Wednesday, May 27, 2009

Kerajaan negeri Sarawak akan terus mencari jalan bagi meningkatkan program pembangunan tanah bagi Hak Tanah Adat (NCR).

Justeru, kerajaan Sarawak telah melantik Lembaga Simpanan dan Kemajuan Tanah (LCD atau PELITA) dan pasukan petugas berhubung kemajuan tanah NCR mencari jalan bagi memberi pulangan maksimum kepada pemilik tanah NCR dan menggalakkan lebih ramai peserta tanah NCR. Tindakan kerajaan ini bertujuan untuk membantu penduduk dalam membangunkan tanah NCR yang terbiar dan mampu memberi pulangan kepada pemilik tanah NCR.

Bagi setiap hektar tanah, kerajaan telah memutuskan semua peserta pembangunan tanah NCR di seluruh negeri akan menerima RM150 bagi setiap hektar sebagai intensif setiap tahun.

Pemilik tanah NCR akan menikmati insentif ini sehingga mereka mendapat bayaran dividen. Syarikat perlu mengambil masa untuk mula membayar dividen kerana terpaksa menunggu sawit untuk matang, mengeluarkan buah dan dan untuk dituai.



Sekumpulan 174 orang dari 22 rumah panjang yang menyertai perladangan Teamplete PELITA menerima insentif berjumlah RM70,180. Mereka juga menerima surat pengesahan pemilikan bagi lot individu dalam perladangan yang dikeluarkan oleh LCDA.



Kumpulan lain seramai 1,701 dari rumah panjang yang juga peserta bersama perladangan Boustead PELITA Kanowit meliputi kawasan seluas 14,000 hektar, menerima sejumlah RM1.678 juta dalam bentuk dividen.



Pemilik tanah NCR harus mengambil peluang ini bagi memperoleh pendapatan hasil daripada pembangunan NCR. Konsep yang diterapkan ini berlandaskan 1Malaysia, rakyat didahulukan, prestasi diutamakan. Cakap-cakap yang mengatakan kerajaan mengambil tanah NCR rakyat adalah tidak benar sama sekali. Sebaliknya kerajaan sentiasa berusaha mempertingkatkan pendapatan rakyat dan seterusnya membantu rakyat dalam mengusahakan tanah NCR.



Sumber: Utusan Sarawak

Monday, May 18, 2009

Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), bukannya masa dan tempat untuk membangkitkan isu politik serta memesongkan fakta sebaliknya sebagai tempat untuk mengemukakan permasalahan rakyat. Seseorang wakil rakyat yang bertanggungjawab dan prihatin terhadap masalah rakyat tidak akan bertindak seperti itu tetapi sebaliknya mengutamakan kepentingan rakyat.

Sebagai wakil rakyat yang dipilih rakyat, pemimpin sepatutnya turun padang bagi menyelesaikan masalah serta membela nasib rakyat dan tidak bercakap kosong untuk kepentingan politik peribadi.

Tindakan YB Chong Chieng Jen, ADUN DAP-Kota Sentosa yang membuat dakwaan di dalam dewan semasa persidangan DUN Sarawak yang mendakwa SUPP telah menipu rakyat khasnya penduduk di sekitar bandaraya Kuching berkenaan kajian terhadap tebatan banjir di kawasan berkenaan. Kenyataan yang berunsurkan politik tidak sepatutnya di bawa ke dalam dewan yang mulia itu.

Sumber: Utusan Sarawak

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP-Kota Sentosa telah menarik balik kenyataannya berhubung tuduhan terhadap Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) yang berbohong mengenai kajian Langkah Pencegahan Banjir yang menjadi isu panas di Persidangan DUN Sarawak yang sedang berlangsung sekarang.

Tindakan YB DAP-Kota Sentosa itu menarik balik kenyataannya bagi mengelak dirujuk kepada Jawatankuasa Hak Istimewa DUN. Sebelum ini, Speaker DUN telah mengarahkan beliau menarik balik tuduhan tersebut atau mengemukakan bukti bagi menyokong kenyataan itu atau dirujuk kepada jawatankuasa khas itu.

YB Kota Sentosa itu mengambil keputusan menarik balik tudahannya itu. Beliau yang sebelum ini bertegas mempertahankan kenyataannya akhirnya telah menukar fikiran dan menarik balik kenyataannya. Keputusa itu telah membolehkan beliau terlepas daripada dirujuk kepada jawatankuasa khas.

Tujuan utama persidangan DUN ialah untuk mengemukakan permasalahan rakyat dan persoalan-persoalan mengenai pentadbiran kerajaan dan bukannya membawa isu politik di dalam DUN. Justeru, tindakan YB dari DAP itu membawa isu politik di dalam DUN dilihat sebagai tidak sesuai dan tidak sepatutnya berlaku. Pembangkang seharusnya menggunakan persidangan DUN ini sebagai medan untuk memperjuangkan kepentingan rakyat dan bukannya meraih simpati politik.

Sumber: Utusan Sarawak

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!