya dan Sarawak umumnya mahukan? Pemimpin yang hanya tahu merosakkan bangsa, agama dan negara.

Dan, yang paling layak menerima persoalan ini juga tidak lain dan tidak bukan ialah bapanya sendiri yang sekarang ini ternyata masih belum puas selagi cita-citanya belum tercapai iaitu menjadi Perdana Menteri. Suatu ketika Anwar Ibrahim dianggap segelintir pihak mempunyai peluang besar untuk menggantikan Tun Dr Mahathir setelah berjaya mewujudkan satu kumpulan yang akan mengalahkan Tun Dr Mahathir dalam pemilihan UMNO. Lakonan Anwar Ibrahim semasa persidangan UMNO tidak lekang dengan memuji Presiden UMNO ketika itu, Tun Dr Mahathir di hadapan perwakilan, tetapi dalam diam telah mengatur startegi untuk menjatuhkan Presiden UMNO dalam usaha untuk menjawat jawatan Presiden UMNO dan seterusnya menjadi Perdana Menteri.

Tidak lama lagi, pemilihan jawatan tertinggi akan berlangsung dan sekarang, ramai ahli dan YB-YB PKR sedang berjuang dan mempopularkan diri untuk mendapat perhatian bagi memperoleh jawatan tertinggi dalam PKR. Ketua Umum PKR yang sebelum ini disandang Anwar Ibrahim dijangka akan mengekalkannya walaupun jawatan itu tidak ada dalam perlembagaan parti dan tidak wujud dalam perlembagaan parti. Sebaliknya diwujudkan untuk Anwar Ibrahim sehingga beliau meninggal dunia. Dan, selepas itu tidak akan diwujudkan lagi.

Jawatan Ketua Umum PKR ini dikatakan dikhususkan kepada Anwar Ibrahim setelah beliau keluar dari penjara. Walaupun tidak dipertandingkan dan diketahui jawatan Presiden parti adalah yang paling tinggi, namun tidak bagi PKR. Presiden PKR hanya sebagai boneka sahaja sebaliknya yang paling berkuasa ialah Ketua Umum PKR. Disebabkan itu, jawatan Ketua Umum PKR tidak dipertandingkan sebaliknya hanya jawatan Pengerusi dan jawatan di bawahnya sahaja yang akan dipertandingkan.

Pendek kata Anwar Ibrahim akan menyandang jawatan Ketua Umum PKR sehingga beliau bersara atau paling cepat apabila beliau meninggal dunia.

Monday, September 20, 2010


Keadaan geografi dengan bentuk muka bumi Sarawak yang luas di samping kesukaran lojistik untuk sampai ke kawasan luar bandar merupakan cabaran utama PKR dalam Pilihan Raya DUN Sarawak akan datang. Ini diakui sendiri Nurul Izzah semasa 'bertandang' ke Sarawak pada 16 September 2010 sebagai sebahagian daripada mempromosikan diri ketika PKR sedang hangat berkempen bagi mendapatkan sokongan ahli dalam pemilihan parti yang dijadualkan penghujung bulan ini.

Nurul Izzah pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk bertanding dalam pemilihan parti berikutan bapa dan emaknya juga akan turut mempertahankan jawatan masing-masing. Andai Nurul Izzah menang sudah pasti PKR akan ditakluki oleh FAMILY ANWAR.

Bercakap mengenai kempen PKR di Sarawak, kebanyakan kawasan DUN yang akan ditandingi PKR dalam Pilihan Raya DUN Sarawak akan datang dan setelah pembahagian kerusi Pakatan Rakyat Sarawak banyak tertumpu di kawasan luar bandar. Manakala, DAP yang merupakan kompenan Pakatan Rakyat Sarawak akan menumpukan kepada kawasan bandar yang kebanyakan pengundinya terdiri daripada masyarakat Cina. PAS dan SNAP masing-masing diberikan kawasan luar bandar yang lebih banyak tertumpu kepada kawasan luar bandar dengan majoriti orang Melayu dan Bumiputera. Walaupun pembahagian kawasan telah diputuskan, namun 5 kawasan masih dalam perbincangan dengan pertindihan PKR dan DAP yang masing-masing mahu bertanding di kawasan itu. Sehingga kini 5 kawasan itu masih lagi dalam pertikaian.

PKR telah mendapat pengalaman semasa Pilihan Raya Kecil P.212 Sibu yang dengan menganggap faktor geografi memberi masalah kepada PKR. Walaupun DAP Sarawak menang dalam PRK P.212 Sibu, PKR telah merasai bahawa kedudukan muka bumi di beberapa daerah mengundi dalam Parlimen Sibu ini telah menyusahkan mereka dan membuatkan faktor kos berkempen semasa pilihan raya meningkat. Andai PRK P.212 Sibu diambil kira ternyata PKR tidak mampu untuk pergi jauh dalam Pilihan Raya DUN Sarawak akan datang memandangkan jumlah kerusi yang ditandingi mereka yang dianggarkan lebih kurang 45 kerusi yang kebanyakannya di kawasan luar bandar akan menyebabkan mereka menyerah. Ini menunjukkan perjuangan PKR di Sarawak bukan perjuangan politik membantu rakyat, tetapi lebih kepada mahukan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

Dalam merealisasikan hasrat PKR ini, mereka bukan sahaja akan menggunakan peranan kaum Dayak untuk mendapatkan sokongan bahkan SNAP yang merupakan rakan terbaru mereka dalam Pakatan Rakyat Sarawak akan turut dipergunakan. Walaupun SNAP merupakan parti tempatan Sarawak dan pengurusannya tidak dicampuri pemimpin daripada Semenanjung sepertimana PKR, DAP dan PAS, namun mereka tidak mempunyai suara dan kuasa. Ini terbukti apabila SNAP hanya diperuntukkan kurang daripada 10 kawasan DUN walaupun suatu ketika pernah menjadi parti yang kuat semasa dalam BN Sarawak dahulu.

Belum menang, tetapi PKR, DAP dan PAS secara terang-terangan telah meminggirkan SNAP yang merupakan parti tempatan. Dan, PKR, DAP dan PAS ini tidak dipimpin oleh rakyat tempatan, tetapi dikawal dan mendapat arahan daripada pemimpin-pemimpin Semenanjung.

Thursday, September 16, 2010

16 September 1963 pastinya tarikh keramat yang tidak akan dilupai oleh pejuang-pejuang negara demi membebaskan diri dari cengkaman British setelah beratus-ratus tahun dijajah oleh kuasa Eropah itu.

Hari ini genaplah 47 Sarawak Merdeka dalam Malaysia beserta dengan Sabah. Dan ketika meniti angka 47 tahun bukanlah sesuatu yang mudah. Pastinya memerlukan kebijaksanaan pemimpin dan keutuhan rakyat yang setia bersama pemimpin Kerajaan Perikatan ketika itu.

Di Sarawak, usaha pemimpin-pemimpin Melayu dan Bumiputera Sarawak dalam memerdekakan Sarawak daripada penjajahan Inggeris (Keluarga Brooke) telah menemui jalan apabila pelawaan Persekutuan Tanah Melayu ke atas Sarawak, Sabah dan Singapura dalam menggagaskan pembentukan Negara Malaysia.

Penyertaan Sarawak ke dalam Malaysia sememangnya suatu jalan yang amat bertuah. Pembangunan yang dikecapi Sabah dan Sarawak pada hari ini adalah hasil kebijaksanaan pemimpin-pemimpin terdahulu yang mahukan negara bebas daripada penjajahan dan terus memaju pembangunan negara.

Pada hari ini, kemerdekaan yang kita kecapi bukanlah daripada penjajahan. Penjajahan dalam bentuk kekerasan dan ketenteraan telah lama berakhir, tetapi penjajahan hari ini lebih berbentuk pemikiran, ideologi dan benci-membenci.

Meniti kemerdekaan Malaysia amnya dan Sarawak khususnya, tidak dapat lari daripada politik. Politik Sarawak hari ini telah jauh berbeza. 1001 macam perbezaan. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang politik Malaysia, sila klik di sini

Kemasukan parti politik Semenanjung (DAP, PKR, PAS dan tidak ketinggalan PCM) ke Sarawak telah mengubah landskap politik Sarawak yang suatu ketika dahulu bersih dan tidak kacau bilau. Hari ini, segalanya banyak berubah ekoran pengaruh dan keanguhan mereka dalam mempengaruhi pemikiran rakyat.

Mungkin ramai di kalangan rakyat Sarawak yang masih belum mengetahui corak politik semasa di Sarawak, namun sekiranya mereka mengenali apa yang telah dan sedang dilakukan parti pembangkang di Semenanjung Malaysia, maka itulah yang cuba dibawa oleh mereka ke Sarawak. Tidak lain dan tidak bukan ialah untuk memecahbelahkan rakyat Sarawak yang sebelum ini sentiasa bersama BN dalam memacu pertumbuhan negara dan pembangunan negeri.

Kemasukan parti-parti pembangkang ke Sarawak boleh diadaptasikan seperti berikut “DAP, PKR dan PAS mempunyai agenda tersirat terhadap rakyat Sarawak”. Persoalannya, apakah agenda tersirat mereka ini?

Renung-renungkanlah rakyat Sarawak. Pilihlah jalan yang betul untuk terus memaju Sarawak ke arah pembangunan berterusan.

Monday, September 13, 2010

Al-Fatihah kepada keluarga-keluarga mangsa pembunuhan kejam, usahawan yang juga jutawan Melayu Datuk Sosilawati Lawiya, pembantu peribadinya Kamaruddin Shamsudin, Noorhisham Mohammad dan Ahmad Kamil Abd. Karim yang dipercayai telah mati dibunuh dengan kejam.


Berita kehilangan mereka yang dilaporkan media pada 30 Ogos lepas dan penangkapan beberapa suspek telah menjadikan kes ini menjadi sensasi. Dan, semalam penemuan cebisan mayat keempat-empat mangsa yang dipercayai dibunuh dan mayatnya dibakar sebelum dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong di Morib.

Walau bagaimanapun, pembunuhan kejam usahawan yang juga jutawan Melayu ini sedikitpun tidak mendapat simpati daripada pemimpin-pemimpin politik yang memperjuangkan agama dan bangsa. Adakah mangsa-mangsa ini bukan daripada kalangan ahli politik mereka? atau, Adakah mereka ini tidak memperjuangkan politik sealiran? atau, Adakah mangsa-mangsa ini tidak memberi kepentingan politik kepada parti politik mereka?

Masihkah ingat peristiwa pembunuhan Teo Beng Hock? Adakah beliau dibunuh atau membunuh diri? Biarlah mahkamah yang menentukannya. Tapi, yang hendak dibicarakan ini ialah kenapa kematian Teo Beng Hock diratapi sehingga dibawa ke dalam gelanggang politik?

Tidak kurang juga dengan kematian Kugan. Kedua-dua peristiwa ini mendapat liputan luas bukannya saja di Malaysia malah dijaja di seluruh dunia.

Kenapa tidak mangsa-mangsa ini juga perlu diratapi dengan seagama dan sebangsa? Kehilangan mangsa-mangsa pembunuhan kejam ini sedikitpun tidak mendapat simpati parti pembangkang. Ah... sebab mangsa-mangsa ini tidak ada kaitan dengan politik mereka.

Beginilah nasib orang Melayu yang bukan saja hatinya dibakar, tetapi juga tubuh badan mereka juga dibakar. Mana dia kononnya pejuang agama dan bangsa. Hanya berselindung di sebalik politik.

Sekali lagi marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada mangsa-mangsa pembunuhan kejam ini. Dan, doakan roh mereka dicucuri rahmat serta keluarga mereka mendapat ketenangan atas Qada dan Qadar Allah s.w.t.
Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!