Thursday, February 19, 2009



Setiap kali berlangsungnya majlis yang melibatkan YB dan Menteri yang diadakan di Sarawak pastinya ada menerima ‘gangguan’ berdemontrasi. Setiap kali menerima gangguan tersebut telah menyebabkan majlis itu tergendala dan menimbulkan rasa ketidakselesaan di kalangan tetamu yang hadir serta pihak penganjur. Apakah niat sebenar golongan ini bertindak membuat gangguan di majlis itu? Tidakkah golongan ini terfikir akan kesan yang ditanggung oleh pihak penganjur disebabkan tingkah laku mereka mengganggu majlis orang?



Tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak elakukan gangguan demonstrasi di hadapan Hotel Fata bagi membantah penglibatan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam rampasan kuasa di Perak. Mereka juga mengibarkan banting yang bertulis “Bubarkan DUN Perak, Kembalikan Kuasa Perak”. Apakah relevannya tindakan PKR Sarawak dalam membawa krisis politik Perak di Sarawak? Atau, Apakah mereka tidak ada perasaan bersalah di atas tindakan mereka yang telah menimbulkan kekacauan pada majlis orang? Dalam demontrasi itu juga penyokong PKR Sarawak telah mengambil kesempatan melaungkan “Reformasi” dan “Keadilan” sebagai menghangatkan lagi demonstrasi mereka. Kedatangan Datuk Seri Najib ke Sarawak adalah tujuan lawatan rasmi untuk menyampaikan geran untuk sekolah bantuan di Sarawak.



Demonstrasi anjuran PKR Sarawak ini telah diketuai oleh ADUN Padungan, YB Dominique Ng Kim Ho, Wong Huan Yu, pemimpin PKR Sarawak dan ahli MPT PKR Pusat merangkap Pengerusi Pengelola. Walau bagaimanapun, demontrasi PKR Sarawak itu telah kurang mendapat sambutan rakyat Sarawak apabila dianggarkan hanya lebih kurang 20 orang sahaja yang menyertainya. Kepantasan anggota polis FRU yang tiba di perkarangan Hotel Fata telah berjaya mengawal keadaan.



Sebelum ini tidak pernah atau tiada langsung budaya berdemonstrasi di Sarawak. Namun, semenjak kedatangan PKR ke Sarawak budaya demonstrasi telah menular masuk dan menjadi amalan dalam masyarakat Sarawak. Dalam hal ini, rakyat Sarawak harus sedar bahawa tindakan mereka ‘mengikut’ budaya PKR ini adalah sebagai sia-sia dan membuang masa. Pada masa yang sama, demonstrasi ini telah menggugat kesejahteraan, kesopanan dan nilai santun rakyat Sarawak.





Thursday, February 5, 2009

Sepanjang minggu ini media di Malaysia banyak memperkata dan melaporkan tentang kemelut politik yang berlaku di Perak. Tumpuan tentulah kepada kerajaan di bawah Pakatan Rakyat (PR) yang diberi mandat memerintah Negeri Perak pada Pilihan Raya Umum Mac lepas.



Kekecohan dan ketidaktentuan politik di Perak bagi penulis memang tidak menghairankan dan ia telah dijangka. Kerajaan Negeri Perak di bawah PR diketahui umum mempunyai ideologi dan aspirasi politik yang berbeza, masing-masing ingin menonjolkan kehebatan dan kekuatan politik yang didokong. Yang rugi ialah rakyat yang masih tertunggu-tunggu akan janji-janji dan pembaharuan yang dicanangkan sewaktu pilihan raya umum dulu. Sehingga sekarang nampaknya kerajaan baru di bawah PR masih belum stabil dan goyah sedangkan pilihan raya umum telah hampir setahun berlalu. Belum nampak adanya keharmonian dan ketenangan di negeri itu sedangkan rakyat mengharapkan pembelaan dan tumpuan. Bayangkan, jika keadaan yang sama mungkin akan berlaku jika ditakdirkan PR memerintah Sarawak. Fikirkanlah rakyat Sarawak!



Senario politik semasa yang berlaku pada masa kini turut mendatangkan impak kepada Negeri Sarawak. Kita di Sarawak tidak terlepas daripada perkembangan politik semasa ini. Banyak ceramah dan aktiviti PR (PKR, DAP dan PAS) telah diadakan di Sarawak. Semakin kerap dan ramai pemimpin-pemimpin politik PR datang ke Sarawak; satu keadaan yang dulunya jarang kita saksikan. Pendekatan dan budaya politik yang dibawa juga satu benda baru yang kita tidak pernah kita saksikan sebelum ini. PR sering menghebahkan matlamatnya untuk ’membela’ dan ’memperjuangkan’ nasib rakyat dan pribumi Sarawak yang dikatakan ditindas, tidak menikmati pembangunan dan dizalimi. Betul atau tidak, apa yang dibawa oleh pemimpin-pemimpin PR ini cuma rakyat Sarawak sahaja yang tahu.



Kita di Sarawak seronok dan teruja mendengar pelbagai cerita dan berita yang kita dengar dalam ceramah-ceramah yang disampaikan oleh pemimpin PR. Tetapi tidakkah kita terfikir ianya cuma Indah Khabar Dari Rupa. Kita seronok mendengar pelbagai janji yang dicanangkan oleh Pakatan Rakyat kepada kita sedangkan realitinya masih tidak pasti janji-janji tersebut dapat dipenuhi atau tidak.....

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!