Friday, January 29, 2010

Pendirian Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mempertahankan penggunaan kalimah Allah di kalangan bukan Islam membuktikan beliau sanggup berkompromi dalam soal agama demi kepentingan politik.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah menulis artikel bertajuk "Orang Islam Tiada Monopoli dalam Penggunaan Kalimah Allah" di dalam The Wall Street Journal.

"Sikapnya itu menunjukkan beliau sanggup berkompromi kerana politik,'' kata bekas Pengerusi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Mohd. Nakhaie Ahmad.

Penganut Islam sebenarnya bukan mahu memonopoli kalimah Allah tetapi ia memang hak eksklusif umat Islam.

Kenyataan Anwar yang menjurus kepada sokongan terhadap bukan Islam menggunakan kalimah Allah itu menunjukkan bahawa beliau mempunyai agenda politik.

"Jangan cuba samakan penyelesaian isu agama dengan isu politik kerana ia sangat berbeza dan akan menimbulkan kemarahan di kalangan umat Islam,'' katanya.

Bekas Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Datuk Dr. Ismail Ibrahim berkata, adalah sesuatu yang menyedihkan kerana ada pihak mempolitikkan kalimah Allah.

"Kalimah itu memang hak orang Islam dan ia tidak perlu dipertikaikan lagi kerana pendirian seperti ini mengeruhkan lagi keadaan,'' katanya.

Jelas beliau, isu agama harus diselesaikan dengan cara tertutup dan sokongan secara terbuka seperti yang dilakukan oleh sesetengah pihak termasuk Anwar, boleh mengugat kesucian Islam.

Sumber: Utusan Malaysia
Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan bahawa Gabungan Pakatan Pembangkang merupakan perkahwinan mutaah (marriage of convenience) yang tidak akan kekal lama.

"Tidak ada apa-apa persamaan antara Pas, DAP dan PKR. Ia hanya marriage of convenience dan ia tidak kekal lama," katanya.

Sumber: Utusan Malaysia

Tuesday, January 26, 2010

KUCHING – Selepas menunggu lebih dari 25 tahun untuk mendapatkan perhatian Kerajaan dalam menyalurkan pelbagai pembangunan prasarana dan infrastruktur asas, penduduk Kampung Sungai Midin telah hilang kepercayaan dan berpaling tadah kepada parti pembangkang.

Persoalan; Adakah betul penduduk-penduduk di Kampung Sungai Midin telah tinggal lebih dari 25 tahun?

Justeru, Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah menubuhkan cawangan Kampung Sungai Midin di Kampung Semerah Padi, Semariang.

Itulah feel masyarakat kita yang cepat lupa daratan dan tidak kenang budi. Apabila sudah termakan dengan pujukan dan ikutkan perasaan, segala kesetiaan dan budi yang diberikan Kerajaan ditolak ke tepi dan terus dilupakan. Ikutkan hati, terjeratlah dengan pujuk rayu pembangkang yang dikatakan mampu memberikan segala apa yang dihajati. Perasaan kecewa jelas membuatkan manusia membuat keputusan di luar batasan pemikiran.

Penubuhan cawangan itu adalah bagi memastikan penduduk di Kampung Sungai Midin juga mendapat perhatian sebuah parti agar mereka dapat merasakan ‘pembelaan’.

Pembelaan! Mampukah pembangkang membela penduduk-penduduk Kampung Sungai Midin yang dikatakan telah menunggu mendapatkan infrastruktur selama 25 tahun? Atau, Apakah mereka ini hanya menonjolkan diri sebagai pemimpin demi kepentingan individu?

Dianggarkan sebanyak 150 hingga 180 buah penempatan penduduk di kampung terbabit kini masing menggunakan generator sebagai sumber bekalan elektrik.

“Setiap pilihan raya diadakan, kami mengundi calon Barisan Nasional yang saya rasakan sudah 3 orang calon berlainan yang bertanding di kawasan ini”.

Betulkah semua penduduk di sini mengundi calon BN? Atau, betulkah semua penduduk di sini boleh mengundi? Apa yang pasti, kebanyakan penduduk di sini merupakan pendatang dari luar Semariang dan bukannya penduduk asal Semariang.

“Namun, apa yang menyedihkan kami apabila tiada seorang pun calon terbabit yang telah memenangi dalam pilihan raya menjenguk dan memberikan perhatian terhadap keperluan kami di sini”, menurut seorang penduduk, Mohamad Idris Mohamad Mydin.

Apakah motif sebenar penduduk ini menyatakan sedemikian. Difahamkan pada Pilihan Raya Umum ke-12 sebelum ini, Ahli Parlimen Petra Jaya telah merasmikan pembinaan Rumah Mesra Rakyat. Pembinaan Rumah Mesra Rakyat ini diharap akan dapat mengubah kehidupan rakyat di kampung ini.

Dengan kekecewaan itu, maka penduduk yang dianggarkan lebih 1,000 orang telah mengambil keputusan untuk ‘pembelaan’ daripada PKR.

“Kami terpaksa menerima penubuhan cawangan PKR di kampung ini kerana kami juga ingin mengalami perubahan seperti kampung-kampung lain”, menurut Ibrahim Anuar.

Berapa banyakkah?, Kampung manakah?, dan Di manakah kampung-kampung yang telah dibangunkan PKR di Sarawak sehingga menyatakan penubuhan Cawangan PKR akan mengubah Kampung Sungai Midin.

Berapa lamakah PKR akan dapat ‘mentranformasikan’ Kampung Sungai Midin untuk dinaik taraf sebagai ‘kampung’. Setahun, dua tahun, lima tahun atau menunggu sehingga Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

Sunday, January 24, 2010

Pemilik tanah di Sarawak supaya memastikan tanah tersebut benar-benar hak mereka sebelum membuat sebarang tuntutan kepada kerajaan.

Sebelum ini, beberapa pemilik tanah cenderung menggunakan pembangkang atau melepaskan geram melalui penulis blog dan media siber untuk memperjuangkan “hak” mereka walaupun nyata tanah tersebut bukan milik mereka. Masalah ini timbul kerana pemilik tanah atau mereka yang mewarisi dan menduduki tanah tidak dapat membezakan di antara Tanah Hak Adat Bumiputera, NCR dan tanah Temudak.

“Ingin saya maklumkan bahawa tanah NCR ialah tanah yang diwarisi turun menurun sebelum 1958 manakala tanah Temudak ialah tanah yang diduduki selepas tahun tersebut (1958)”, kata Dr Stephen Rundi.

“Apabila kerajaan tidak membayar pampasan bila mengambil tanah Temudak untuk tujuan pembangunan, mulalah mereka mencari pembangkang atau menggunakan medium media siber untuk melepaskan geram tanpa berbincang dahulu dengan kerajaan” ulas beliau lagi sambil menambah kerajaan bukan perompak dan tidak pernah merampas hak pemilik tanah.

“Jika ada pihak yang mahu merampas tanah milik rakyat di kawasan saya, saya yang pertama akan berjuang untuk mereka. Tapi pastikan lah tanah itu hak anda dari segi undang-undang” tegas beliau.

Dr Stephen Rundi bagaimanapun berkata masih ada ruang untuk mereka yang menduduki tanah Temudak dibantu oleh kerajaan dengan syarat mereka duduk berbincang dengan pihak kerajaan mengenainya.

“Mereka boleh beritahu kerajaan bahawa mereka telah menduduki tanah (Temudak) itu dan menjalankan aktiviti-aktiviti pertanian di atas tanah tersebut” kata beliau sambil menambah kerajaan sedia mendengar dan memberi pertimbangan sewajarnya.
Isu 'hubungan istimewa' antara Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Naib Presidennya, Azmin Ali dilihat semakin menjadi-jadi.


Bekas Naib Presiden PKR, Datin Saidatul Badru Tun Said Keruak yang mendakwa tahap hubungan mereka amat sukar difahami kerana Anwar dilihat akan memenuhi apa jua kehendak Azmin.

Hasil 'hubungan istimewa' itu menyebabkan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail umpama tiada kuasa dan sekadar menjadi patung dalam struktur kepimpinan parti.

"Pemerhatian saya mendapati hubungan mereka penuh kerahsiaan, saya tidak dapat memahami kenapa, apa jua kehendak Azmin akan dipenuhi Anwar sehingga diberi peluang mengetuai PKR Sabah walaupun ia tidak logik”.

"Memanglah PKR ini diberi jolokan parti 3A tetapi yang berkuasa ialah Anwar dan Azmin sahaja, Azizah ini sekadar 'patung' sahaja," katanya.

Saidatul Badru menyertai PKR pada 1998 dan sewaktu berada di puncak kerjaya politik bersama parti itu beliau meletakkan jawatan sebagai Naib Presiden dan Pengerusi PKR Sabah pada 3 April 2006 dan kemudiannya keluar parti pada 13 Ogos 2007.

'Hubungan istimewa' antara Anwar dan Azmin sebelum ini pernah dipersoalkan oleh bekas rakan karib Anwar pada 18 Oktober tahun lalu, Datuk S. Nallakarupan yang berkata: "Anda (wartawan) sepatutnya tanya Anwar kenapa Azmin begitu istimewa?

Saidatul Badru berkata beliau yakin sebenarnya Wan Azizah sendiri tidak menyukai 'hubungan istimewa' Anwar dan Azmin tetapi beliau terlalu takut untuk bersuara.

"Namun dalam isu tuduhan meliwat bekas pembantunya, Anwar kita lihat banyak berdalih, kini sibuk pula mahu kesnya dibicarakan mengikut undang-undang syariah supaya empat saksi dikemukakan tapi tidak mahu membersihkan namanya dengan cara alternatif iaitu bersumpah laknat," tegasnya yang merupakan peguam syariah.

Sumber: Utusan Malaysia
Kerajaan bersetuju mewujudkan bilik-bilik darjah prasekolah di rumah-rumah panjang negeri ini.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran YB Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan akan memberi tumpuan dalam bidang prasekolah memandangkan bidang pembangunan sosial amat penting di negara ini.

“Kita akan melatih guru-guru di kalangan anak-anak yang terpelajar di rumah panjang negeri ini sebelum mereka ditempatkan untuk mengajar anak-anak prasekolah di rumah panjang,” katanya

“Kita akan kenal pasti 300 bilik darjah baru (di sekolah) di seluruh negara mulai tahun ini untuk tujuan tersebut,” katanya sambil menambah ia adalah proses berterusan dalam mewujudkan prasekolah yang merupakan satu-satunya Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang kini telah mencapai 67 peratus dan perlu ditingkatkan kepada 87 peratus dalam tempoh tiga tahun.

Pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Balai di Jalan Bakun dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemena, katanya kerajaan telah bersetuju dan ia telah dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10).

“Kerajaan akan mengenal pasti keutamaan sekolah terutamanya bagaimana untuk memperbaiki sekolah-sekolah yang usang dan yang sering dilanda banjir,” jelasnya sambil menambah ia akan diberikan keutamaan dalam RMK10", katanya.

Jelasnya, soal pelajaran akan terus diberikan sokongan antaranya prasekolah untuk setiap anak berusia tiga hingga lima tahun amat penting dalam menyediakan asas untuk memperkukuhkan ilmu mereka.

Rata-rata penduduk Sarawak menyokong Barisan Nasional negeri dan pusat yang memperlihatkan penduduk di negeri ini faham mengenai dasar-dasar dikemukakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai gagasan 1Malaysia dan ia juga dilihat sudah sebati di jiwa setiap suku kaum di negeri ini.

Permohonan peruntukan menambah baik Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung San Sebauh yang berkos RM500,000 dan kini telah mempunyai dana RM200,000 serta memerlukan RM300,000 peruntukan lagi, beliau berkata: “Ia jumlah yang kecil yang bukan mencecah juta, justeru kita meluluskan permintaan tersebut.”

Saturday, January 23, 2010

Pehin sri Haji Abdul Taib Mahmud dalam ucapannya di Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Jambatan Strap dalam daerah kecil Pantu, Sri Aman.

“Beliau mahu mewujudkan kegiatan ekonomi yang tertumpu pada sesuatu kawasan demi membolehkan rakyat mengambil peluang untuk mempertingkatkan taraf hidup menerusi kegiatan ekonomi masing-masing selepas ini”.

Dengan adanya langkah ini, corak pemikiran penduduk akan dapat diubah berhubung perolehan faedah ekonomi secara maksimum berbanding perolehan ekonomi secara minimum sebelum ini.

“Dahulu penduduk tinggal berselerak dengan melaksanakan kegiatan ekonomi masing-masing. Jika kita dapat menghimpunkan mereka dalam satu kawasan untuk tujuan ekonomi maka mereka akan belajar daripada peniaga yang lain tentang langkah mengubah taraf hidup masing-masing menerusi kegiatan ekonomi selepas itu,”katanya.

Projek pembinaan Jambatan Batang Strap, Pantu sepanjang 182.4 meter menelan kos sebanyak RM20.4 juta yang bakal menghubungkan penduduk dari 23 rumah panjang dan juga 4 buah sekolah dari kawasan Sungai Batang Strap dengan Pekan Pantu, Sri Aman.

Projek pembinaan Jambatan Batang Strap yang mula dibina pada 9 November tahun lalu dan dijangka siap pada 1 Februari tahun hadapan.
Pandangan Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud

Politik yang diperjuangkan pihak pembangkang di negara ini hanyalah untuk mengapi-apikan kebencian rakyat terhadap Kerajaan Barisan Nasional, dan bukannya untuk membangunkan negara dan negeri untuk kemakmuran rakyat.

“Itulah politik pihak pembangkang. Saya tidak suka bercakap politik secara tidak tentu pasal berbanding dengan golongan pembangkang sehingga merugikan rakyat kita sendiri".

“Justeru, saya berharap agar semua rakyat faham jenis politik yang dibawa oleh golongan terbabit selepas ini", katanya.
Parti Rakyat Sarawak (PRS) tidak akan gentar dengan kehadiran Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak yang bakal mencabar kedudukan mereka di setiap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) milik parti terbabit menjelang pilihan raya akan datang.

Ketua Biro Politik Negeri PKR, Baharuddin Dato Mokhsen menyatakan pihaknya akan menampilkan beberapa muka baru yang bakal bertanding pada pilihan raya negeri akan datang.

Itu hak mereka (pembangkang) jika mereka mahu bertanding di mana-mana kerusi DUN pada pilihan raya akan datang kerana negara kita mengamalkan sistem demokrasi.

Muka-muka baru dari PKR yang dibayangkan bakal bertanding pada pilihan raya negeri akan datang ialah Ibi Uding (Balai Ringin), Richard Lias (Kanowit), Jemat Panjang (Lambir), Angela Labing (Engkilili) dan Frankie Bedindang (Hulu Rajang).

YB Dato Sri Dr James Jemut Masing yang juga Presiden PRS, meminta penduduk kaum Dayak terutamanya Iban dalam negeri ini agar tidak mudah diperlekehkan oleh pihak pembangkang menjelang pilihan raya negeri akan datang.

Justeru saya mahu semua penduduk Dayak khususnya orang Iban agar memikirkan hal ini sedalam-dalamnya sebelum bertindak menyokong calon PKR menjelang pilihan raya negeri akan datang.

Jaminan kepada semua penduduk bahawa kerajaan akan tetap meneruskan projek pembangunan seperti biasa dalam negeri ini menerusi peruntukan oleh yang sedia ada.

Peruntukan yang dimiliki oleh kerajaan menurut Masing boleh disifatkan sebagai ‘air sungai yang tidak pernah putus alirannya’ berbanding dengan peruntukan milik pihak pembangkang yang disifatkan seperti ‘air di dalam dulang yang akan habis tanpa diganti dengan yang air baru’.

Menteri Muda Pertanian (Penyelidikan dan Penyelarasan), YB Mong anak Dagang berkata proses pembangunan akan terbantut sekiranya penduduk di dalam sesebuah kawasan itu kerap menukar wakil rakyat mereka apabila berlangsungnya pilihan raya dalam negeri ini.

Sekiranya wakil rakyat Barisan Nasional (BN) ditolak oleh penduduk pada menjelang pilihan raya akan datang dan seterusnya diganti oleh wakil rakyat pembangkang maka sudah tentunya pelan pembangunan di kawasan itu terbantut dan ini sekaligus merugikan penduduk dalam menikmati pembangunan secara berterusan.

Friday, January 22, 2010

Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) yang ditubuhkan sebelum Sarawak menyertai Persekutuan Malaysia, disahkan menyertai Pakatan Rakyat (PR) sejak 2006 lagi yang mana pada ketika itu, gabungan pembangkang di Sarawak menamakan diri mereka sebagai Barisan Bersatu Sarawak (BBS).
Pada Pilihan Raya DUN 2006, telah menyaksikan parti SNAP telah meletakkan calon hampir di kebanyakan kawasan DUN terutama di kawasan pedalaman. Walau bagaimanapun, ketika itu kesemua calon SNAP telah mengalami kekalahan di tangan BN.

Walaupun PR ditubuhkan selepas Mac 2008, namun, dalam pilihan raya negeri Sarawak pada tahun 2006, SNAP telah pun bersama PKR, Kongres Dayak Malaysia (MDC) dan PAS bagi menjalinkan satu gabungan politik untuk menentang BN yang akhirnya menyaksikan pembangkang berjaya meraih 9 buah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Bagaimanapun, tiada satu pun kawasan DUN yang dimenangi itu diperolehi dari SNAP.

Senario politik semasa Sarawak pada kali ini amat berbeza sekali jika dibandingkan dengan Pilihan Raya DUN Sarawak 2006. Pada kali ini, PKR Sarawak dilihat sangat dominan berbanding parti pembangkang lain seperti DAP, PAS mahupun SNAP sendiri.

Pendirian PKR Sarawak yang sebelum ini akan meletakkan calon-calon yang kebanyakannya terdiri daripada golongan profesional untuk bertanding di kawasan DUN di pedalaman pastinya membuatkan SNAP terpaksa menyerah beberapa buah kawasan DUN dan meletakkan parti ini di kedudukan terakhir walaupun ia sebuah parti popular tempatan Sarawak suatu ketika dahulu. Hakikat ini perlu diakui SNAP apabila dalam Pilihan Raya DUN Sarawak 2006, yang ketika itu PKR Sarawak masih lagi mencari arah perjuangan dan menempatkan diri dalam politik Sarawak.


Berbeza SNAP yang merupakan parti tempatan yang mempunyai nama dan pengaruhnya tersendiri tidak mahu identitinya tenggelam di kalangan parti-parti pembangkang lain. Justeru, persoalan di sini mahukah PKR Sarawak berkrompomi dengan SNAP dalam pembahagian kawasan DUN? Kerana jika diamati, impian besar PKR Sarawak untuk menakluk dan mentadbir Sarawak sekiranya Pakatan Rakyat menang?


Dakwaan segelintir pihak berhubung wujudnya pemimpin tertentu di dalam SNAP yang menyokong BN. Pemimpin SNAP yang menyokong BN itu telahpun dikenakan tindakan disiplin oleh jawatankuasa SNAP dan orang itulah yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan pengundi dalam pilihan raya kecil Batang Air tahun lalu sehingga menyaksikan BN mengekalkan DUN tersebut.

Keadaan ini pastinya tidak berubah andai persefahaman di antara SNAP dan parti-parti pembangkang lain terutama dalam pembahagian kawasanDUN. Untuk itu, keputusan SNAP untuk menyertai Pakatan Rakyat amat merugikan dalam soal politik tempatan Sarawak yang mana potensi SNAP untuk meraih populariti lebih tinggi berbanding PKR Sarawak yang dianggap sebagai parti Semenanjung yang hanya mengutamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam usahanya untuk menjadi Perdana Menteri.
Apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas, YB Gabriel Adit Demong merasmikan Parti Cinta Malaysia (PCM) Cawangan Ngemah di Rumah Unchin Demong di Nanga Bejait, Kanowit Sabtu lalu, Pengerusi PCM Sarawak itu meletakkan harapan tinggi untuk bertanding di 36 kerusi dalam Pilihan Raya DUN Sarawak akan datang.

Adit yang telah kehilangan arah telah membuat keputusan keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak dan menyertai PCM sedar akan hakikat bahawa pengaruhnya adalah terbatas kepada kawasan Kanowit.

PCM seperti parti lain yang pernah hadir dalam arena politik Sarawak dijangka tidak memberi kesan, malah nasib Adit di kawasannya sendiri adalah kelabu. Peluang untuknya mengekalkan kerusi itu dijangka tipis. Adit tidak boleh dipersalahkan jika beliau mempunyai keyakinan tinggi untuk memenangi kerusi itu sekali lagi. Beliau tidak pernah tewas dalam sebarang pilihan raya di kerusi Ngemah yang menjadi kubu kuatnya sejak 1981 dan sudah menjadi ADUN selama 5 penggal.

Namun, hal ini tidak mematahkan azam beliau untuk memperluas sayap parti itu di kawasan luar bandar dengan majoriti Iban, termasuk di Kakus, Sri Aman, Lubok Antu, Batang Air, Betong, Saratok, Engkilili dan Serian.

PCM perlu bersaing dengan calon Barisan Nasional (BN) sama ada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS) atau Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) di kawasan majoriti Iban.

Berdasarkan sejarah, amat sukar bagi PCM untuk menyebarkan pengaruhnya di kalangan pengundi dan rakyat luar bandar dalam waktu singkat, menjelang Pilihan Raya DUN Sarawak yang dijangka diadakan sebelum suku pertama tahun depan. Dengan keterbatasan kewangan, kredibiliti kepemimpinan Adit sendiri yang boleh dipertikaikan, kelemahan sokongan akar umbi, selain kekuatan dan kelebihan yang masih memihak kepada BN.

Impian PCM untuk memenangi sebarang kerusi akan menjadi mimpi ngeri. Ini adalah kenyataan pahit yang perlu diterima Adit sebagai pemimpin parti baru seperti PCM. Kecualilah beliau dapat meyakinkan PCM mampu memperjuangkan dan mentransformasi sosioekonomi pengundi luar bandar, terutama menyelesaikan isu berkaitan Tanah Adat Bumiputera (NCR) yang jelas menjadi duri dalam daging bagi BN.

DAP memasang angan-angan untuk bertarung di sekurang-kurangnya 20 kerusi. Jumlah itu semacam kompromi dan tanda bahawa DAP yang menang besar dalam pilihan raya negeri 2006, ingin memastikan wujud kesepakatan dari segi pengagihan kerusi dengan sekutunya dalam Pakatan Rakyat.

Parti pimpinan Wong Ho Leng itu mempunyai keyakinan tinggi untuk menambah jumlah 7 kerusi yang dimenanginya pada 2006 di tengah-tengah kemelut yang melanda Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP). Impian DAP untuk memenuhi hasratnya itu mungkin tidak sukar direalisasikan jika SUPP gagal menyelesaikan segera masalah dalaman yang membelit parti berusia 50 tahun itu untuk sekian lama.

Masyarakat Cina sudah muak dengan kerenah pemimpin parti tersebut yang dianggap bercakaran sesama sendiri kerana kepentingan peribadi yang sempit. Pilihan raya akan datang tidaklah semudah pilihan raya yang lepas-lepas bagi BN. Landskap dan peraturan politik negeri sudah jauh berubah. Semakin ramai golongan muda akan mengundi dan rakyat semakin sedar dan kritikal terhadap pemimpin.

BN perlu segera menyelesaikan pelbagai isu dan masalah rakyat termasuk masalah ciptaannya sendiri, terutama isu tanah NCR. Dengan gendang perang yang sudah dipalu parti pembangkang, BN tidak boleh terlalu yakin dengan kelebihannya selama ini.

Namun, dengan politik keperluan asas yang masih lagi kuat menguasai rakyat, bukanlah tugas yang mudah untuk Pakatan Rakyat mengambil alih kepemimpinan negeri sekurang-kurangnya untuk 3 pilihan raya lagi.

Sumber: Berita Harian

Wednesday, January 13, 2010

KUCHING- Ketika pemimpin-pemimpin negara dan agama melahirkan kecaman ke atas tindakan membakar gereja di Semenanjung dan beberapa pemimpin Gereja mengambil sikap berkecuali, ada pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk mengeruhkan lagi keadaan apabila mengadakan perhimpunan sebagai menyokong keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu.

Sekumpulan 11 peguam berkumpul di hadapan Kompleks Mahkamah Negeri di Petra Jaya hari ini sebagai menyokong keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh akhbar Herald-The Catholic Weekly.

Dalam perhimpunan 30 minit bermula pukul 8 pagi itu, kumpulan terbabit membawa kain rentang turut menandatangani deklarasi menyokong keputusan tersebut yang dibuat pada 31 Disember 2009.

Kesemua peguam yang menyertai perhimpunan itu terdiri daripada Parti DAP seperti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa, YB Chong Chieng Chen, ADUN Bukit Assek, YB Wong Ho Leng, ADUN Pending YB Violet Wui Wui.

Paderi Pusat Putra Kristian di Serdang, Selangor, Vincent Chan Wei San pula mengambil pendekatan berbeza dan menjernihkan semula keadaan atau 'ketegangan' ketika ini dengan mengelak daripada menggunakan kalimah Allah dalam ceramah atau khutbahnya. "Umat Islam dan penganut Kristian sepatutnya bersahabat dan bukannya bermusuhan antara satu sama lain”.

Presiden Majlis Jaksa Pendamai Malaysia, Datuk Clarence Bongkos Malakun yang meminta akhbar mingguan Katolik itu menggugurkan tuntutannya di mahkamah.

Semua pihak perlu bertenang dan tidak emosional sebaliknya rasional dalam menangani isu tuntutan kalimah Allah. Penyelesaian secara berdialog perlu dilakukan supaya pihak yang terlibat dapat memberi pandangan mengenai perkara tersebut secara ilmiah.

Penyelesaian bersandarkan ilmu dengan mengambil kira faktor sejarah, perlembagaan, kontrak sosial dan juga semangat perpaduan di negara ini perlu dilakukan.

Sumber: Utusan Malaysia
Masyarakat diingatkan supaya tidak terperangkap dengan permainan politik Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh gereja Katolik.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd. Noor mendakwa, pendirian semasa Penasihat PKR itu berhubung isu itu disebabkan beliau semakin terdesak dengan tarikh perbicaraan kes tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang semakin hampir.

Menjelang Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang dijangka tidak lama lagi adalah tidak mustahil Datuk Seri Anwar Ibrahim dan koncu-koncunya menggunakan isu itu untuk meraih sokongan.

Sebelum ini, pada 5 Januari lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam laman blognya http://anwaribrahimblog.com menyiarkan kenyataan Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR, Dr. Muhd. Nur Manuty yang mewakili pendirian Parti Keadilan Rakyat dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam.

PKR berpendirian keinginan masyarakat bukan Islam menggunakan kalimah Allah adalah perkembangan positif dan perlu diterima secara terbuka dan tidak perlu pihak tertentu mengambil kesempatan menjadikannya agenda politik untuk menampakkan merekalah jaguh dalam mempertahankan Islam di negara ini.

Ezam mendakwa agenda jahat Anwar itu boleh dilihat melalui kecaman Penasihat PKR itu terhadap negara Islam yang didakwanya menzalimi kelompok minoriti pada awal Disember 2009 di Australia. Kecaman Anwar itu disiarkan dalam media Australia termasuk The Age pada 6 Disember lalu.

"Dan hari ini dia bakar sentimen Kristian di Malaysia dalam isu kalimah Allah, Anwar memang pemimpin yang sanggup lakukan apa saja demi kepentingan peribadi".

Dan kenyataan dia di Australia sebulan sebelum isu penggunaan kalimah Allah di Malaysia meletus memaparkan agenda jahatnya.

Sumber: Utusan Malaysia
Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!