Wednesday, March 31, 2010

Penduduk Penan mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana berusaha mendaftarkan mereka dan membolehkan mereka menikmati kemudahan sama seperti rakyat Malaysia yang lain.

Ketua Kampung Ba’Purau, Ding Usang berkata, usaha Unit Khas Bergerak (UKB) Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sarawak seharusnya dipuji dan diteruskan dari semasa ke semasa.

“Lebih 90 peratus orang Penan di sini tidak ada surat beranak dan MyKad. Jadi usaha kerajaan melalui UKB ini sangat bagus,” katanya.

Ramai di kalangan penduduk berharap MyKad itu boleh digunakan untuk pilihan raya umum Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan datang.

“Rakyat Didahulukan, Pencapai Diutamakan”

Friday, March 26, 2010

Rakyat Sarawak diingatkan agar tidak terpengaruh dengan taktik parti pembangkang yang cuba meracuni pemikiran rakyat untuk meraih undi menjelang Pilihan Raya DUN Sarawak.


“Kedatangan pembangkang hanya seperti angin yang akan menghilang diri selepas pilihan raya berakhir”.

“Sebelum pilihan raya mereka akan ligat menabur janji-jani manis untuk meraih undi. Kemudian mereka ini menghilangkan diri dan meninggalkan rakyat yang menyokong terkapai-kapai.”


“Hanya kerajaan Barisan Nasional terbukti dapat membawa pembangunan berterusan.”
Rakyat tidak harus ‘mengorbankan’ masa hadapan mereka dengan mengundi pembangkang yang terbukti tidak dapat membawa pembangunan khususnya di kawasan pedalaman.

“Rakyat di pedalaman memerlukan kemudahan seperti elektrik, air dan jalan. Apa yang penting, rakyat teruskan menyokong kerajaan agar agenda pembangunan ini tidak terbantut.”


Setiausaha Politik Perdana Menteri Dato Mohd Shafie Abdullah

Dalam meneruskan agenda pembangunan gelombang kedua dan menzahirkan gagasan 1Malaysia, rakyat tidak harus mengorbankan masa depan dengan menyokong pembangkang walaupun dengan perbuatan ‘cuba’. Keputusan rakyat hanya sekali dan usah gadaikan pilihan rakyat dengan memilih Kerajaan yang salah. Salah pilih pastinya mengundang padah.

Jadikan PRU Ke-12 Sebagai Suatu Iktibar Dalam PR DUN Sarawak

“Parti komponen Barisan Nasional (BN) di Sarawak dan Sabah perlu mengambil iktibar daripada kegagalan BN di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia dalam Pilihan Raya Parlimen 2008”.

Presiden Parti Gerakan, Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Pemimpin BN tidak boleh mengambil mudah terhadap sokongan padu yang diberikan oleh rakyat selama ini dalam memastikan kemenangan BN setiap kali pilihan raya.

Kurangnya komunikasi dan perhubungan antara Kerajaan dengan rakyat seperti yang berlaku di Pulau Pinang sebelum ini tidak harus berlaku di bumi bertuah seperti Sarawak.

“Pemimpin BN harus belajar daripada kesilapan yang kami lakukan. Berhubung dan berkomunikasilah dengan rakyat, agar mereka faham dan menghargai apa yang kerajaan lakukan.”

Presiden Parti Gerakan, Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengajak pemimpin BN di Sarawak agar mendalami permasalahan rakyat dan mencari jalan terbaik bersandarkan semangat 1Malaysia.

“Rakyat mungkin mudah terpengaruh dengan propaganda atau kritikan yang disebarkan oleh pihak pembangkang, justeru pemimpin BN harus mendekati rakyat lebih kerap untuk menggelakkan sebarang buruk sangka terhadap Kerajaan.”

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui.

Thursday, March 25, 2010

Pengarah Biro Pilihan Raya Pakatan Rakyat (PR) (gabungan yang masih belum didaftarkan) Fauziah Salleh memberi jaminan bahawa tidak akan berlaku pertembungan antara calon-calon daripada parti-parti dalam PR pada Pilihan Raya DUN Sarawak.

Ada calon yang mewakili PKR dan DAP yang telah menyatakan hasratnya bertanding di kerusi yang sama. Walaupun kawasan itu merupakan kubu kuat DAP, penyandang kerusi itu yang merupakan ahli PKR tetap bertegas untuk bertanding di kawasan yang sama.

Rundingan yang membabitkan pengagihan kerusi sedang dijalankan dengan lancar di peringkat negeri dan keputusan muktamad terletak di tangan PR pusat. Setiap parti dalam PR bersetuju untuk meletakkan seorang calon bagi menentang BN. Walau bagaimanapun, kemungkinan adanya pertandingan melibatkan tiga penjuru atau lebih hanya akan melibatkan calon Bebas atau calon Parti Cinta Malaysia (PCM).

Sebelum ini telah pun diadakan beberapa rundingan dalam pengagihan kerusi bagi persiapan Pilihan Raya DUN Sarawak tetapi masih belum ada keputusannya. Hampir setiap bulan diadakan rundingan namun jawapan kepada penyelesaian pengagihan kerusi masih belum dapat dilaksanakan lagi. Belum ada keputusan dan pastinya belum ada jalan penyelesaian.

Ditanya mengenai PCM yang banyak mensasarkan kawasan pedalaman untuk pilihan raya akan datang, beliau menyatakan parti itu tidak akan menimbulkan sebarang ancaman pada PR.

PR memandang ringan terhadap keupayaan calon-calon PCM yang akan bertanding pada Pilihan Raya DUN Sarawak. Pengumuman PCM yang akan meletakkan calon di 40 hingga 45 kerusi DUN yang banyak menumpukan di kawasan pedalaman dilihat tidak memberi ancaman kepada PR sebaliknya dianggap sebagai pengacau sahaja.

Dalam agihan kerusi, PR Sarawak yang melibatkan gabungan parti pembangkang seperti PKR, PAS, DAP, SNAP, STAR dan MDC.

Sunday, March 21, 2010

Ketua Menteri Sarawak menjelaskan gelombang kedua pembangunan Sarawak akan memberi fokus kepada usaha memajukan pendidikan dan pertanian, membasmi kemiskinan dan membangunkan Sarawak berasaskan teknologi tinggi selari kewujudan SCORE.

Mengenai bidang pendidikan, Kerajaan sentiasa berusaha melahirkan modal insan dalam industri berasaskan teknologi tinggi di SCORE.

Untuk itu, Kerajaan menerusi Yayasan Sarawak telah membelanjakan sebanyak RM30 juta setahun bagi memberi pendidikan kepada generasi muda dan dalam masa yang sama Kerajaan sedang dalam menghubungkan kawasan luar bandar dengan rangkaian internet yang akan dinikmati kira-kira 50 peratus pada penghujung tahun ini.

Kerajaan juga akan sentiasa berusaha membasmi kemiskinan secara berterusan untuk terus mengurangkan jurang antara masyarakat bandar dan luar bandar. Berdasarkan statistik, jurang kemiskinan bagi Sarawak di luar bandar telah berjaya diturunkan daripada 40 peratus pada tahun 1981 kepada kira-kira 6 peratus pada masa ini.

Kewujudan SOCRE telah merancakkan pembangunan di wilayah tengah Sarawak yang merangkumi Mukah, Tanjung Manis, Samalajau, Kapit dan Baram yang akan membuka peluang pekerjaan kepada lebih 11,000 menjelang tahun 2016.

Mengenai pentadbiran pula, Sarawak telah terbahagi kepada 5 bahagian dan sekarang berkembang kepada 11 bahagian. Dan, dijangka pada tahun 2030 nanti, bahagian pentadbirannya akan bertambah menjadi 13 hingga 14 bahagian berikutan kepesatan pembangunan yang dialami rakyat pada hari ini.

Rakyat mempunyai peranan yang cukup besar bersama Kerajaan untuk mentransformasikan pembangunan negeri ini kerana tanpa kerjasama rakyat usaha yang dilakukan oleh Kerajaan tidak akan dapat berjalan lancar.

Tuesday, March 16, 2010

Barisan Nasional enggan mendabik dada seperti yang dilakukan pembangkang yang berkeyakinan akan berlaku ‘tsunami’ politik dalam Pilihan Raya DUN Sarawak akan datang.

Pembangkang boleh menyatakan apa sahaja tetapi rakyat atau pengundi yang menentukan keputusan.“Kita serah kepada rakyat dan BN sentiasa memberi khidmat terbaik kepada rakyat” jelas Setiausaha Agung BN Sarawak, Dr Stephen Rundi.


Sebelum ini, Pengerusi DAP Sarawak, YB Wong Ho Leng telah mengatakan Pilihan Raya DUN Sarawak akan datang bakal menyaksikan ‘tsunami’ politik memihak kepada pembangkang. Menurutnya lagi, jangkaan itu adalah berasaskan maklum balas daripada akar umbi.

Rakyat sekarang sudah sedar keadaan kucar-kacir di negeri-negeri yang ditadbir pembangkang dan kebelakangan ini semakin ramai wakil rakyat PKR keluar parti, sama ada menjadi wakil rakyat Bebas atau menyertai BN.

Berdasarkan kepada perkembangan tersebut, para pengundi mampu menilai kelebihan BN atau pembangkang dalam Pilihan Raya DUN Sarawak kelak.

BN sekarang ini lebih menumpukan kepada hal-hal yang berkaitan perkhidmatan dan bekerja untuk rakyat, dan berbeza dengan pembangkang yang banyak memikirkan soal pilihan raya berbanding memberi khidmat kepada rakyat.

Walau bagaimanapun, BN tetap sentiasa bersedia sama ada di peringkat akar umbi dan pucuk pimpinan dalam menghadapi pilihan raya bila-bila masa.

Rakyat perlu menilai dan berfikir dengan sejenak-jenaknya mengenai perkhidmatan yang telah BN lakukan kepada rakyat. Rakyat tidak harus terburu-buru dengan dakyah dan janji manis pembangkang yang belum tentu akan dilaksanakan.

Lihat sahaja perkembangan yang berlaku di Semenanjung, kemenangan Pakatan Pembangkang dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 telah memberi kesan ke atas pemimpin-pemimpin mereka ini.

Kebanyakan bekas pemimpin pembangkang mengambil tindakan drastik dengan keluar parti secara sukarela dan tanpa ada paksaan disebabkan janji pilihan raya yang tidak dapat ditunaikan kepada rakyat dan krisis kepimpinan pembangkang yang banyak berkisar ke atas kepentingan individu. Rakyat Sarawak harus memikirkan hal ini, adakah rakyat Sarawak mahukan situasi yang sama berlaku ke atas Sarawak?

Janganlah menggadaikan maruah negeri walaupun dengan ungkapan ‘cuba’ yang boleh membawa seribu satu macam bencana andai pembangkang menjadi pilihan. Bertindak bijak demi masa depan anak cucu yang mahukan pembangunan demi menjadikan Sarawak sebagai negeri maju dan seterusnya membawa Malaysia mencapai Wawasan 2020 di bawah Gagasan 1Malaysia.

Tuesday, March 9, 2010

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin menganggap pemecatannya daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah permulaan kepada kehancuran parti itu yang kini dikuasai firaun kecil yang bercita-cita mengubah perlembagaan negara ini.

Zulkifli mendakwa penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mampu mengawal firaun kecil itu kerana beliau terlalu taksub untuk mengejar cita-cita sebagai Perdana Menteri dan sibuk dengan kes liwat yang dihadapinya di Mahkamah Sesyen.

Soal jawab wartawan dengan Zulkifli di pejabatnya selepas Majlis Pimpinan Tertinggi Pusat (MPP) parti itu memecat beliau daripada parti itu.

Soalan: Adakah firaun kecil cukup bahaya pada pandangan YB (Yang Berhormat).
Jawapan: Cukup bahaya... bahaya kerana mereka mempunyai agenda untuk mengubah kerangka perlembagaan negara yang akan membabitkan segala institusi yang diiktiraf perlembagaan.

Soalan: Tindakan mereka dilihat berbahaya, adakah kepemimpinan PKR tidak boleh mengawal mereka?
Jawapan: Ya dan saya sedih kerana itu.

Soalan: Apa pula pandangan YB mengenai masa depan PKR?
Jawapan: PKR akan hancur kerana keputusan yang dibuat adalah mengikut kepentingan sendiri.
Ramai lagi tokoh-tokoh yang akan keluar, saya sudah dihubungi mereka dan ia akan berlaku tidak lama lagi. Jumlah yang akan keluar itu adalah amat mengejutkan.

Soalan: Apa pendapat YB mengenai kepemimpinan Anwar sekarang?
Jawapan: Saya rasa Anwar perlu keluar daripada ketaksuban mengejar cita-cita ke Putrajaya tetapi menumpu untuk menguatkan parti, itu kesilapan besar beliau sebab semua perjuangan dalam bentuk ceramah mengejar kepada Putrajaya. Saya rasa ia tidak sepatutnya berlaku.

Soalan: Adakah YB muktamad untuk tidak membuat rayuan?
Jawapan: Saya tidak bercadang untuk membuat rayuan, saya kenal firaun kecil ini, mereka hanya berlakon saja seolah-olah semua proses sudah dibuat.

Soalan: Adakah YB jangka akan dipecat?
Jawapan: Tidak... saya jangka akan dipanggil berhubung ketidakpuasan hati terhadap panel bukan Islam (dalam Jawatankuasa Disiplin).
Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang didesak mengosongkan kerusi Parlimen itu menasihatkan Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail meletakkan jawatan sebagai Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) atas sebab:

Gagal mempertahankan dasar parti yang kononnya berikrar akan mempertahankan Islam dan kedudukan istimewa umat dan institusi Islam seperti diperuntukkan dalam Perlembagaan.

Gagal memimpin PKR sehingga menyebabkan PKR hilang sebuah kerajaan negeri, empat ahli Parlimen, tiga ADUN dan ramai pemimpin peringkat negeri, cabang dan akar umbi.

"Kalau benar Wan Azizah memegang prinsip kepimpinan bertanggungjawab dan demokrasi, beliau tidak akan menunggu walau sesaat untuk meletakkan jawatan sebagai Presiden PKR”.
“Sekiranya sikap ini berterusan, impian PKR ke Putrajaya akan musnah, peta perjalanan mungkin akan berubah ke (penjara) Sungai Buloh pula," katanya.

Zulkifli menasihatkan Wan Azizah mencermin diri sendiri dan menyatakan Presiden PKR itu telah membiarkan dirinya diheret ke hadapan lembaga disiplin yang dianggotai orang bukan Islam bagi dibicarakan mengenai isu kalimah Allah.

Secara sinis beliau mengingatkan Presiden PKR itu bahawa Islam tidak hanya terletak pada sarung tangan sutera ala Michael Jackson yang selalu dipakainya.

"Membiarkan panel lembaga disiplin bukan Islam membicarakan seorang Islam mengenai akidah, syariat dan agamanya adalah satu penghinaan besar terhadap Islam," tegasnya.

Zulkifli turut menyatakan kesedihannya melihat Wan Azizah membiarkan dirinya sekadar menjadi alat firaun-firaun kecil dan pemanas kerusi serta penghias muka depan PKR sahaja.

Jawatan Presiden yang beliau pegang sekadar menghalalkan firaun-firaun kecil bermaharajalela dalam PKR untuk menjahanamkan Islam dan institusi Islam.

Parti Cinta Malaysia (PCM) boleh menjadi duri dalam daging dan menggugat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak dan parti pembangkang lain dalam usaha menggulingkan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya DUN Sarawak.
Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian mengakui strategi Pakatan rakyat (PR) untuk mengadakan pertandingan satu lawan satu menentang calon BN di kesemua 71 konstituensi boleh digagalkan oleh PCM.

PCM bukan sahaja memecahbelahkan undi tetapi juga menyebabkan kekeliruan di kalangan pengundi. Penyertaan PCM dalam pilihan raya DUN Sarawak ini sebagai pengacau dan tidak mempunyai agenda yang sebenar.

PCM bukan anggota PR dan sebab itu PR khuatir dengan kehadiran PCM dalam Pilihan Raya DUN Sarawak. PCM dilihat mampu untuk meranapkan hasrat PR memenangi Pilihan Raya DUN Sarawak andai PCM masih dengan niatnya untuk bertanding pada pilihan raya itu nanti.

Sebelum ini, PCM berhasrat untuk mengemukakan calon di 30 buah kerusi dalam Pilihan Raya DUN Sarawak dan juga tidak menolak berkemungkinan akan bertanding di kesemua kerusi DUN menjelang pilihan raya nanti.

PCM yang dibentuk pada Ogos dan berpangkalan di Pulau Pinang diterajui bekas ahli PKR Sarawak yang juga ADUN Ngemah, YB Gabriel Adit Demong. PCM mendakwa parti itu tidak pro-kerajaan dan juga tidak pro-pembangkang. Sekarang ini, PCM sedang giat mengembangkan sayapnya di Sarawak dan telah menubuhkan beberapa cawangan di Sarawak dalam menghadapi pilihan raya.

Dalam pada itu, PKR Sarawak menjelaskan sehingga kini PR itu masih belum memuktamadkan pengagihan kerusi dalam Pilihan Raya DUN Sarawak nanti walaupun sudah beberapa kali berbincang. Pembangkang di Sarawak dianggotai oleh PKR Sarawak, DAP Sarawak, SNAP dan Pas Sarawak. Sehingga kini, masih belum ada kesepakatan dalam pembahagian kerusi.

Terdahulu, Baru Bian menjelaskan PKR Sarawak sekiranya diberi peluang mahu bertanding di kesemua 71 kawasan DUN Sarawak. Namun, disebabkan PR maka kerusi itu terpaksa dibahagikan mengikut ketetapan PR yang sehingga belum ada kata putus. Pun begitu, PKR Sarawak membayangkan akan mempunyai banyak kerusi dan berusaha memenangi pilihan raya ini serta mengetuai PR dalam memerintah Sarawak seperti yang termaktub dalam penubuhan PKR Sarawak.

Thursday, March 4, 2010

Ahli Parlimen Bagan Serai, YB Mohsin Fadzli Samsuri keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas berkuatkuasa serta-merta menjelaskan bahawa politik PKR dan Pakatan Rakyat khususnya di Perak semakin meruncing.

Mohsin, 65, ialah wakil rakyat ketiga PKR berbuat demikian selepas Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, 12 Februari lalu dan Nibong Tebal, Tan Tee Beng, Isnin lalu. PKR kini hanya mempunyai 27 Ahli Parlimen, DAP juga 28 kerusi, Pas 23 kerusi dan Parti Sosialis Malaysia satu kerusi.

Mohsin menjelaskan sejak mencapai kemenangan besar dalam Pilihan Raya Umum Ke-12, Pakatan Rakyat di Perak telah banyak menghalalkan pelbagai cara demi matlamat sempit, serangan tanpa batasan terhadap institusi raja, badan kehakiman dan penguatkuasaan, termasuk meraih sokongan negara luar bagi menyerang kedaulatan negara.

Sebaliknya, kemenangan dalam Pilihan Raya Umum pada 8 Mac 2008 bukan digunakan untuk memantapkan perjuangan umat, rakyat dan agama, sebaliknya menjadi medan politik 'ghonimah' (membahagikan harta rampasan perang).

Pada Pilihan Raya Umum 2008, Mohsin yang kali pertama bertanding mengalahkan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Zainal Abidin Zin (Barisan Nasional) dengan majoriti 3,413 undi.

Mohsin berkata, beliau bertanding kerana permintaan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dipersetujui atas dasar hubungan akrab dengan Penasihat PKR itu yang dikenalinya lebih 20 tahun.

“Kepercayaan dan keyakinan saya terhadap perjuangan dan matlamat politik PKR serta pakatan pembangkang, terutama dalam mengembalikan politik dan kedaulatan Islam sudah hilang dengan perkembangan terkini dalam parti,” katanya.

Perebutan kuasa, jawatan, kedudukan dan habuan menjadi-jadi. Perbuatan khianat, tikam belakang, sabotaj dan budaya politik fitnah memfitnah semakin parah sehingga menyebabkan beliau tidak dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen yang diamanahkan Allah s.w.t.

Tuesday, March 2, 2010

Lebih 10 Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Bekas Setiausaha Agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim meramalkan tindakan Ahli Parlimen dan Ahli DUN akan mengikut jejak keluar parti itu secara berperingkat-peringkat.

Sebelum ini, bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin turut mengumumkan keluar PKR dan menyertai UMNO.

Beliau telah meninggalkan parti pada 7 Januari 2010 dan diikuti Ahli Parlimen Bayan Baru, YB Datuk Seri Zahrain Mohd. Hashim dan Ahli Parlimen Nibong Tebal, YB Tan Tee Beng.

"Saya rasa ada (keluar) dan jumlah lebih 10 orang. Kira sahajalah daripada jumlah wakil rakyat yang sedia ada ditolak sosialis, NGO (pertubuhan bukan kerajaan) liberal dan kroni, itulah akan menjadi jumlahnya”.

"Bila mereka akan keluar? Ini macam perlawanan tinju, ia pun ada pusingan-pusingannya," katanya.

Sebab utama wakil-wakil rakyat itu bertindak keluar PKR ialah kerana tidak bersetuju dengan corak kepimpinan parti yang kebudak-budakan.

Keputusan Ahli Parlimen Nibong Tebal, YB Tan Tee Beng meninggalkan parti disebabkan 4 perkara iaitu:


“Tiada saluran khusus di dalam PKR untuk mengemukakan masalah. Kritikan saya berkaitan masalah polisi yang serius telah dijawab dengan pembunuhan karakter yang menyebabkan kekecewaan mendalam kepada saya”.

“Kesal dengan sikap kepimpinan PKR yang sanggup mengorbankan maruah dan prinsip parti hanya kerana mahu memastikan impian mereka ke Putrajaya tercapai termasuk mengambil sikap menutup mata dengan keangkuhan yang ditunjukkan oleh Lim Guan Eng (Ketua Menteri Pulau Pinang)”.

“Suka mempolitikkan isu-isu remeh dan langsung tidak boleh menerima teguran dan kritikan serta cuba menjadikan kerajaan Pulau Pinang sebagai kerajaan milik keluarganya”.

“Membolehkannya mengambil tindakan undang-undang terhadap Guan Eng; Ali Parlimen Jelutong, Jeff Ooi dan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P. Ramasamy yang telah menuduh beliau mencampuri urusan tender terbuka di negeri itu”.


Kepada rakyat Sarawak yang akan menghadapi Pilihan Raya DUN Sarawak, beringat dan berfikirlah masak-masak di atas apa yang sedang berlaku ke atas Pakatan Rakyat yang dikatakan memperjuangkan keadilan dan bertemakan ‘Harapan Baru’.

Pakatan Rakyat sekarang ini sedang sibuk untuk memperkembangkan penguasaan mereka ke Sarawak tetapi masalah dalaman mereka ditolak ke tepi. Disebabkan itu, ramai pemimpin dan ahli Pakatan Rakyat ini mengambil keputusan untuk keluar parti dan menjadi wakil Bebas. Dan, tidak mustahil mereka ini akan menyertai BN seperti yang telah dilakukan oleh segelintir bekas pemimpin lain.

Dengan masalah dalaman Pakatan Rakyat yang kian runcing dan keteguhan pentadbiran Kerajaan yang diketuai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak seharusnya menjadi ingatan kepada seluruh rakyat Sarawak bahawa hanya BN sahaja yang mampu membawa pembangunan kepada Sarawak.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail selayaknya diberi anugerah 'Pelakon Wanita Terbaik 2010' atas kehebatan 'lakonannya' ketika berhadapan dengan rakyat.


Datuk S. Nallakaruppan secara sinis mencadangkan anugerah ‘Pelakon Wanita Terbaik 2010’ dianugerahkan kepada Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Anugerah itu akan mampu menaikkan lagi reputasi Wan Azizah bagi membolehkannya menerima tawaran lumayan dari Hollywood

Sebelum ini, Wan Azizah dalam kenyataannya dalam sebuah akhbar Australia menyifatkan perbicaraan kes liwat suaminya merupakan sebahagian daripada usaha untuk menamatkan karier politik Ketua Pembangkang itu.

Wan Azizah seorang wanita yang hebat kerana boleh melalui kes dakwaan berkaitan moral suaminya. Juga, berada pada satu tahap melebihi wanita lain di Malaysia kerana boleh melakukan apa sahaja demi menjaga kepentingan kerjaya suaminya.

Melihat kepada pertuduhan liwat yang dihadapi suaminya adalah sesuatu yang sangat sukar diterima sebagai seorang isteri. Ramai kalangan wanita di Malaysia tidak boleh terima dengan senang hati.

Mereka juga tidak akan berpura-pura hanya sebab kepentingan kerjaya suami mereka. Hanya Wan Azizah sahaja yang sanggup buat semua ini demi mencapai cita-citanya.

Dalam pendakwaan kes Anwar-Saiful, mangsa membuat laporan dan pendakwaan kata ada bukti. Kalau lelaki yang gentleman, Anwar bukan saja akan hadapi perbicaraan tetapi berharap ia dijalankan secepat mungkin kerana itu penting bagi membersihkan namanya. Tetapi, jika dilihat situasi sekarang nampaknya Anwar lebih gemar mendapatkan sokongan antarabangsa dan mengkritik badan kehakiman negara yang disifatkannya sebagai tidak adil dan tidak telus.

Sumber: Utusan Malaysia
Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!