Tuesday, August 31, 2010

Pengerusi DAP Sarawak yang juga Ahli Parlimen P.212 Sibu, Wong Ho Leng GAGAL mengemukakan laporan lengkap projek tebatan banjir seperti didakwa sebelum ini semasa pertemuan bersejarahnya dengan Pengerusi SUPP Sibu, YB Dato Sri Wong Soon Koh.


Selain itu, Wong Ho Leng juga GAGAL menyertakan bukti kerajaan Pulau Pinang dan Selangor menerima bayaran daripada kontraktor yang dilantik melaksanakan projek mengorek pasir di kedua-dua negeri itu.

Terdahulu, Wong Soon Koh yang juga Menteri Kewangan Kedua mengotakan janji yang dibuatnya kelmarin, apabila berkunjung ke pejabat DAP di Jalan Chew Siik Hiong.

Pemimpin-pemimpin BN akan tunaikan janji dan apa yang diungkapkan walaupun pada fikiran asas pemimpin politik ia dianggap sebagai mustahil.

Beliau yang ditemani tiga anggota Pasukan Berwawasan Barisan Nasional (BN) Sibu iaitu Ahli Parlimen Lanang, Datuk Tiong Thai King, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan Vincent Goh Chung Siong dan Timbalan Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS) Daniel Ngieng Kiong Ann, tiba tepat jam 11.00 pagi. Selain itu, Pengerusi Pusat Perkhidmatan SUPP Bukit Assek Kaunselor Chieng Buong Toon serta ahli jawatankuasa SUPP Oliver Kuo turut kelihatan.

Ketika menuju ke pejabat DAP yang terletak di tingkat satu, hanya Wong, Tiong dan Vincent sahaja dibenarkan masuk manakala tiga yang lain disekat petugas DAP. Kenapa perlu sekat? Bukannya nak buat kacau tapi hanya buat pertemuan. Ini dah mengalahkan maharaja. Baru berkuasa sikit dah tunjuk belang. Itulah DAP dan Wong Ho Leng.

Suasana tegang di dalam pejabat berkenaan telah menyebabkan pertemuan itu hanya berlangsung kira-kira 10 minit. Wong Soon Koh serta tiga yang lain bertindak keluar meninggalkan pejabat DAP setelah Wong Ho Leng GAGAL mengemukakan laporan yang diminta.

Dalam perkembangan lain, pekarangan pejabat DAP mula dibanjiri orang ramai seawal jam 10.00 pagi, bagi melihat sediri hasil pertemuan itu. Apatah lagi, ia membabitkan isu banjir yang sudah lama membelenggu rakyat Sibu.

Sekarang lihatlah penduduk Sibu. Apakah pilihan rakyat Sibu Wong Ho Leng ini benar-benar membela nasib masyarakat Sibu khususnya dalam isu banjir. Ketika Sibu banjir tempoh hari, di mana Wong Ho Leng? Kenapa hanya hantar ahli-ahli DAP sahaja ke kawasan banjir. Apakah mereka ini boleh menyelesaikan masalah banjir yang dihadapi rakyat Sibu.

Bila buat pertemuan hanya sia-sia. Bila BN tak jumpa kata penakut tapi bila jumpa tak boleh tunjuk bukti dan siap tunjuk 'teror' lagi.

Apakah Wong Ho Leng akan berjaya mengatasi Sibu daripada banjir seperti yang dicanangkannya dalam minifesto Sibu Ubah dalam PRK P.212 Sibu lalu. Dalam hal ini rakyat Sibu tidak boleh salahkan BN dan kerajaan kerana itu adalah pilihan rakyat Sibu.

Ingatlah bahawa rakyat akan tuntut janji walaupun sampai ke lubang kubur.

Penutupan Festival Kuching yang berakhir minggu lepas telah tercemar ekoran tindakan DAP menggunakan platform festival itu sebagai pentas politik.


Apakah menggunapakai gelaran ‘YB’ oleh Chong Chieng Jen, Violet Yong dan beberapa pemimpin tertinggi DAP Sarawak dilihat sebagai lesen boleh berbuat sesuka hati? Di manakah pengalaman dan kemahiran yang ada pada ‘YB-YB’ ini? Budak sekolah pun masih kenal apa itu undang-undang. Inikan pula ‘YB’ yang sangat dihormati rakyat.

Kegagalan mendapatkan permit dan cubaan menganggu-gugat pendudu Kuching semasa Festival Kuching diadakan sebagai mencerminkan sebenar DAP bahawa Pakatan Rakyat bersikap biadap terhadap undang-undang.

Bagaimanakah agaknya bila mereka ini diberikan peluang untuk mentadbir negeri? Pasti hura-hara jadinya Sarawak.

Menjadi kebiasaan, sambutan Hari Bandaraya Kuching, Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) mengadakan Festival Kuching sebagai pesta kepada penduduk Kuching. Pada tahun ini, Festival Kuching yang diadakan bertemakan Pesta Makanan telah berjaya menarik ribuan pengunjung sama ada dari dalam dan luar negara. Atas sebab itu DAP telah mengambil kesempatan untuk menjalankan aktiviti 'haram'nya itu.

Pelbagai jenis makanan mengikut kaum yang disediakan di sini. Sambutan yang menggalakkan daripada penduduk Bandaraya Kuching telah menarik DAP untuk menggunakan Festival Kuching untuk mendapatkan pendaftaran pengundi baru.

Tindakan DAP ini dilihat ramai pihak termasuk ahli-ahli DAP sebagai tidak kena pada tempatnya. Kenapa perlu libatkan pengunjung dengan aktiviti politik pada ketika mereka sedang bergembira dan berpesta bersama keluarga dan kawan-kawan, dan juga peniaga meraih pendapatan? Adakah DAP telah ketandusan tempat dan kekurangan idea untuk mengadakan pendaftaran pengundi baru?

Datuk Bandar Kuching Selatan, James Chan menyelar tindakan DAP ini sebagai tindakan kurang bijak. Sebaliknya, katanya lagi, ia tidak digunakan sebagai pentas politik dan lebih baik tempat itu kekal begitu daripada digunakan oleh pihak yang tidak bersangkut-paut dengan festival.

Itulah DAP dan Pakatan Rakyat. Undang-undang diketepikan demi kepentingan politik. Apabila sendiri buat salah, buat-buat tidak tahu dan tidak mahu ambil tahu. Dan, apabila BN dan kerajaan buat salah, siap buat kenyataan akhbar untuk memburukkan kerajaan. Apakah DAP membuat semua ini atas nama demokrasi?

Sebutkan negara mana yang tiada undang-undang? Dan, apakah undang-undang dibuat ikut sesuka hati dan untuk menghuru-harakan negara?

Undang-undang dibuat berlandaskan kesejahteraan negara dan masyarakat. Pencabulan undang-undang perlukan tindakan susulan demi menjamin keselamatan.

Tindakan DAP yang menjalankan aktiviti politik di tempat awam pada ketika Festival Kuching berlangsung dan tanpa permit sebagai perlanggaran undang-undang.

Itulah DAP dan Itulah Pakatan Rakyat.

Sunday, August 29, 2010

Tindakan DAP yang tidak membantah hasrat bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Ching Peng kembali ke Malaysia menggambarkan rakan seperjuangannya PKR dan PAS tidak sensitif dengan kesusahan yang pernah dirasai rakyat Sarawak ketika era keganasan komunis.

Dalam isu ini, DAP termasuk ahli-ahli yang terdiri daripada kaum Dayak yang merupakan ahli DAP hanya mendiamkan diri berhubung keinginan Ching Peng kembali ke Malaysia. Tindakan mereka ini boleh digambarkan sebagai menghina kesengsaraan rakyat Sarawak pada era keganasan komunis sebelum ini.

Pada ketika era komunis, Parti Komunis Kalimantan Utara (PKKU) dengan kerjasama PKM sering mengganggu hidup orang Iban di kawasan ulu sungai sehingga menyebabkan banyak kematian.

Sebelum ini, kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mendakwa BN memenangi PRK N.29 Batang Air pada tahun lepas disebabkan oleh kaum Iban masih memakai cawat jelas menunjukkan parti pembangkang memandang rendah terhadap rakyat Sarawak.

Sehingga kini, tiada penduduk Sarawak yang masih memakai cawat ketika ini. Tanggapan pembangkang ternyata telah mengguris hati penduduk Sarawak. Oleh yang demikian, rakyat Sarawak perlu menolak parti pembangkang ini yang hanya mahu merosakkan perpaduan rakyat Sarawak.
DAP diseru supaya bertindak lebih praktikal dalam membantu rakyat terutama berkaitan janji-janji pilihan rayanya. Selama ini DAP hanya banyak menabur pelbagai jenis janji, tetapi tidak dilaksanakan. Ini boleh disamakan dengan berbohong kepada rakyat.
Contoh pertama, ikrar DAP semasa Pilihan Raya iaitu melaksanakan Dasar Pembaharuan Pajakan Tanah Secara Automatik apabila DAP memerintah. Tetapi, setelah memerintah Pulau Pinang, dasar yang dilaksanakan adalah berbeza.

“Kita tertanya-tanya sama ada pemimpin DAP Sarawak dapat melaksanakan janji-janjinya di Sarawak seperti yang selalu diwar-warkan mereka dalam setiap kempen dan ceramah DAP. Dan, adakah cadangan tersebut akan diterima parti sekutu mereka dalam Pakatan Rakyat?”

Di Pulau Pinang, dalam Pilihan Raya Umum 2008, pelbagai janji yang telah banyak ditaburkan DAP kepada pengundi sehingga memaksa kerajaan negeri bertukar tangan. Namun, apa yang diperolehi rakyat Pulau Pinang hanya kesengsaraan dan penderitaan ekoran dasar pemerintahan DAP yang menindas rakyat terutama masyarakat Melayu.

Keadaan ini jelas menunjukkan dasar yang diamalkan DAP dan Pakatan Rakyat TIDAK sesuai dilaksanakan di Malaysia. Dasar-dasar ini lebih kepada menjurus kepada kepentingan politik semata-mata.

Di Sarawak, semasa PRK P.212 Sibu, DAP banyak mengeluarkan banyak janji khusus untuk menjadikan Sibu selamat. Pada pandangan DAP, selama BN memerintah, Sibu tidak selamat dan tiada pembangunan bahkan isu banjir yang menjadi fokus utama mereka telah berjaya menarik pengundi-pengundi Cina untuk menyokong DAP. Tidak terkecuali sebahagian pengundi Melayu yang mendiami kawasan tebing Sugai Rajang yang sering ditenggelami air pasang.

Keputusan PRK P.212 Sibu telah menyaksikan segala-galanya. Penduduk Sibu telah sangat mengharapkan DAP dan Wong Ho Leng untuk menyelamatkan rakyat Sibu dari terus ditenggelami air Sungai Rajang.

Pada 22 Ogos 2010 yang lalu, Sibu dikejutkan dengan air pasang besar sehingga menenggelamkan bandar Sibu.

Sibu Jom Ubah. Kerajaan BN tidak dapat selesaikan banjir Sibu. Kerajaan BN tidak melaksanakan tugasnya untuk rakyat. Hanya DAP sahaja yang dapat membantu rakyat.

Setelah memenangi kerusi P.212 Sibu pada Mei lepas dan sehingga ke hari ini, DAP tidak melaksanakan satu pun janji-janjinya dalam PRK P.212 Sibu yang lepas. Bahkan, isu utama yang telah meracuni penduduk Sibu iaitu isu banjir juga tidak dapat diselesaikan. Ketika kejadian banjir tempoh hari batang hidung Wong Ho Leng pun tidak nampak. Kenapa hanya hantar ‘anak buah’ sahaja kalau sekadar ambil gambar dan bersalam?

Sebaliknya, DAP hanya lebih gemar membuat perkara yang remeh temeh sahaja daripada membantu rakyat. Apakah nama Sibu ini telah tidak sesuai kepada DAP. Kenapa Sibu perlu bertukar nama?

Inilah janji-janji kosong DAP dan budaya politik DAP yang tidak bertanggungjawab sehingga mengelirukan rakyat.

Berbeza dengan BN, walaupun tewas kepada DAP dalam PRK P.212, BN sebagai parti berteraskan membantu rakyat tetap melaksanakan tugasnya. Walaupun kekalahan dalam PRK P.212 masih terasa, namun BN tetap meneruskan dasar membantu rakyat.

Kesedian BN meneruskan projek tembatan banjir di Sibu yang bernilai jutaan ringgit membuktikan kerajaan BN sentiasa prihatin kepada masalah rakyat. Walaupun keputusan tersebut tidak popular, Kerajaan BN tetap melaksanakannya demi kesejahteraan rakyat, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.

Tuesday, August 24, 2010

Setiap apa yang dilontarkan PKR melalui Anwar Ibrahim dan konco-konconya semua BOHONG dan BULAK. Manakan TIDAK, perbicaraan LIWAT ANWAR sehingga kini masih belum selesai disebabkan dolak-dalihnya yang sengaja untuk tidak mahu dibicarakan kerana sedar beliau akan didapati bersalah.

Berani kerana benar, takut kerana salah.....

Anwar Ibrahim kata ISU KHUTBAH FITNAH TERBARU UMNO....

Kenyataan Anwar Ibrahim, “"Tuduhan yang dilemparkan kepada kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang bahawa nama Yang di-Pertuan Agong telah digantikan dengan nama ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah terbukti merupakan satu pembohongan semata”.

Ini satu lagi pembohongan. PAS itu Islam. Sungguh memalukan. Guna nama Islam untuk mengelirukan rakyat. Kenapa perlu takut untuk nyatakan yang benar dan mudah persalahkan orang lain. Sedangkan yang bercakap itu orang PAS dan adik kepada Mufti Pulau Pinang.

Mujahid Yusof Rawa kata ISU KHUTBAH FITNAH DAN PEMBOHONGAN UMNO

Kenyataan Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mujahid Yusof Rawa, “Ini adalah satu dusta, dan amat dikesali kerana (dakwaan itu) dibuat dalam bulan Ramadan”.

Baca kenyataan ini dan rengungkanlah dengan fahaman yang benar. Di hari dan bulan yang baik ini sama-samalah kita beristifar supaya Allah menyedarkan orang itu ke pangkal jalan. Amin.

Lokasi : Masjid Kubang Buaya, Butterworth, Pulau Pinang
Masa : Sebelum Sembahyang Jumaat
Khatib: Zakaria Ahmad adik kepada Mufti Pulau Pinang
Kenyataan:

“YA ALLAH YA TUHANKU, KAU SELAMATKANLAH PEMIMPIN KAMI YAB LIM GUAN ENG DAN RAKAN-RAKAN KEPIMPINAN KERAJAAN NEGERI”.


Jangan jadikan perkara sebegini berlaku ke atas Sarawak yang kita cintai...
JOM UBAH SIBU!!! Masih ingatkah janji-janji Wong Ho Leng terhadap Sibu pada PRK P.212 Sibu. Salah satunya pasal banjir.

Kenapa tidak ‘ubah’ atau selesaikan masalah banjir di Sibu? Sebaliknya, ada masa untuk nak ubah nama Sibu.

Kerajaan BN sebelum ini berusaha untuk menyelesaikan banjir di Sibu, tetapi ditolak oleh penduduk Sibu. Dan, sekarang mintalah dengan Wong Ho Leng.

Bila Sibu banjir, mana dia Wong Ho Leng? Kenapa tidak memunculkan diri? dan kenapa hanya hantar ‘anak-anak buah’ DAP? TAKUT???

Nampaknya, selepas Wong Ho Leng menang, banjir yang melanda Sibu semakin besar dan teruk.

DAP harus menyelesaikan masalah ini dengan segera dan tidak menunding jari kepada BN.

JANJI harus ditepati, jika TIDAK rakyat akan marah….

Monday, August 23, 2010

Isu nama Lim Guan Eng dalam khutbah di Pulau Pinang akhirnya terjawab apabila selama ini Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyangkal malah menidakkan langsung nama Lim Guan Eng dalam khutbah di beberapa kawasan di Pulau Pinang. Sikap ‘berbohong’ Kerajaan Negeri Pulau Pinang jelas menunjukkan politik mendahului agama seperti yang diamalkan PAS selama ini.


PENAFIAN KERAJAAN NEGERI AMAT DIKESALI

Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang menafikan penggunaan nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam doa khutbah solat Jumaat di beberapa masjid baru-baru ini amat dikesali kerana pelbagai bukti serta saksi sudah tampil mengesahkan kejadian itu.

Pembohong Besar, Abdul Malik Kassim

Exco Agama Negeri, Abdul Malik Kassim telah menafikan sekeras-kerasnya perkara itu sambil menyatakan khatib berkenaan membacakan teks khutbah yang disediakan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam negeri manakala Timbalan Ketua Menteri I, Mansor Othman pula menuduh UMNO sengaja mereka-reka isu itu.

Dua kariah masjid termasuk Masjid Jamek Padang Menora, Tasek Gelugor sebelum ini mengakui nama Guan Eng ada disebut tetapi tidak nama Yang di-Pertuan Agong ketika doa khutbah solat Jumaat dibacakan seorang khatib jemputan, Zakaria Ahmad pada 25 Jun lalu.

Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang khususnya Mansor Othman menuduh UMNO menabur fitnah berhubung isu itu sebagai tidak wajar memandangkan pengerusi kariah serta jemaah sendiri sudah tampil untuk membuktikan kejadian tersebut.


PEMUDA PAS PERTAHAN KHATIB

Semalam Dewan Pemuda PAS Pusat menjelaskan bahawa tindakan khatib jemputan, Zakaria Ahmad yang juga ahli PAS mendoakan kesejahteraan Lim Guan Eng.

Malah katanya lagi, Zakaria yang juga ahli PAS bahawa beliau bukan khatib pertama yang membaca doa tersebut sejak dua tahun lalu.

Menurut ketuanya, Nasarudin Hassan tiada salahnya bagi umat Islam memohon kepada Allah agar diberi hidayah kepada Guan Eng supaya menerima Islam walaupun dalam khutbah Jumaat.

“Nabi Muhammad SAW sendiri pernah mendoakan agar orang-orang kafir diberi hidayah agar memeluk Islam. Jadi dari segi hukumnya, tindakan Zakaria tidak salah," katanya.

Masihkah anda semua ingat bahawa suatu ketika dahulu, Mursyidul Am PAS, Nik Aziz secara terang-terangan berdoa dan memberi bencana kepada pemimpin dan ahli-ahli UMNO yang kebanyakkannya adalah seagama. Perbuatan ini mencerminkan apa yang berlaku sekarang adalah lebih berbentuk politik.

Allah swt tidak pernah malah tidak sesekali menyuruh manusia segama membenci sesama mereka, tetapi dalam PAS perbuatan ini dihalalkan. Dimanakah perjuangan Islam yang sering diwar-warkan mereka selama ini. Apa yang berlaku ke atas pemimpin dan ahli UMNO dahulu, dan yang berlaku sekarang ke atas Lim Guan Eng adalah tidak jauh bezanya.

Sebagai parti berteraskan Islam, UMNO-BN terpanggil untuk membangkitkan isu tersebut kerana ia melibatkan kepentingan agama dan ia tidak seharusnya dilihat sebagai propaganda politik.

Terang lagi bersuluh. Apakah rakyat Sarawak telah melihat apa yang berlaku di Pulau Pinang ini sebagai salah satu kepincangan agama dan mendahulukan politik. Perkara benar dikatakan salah, dan sebaliknya. Di manakah akidah pemimpin-pemimpin PAS yang memperjuangkan agama Islam. Andai kata PAS berjaya menyelit pemimpinnya di Sarawak, nescaya rakyat Sarawak yang beragama Islam pastinya akan menghadapi masalah yang lebih teruk lagi.

Sedarlah dari sekarang sebelum racun PAS mula menular ke Sarawak.

Sunday, August 22, 2010

DAP menunaikan janjinya untuk mengubah Sibu melalui minifestonya Jom Ubah Sibu. Jom Ubah Sibu ditunaikan dengan mahu ‘mengubah’ nama Sibu.

Setelah beberapa tahun BN memerintah Sarawak dan menggunapakai nama Sibu, tiada sebarang perkara yang tidak diingini terjadi bahkan Sibu semakin pesat membangun. Namun, setelah kalah dalam PRK P.212 Sibu Mei lalu kepada DAP Sarawak, Sibu seakan-akan mula tenggelam ekoran beberapa tindakan DAP yang keterlaluan dan tidak sensitif terhadap kaum-kaum lain di Sarawak.

DAP berusaha untuk menukar nama Bandar Sibu kepada Shi Wu. Sesuatu yang bukan cerita cereka oleh BN bahkan terang lagi bersuluh oleh DAP Sarawak. Ini pastinya mempunyai agenda yang tersembunyi. Dan, yang pasti isu ini mahu mengikis identiti Melayu/Islam di Sarawak dan juga Bumiputera Sarawak.

Fenomena ini bukannya baru berlaku bahkan pernah berlaku di Pulau Pinang dan Selangor. Chow Kon Yeow (Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang) berkata kerajaan Pulau Pinang di bawah PKR dan DAP pernah cuba untuk melabelkan jalan dengan bahasa tambahan, selain bahasa kebangsaan di Pulau Pinang? Bermakna tulisan Cina untuk memudahkan pelancong daripada China ke negeri tersebut (sumber: Rajahmas)

Dalam usaha meredakan ketegangan kaum Melayu dan Bumiputera, Gabungan Persatuan Cina (UCA) menjelaskan hanya nama Sibu dalam bahasa Cina sahaja yang ditukar dan disebut ‘Shi Wu’ dan bukan nama Sibu sepenuhnya.

Persoalannya, kenapa baru sekarang nama Sibu ini ditukar? Dan, kenapa tidak lama dahulu. Nampaknya, DAP Sarawak ini mempunyai agenda tersembunyi selain daripada suba mengikis identiti Melayu dan Bumiputera.

Alasan lain yang diberikan, perkataan ‘Wu’ mempunyai maksud sebenar tersirat yang dikatakan menghalang pembangunan di Bandar Sibu.

Apakah selama ini Sibu tidak membangun? Kalau dilihat dari segi pembangunan, Kerajaan BN telah menunaikan tanggungjawabnya kepada rakyat dengan berjaya membangunkan Sibu menjadi bandar yang pesat membangun di tengah Sarawak.

DAP sepatutnya memikirkan kembali apakah sumbangan yang telah mereka berikan ke atas Sibu???

Tindakan DAP yang sanggup untuk menganjurkan pertandingan bagi mendapatkan idea untuk menamakan semula Sibu ini sebagai suatu usaha untuk menarik penduduk Sibu khususnya kaum Cina bagi membenci Kerajaan BN dan mengagungkan DAP.

Dalam pada itu, keputusan yang diperolehi dalam laman web UCA Sibu mendapati seramai 583 orang atau 87.5 peratus menganggap dangan itu hanya membuang masa, 9.1 peratus lagi cadangan itu boleh dibincangkan dan 3.4 peratus tiada sebarang komen.

Mengulas cadangan DAP itu, seorang pakar dalam pendidikan Cina menyatakan cadangan menukar nama Sibu itu hanya membuat masa dan tenaga. Bahkan, lebih banyak lagi kerja-kerja lain yang perlu difikirkan daripada mengadakan pertandingan menukar nama Sibu ini.

Seperti yang dimaklumkan DAP sebelum ini, perkataan ‘Shi Wu’ tiada sebarang masalah, malah ia tiada kaitan langsung dengan ganguan mahupun halangan dalam pembangunan Sibu.

Apa yang berlaku di Sibu harus menjadi pengajaran kepada masyarakat Sarawak selepas ini. Seandainya Pakatan Rakyat Sarawak berjaya menguasai Sarawak (kalau boleh ia tidak berlaku) adalah tidak mustahil nama Sarawak ini akan menjadi sebuah nama Cina atau nama lain.

Sarawak Ibu Pertiwiku, aku tetap akan mempertahankan tanahairku Sarawak dalam apa jua keadaan sehingga ke titisan darah terakhir. Dan, aku tidak akan membiarkan negeriku Sarawak dijajah dalam apa jua bentuk oleh Pakatan Rakyat yang akan merosakkan agama, bangsa dan negeriku demi anak cucu cicitku pada masa akan datang.

Amin

Saturday, August 21, 2010

Belalang…oooo…Belalang…bila Pilihan Raya DUN Sarawak, Belalang? Tian Chua seperti Belalang meramalkan Pilihan Raya DUN Sarawak akan diadakan November ini dan tidak lewat Mac tahun depan.

Kalau begitu, boleh juga Tian Chua meramalkan parti mana akan menang. Mungkin soalan ini sukar diramalkan Tian Chua, tetapi dia boleh meramalkan parti yang akan kalah.

Macam mana Ahli Parlimen Pakatan Rakyat boleh membaca Pilihan Raya DUN Sarawak sedangkan rakyat Sarawak sendiri masih belum mengetahui mahupun menjangkakannya? Itulah yang peliknya. Hebat betul Tian Chua sehingga dapat membaca fikiran Ketua Menteri Sarawak.

Setiap kali mengadakan sidang media, jawapan yang sama dijawabnya ‘rundingan kerusi pilihan raya masih lagi perlu diadakan memandangkan ada 10 hingga 15 kerusi yang masih dalam rundingan’. Sampai bila mahu selesai, asyik mesyuarat yang tidak ada kesudahan.

Sejak dari dulu lagi hingga sekarang permasalahan pembahagian kerusi yang membabitkan parti-parti Pakatan Rakyat Sarawak ini masih belum selesai dan diramal tidak akan selesai. Fokus utama mereka bukanlah menjaga kebajikan rakyat dan memajukan negeri sebaliknya untuk mengalahkan BN. Lepas menang, bolot harta negeri dan setiap hari bercerita pasal politik seperti yang berlaku di Pulau Pinang dan Selangor. Setiap hari keluar cerita pelik-pelik pasal politik hingga membawa isu yang remeh temeh.

Menurut Tian Chua, “Kebimbangan terhadap pilihan raya akan datang bukan kerana Pakatan Rakyat (PR) akan mendominasi kerajaan negeri, tetapi ia lebih tertumpu kepada keselamatan Malaysia atau Sarawak khasnya daripada krisis. Kita melalui tahap yang amat sukar di bawah pimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Parti komponen Pakatan Rakyat jelas mengenai matlamat s
ebenar mereka iaitu menewaskan BN dan mencapai kemenangan, dan bukan membantu rakyat.

Perubahan!!! Itulah yang sering diperkatakan Pakatan Rakyat Sarawak setiap kali pemimpin-pemimpin mereka dari Semenanjung Malaysia datang dan menabur pelbagai janji yang sangat manis sehingga mampu menusuk jiwa. Lihat Sibu, setelah menang PRK P.212 Sibu, mana dia minifesto 'Jom Ubah Sibu' yang dilaung-laungkan DAP untuk Sibu, tetapi sebaliknya banyak menyalahkan BN. Dah menang tu buatlah kerja dan janglah nak menunding jari kepada BN. Banjir kat DUN Bukit Assek pun masih belum diselesaikan Wong Ho Leng apatah lagi seluruh Parlimen Sibu.

Lihat saja Negeri Pulau Pinang dan Selangor yang mana rakyatnya sekarang sedang hidup dalam keadaan tidak menentu. Setiap saat ada saja kejadian dan peristiwa yang berlaku sehingga mampu menimbulkan kontroversi yang membahayakan.

Persoalan yang sering timbul, kenapa pembahagian kerusi yang bertanding untuk Pakatan Rakyat Sarawak perlu ditentukan oleh Pusat yang berpangkalan di Kuala Lumpur. Di manakah letaknya kuasa dan kekuasaan yang ada pasti PKR Sarawak, DAP Sarawak, PAS Sarawak mahupun SNAP.

Apakah sekiranya dipilih memerintah, segala keputsan dan perancangan ditentukan Pakatan Rakyat Pusat. Mana keputusan yang seharusnya diberikan kepada Pakatan Rakyat Sarawak??? Ini umpama seperti Selangor yang Ketua Menterinya dari PKR, tetapi yang memerintah sebenar ialah DAP.

Jelaslah bahawa Pakatan Rakyat Sarawak hanya boneka semata-mata.

Mana sanggup aku menyerahkan negeriku yang tercinta ini kepada perosak bangsa, agama dan negara walaupun atas nama perubahan. Perubahan akan membawa kemusnahan.

Aku senang begini dan suka dengan apa yang aku alami sekarang ini Aku tidak perlukan sebarang perubahan, tetapi aku mahukan pembangunan berterusan yang sering diperkatan dalam Gagasan 1Malaysia.
Nama LIM GUANG ENG dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat? Menggantikan nama nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin … INI MEMANG DAH MELAMPAU!!!

Inilah pemerintahan Pakatan Rakyat… Mana PAS yang selama ini menegakkan agama Islam… Oh TIDAK, sekutu rapat kena pertahankan. Agama no 2, yang penting kepentingan politik kena jaga..

Menjadi kebiasaan mana-mana negeri, khutbah solat Jumaat dibacakan doa untuk KETUA NEGERI (bukannya Ketua Menteri) atau KETUA AGAMA ISLAM yakni merujuk Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri dan Yang Di-Pertuan Agong.

Nampaknya nama Lim Guan Eng telah ‘dinaiktaraf’ sebagai nama ketua agama Islam sedangkan dia bukan beragama Islam… Lim Guang Eng ni nak jadi ketua agama Islam di Pulau Pinang???… Apakah penduduk Pulau Pinang tidak sakit hati?

Tindakan menggunakan nama ketua menteri dan digantikan dengan nama Yang di-Pertuan Agong sebenarnya di luar daripada amalan negeri-negeri lain di seluruh Malaysia selain bercanggah dengan keputusan Majlis Raja-Raja.

Dalam mengulas isu ini, Majlis Agama Islam Pulau Pinang menafikan pihaknya ada mengeluarkan arahan atau menyediakan sebarang teks baru supaya nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng dimasukkan dalam doa khutbah solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Sekiranya ini terjadi, ia adalah berdasarkan pada kehendak individu itu sendiri dan tidak ada kaitan dengan MAIPP. Wah, senangnya jawapan MAIPP ni! Kenapa MAIPP membiarkan sahaja perkara ini terjadi, sedangkan MAIPP yang bertanggungjawab menulis, mencetak dan mengeluarkan teks khutbah bagi negeri Pulau Pinang untuk kegunaan setiap masjid ketika sembahyang Jumaat.

MAIPP kata mereka belum terima aduan dan laporan yang menyatakan nama Lim Guan Eng dimasukkan ke dalam khutbah. Kalau terima laporan pun adakah MAIPP akan siasat? Atau, ambil dan simpan sahaja sebab ia melibatkan Ketua Menteri Pulau Pinang. Kalau tidak kerana pendedahan UMNO, adakah MAIPP akan keluarkan kenyataan untuk siasat perkara ini. MAIPP nak sangat UMNO tunjukkan bukti bahawa nama Lim Guan Eng dimasukkan di dalam teks khutbah.

Dua ahli kariah dari dua buah masjid berbeza di Pulau Pinang mengesahkan berlaku penggunaan nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat.

Mereka ialah Pengerusi Kariah Masjid Jamek Padang Menora di sini, Hamir Mahmud dan ahli kariah Masjid Jamek Jelutong, Abu Kassin Ismail.

Hamir mengakui nama Lim Guan Eng ada disebut oleh seorang khatib jemputan, Zakaria Ahmad ketika membacakan doa kedua khutbah solat Jumaat pada 25 Jun lalu.

Beliau turut mengesahkan nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin tidak disebut dalam doa khutbah pada hari tersebut walaupun lazimnya ia merupakan doa yang diberikan kepada Seri Paduka selaku ketua agama Islam di Pulau Pinang.

''Nama Yang di-Pertuan Agong tidak disebut langsung tetapi ingin saya tegaskan bahawa pihak kariah sendiri tidak membuat apa-apa arahan atau permintaan supaya nama ketua menteri disebut dalam doa khutbah," katanya.

Hamir menambah, jawatakuasa kariah mempertahankan penggunaan nama Guan Eng dalam doa khutbah kerana mendakwa ia bertujuan memohon kepada Allah supaya Setiausaha Agung DAP itu diberi petunjuk dan hidayah untuk memeluk Islam.

Inilah dia Melayu Islam yang bersekongkol sehingga sanggup TIDAK menyebut nama Yang Di-Pertuan Agong, tetapi ‘mengangkat’ nama LIM GUAN ENG. Dia beragama Islamkah?

Melihat keadaan ini, pastinya DAP khususnya Lim Guan Eng tersenyum lebar kerana hasratnya untuk memecahbelahkan rakyat Pulau Pinang telah berjaya. Ini memang dah SANGAT MELAMPAU!!!!!

Rakyat Sarawak perlu sedar apa yang berlaku di Pulau Pinang itu adalah sebahagian daripada agenda Pakatan Pembangkang yang menghalalkan cara. Adakah rakyat Islam di Sarawak mahu mendengar nama Baru Bian atau Wong Ho Leng di dalam doa sembahyang Jumaat??? Subhanallah…

Friday, August 20, 2010

etua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah diserang seorang lelaki dipercayai ahli Pakatan Pembangkang yang tidak berpuas hati dengan cara kepimpinannya.

Jam 7.35 petang, kenderaan yang dinaiki Ketua Menteri Pulau Pinang baru sahaja membelok masuk ke kawasan Masjid Kampung Rawa dari Jalan Patani ke LIntang Kampung Rawa untuk menghadiri majlis berbuka puasa di masjid berkenaan.

Lelaki tersebut yang juga ahli Pakatan Pembangkang bersama seorang lagi rakannya mengangkat kadbod tertulis SAVE LOT 21, 22 FOR MUSLIM CEMETERY bagi menarik perhatian Lim Guan Eng.

SAVE LOT 21, 22 FOR MUSLIM CEMETERY merujuk kepada permintaan tanah di sebelah Masjid Jamek Jelutong yang dimohon kepada kerajaan negeri untuk dijadikan tanah perkuburan Islam.

Bagi rakyat Sarawak khususnya Bumiputera, sanggupkah anda menerima nasib yang sama seperti rakan kita di Pulau Pinang yang ditindas dengan 1001 macam cara tanpa mengira agama dan bangsa dibawah pemerintahan Pembangkang. Sedangkan sekarang kita hidup aman dan damai di bawah pemerintahan BN yang sentiasa membawa kesejahteraan dan pembangunan berterusan.

Pulau Pinang yang dahulunya diperintah BN sangat mementingkan kesejahteraan hidup bersama dan ketika ini suasana itu jauh berubah. Kenapa berubah??? Itulah yang dimahukan penduduk Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum Ke-12. Dan, sekarang ini mereka terpaksa menelan pahit yang sebelum ini disangka manis dek kerana 1000 macam janji pembangkang hingga mengubah Kerajaan Negeri.

Tiba di Sarawak, Pakatan Pembangkang sibuk mengambil contoh Pulau Pinang dan Selangor sebagai negeri contoh kejayaan pentadbiran Pakatan Rakyat. Pelbagai macam janji dan perubahan yang telah dijanjikan ke atas rakyat Sarawak. Hakikatnya, semua itu sebagai pembohongan demi mencapai matlamat untuk menguasai dan memerintah Sarawak. Selepas hajat tercapai nanti, nasib rakyat Sarawak pastinya tidak ubah seperti rakyat Pulau Pinang dan Selangor yang semacam menumpang di negeri lain.

Renung-renungkanlah wahai rakyat Sarawak. Segala macam bukti telah ditunjukkan di depan mata. Ingatlah masa depan anak cucu cicit kita pada masa datang.
Sebelum ini PKR Sarawak telah mengaitkan bekas Ketua Wanita PKR Cawangan Lubok Antu untuk bertanding sebagai calon bagi bertanding di kawasan DUN Engkelili, mereka sekali lagi membuat ‘gembak’ untuk mencalonkan wanita untuk bertanding di DUN Balingian bagi menentang Ketua Menteri Sarawak yang juga wakil rakyat DUN Balingian.

Ketua PKR Sarawak, Ibi Uding berkata, mereka akan berusaha melobi pucuk pimpinan PKR Pusat agar hasrat dan mereka dipenuhi pada pilihan raya DUN Sarawak kelak.

Desakan ini pastinya tidak disukai beberapa pemimpin tertinggi PKR Sarawak yang juga mengimpikan sebagai calon di beberapa kawasan DUN. Walaupun kuota calon wanita diambil kira setelah persetujuan dalam mesyuarat dan perhimpunan PKR Pusat, namun ianya belum tentu menjamin kemenangan.

Ketua Menteri telah memenangi kerusi DUN Balingian itu atas sebab majoriti pengundinya Melanau apabila menewaskan calon PKR pada Pilihan Raya DUN 2006.
PKR Sarawak beranggapan kuasa pengundi wanita akan menentukan kemenangan itu. Dengan mengambil kira faktor itu, PKR Sarawak sewajarnya meletakkan pengundi kita mempertaruhkan calon wanita. DUN Balingian ini mempunyai majoriti pengundi wanita.

PKR Sarawak sangat bercita-cita tinggi dalam politik dan ingin menunjukkan kepada DAP Sarawak yang merupakan saingan utama mereka dalam Pakatan Rakyat Sarawak berbanding PAS dan SNAP yang sekadar pelengkap Pakatan. Berjaya ‘menumbangkan’ Ketua Menteri di kawasan DUN Balingian bermakna mereka sebagai sebuah parti yang BERJAYA dan sekiranya calon mereka ini KALAH tiada apa lagi yang akan nampak ditunjukkan melainkan menyalahkan diri sendiri dan pengundi.

Sebelum ini PKR Sarawak telah mensasarkan calon wanita daripada PKR Sarawak untuk bertanding di DUN Engkelili dan Balai Ringin.

Ketua Wanita PKR, Ibi Unding mungkin boleh mengimpikan untuk menjadi ‘menteri penuh’ sekiranya calon-calon Wanita PKR menang dalam Pilihan Raya DUN Sarawak nanti. AWalau bagaimanapun, BN sebagai parti yang banyak menerajui pembangunan Sarawak tidak akan menyerah dan kalah begitu sahaja tanpa persaingan.

Keputusan di tangan rakyat....

Wednesday, August 18, 2010

Pengumuman Perdana Menteri, YB Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak yang meluluskan peruntukan sejumlah RM20 juta bagi kegunaan menyukat tanah-tanah NCR di Sarawak telahpun diambil tindakan yang sewajarnya.

Bagi menyelesaikan masalah ini, Kerajaan Sarawak mengambil inisiatif untuk menyukat tanah-tanah NCR yang sering dipolitikkan pembangkang sebagai modal untuk meraih sokongan pengundi.

Menteri Muda Kemajuan Tanah, YB Datuk Francis Harden Hollis meminta pemilik tanah NCR agar segera menyelesaikan terlebih dahulu pertelagahan berkaitan hak milik tanah masing-masing bagi membolehkan Kerajaan Sarawak menyukat persempadanan tanah mereka.

Kerja-kerja menyukat dan persempadanan tanah tidak akan dapat dilaksanaakan sekiranya pemilik tanah NCR masih berbalah mengenai kawasan tanah masing-masing.

Oleh yang demikian, diminta Tuai Rumah dan Penghulu untuk membantu menyelesaikan perbalahan berhubung isu tanah di kalangan anak buah masing-masing demi membolehkan kerja penyukatan tanah dilaksanakan kelak.

Sebelum ini, isu tanah NCR sering menjadi bahan serangan pembangkang ke atas Kerajaan yang didakwa tidak memperdulikan dan dikatakan merampas tanah NCR. Serangan ini bukannya untuk membantu rakyat seperti yang diinginkan pemilik tanah, tetapi sebaliknya lebih berkisar kepada memburukkan Kerajaan di mata masyarakat.

Kerajaan tidak sesekali dan tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya terhadap pemilik tanah NCR bahkan sentiasa berusaha untuk menyelesaikan masalah rakyat.

Sudah menjadi tanggungjawab Kerajaan untuk membantu rakyat dan ini yang menjadi cemburu pembangkang yang sering tidak mahu melihat Kerajaan berbakti kepada rakyat.

Satu lagi cerita terkini PKR Sarawak yang sanggup berbohong dan menipu rakyat sehingga sanggup membohogi rakyat apabila menjelaskan PKR Sarawak melalui Ketua Wanitanya, Ibi Uding yang mendakwa bekas Ketua Pergerakan PKR Lubok Antu, Agnes anak Daud akan dijadikan calon PKR untuk bertanding dalam Pilihan Raya DUN Sarawak akan datang.

Ibi Uding sebelum ini dalam sebuah akhbar memberitahu Wanita PKR Sarawak akan menjadi calon PKR di DUN Engkelili bagi menentang calon BN.

Dalam menyelesaikan dakwaan ini, Agnes anak Daud menjelaskan beliau menolak sekeras-kerasnya kenyataan Ketua Wanita PKR Sarawak dan menegaskan beliau merupakan penyokong kuat ADUN Engkelili, Dr Johnnical Rayong anak Ngipa yang akan mempertahankan kerusi Engkelili atas tiket BN.

Menurutnya lagi, beliau telah TIDAK bersama PKR Sarawak sejak berakhirnya PRK N.29 Batang Air pada 4 April 2009 kerana berasakan perjuangan bersama PKR hanyalah sia-sia sahaja.

Beliau turut menegaskan bahawa PKR semasa dan selepas PRK N.29 Batang Air sering membuat janji palsu kepada dirinya serta penduduk kampung dan sehingga kini tidak ditunaikan.

Melihat kepada keadaan ini jelas menunjukkan PKR sanggup menjual dan menggunakan nama orang lain untuk meraih undi dan simpati. Adalah tidak mustahil peristiwa pembohongan 16 September yang diilhamkan Anwar Ibrahim telah merebak ke Sarawak.

Mungkin ini ada kaitannya dengan tidak berapa lama lagi bulan September akan menjelang dan sejarah pembohongan 16 September berulang lagi..... itulah PKR


Ingat PKR, ingat BOHONG

Friday, August 13, 2010

PKR telah mengadakan Kursus Bina Wadah PKR yang telah diadakan di Hotel D Village, Ayer Keroh, Melaka. Ia telah dirasmikan oleh bakal calon Timbalan Presiden PKR, Mustafa Kamil, mantan pengerusi perhubungan PKR negeri Sarawak.

52 peserta telah mengambil bahagian terdiri dari Sayap Wanita dan AMK seluruh negara. Turut hadir pakar-pakar import PKR Jost Wagner dan Animah Faerer.

Tajuk paling besar dan membuatkan saya teruja ialah “Menetapkan calon Ketua Menteri Sarawak yang baru”.

PKR sudah begitu yakin mahu melahirkan Ketua Menteri Sarawak.

Saya tidak tahu sama ada mahu muntah atau ketawa sendirian apabila melihat tajuk itu. Bukannya apa, masalah dalaman PKR bukan lagi rahsia. Selama ini PKR Sarawak hanya menumpang glamour sekutu mereka DAP.

Sudah terlalu banyak perkara aneh yang berlaku dalam PKR Sarawak untuk dilupakan begitu sahaja. Mula-mula mereka menghebahkan kemasukan seorang pejuang rakyat memasuki parti itu, tiba-tiba pejuang rakyat itu jatuh cinta pada parti baharu dan melupakan PKR. Akhirnya dia dicemuh dan dimomokkan. Segala kata-kata manis terhadap tokoh itu hilang.

Kemudian masuk pula seorang veteran memikul panji-panji PKR di Batang Ai. Mereka terpekik-terlolong mahu menangkap perompak tanah rakyat. Apabila kalah, sehingga hari ini tokoh itu masih hilang dan belum lagi ditemui. Statusnya juga tidak kami ketahui sama ada masih berada di tujuh petala langit mahupun tujuh petala bumi.

Belum reda kes tokoh-tokoh itu, ADUN tunggal PKR pula menyaman Setiausaha DAP Sarawak kerana menjejaskan peluang dirinya mahu menjadi seorang Ketua Menteri atau Menteri. Tidak tahu pula perkembangan terkini ADUN yang seorang ini. Pendiriannya juga sukar dimengerti, mula DAP keluar DAP lalu masuk PKR, keluar PKR jadi bebas, masuk semula PKR. Ingatlah gelaran Katak cuma untuk orang BN. Orang-orang PR semuanya mulia.


Terkini perhimpunan puak-puak penentang Baru Bian khabarnya telah diadakan di rumah seorang penasihat PKR. Bila kami mendedahkannya, kami dimaki-hamun. Ramai yang berkata ini semua fitnah. Malah khabarnya ada makhluk yang sudah menunaikan fardhu Haji dan seorang yang bergelar Datuk bermati-matian menyerang saya dalam mesyuarat dengan Timbalan presiden PKR. Itu budaya mereka, menyerang orang yang tidak dapat mempertahankan dirinya. Bila ditanya, menafikan. Ada masalah, salahkan orang. Buruk orang nampak, pekung sendiri? Sifat inilah yang dimuliakan dalam PKR.

Ketika seluruh pasukan PR menggempur Akta Keselamatan Dalam Negeri – ISA – baru-baru ini, kami juga dijemput menghebahkannya. Anehnya ia dibantah keras oleh pemimpin kanan PKR sendiri melalui SMS. Nampaknya usaha untuk menekankan perpaduan dalam PR perlu dimulai dalam PKR sendiri. Cerita tentang pemimpin PKR Sarawak memburuk-burukkan satu sama lain bukanlah suatu rahsia.

Semalam telefon bimbit saya dihujani deretan SMS. Antaranya ialah tiga perenggan berikut ini:

“Baru Bian’s choice of Paul Raja,another Lun Bawang, as PKR candidate to stand in Kakus a 90 percent Iban Constituency is facing strong objection.Party to brass not aligned to Baru joined by several SDNU top guns held a meeting over the wkend at an undisclosed loction in Kuching to discus the matter..more to come

The leaders also express their concern about the work of several small nepoleons in PKR lead by Bahar Mohksen, a self proclaimed ‘Malay Icon’ who seem to controlling Baru…some more

Following the recent alledged mutiny by Hafsah and several senior PKR Swak leaders against Baru’s limping leadership,Baru is reported to have said in a national paper recently that he suspected a ‘powerful’ persona lity who wants to control Swak was behind the move.The meeting wanted Baru to substantiate the allegation.”

Jika beginilah cara pemimpin PKR Sarawak berfikir dan bertindak, usahkan hendak mengambil-alih negeri Sarawak. Bertanding pilihanraya negeri dan berjaya mempertahankan wang deposit sudah boleh dianggap sebagai suatu pencapaian.

Berita selanjutnya di SarawakUpdates
BEBERAPA hari selepas insiden Ali Ahmad Ariff, 63, atau lebih dikenali sebagai Pak Ali 'menepuk bahu' kiri Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, penulis bertandang ke rumahnya dekat Jalan Datuk Keramat.


Penulis berpeluang mendengar dari mulut dia sendiri tentang kejadian pada 2 Ogos lalu termasuk perkara-perkara yang tidak dilaporkan media massa.

Penulis mengagumi keberanian serta semangat Pak Ali yang berusaha untuk bersemuka dengan Guan Eng kerana tidak berpuas hati dengan beliau yang didakwanya bersikap rasis dan menindas orang Melayu di Pulau Pinang.

Dia sanggup menunggu hampir empat jam sebelum Guan Eng muncul di tempat letak kereta orang kenamaan (VIP), tingkat dua Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar).

Sebaik nampak kelibat Guan Eng, dia terus menuju ke arah Ketua Menteri itu dan meluahkan perasaannya sebelum insiden 'tepuk bahu' berlaku. Kedua-dua mereka kemudiannya bertikam lidah kira-kira setengah jam.


Sudah menjadi tugas wartawan, sebagai susulan kepada insiden tersebut, penulis menghubungi Setiausaha Kelab Warisan Malaysia (Keris) Pulau Pinang, Azman Hassan bagi mendapatkan ulasan.

Secara peribadi, beliau memuji tindakan Pak Ali dan menganggapnya sebagai permulaan kepada kebangkitan orang Melayu di negeri ini.

Namun, terdapat kata-kata Azman yang penulis tidak dapat lupakan kerana ia benar-benar berlaku selepas itu.

"Mungkin hari ini... seorang (Pak Ali), selepas ini ramai atau ada yang mengambil tindakan lebih ganas..., kita tidak tahu," katanya.

Ternyata ia benar-benar berlaku. Kali ini melibatkan seorang peniaga berbangsa Cina yang cuba membakar diri kerana kecewa dengan pengurusan Komtar yang menutup lima pintu masuk ke tingkat dua bangunan berkenaan selepas insiden Pak Ali 'menepuk bahu' Guan Eng.

Dalam kejadian pada 10 Ogos lalu, pengusaha kedai kopi Seng Mugs Coffee di tingkat dua Komtar, Teoh Bak Seng, 53, menyimbah cecair dipercayai petrol ke seluruh badannya sebelum polis berjaya menghalangnya.

Dia sanggup berbuat demikian kerana tertekan akibat terpaksa menanggung kerugian di antara RM100 hingga RM200 sehari selepas pintu-pintu masuk berkenaan ditutup.

Menurut Azman, Guan Eng sewajarnya menjadikan kedua-dua insiden berkenaan sebagai iktibar.

Selama ini, Ketua Menteri itu sering menafikan setiap isu yang timbul berpunca daripadanya.

Antaranya merobohkan gerai penjaja Melayu, membatalkan perarakan Maulidur Rasul, mengusir penduduk kampung-kampung tradisional Melayu, melenyapkan Kampung Buah Pala yang didiami kaum India dan menghina serta memperlekehkan penjawat awam, Pegawai Kemajuan Negeri (SDO), Nik Ali Mat Yunus secara terbuka.

"Dia (Guan Eng) sering meletakkan kesalahan kepada pihak lain terhadap isu-isu yang berlaku di Pulau Pinang.

"Dia sering mengatakan apa yang berlaku semuanya berpunca daripada pihak terlibat sendiri, bukan dirinya sendiri.

"Walhal, semua yang berlaku ini disebabkan keputusan yang dia (Guan Eng) telah buat," ujarnya.

Beliau tidak menolak kemungkinan tindakan-tindakan di luar jangkaan seperti yang dilakukan oleh Pak Ali dan Bak Seng boleh berulang jika Guan Eng masih meneruskan sikap sedemikian.

"Saya nasihatkan Guan Eng supaya tidak mengamalkan sikap 'cakap lain, buat lain'. Apa yang Pak Ali dan Bak Seng lakukan merupakan satu pengajaran kepadanya," tegas Azman lagi.

Sumber: Utusan Malaysia Online
Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!