Sunday, February 28, 2010

Presiden SUPP, Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan menjelaskan SUPP mempunyai peluang yang lebih baik untuk menang pada Pilihan Raya DUN Sarawak akan datang berbanding Pilihan Raya DUN Sarawak 2006.

Melihat kepada kekuatan DAP di Sarawak, Presiden SUPP mengingatkan bahawa Pakatan Rakyat yang diterajui PKR, DAP dan PAS di Semenanjung sedang mengalami pergolakan khususnya di negeri yang diterajui pembangkang dan sekarang membawa pula di Sarawak.

Rakyat seharusnya melihat situasi semasa politik di Semenanjung yang sedang mengalami pergolakan dan dibawa pembangkang ke Sarawak bukan sahaja mendatangkan masalah kepada rakyat bahkan juga menunjukkan bahawa bukan mudah berada di bawah pemerintahan pembangkang.

SUPP sekarang tampil dengan idea baru, dan badan bukan Kerajaan (NGO) turut menyatakan sokongan dan membantu SUPP dalam merealisasikan hasrat parti Barisan Nasional.

Timbalan Menteri Kerja Raya YB Datuk Yong Khoon Seng menyeru pemimpin serta ahli SUPP menerapkan mentaliti ‘rakyat adalah majikan dan pemimpin adalah pekerja yang bekerja untuk rakyat'.

SUPP akan bekerja keras untuk menawan kembali empat kerusi di bandaraya Kuching iaitu N9 Padungan, N10 Pending, N11 Batu Lintang dan N12 Kota Sentosa daripada pembangkang dengan mengemukakan muka baru yang berpotensi dan boleh bekerja untuk rakyat.

Wednesday, February 24, 2010

Skim-skim penempatan semula Rascom telah diwujudkan sejak 1972 oleh Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak yang merupakan ayahanda kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dengan tujuan melindungi rakyat daripada ancaman pengganas komunis ketika itu.

Dan, hari ini Kerajaan di bawah pentadbiran Najib telah memperuntukkan RM35 juta untuk pembangunan kawasan Kawalan Keselamatan Kawasan Rajang (Rascom) yang pernah diancam komunis satu ketika dahulu.

a. Sebanyak RM18 juta akan disalurkan bagi membaiki 1,420 pintu rumah panjang yang menempatkan 12,000 penghuni,

b. Setiap rumah di skim-skim penempatan semula Nanga Janggau, Nanga Ngungun, Nanga Skuau dan Nanga Tada mendapat peruntukan sebanyak RM12,000 untuk dibaikpulih,

c. Sebanyak RM8 juta diperuntukkan bagi pembinaan jalan antara Nanga Janggau dan Nanga Ngungun, dan

d. RM9 juta lagi diperuntukkan untuk pembinaan sebuah klinik di Nanga Tada.


Najib juga mengumumkan penubuhan Yayasan 1Malaysia:

a. Memberi bantuan kewangan kepada 477 orang pelajar sekolah di kawasan skim penempatan semula itu dalam bentuk simpanan di Bank Simpanan Nasional (BSN); pelajar sekolah rendah akan menerima RM450 setahun setiap orang, manakala pelajar sekolah menengah pula akan mendapat bantuan RM600 setahun.

Dalam menggerakkan sosioekonomi dan pendapatan penduduk, Najib akan meminta Risda untuk mengenal pasti kawasan di skim-skim penempatan semula ini yang berpotensi untuk penanaman getah secara kekal

Menurut Najib, jika kawasan ini tidak ditubuhkan, maka ramai yang sudah tiada pada hari ini. Saya datang ke sini bukan sahaja dengan penuh perasaan nostalgia, tetapi untuk menghabiskan kerja-kerja ayahanda saya. Kalau ayahanda membuka kerja di sini, biarlah saya menutupnya.

Keprihatinan Najib dan Kerajaan BN kepada masyarakat Sarawak menunjukkan bahawa Kerajaan tidak akan sesekali meminggirkan penduduk kawasan pedalaman di Sarawak dan Sabah dalam mengecapi arus kemodenan. Tumpuan pastinya menjurus kepada meningkatkan pembangunan fizikal seperti bekalan elektrik, bekalan air dan komunikasi serta pendapatan masyarakat sesuai dengan gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.

Tuesday, February 23, 2010

Datuk Seri Najib Tun Razak mengotakan janjinya yang dibuat semasa mengambil alih jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia pada April tahun lepas dengan mengadakan siri lawatan kedua di Sarawak pada 22 dan 23 Februari 2010.

“Bukan sahaja saya melawat bandar-bandar besar seperti Kuching, Miri dan Sibu tetapi juga saya melawat kampung-kampung”, katanya semasa merasmikan sambutan Hari Malaysia di Padang Merdeka Sepetember lepas.

Beliau akan melawat ke setiap ceruk rantau di Sarawak dan Sabah dengan menyifatkannya sebagai tempat di mana Gagasan 1Malaysia diamalkan.


Penghulu Ugap anak Seribu

Penghulu Ugap anak Seribu, 49, ketua bagi 16 Rumah Panjang di Nanga Tada, kira-kira 90 minit perjalanan melalui jalan raya dari Sibu mengatakan tidak pernah terlintas difikirannya bahawa Najib selaku Perdana Menteri akan melawat mereka suatu hari nanti.

Sebelum ini, Najib pernah melawat ke Nanga Tada pada 18 Ogos 2000 atas kapasiti sebagai Menteri Pertahanan bagi menyampaikan takziah kepada Medan Nunying, bapa anggota komando tentera Mathew Medan, 25, yang terbunuh pada 2 Julai 2000 dalam inseiden rampasan senjata dan penahanan tebusan membabitkan kumpulan Al-Ma’unah di Sauk, Perak.

Najib mahu mengikut jejak langkah bapanya Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, yang ketika itu menjadi Perdana Menteri Ke-2, telah melawat rumah panjang Dadom di Nanga Bugau, Sungai Kajah pada awal 1972.

Ugap yang ketika itu mengiringi bapanya, mendiang Penghulu Seribu anak Repong pada lawatan itu, masih ingat gesaan Tun Abdul Razak agar masyarakat Iban tidak memberikan sebarang bantuan kepada pengganas komunis dan berdiri teguh di belakang Kerajaan.


Hadiah Buat Sarawak

Pada hari ini, Najib menghargai kepentingan Sarawak dengan mengumumkan peruntukan sebanyak RM3.4 bilion untuk melaksanakan projek-projek infrastruktur seperti bekalan elektrik, air bersih, pembinaan jalan raya dan rumah orang miskin terutamanya untuk penduduk pedalaman Sarawak yang dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2012.

“Tujuan saya datang ke Sarawak adalah untuk melihat kejayaan yang telah kita lakukan serta memberi komitmen dan keyakinan bahawa banyak lagi projek luar bandar akan laksanakan seperti Akujanji kepada rakyat Sarawak di bawah konsep Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Petunjuk Prestasi Utama Negara (NKPI) terutama sekali melibatkan pembangunan prasarana luar bandar,” kata beliau.

Apa yang dekat pada hatinya ialah mengenai pembangunan luar bandar kerana terpengaruh dengan sifat ayahnya, Allahyarham Tun Abdul Razak yang dikenali sebagai Bapa Pembangunan Malaysia.

Najib memberitahu, salah satu misi yang dekat di hatinya dan ingin diselesaikan ialah agenda pembangunan luar bandar termasuk di Sabah dan Sarawak. Oleh itu, Kerajaan BN akan terus membangunkan Sarawak dan mahukan rakyat Sarawak untuk terus memberikan mandat mentadbir Sarawak pada Pilihan Raya DUN Sarawak.


Sunday, February 21, 2010

Sebanyak 200 Rumah Mesra Rakyat (RMR) akan dibina di daerah Saratok dalam usaha memastikan penduduk kampung tinggal dalam keadaan selesa.

Sebanyak 120 permohonan RMR telah diterima, 12 unit telah siap dibina dan 12 unit lagi telah diluluskan permohonannya dan akan dibina.

Sebanyak 500 unit RMR akan dibina di seluruh Sarawak untuk menaik taraf kehidupan rakyat dan menyelesaikan masalah setinggan di Sarawak.
Penyediaan dan pembinaan rumah RMR ini merupakan program sosial Kerajaan untuk membantu rakyat di peringkat akar umbi yang dilaksanakan Kerajaan Pusat dan Kerajaan Sarawak.

Terdapat 3 program yang dijayakan di bawah Kementerian Perumahan dan Pembangunan Bandar antaranya RMR, Rumah Mampu Milik dan rumah pangsa untuk disewa.

Kerajaan BN begitu prihatin terhadap rakyat kerana ia bukan sahaja membantu rakyat membina rumah malahan pemilik rumah RMR hanya perlu membayar dua pertiga daripada harga rumah tersebut dengan bayaran RM150 sebulan selama 32 tahun.
Rakyat pedalaman di kawasan Baram dinasihatkan supaya tidak terpengaruh dengan tindakan pembangkang cuba mempengaruhi mereka agar menentang pembangunan Empangan Baram di kawasan mereka.

ADUN Telang Usan, YB Lihan Jok menjelaskan pembangkang hanya mempolitikkan isu berhubung pembinaan empangan untuk kepentingan sendiri dengan harapan rakyat di kawasan Baram akan menentang.

Penduduk Baram harus mengambil kira manfaat jangka panjang yang dinikmati hasil daripada pembinaan empangan tersebut.

Empangan Baram ini berupaya mengeluarkan 1,000 kilowat tenaga dan merupakan antara 12 empangan yang dicadangkan dibina di Sarawak di bawah Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE).

Siapnya empangan itu nanti bukan sahaja menyediakan sumber tenaga yang murah tetapi juga merancakkan aktiviti pembangunan di kawasan Baram.
Lawatan Perdana Menteri (PM) ke Sarawak pada 22 hingga 23 Februari 2010 membawa berita gembira rakyat Sarawak.

PM melihat dengan lebih dekat proses perlaksanaan program NKRA di Sarawak. Perlaksanaan NKRA ini perlu berjalan lancar untuk kepentingan rakyat Sarawak.

Juga memastikan kelancaran perlaksanaan Program Bekalan Elektrik Luar Bandar (RES) di Sarawak.

Juga meninjau perlaksanaan projek RES di Awek, Saratok Betong yang bernilai RM1.6 juta.

Juga melancarkan projek RES di Pekan Lachau.

Pengumuman Yayasan 1Malaysia yang memberi faedah kepada pelajar miskin di Sarawak untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Mengumumkan peruntukan untuk kerja pembinaan semula Rumah Panjang di Rascom, Nanga Ngungun, Kanowit, Sibu yang dipelopori Allahyarham Tun Abdul Razak berjalan lancar.

Melihat pembinaan Langkau (rumah persinggahan) kepada kaum Penan di Long Urut, Kapit.

Kerajaan Pusat mensasarkan 95 peratus kawasan di luar bandar di Sarawak disambung dengan bekalan elektrik dan 90 peratus untuk sambungan bekalan air menjelang 2012.

Sehingga kini, Sarawak telah diliputi 80 peratus bekalan elektrik dan 57 peratus bekalan air.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan Sarawak boleh mengadakan pilihan raya bila-bila masa sekiranya rakyat Sarawak cukup yakin dengan Kerajaan BN.

Sokongan rakyat terhadap BN amat perlu untuk memastikan Kerajaan BN akan terus memerintah dan meneruskan agenda politik pembangunannya bagi gelombang kedua. Ini juga bertujuan pembangunan untuk anak cucu rakyat Sarawak akan dapat diteruskan dengan jayanya seperti yang dirancang.


BN sedar bahawa pada Pilihan Raya DUN Sarawak, BN Sarawak akan ditentang dan diberi tentangan hebat pembangkang di sesetengah kawasan. Ini bermaksud bahawa BN Sarawak tidak akan mengambil mudah pada pilihan raya nanti dan sentiasa bekerja keras bagi menjamin kemenangan.

Oleh yang demikian, BN Sarawak harus memastikan rakyat Sarawak sudah cukup yakin dengan prestasi BN sebelum diadakan pilihan raya.

Saturday, February 6, 2010

Pejabat Residen Kuching dianggap tidak cekap dalam mengagihkan wang ihsan untuk mangsa-mangsa banjir.

Pejabat Residen Kuching telah mengagikan wang ihsan sejumlah RM4.4 juta kepada mangsa-mangsa banjir sejak tahun lepas, menurut Residen Kuching, Liew Jiu Ming.

“Peruntukan ini kita agihkan secara berperingkat-peringkat sejak peruntukan diberikan oleh Kerajaan pada tahun lepas”.

Peruntukan yang diterima daripada Kerajaan Persekutuan itu diagihkan berdasarkan 4 kategori, antaranya:

1. Mangsa yang berpindah ke pusat pemindahan, iaitu seramai 1,985 keluarga dengan menerima wang ihsan sebanyak RM500 setiap keluarga.

2. Mereka yang tidak berpindah, iaitu terdiri daripada 8,276 keluarga menerima RM300 setiap keluarga.

3. Sebanyak 7 buah keluarga menerima RM3,000 setiap keluarga apabila rumah mereka musnah akibat bencana alam itu.

4. Kerajaan juga memberikan wang ihsan kepada para petani terdiri daripada 863 keluarga dengan pampasan RM1,000 setiap keluarga.

Wang berkenaan merupakan ihsan Kerajaan bagi membantu para petani meringankan beban berikutan tanaman mereka rosak teruk dan ditenggalami air.

Violet Yong memberitahu beliau telah menghantar senarai nama 99 mangsa banjir dari Bintawa yang kesemuanya adalah pemohon baru melalui faks 26 Januari dan menghantar sendiri pada 27 Januari 2010.

“Dua hari kemudian, saya telah menerima maklum balas daripada mereka yang menyatakan bahawa bantuan telah diagihkan”.

Persoalan mengapa permohonan untuk mangsa banjir ini baru sahaja dihantar? Jawapannya Kerajaan tidak memberitahu tarikh tamat tempoh dan dengan siapa mereka patut memohon.

“Walaupun secara amnya, mangsa banjir sepatutnya memohon bantuan daripada ketua kampung, tetapi tidak semua ketua kampung cekap dalam menangani isu tersebut, “ katanya.

Dianggarkan sebanyak RM29,700 diperlukan daripada Pejabat Residen bagi membantu 99 orang mangsa banjir tersebut.


Friday, February 5, 2010

Sarawak akan menerima RM1.7 bilion untuk membina dan menaik taraf jalan raya dan sebanykan RM1.7 bilion lagi untuk melaksanakan projek bekalan elektrik di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi meningkatkan infrastruktur asas di kawasan luar bandar.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal menyatakan Sarawak juga akan mendapat RM9 juta untuk melaksanakan projek bagi bekalan air dirawat dan RM100 juta bagi projek perumahan.


Pembangunan infrastruktur di Sarawak melibatkan kos 10 kali lebih mahal berbanding di Semenanjung berikutan keadaan muka bumi yang sukar dan tanah mempunyai banyak tanah lembut.

Perhatian dari Kerajaan Persekutuan terhadap pembangunan di Sarawak perlu dilihat sebagai suatu usaha Kerajaan untuk terus membangunkan Sarawak dan seterusnya meningkatkan taraf sosioekonomi penduduknya.

Hakikatnya, sokongan rakyat Sarawak yang berterusan terhadap Barisan Nasional selama ini mendapat perhatian Kerajaan. Dan, untuk itu Kerajaan sentiasa berusaha memberikan yang terbaik kepada rakyat Sarawak khususnya dalam soal pembangunan, politik, pendidikan, ekonomi dan sosial.

Masyarakat Sarawak tidak perlu memperjudikan nasib dan masa depan anak-anak mereka ke atas pihak-pihak yang banyak menabur janji kosong. Rakyat Sarawak perlu mengambil iktibar di atas negeri Kelantan yang telah lama diperintah parti Pas dan masih lagi serba kekurangan dan terbaru pergolokan politik sesama sendiri dalam pentadbiran Pulau Pinang yang ditadbir Pakatan Rakyat akibat tiada perasaan hormat.

Dalam memastikan pembangunan Sarawak dapat diadakan secara berterusan, sokongan masayarakat ke atas pemerintah sedia ada amat diperlukan dalam memastikan kestabilan politik Sarawak dapat dikekalkan.
Kerajaan Barisan Nasional (BN) komited untuk terus bangunkan Sarawak. Ini terbukti apabila apa yang Sarawak perolehi pada hari ini adalah kepercayaan dan keyakinan masyarakat Sarawak terhadap pemerintahan BN.

Untuk itu, bagi mencapai pembangunan yang berterusan, masyarakat Sarawak perlu memberikan mandat sekali lagi dalam mentadbir Sarawak dalam Pilihan Raya DUN Sarawak akan datang.

Sokongan masyarakat khususnya datang dari penduduk-penduduk luar bandar. Kawasan luar bandar pastinya mahukan pembangunan yang berterusan dan ini akan mempertingkatkan taraf sosioekonomi.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyatakan kita (BN) mesti perlu kerja keras dengan turun padang untuk melihat dan memahami masalah yang dihadapi rakyat.

“Saya yakin BN masih diberi kepercayaan oleh rakyat Sarawak untuk terus memerintah”, katanya.

Rekod cemerlang sepanjang pemerintahan BN terbukti sekali lagi apabila menerima suntikan dana sebanyak RM3.4 bilion bagi membangunkan kawasan luar bandar menerusi peruntukan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang akan dilaksanakan dalam tempoh 3 tahun mulai tahun ini di bawah Randangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

Peruntukan tersebut akan digunakan untuk membangunkan kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan elektrik, air bersih dan keperluan rumah untuk golongan miskin.

Projek pembinaan jalan raya yang menghubungkan bandar Sibu dan Kapit akan dilaksanakan pada tahun ini. Sejumlah RM100 juta telah diperuntuk bagi membangunkan projek tersebut dan ia diumumkan semasa pembentangan Bajet 2010.

Dalam pada itu, Kerajaan telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM400,000 untuk membina jalan Kampung Bungun Besar dan Kampung Bungan Kecil di bawah Projek Jalan Kampung.
Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!