Konsep satu Malaysia yang diilhamkan Datuk Seri Najib Tun Razak sejurus perlantikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-Enam memberi maksud: “Setiap warga negara Malaysia di mana mereka berada tanpa mengira Agama, Bangsa, Warna Kulit dan Kedudukan akan diutamakan, keutamaan akan merentasi semua lapisan masyarakat tidak ada yang tercicir dari arus perdana walau di mana mereka berada. Sama-sama bertanggungjawab untuk membawa Malaysia ke arah mencapai Wawasan 2020”.
“Kita perlu menyatukan pemikiran kita, barisan kita, cara kita bertindak serta mengetahui halatuju kita. Setiap individu mesti bertekad, berazam dan seterusnya beriltizam untuk sama-sama memikul tanggungjawab melaksanakan sedaya upaya mungkin segala perancangan kerajaan tanpa melihat kebelakang, tanpa curiga serta cemburu dengan apa-apa yang dimiliki oleh orang lain kerana kita hanya satu wawasan, satu tujuan, satu matlamat, iaitu menjadikan negara Malaysia satu negara maju menjelang tahun 2020. Setiap rakyat akan dibahagikan sama rata dari semua aspek tidak ada seorang pun yang dipinggirkan dari arus perdana”.
“Satu ummah dalam satu negara berasaskan kebebasan berfikir, bersuara berpandukan kepada lunas undang-undang negara”.
“Wawasan beliau sejajar dengan perjuangan Rasullullah S.A.W semasa berada di Madinatul Munawarah iaitu menyatukan ummah dari kalangan Muhajirin dan Ansar”.
Rakyat Malaysia wajar menyambut baik hasrat dan cita-cita Perdana Menteri untuk menjadikan negara kita, ”Satu Malaysia” sebagai Wawasan sepanjang pemerintahan beliau. Amanah yang pikul Perdana Menteri dalam merealisasikan impian kira-kira 28.306 juta orang rakyat Malaysia.








