SAYA BUKAN AHLI PKR SARAWAK SECARA RASMI: GABRIEL ADIT

Gabriel Adit semasa mengumumkan perlantikannya sebagai Pengerusi Parti Cinta Malaysia (PCM) Sarawak menjelaskan bahawa selama ini beliau bukan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak secara rasmi.

“Saya tidak pernah menjadi ahli PKR Sarawak secara rasmi. Sebaliknya, saya ‘mengundur diri’ daripada PKR dan bukannya meletakkan jawatan sebagai ahli PKR, katanya.

Menjelang Pilihan Raya DUN Sarawak akan datang, Adit yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah berkata PCM Sarawak akan bertanding di semua konstituensi yang berpotensi untuk menang.

PCM Sarawak bersedia bekerjasama dengan sesiapa yang menentang Barisan Nasional (BN) dan mendapatkan penyelesaian berhubung isu yang menjejaskan rakyat.

Dalam persiapan Pilihan Raya DUN Sarawak, Adit memberitahu akan membuka cawangan pertama PCM di Kanowit pada bulan depan.

Beliau akan terus memperkenalkan PCM di Kakus, Tamin, Pelagus, Belaga, Baleh, Sri Aman, Bekenu, Bata Danau, Lawas dan kawasan-kawasan lain di Sarawak.

Sumber: Utusan Borneo
 

GABRIEL ADIT: ANWAR IBRAHIM DIMINTA SEGERA UNDUR DARI SARAWAK

Pengerusi Parti Cinta Malaysia (PCM) Sarawak, Gabriel Adit Demong meminta Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) segera berundur dari Sarawak.

“Saya mahu Anwar dan para pengikutnya (pemimpin Pakatan Rakyat) berundur dari Sarawak. Jangan cakap banyak, anda (Anwar) mungkin pemidato yang baik tetapi anda hanya cakap di bandar sahaja (Kuching, Sibu dan Bintulu). Anda (Anwar) juga perlu cakap di Kapit, Kanowit, Belaga, Ulu Baleh... membantu ke akar umbi,” katanya ketika mengumumkan perlantikannya sebagai Pengerusi PCM Sarawak.

Sumber: Utusan Borneo
 

GABRIEL ADIT: LUPAKAN PKR, SERTAI PARTI CINTA MALAYSIA

Setelah sebelum ini menyuarakan hasratnya untuk menyertai sebuah parti baru selepas menyatakan sokongan pudarnya ke atas Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah, YB Gabriel Adit Demong, 58 telah menyertai parti baru – Parti Cinta Malaysia (PCM).

PCM telah ditubuhkan kira-kira 4 bulan lalu berpangkalan di Pulau Pinang secara rasminya melantik Gabriel Adit Demong sebagai Pengerusi PCM Sarawak. Adit tidak bersendirian dalam tindakannya apabila beliau disertai bekas PKR Sarawak, Laurence Dick, seorang pesara guru.

Tan Weng Chew dalam sidang akhbarnya dengan rasmi melantik Gabriel Adit sebagai Pengerusi PCM dan Laurence Dick Sakalai sebagai Timbalan Pengerusi PCM Sarawak.

Dalam sidang akhbarnya selepas pengumuman itu, Adit menjelaskan beliau tidak akan mengecewakan rakyat Sarawak dengan menyertai parti baru itu.

“Selepas menilai PKR Sarawak, saya tidak rasa mereka mampu mengambil alih Sarawak pada Pilihan Raya Negeri akan datang. Saya harap kita (PCM) dapat memberi khidmat kepada rakyat Sarawak lebih baik, katanya pada sidang media itu.

Sehingga kini Adit telah menyertai 3 buah parti, sebelum ini beliau pernah menyertai BN dengan menganggotai Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS), Bebas dan PKR.

Beliau menyertai PKR pada penghujung tahun 2008 tetapi meninggalkan parti itu Oktober lalu atas alasan tidak bersetuju dengan perlantikan pemimpin tertinggi parti. Sebelum menyertai PCM, beliau telah didakwa menubuhkan Parti Pakatan Rakyat Malaysia yang telah menimbulkan kerisauan terhadap DAP dan PKR.

Sumber: Malaysiakini dan Utusan Borneo
 

PEMIMPIN-PEMIMPIN HARUS TURUN PADANG LIHAT PROJEK RAKYAT DAN BUKANNYA MENGKRITIK KERAJAAN SAHAJA

KUCHING – Pemimpin-pemimpin pembangkang khususnya wakil-wakil rakyat harus turun padang untuk melihat projek-projek yang dilaksanakan Kerajaan kepada rakyat yang diwakilinya dan bukan hanya mengkritik Kerajaan melalui akhbar dan internet sahaja.

Melihat keadaan sekarang pemimpin-pemimpin dan wakil-wakil rakyat pembangkang cenderung mengkritik Kerajaan tetapi tidak pernah turun padang melihat projek yang dilaksanakan Kerajaan. Dan, apabila mengkritik bukan berdasarkan fakta tetapi mengikut emosi dalam usaha mempengaruhi pembaca dan masyarakat. Dalam hal ini, pemimpin-pemimpin dan wakil-wakil rakyat pembangkang hanya menjadikan politik sebagai pentas untuk mempengaruhi rakyat membenci Kerajaan dan bukannya membantu mengatasi masalah rakyat.

Di kawasan Kuching Selatan, Datuk Bandar MBKS James Chan meminta pemimpin-pemimpin pembangkang turun padang dan menilai sendiri projek yang telah dilaksanakan Kerajaan. Menjadi kebiasaan, pemimpin-pemimpin pembangkang hanya pandai mengkritik tetapi tidak mahu turun padang untuk melihat projek-projek yang dilaksanakan Kerajaan di kawasan mereka.

Sebagai contoh, walaupun kawasan Padungan yang diwakili ADUN YB Dominique Ng Kim Ho dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) namun Kerajaan tetap melaksanakan projek di kawasan itu. Sebagai wakil rakyat, ADUN itu perlu juga bersama-sama meninjau projek yang dilaksanakan demi kepentingan rakyat. Dan, bukannya hanya pandai mengkritik Kerajaan sahaja tanpa melihat keprihatinan Kerajaan terhadap rakyat di kawasan itu.

Tindakan Kerajaan melaksanakan projek-projek di kawasan yang diwakili pembangkang membuktikan bahawa Kerajaan tidak melihat ideologi politik sebagai halangan Kerajaan untuk membantu rakyat. Dalam hal ini, Kerajaan membuktikan bahawa tindakan Kerajaan benar-benar prihatin terhadap nasib rakyat seperti yang diterjemahkan Perdana Menteri, rakyat didahuluka, pencapaian diutamakan. Manakala pembangkang pula sentiasa dengan mottonya, pembangkang didahulukan, rakyat dikemudiankan.

Terdahulu, Datuk Bandar MBKS bersama dengan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato Seri Douglas Unggah Embas telah meninjau projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Sungai Padungan.

Apabila siapnya projek tebatan banjir itu nanti, penduduk di kawasan terbabit akan berasa lebih selesa dan mampu mengatasi masalah banjir.

Projek yang bermula pada 3 Ogos 2009 itu dijangka siap sepenuhnya menjelang Ogos tahun depan dengan kos berjumlah RM18.4 juta.


Sumber: Utusan Borneo
 

NAMANYA SEBUAH ‘PAKATAN’: PAS-PKR MASING-MASING PERTAHANKAN PEMIMPIN MEREKA JADI KETUA PRM

Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) masing-masing mahu Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetuai Pakatan Rakyat Malaysia (PRM) selepas didaftarkan sebagai parti gabungan pembangkang.

Pas Kelantan yakin Nik Aziz adalah tokoh paling layak diangkat sebagai Pengerusi PRM berdasarkan pengalaman luasnya dalam politik dan pentadbiran kerajaan Kelantan, Angkatan Muda Keadilan (AMK) pula melihat kewajaran melantik Anwar berdasarkan kedudukan beliau sebagai ketua pembangkang.

Setiausaha Badan Perhubungan Pas Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim, berkata Menteri Besar Kelantan bukan saja mempunyai pengalaman selama 19 tahun mengetuai kerajaan negeri, malah menjadi wakil rakyat selama 42 tahun.

Zaid Ibrahim sebelum ini telah mencadangkan Menteri Besar Kelantan bagi jawatan Pengerusi PRM dengan mengetepikan Anwar selain meminta Anwar, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuat 'pengorbanan'.

Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin, berkata Anwar paling layak dilantik Pengerusi PRM berdasarkan kedudukannya sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen. Pelantikan Anwar dilihat sebagai tindakan berasaskan konsep musyawarah walaupun ada pihak yang mempersoalkan kewibawaan Anwar berikutan terikat dengan kes mahkamah.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi DAP, Tan Seng Giaw, berkata partinya tidak mempunyai masalah untuk menerima pemimpin Pas sebagai pengerusi PRM, walaupun dasar perjuangan Pas yang berteraskan Islam.
 

PARTI PAKATAN RAKYAT MALAYSIA: PILIH NIK AZIZ KETEPIKAN ANWAR IBRAHIM ATAS FAKTOR MORAL


Pengerusi Penaja Pakatan Rakyat Malaysia (PRM), Datuk Zaid Ibrahim, sebelum ini telah mencadangkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat sebagai Pengerusi PRM di atas pengalamannya sebagai pembangkang dan Menteri Besar Kelantan.

Pelbagai reaksi dan tanggapan negatif dan positif di atas cadangan Zaid Ibrahim ini. Walau bagaimanapun cadangan melantik Datuk Nik Aziz Nik Mat sebagai Pengerusi PRM telah mendapat sokongan ramai.

Menurut Zahid lagi, cadangan beliau ini telah mendapat sambutan daripada masyarakat berbilang kaum.

Sokongan itu sekaligus mengenepikan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sebelum ini diwar-warkan untuk diangkat menjadi Ketua dan sekiranya berjaya mengambil alih Kerajaan akan dilantik sebagai Perdana Menteri iaitu jawatan yang memang menjadi impian beliau terdahulu.

Bekas rakan baik Anwar, Datuk S Nallakaruppan, turut bersetuju dengan Zaid dan menganggap Penasihat Parti Keadilan (PKR) itu tidak layak memimpin gabungan itu. Nallakaruppan yang juga pengasas dan Presiden Parti Bersatu India Malaysia berkata, “Anwar tidak seharusnya memimpin parti gabungan pembangkang kerana ada pemimpin lain yang lebih layak bagi jawatan itu. Anwar secara moral tidak layak mendudukinya," katanya.
 

KENYATAAN VOON LEE SHAN BERBAU HASUTAN PERKAUMAN

Wakil Rakyat BN telah membuat laporan polis berhubung kenyataan Wakil Rakyat DAP-Batu Lintang, YB Voon Lee Shan yang disifatkan berbaur hasutan dan berniat melaga-lagakan masyarakat di Sarawak dan Malaysia.

Laporan itu menyatakan kata-kata yang menyentuh sensitiviti kaum terutama berkaitan masyarakat Melayu dan Dayak telah dibuat oleh YB Voon Lee Shan pada 11 November 2009 (Rabu) pada kira-kira jam 6.15 petang, semasa berucap dalam perbahasan. Terdahulu, wakil rakyat BN telah memberi tempoh sehingga 17 November (Isnin) untuk menarik balik kenyataannya tetapi enggan berbuat demikian.

Sebelum ini, beberapa wakil rakyat BN telah meminta Wakil Rakyat DAP-Batu Lintang itu meminta maaf atau menarik balik kenyataannya namun, beliau tidak mengendahkannya.

Berikut antara bahasa dan ucapan Voon Lee Shan pada muka surat 55 dan 56 Penyata Rasmi Persidangan DUN, bertarikh 11 November 2009.

“Apabila kita membentuk Malaysia, kita telah membiarkan diri kita dikalsifikasikan sebagai Bumiputera dan Bukan Bumiputera. Rakan-rakan Dayak kita di negeri ini terperangkap dan tidak sedar akan impian besar seorang pemimpin Melayu, Tunku Abdul Rahman yang memecahbelahkan rakyat Malaysia kepada Bumiputera dan Bukan Bumiputera yang bertujuan untuk memperkasakan penguasaan Melayu dalam politik dan kaum ke atas kaum-kaum lain di Malaysia”.

“Melayu dijadikan kaum yang berkuasa diikuti kaum pribumi yang lain, tetapi tanpa disedari masyarakat Dayak, dengan definisi ‘pribumi’ telah mengenepikan masyarakat Iban dan Bidayuh. Beginilah cara masyarakat Melayu di Malaya yang dirancang oleh Tunku Abdul Rahman menguasai politik dan ekonomi Malaysia sejak 46 tahun lalu”.

“Iban dan Bidayuh sebagai dua kaum pribumi terbesar telah diperbodohkan oleh Kerajaan Persekutuan dalam tempoh 46 tahun sejak Malaysia terbentuk namun tiada wakil terpilih sehingga ke hari ini berani bersuara mengenai perkara ini kepada UMNO dan masyarakat Melayu dari Malaya yang mahu menguasai masyarakat Dayak di Sarawak”.

Ucapan tersebut dilihat berbau hasutan dan berniat jahat untuk melaga-lagakan masyarakat majmuk di negeri dan negara ini. Ini adalah satu tindakan yang amat berbahaya dan tidak bertanggungjawab. Untuk itu, laporan polis dibuat dan diminta siasat di bawah Akta Hasutan 1948.

Sumber: Utusan Sarawak
 

AKIBAT MULUT BADAN BINASA: TUDUHAN ADUN DAP HANYA UNTUK DAPATKAN PUBLISITI

ADUN DAP-Kota Sentosa, YB Chong Chien Jen telah menerima hukuman akibat daripada perbuatannya sendiri apabila melemparkan tuduhan liar kepada Kerajaan. Tuduhan liar ADUN Kota Sentosa itu ke atas Kerajaan Sarawak yang mengatakan bahawa dana pembangunan yang diperuntukkan dalam Bajet Negeri hanya dikawal atau dipegang oleh Menteri Kewangan adalah sebagai ‘tidak benar’.

Tuduhan itu tidak berasas sama sekali kerana sebelum sesuatu belanjawan dibentangkan, setiap kementerian diminta mengemukakan keperluan masing-masing untuk digunakan pada tahun depan.

Di sini jelas menunjukkan bahawa YB Chong Chien Jen ini tidak mengetahui atau memahami proses penyediaan Bajet Negeri. Sebaliknya, hanya melontarkan tuduhan yang tidak benar sehingga boleh memesongkan tanggapan orang ramai ke atas Kerajaan. Beginilah sikap pemimpin pembangkang yang sengaja hendak menonjolkan kontroversi bagi mendapatkan perhatian.

Proses penyediaan Bajet adalah seperti berikut, Kerajaan pada bulan September setiap tahun dengan setiap agensi atau jabatan mengemukakan rancangan pada tahun depan kepada kementerian masing-masing. Selepas itu, ia akan diterima oleh Jawatankuasa Bajet Negeri yang membabitkan semua Setiausaha Tetap Kementerian. Seterusnya ia akan dibincangkan di peringkat kabinet dan Ketua Menteri yang juga Menteri Kewangan hanya terbabit di peringkat akhir, sebelum dibentangkan dalam persidangan DUN untuk diluluskan.

Tindakan YB Kota Sentosa itu yang memperlekehkan Bajet Negeri boleh menjejaskan keyakinan orang ramai terhadap kerajaan.

Sehubungan itu, keputusan mengenakan hukuman ke atas ADUN Kota Sentosa itu dilihat sebagai wajar dan ‘terpaksa’ dilakukan kerana YB Chong Chien Jen itu gemar melemparkan tuduhan yang tidak berasas. Persidangan DUN Sarawak merupakan tempat penting untuk mengetengahkan permasalahan rakyat dan berbincang secara serius dalam apa-apa perkara. Sebaliknya, YB Kota Sentosa itu menjadikan DUN Sarawak sebagai kedai kopi yang membincangkan perkara yang remeh temeh.

Sumber: Utusan Borneo
 

16 SEPTEMBER CUTI UMUM: KERAJAAN HARGAI PERJUANGAN RAKYAT SARAWAK DAN SABAH

Pelbagai pihak terutama rakyat Sabah dan Sarawak serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) gembira pengisytiharan cuti umum seluruh negara pada 16 September sebagai Hari Malaysia dan menyifatkan ia adalah langkah bijak kerajaan dalam serta merealisasikan konsep 1Malaysia.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Douglas Unggah Embas, berkata beliau mengalukan keputusan kabinet itu dan ia menunjukkan kerajaan begitu komited dalam menyatu padukan rakyat di seluruh negara.

“Dengan adanya cuti umum ini, rakyat negara ini akan dapat memahami konsep penubuhan Persekutuan Malaysia dengan lebih mendalam,” katanya.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, berkata, 16 September adalah peristiwa bersejarah kerana ketika itu rakyat Sabah yang terdiri pelbagai kaum dan etnik bersatu untuk mencapai kemerdekaan menerusi pembentukan Malaysia seterusnya membebaskan diri daripada belenggu penjajahan.

Sambutan Hari Malaysia yang diraikan pada 16 September setiap tahun sebagai cuti awam seluruh negara mulai tahun depan, akan mencetuskan semangat dan iltizam rakyat negeri itu untuk mengukuhkan lagi perpaduan sesuai dengan gagasan 1Malaysia.

Pengerusi Persekutuan Persatuan Orang Ulu Sarawak Malaysia (Forum) yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Telang Usan, Lihan Jok, berkata langkah itu membolehkan penduduk lebih memahami gagasan 1Malaysia.

Naib Presiden Pertubuhan Kebangsaan Pasokmomogun Kadazandusun Bersatu (Upko), Senator Datuk Maijol Mahap, berkata pengumuman itu membuktikan Najib tidak mengabaikan kehendak rakyat Sabah dan Sarawak untuk meraikan pembentukan Malaysia bersama rakyat Semenanjung.

Sumber: Berita Harian
 

PEMILIHAN BARU BIAN MEMEGANG JAWATAN KETUA PERHUBUNGAN PKR SARAWAK MUSNAHKAN HARAPAN DOMINIQUE NG

Pengumuman Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menyerahkan jawatan paling kontroversi, Ketua Perhubungan PKR Sarawak kepada Baru Bian telah mencetuskan pergolakan dalam PKR Sarawak. Jawatan tersebut telah menjadi pertikaian di kalangan PKR Sarawak setelah PKR Pusat sebelum ini mengumumkan perlantikan Mustaffa Kamil Ayub bagi menerajui PKR Sarawak.

Mustaffa Kamil Ayub bukan anak jati Sarawak dan dilantik menerajui PKR Sarawak bagi menggantikan Anwar Ibrahim. Keputusan Anwar Ibrahim melantik Mustaffa dan menidakkan pemimpin anak tempatan untuk menerajui PKR Sarawak disebabkan tiada calon berwibawa.

Perlantikan Mustaffa telah menerima banyak kecaman daripada ahli-ahli PKR Sarawak. Ramai di kalangan ahli-ahli PKR Sarawak melihat perlantikan itu sebagai menidakkan keupayaan kepimpinan anak Sarawak.

Ekoran desakan demi desakan, PKR Pusat telah mengambil langkah drastik dengan menyerahkan jawatan Ketua Perhubungan PKR Sarawak kepada Baru Bian. Namun, keputusan PKR Pusat itu telah merumitkan lagi keadaan yang mana ada beberapa pemimpin lain yang sangat mengidam jawatan itu.

Sekarang ini telah terjawab, apabila ADUN Ngemah, Gabriel Adit Demong dan ADUN Padungan, Dominique Ng yang sangat berminat dengan jawatan itu telah berputih mata.

Pemilihan Baru Bian ke jawatan yang menjadi isu di kalangan pemimpin PKR Sarawak telah memusnahkan harapan ADUN Padungan, Dominique Ng untuk menduduki kerusi berkenaan.

Begitu juga Gabriel Adit yang tidak membayangkan jawatan itu telah semakin jauh menghampirinya dan terpaksa membuat keputusan untuk tidak menyokong lagi PKR Sarawak. Berdasarkan kenyataan itu, tidak mustahil sekiranya Gabriel Adit mengambil keputusan untuk keluar terus dari PKR Sarawak.

Sebarang kemungkinan apa sahaja akan berlaku. Situasi ini semakin rumit dan merumitkan lagi peluang untuk PKR Sarawak memenangi Pilihan Raya DUN Sarawak akan datang.
 

GABRIEL ADIT BAYANGKAN KELUAR PKR SARAWAK

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah yang juga Ahli Majlis Kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak, Gabriel Adit Demong membayangkan hasratnya untuk keluar daripada PKR Sarawak. Semalam, beliau telah mengumumkan tidak lagi menyokong PKR Sarawak.

Spekulasi yang timbul daripada tindakan itu mengatakan bahawa Gabriel Adit kecewa dengan keputusan pucuk pimpinan PKR yang melantik Baru Bian sebagai Ketua Perhubungan PKR Sarawak menggantikan Mustaffa Kamil Ayub.

“Saya tidak lagi menyokong PKR, jadi apa saya peduli. Apa yang saya nak katakan kepada Baru Bian ialah semoga berjaya”, kata Gabriel Adit.

Menurutnya lagi, memberi jawatan itu kepada Baru Bian sebagai satu kesilapan PKR tetapi saya berharap saya salah.

Gabriel Adit menyertai PKR Sarawak pada penghujung tahun 2008 iaitu selepas genap 2 tahun beliau memenangi kerusi DUN Ngemah atas tiket Bebas. Beliau pernah menyertai SPDP tetapi keluar daripadanya sebelum Pilihan Raya DUN Sarawak 2006.

Kini kedengaran beliau akan menyertai semula SPDP.

Sehingga kini, beliau masih belum mengesahkan pendirian politiknya sama ada pro BN atau masih bersifat anti-kerajaan.

Sumber: Utusan Borneo
 

KEMENANGAN MAJORITI BESAR DI BAGAN PINANG CETUSKAN SEMANGAT PERJUANGAN BARU BN SARAWAK


Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak “kemenangan besar Barisan Nasional (BN) di Bagan Pinang meniupkan semangat baru di kalangan ahli parti untuk terus berjuang bagi mencapai kejayaan lebih besar.

Perdana Menteri berkata, kejayaan luar jangkaan itu juga membuktikan sambutan menyeluruh dan meluas terhadap gagasan 1Malaysia, sekali gus meyakinkan kerajaan terhadap penerimaan segenap lapisan masyarakat.

Dalam pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang kelmarin, calon BN, Tan Sri Mohd Isa Samad menewaskan calon Pas, Zulkefly Mohamad Omar dengan majoriti 5,435 undi.

"Kalau kita menang besar, kita mesti pertahankan kemenangan kita. Kalau kita kalah, kita mesti tebus kekalahan kita," katanya.

Rakyat Sarawak harus mengambil iktibar di atas kemenangan BN ini bagi menjamin kesejahteraan dan kemakmuran masyarakat di bawah gagasan 1Malaysia. Apa yang rakyat Sarawak kecapi sekarang adalah di atas usaha BN untuk terus menjadikan Sarawak sebagai sebuah negeri berdaya saing dan maju di dalam Malaysia.
 

SPEKULASI WANITA PENAN DIROGOL AKHIRNYA TELAH TERJAWAB

“Saya tidak pernah dirogol dan saya sendiri tidak tahu menahu apa itu rogol seperti yang dilaporkan oleh beberapa buah akhbar baru-baru ini. Saya menafikan kejadian itu,” tegas Benda Di.

Sebelum ini beberapa NGO, PAS dan PKR Sarawak telah memperbesarkan cerita kononnya gadis Penan dirogol dan tiada tindakan diambil. Tindakan ini dikatakan telah menafikan hak masyarakat Penan.

Setelah beberapa desakan untuk meminta gadis Penan yang dikatakan terlibat itu untuk tampil bagi memberi penerangan kepada polis tentang situasi kejadian sebenar berlaku. Akhirnya gadis misteri itu telah berjaya menempuh pelbagai halangan daripada penduduk kampung dan keluarga yang menghalangnya keluar dari kampung dan seterusnya membuat laporan polis. Tindakan penduduk kampung ini dipercayai didalangi oleh seorang lelaki yang bernama Martin.

Benda Di, 22 tahun telah mendedahkan wujud muslihat di sebalik dakwaan kes rogol yang digembar-gemburkan selama ini.

Beliau telah tampil membuat laporan polis pada jam 1.45 petang di Balai Polis di Pekan Kecil Long Lama, Sabtu lalu. Dalam laporannya, beliau menegaskan kejadian rogol terhadapnya tidak pernah berlaku seperti yang dilaporkan oleh kumpulan yang tidak bertanggungjawab.


a. Pada bulan Oktober 2008, di Kampung Long Item Patah Baram, seorang lelaki Penan yang dikenali sebagai Martin telah menawarkan untuk membawa beliau dan anaknya berusia setahun yang menghidap sakit demam ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan.

“Kebetulan pada masa itu, anak saya demam dan saya bersetuju untuk mengikut Martin ke Kuala Lumpur dengan tujuan merawat penyakit anaknya,” jelas Benda Di lagi.

b. Benda Di memberitahu kakaknya Beta tentang tujuan lelaki itu dan meminta bantuan kakaknya untuk menyampaikan pesanan kepada suaminya bahawa beliau ke Kuala Lumpur untuk mengikut Martin merawat penyakit anaknya.

Selain Benda Di dan dua orang anaknya, seorang lagi wanita Penan yang dikenali sebagai Jenny juga telah turut serta dalam pergi ke Kuala Lumpur. Sebelum ke Kuala Lumpur, mereka telah menginap di sebuah hotel di Kuching selama enam hari.

“Semasa kami di Kuala Lumpur, saya dan Jenny telah dipaksa oleh Martin supaya mengikut arahannya dan saya disuruh menandatangani laporan di Balai Polis Bukit Aman yang saya tidak tahu apa sebenarnya berlaku. Martin memperingatkan saya supaya tidak membuat laporan apabila pulang ke Sarawak. Sebaliknya, Martin telah menghilangkan diri setelah membuat laporan di Bukit Aman,” tegas Benda Di.

Sebelum menghilangkan diri, Martin telah memberi wang sebanyak RM100 seorang kepada saya dan Jenny.

“Saya dan Jenny menetap di Kuala Lumpur dan menumpang di sebuah rumah milik seorang Melayu di alamat yang saya tidak ketahui,” katanya.

Pada bulan Disember sebelum Perayaan Krismas 2008, beliau telah pulang ke Sarawak dengan bantuan seorang peguam wanita yang saya tidak ketahui namanya dengan membeli tiket untuk pulang ke Miri.

Memandangkan nama baiknya telah tercemar akibat perbuatan lelaki tersebut dan dihebohkan dalam akhbar-akhbar, beliau bertekad untuk membuat laporan polis dan meminta pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap Martin.

Persoalannya, mengapa beliau mengambil masa yang lama untuk membuat laporan polis?

c. Sepanjang berada di kampung, Benda Di tidak dibenarkan keluar dari kampung dan ditahan oleh penduduk-penduduk kampung termasuk keluarganya sendiri.

“Saya tidak tahu kenapa dan ini mungkin mereka telah dihasut oleh lelaki tersebut. Bagaimanapun, atas usaha saya yang tidak pernah menyerah kalah, akhirnya saya berjaya keluar dari kampung itu dan membuat laporan di Balai Polis Long Lama malam semalam,” tambah Benda.

Ketua Polis Daerah Baram, DSP Jonathan Jalin telah mengesahkan menerima laporan mengenai perkara yang telah dilaporkan di Balai Polis di Pekan Kecil Long Lama Baram.

Sumber: Utusan Sarawak
 

SETAHUN BERLALU, KES LIWAT ANWAR IBRAHIM TANGGUH LAGI

Proses perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) telah banyak kali ditangguhkan atau sengaja ditangguhkan DSAI atas pelbagai helah dan alasan. Lebih 1001 macam alasan yang telah diberi.


Perbicaraan kes liwat DSAI ini yang bermula 10 September 2008 sekarang ini telah memasuki usia satu tahun namun masih lagi belum kepada isi perbicaraan. Bagi DSAI berusaha untuk terus menangguhkan perbicaraan manakala dipihak mangsa pula sekian lama menanggung sengsara angkara tindakan melewatkan perbicaraan dan mahukan kes ini diselesaikan dengan secepat mungkin.

Dan, di hari dan bulan yang baik ini serta penuh barakah ada baiknya DSAI meneruskan perbicaraan supaya masyarakat mendapat kepastian berhubung keputusan akhir kes liwat ini.


Beberapa fakta yang perlu difikirkan bersama sepanjang kelangsungan perbicaraan kes liwat ini berlangsung.

i. Tindakan DSAI melengah-lengahkan perbicaraan kes tuduhan liwat membabitkannya kerana ia bercanggah dengan prinsip menyegerakan keadilan yang dilaung-laungkan selama ini.

ii. Sekiranya DSAI benar-benar mahu mencari keadilan dan membuktikan dirinya tidak bersalah haruslah segerakan perbicaraan kes liwatnya itu.

iii. Permohonan penangguhan berkali-kali DSAI seolah- olah cuba untuk mengalih perhatian rakyat yang tertunggu-tunggu kes tersebut dibicarakan.

iv. Tindakan DSAI itu untuk menangguhkan perbicaraan kes liwatnya itu seolah-olah mempersendakan mahkamah dan memberi tekanan kepada Saiful Bukhari.

v. Mahkamah sepatutnya mengeluarkan amaran kepada DSAI supaya tidak sengaja melewat-lewatkan kes tersebut dengan mencipta pelbagai alasan kerana ia memberi kesan kepada perjalanan mahkamah itu sendiri.

vi. Penangguhan kes secara keterlaluan itu membazirkan masa mahkamah dan pasukan pendakwa serta Saiful Bukhari sendiri yang kini terpaksa berhadapan dengan pelbagai tohmahan.

vii. DSAI sepatutnya menyegerakan perbicaraan itu sebagai langkah segera itu penting kerana Saiful Bukhari juga mahu membuktikan dirinya adalah mangsa dalam kes itu dan kedua-dua pihak sepatutnya menyerahkan kes itu untuk dibicarakan mahkamah secepat mungkin.

viii. Tiada cara lain kecuali menerusi proses mahkamah, kedua-dua pihak dapat membuktikan siapa yang benar dan siapa yang bersalah.

ix. Tindakan Anwar menangguhkan berkali-kali proses perbicaraan ini telah menyebabkan pembaziran kos, waktu dan tenaga manusia di mahkamah.

x. Penangguhan perbicaraan kes liwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), DSAI memberi gambaran seolah-olah pemimpin pakatan pembangkang itu takut kepada kebenaran.

xi. Kes berkenaan sangat penting kepada masyarakat kerana ia melibatkan isu moral bagi seorang pemimpin yang mempunyai impian untuk menjadi Perdana Menteri.

xii. Sebagai seorang pejuang rakyat dan pejuang keadilan Anwar seharusnya perlu memastikan perbicaraan beliau selesai secepat mungkin.

xiii. Sikap pemimpin pembangkang itu yang sering mencari alasan bagi menangguhkan perbicaraan di mahkamah hanya mengundang tanda tanya masyarakat.

Soalan kepada DSAI yang perlu difikirkan dan diberikan jawapan, kenapa perlu tangguh perbicaraan kalau tidak bersalah. Penanguhan ini seolah-olah DSAI takut pada sesuatu. Takut pada kebenaran yang akan terbongkar dalam perbicaraan.

 

UNIKNYA PERSIDANGAN DUN PAKATAN RAKYAT: SELEPAS BAWAH POKOK, BERSIDANG DI HOTEL

KUCHING – Pakatan Rakyat di Perak meneruskan langkah ’terdesaknya’ dengan mengadakan ’Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN’ di sebuah hotel. Sebelum ini Pakatan Rakyat telah menggembarkan demokrasi Malaysia apabila mengadakan Sidang DUN di bawah pokok. Suatu tindakan yang dianggap sebagai melampau kerana membelakangi undang-undang serta tidak mendapat perkenan daripada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Kekerasan dan kedegilan ahli-ahli Pakatan Rakyat diketuai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) YB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dan Pengerusi DAP, YB Datuk Ngeh Koo Ham, apabila merempuh pasukan polis yang berkawal sejak awal pagi di perkarangan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK). Beginikah sikap ADUN yang dipilih rakyat sehingga sanggup membuat kekerasan terhadap anggota polis. Nizar, di manakah pengetahuan akhlak yang dipelari dalam PAS? Beginikah semua kelakuan ahli-ahli YB PAS?

Itulah ’modus operandi’ parti pembangkang di Perak. Apa yang berlaku hari ini tiada bezanya dengan peristiwa-peristiwa sebelum ini. Tujuannya adalah untuk menarik perhatian. Usaha itu perlu diteruskan kerana mereka merasakan sokongan terhadap pembangkang makin berkurangan. Pembangkang sanggup membelakangkan undang-undang demi mencapai agenda politik mereka. Dan, apabila undang-undang tidak menyebelahi mereka bermacam tuduhan dan tohmahan dilemparkan.

Maka, tidak dapat diadakan di SUK, 'sidang DUN' pun dibuat di sebuah hotel, yang terletak kira-kira lima kilometer dari bangunan SUK. Tindakan pembangkang mengadakan DUN di hotel bukan sahaja membelakangkan Sultan Perak tetapi juga mencemar amalan demokrasi.

ADUN Tronoh, V. Sivakumar bertindak sebagai Speaker memulakan ’persidangan’ DUN Perak yang dihadiri pembangkang. Tiga usul menjadi inti pati 'persidangan'. Ketiga-tiga usul hanya berkisar soal 'peralihan kuasa' dan 'kuasa yang hilang'. Sementara satu usul tergempar mempertikaikan peranan polis melaksanakan tugas mereka. Setelah kehilangan kuasa dan jawatan tetapi masih beranggapan sebagai Speaker sehingga sanggup bertindak di luar batasan telah mencemarkan pentadbiran Perak dan demokrasi negara.

Untuk itu, kepada rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan memelihara demokrasi negara, marilah sama-sama kita menegakkan kebenaran dan menidak kemungkaran. Yang baik menjadi sanjungan dan yang sebalinya dibuang jauh.
 

KEPELBAGAIAN ETNIK CETUSKAN SEMANGAT 1MALAYSIA DI SARAWAK

Tanpa mempedulikan suasana sekitar di sebuah kedai kopi, pelbagai isu semasa hangat diperdengarkan oleh masyarakat tempatan sama ada mengenai politik tempatan, pemimpin politik tempatan dan pemilihan dalam parti politik yang sedang berlangsung sekarang dalam suasana yang mesra dan santai.



Sarawak dianggarkan mempunyai kira-kira 30 suku kaum termasuk etnik minoriti yang tidak pernah didengar seperti Lahanan, Sihan, Ukit, Kanowit, Bukitan, Kejaman dan sebagainya. Walaupun suku kaumnya banyak, namun konflik kaum adalah sesuatu yang asing di negeri ini.



Namun begitu, semenjak kedatangan parti pembangkang dari Semenanjung Malaysia terutama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Democratic Action Party (DAP) telah mengganggu-gugat kestabilan politik Sarawak dan keamanan masyarakat berbilang kaum. Segala macam budaya demonstrasi dan cacian serta kecaman terhadap pemimpin oleh pembangkang telah cuba diserap ke dalam budaya masyarakat Sarawak.







Ramuan Kejayaan Sarawak



Persoalan apakah ramuan kejayaan Sarawak dalam mewujudkan masyarakat yang bersatu padu tanpa konflik dan persengketaan? Sarawak pernah juga mengalami pertelagahan kaum tetapi berakhir dengan perdamaian sekitar tahun 1924.



Berdasarkan amalan nyanau atau kegiatan memburu kepala adalah masalah rumit sehingga menjejaskan hubungan etnik, tetapi kini semua itu sekadar tinggal dalam lipatan sejarah. Dari segi sejarah, hubungan perdagangan antara pelbagai kumpulan etnik menjalinkan dan menggalakkan hubungan infra etnik di Sarawak.



Keupayaan Sarawak di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) membawa dan mengekalkan kestabilan politik dan perpaduan kaum telah cuba diragut oleh pembangkang atas prinsip politik berkepentingan peribadi. Politik pembangunan yang dibawa BN pastinya telah membawa banyak perubahan di Sarawak khususnya di kawasan luar bandar.





Pendidikan



Dewasa ini, generasi muda yang semakin terdedah kepada dunia luar dengan pendidikan yang lebih baik mempunyai peluang lebih terbuka untuk berinteraksi dengan kaum-kaum lain.





Peluang mendapat pendidikan sepanjang hayat telah banyak membantu rakyat mendapat pendidikan yang sempurna. Pendidikan juga telah membantu masyarakat meningkatkan keupayaan mereka mengekalkan perpaduan bagi menjamin kestabilan politik negara.





Perkahwinan Campur



Penduduk Sarawak kian terbuka kepada perkahwinan campur antara kaum dan agama sehingga berlakunya amalgamasi, iaitu satu proses apabila ras atau budaya bercampur untuk membentuk budaya dan ras baru.



Perkahwinan campur antara Melayu dengan bukan Melayu adalah sesuatu yang biasa. Yang menarik, keluarga asal tidak menentang perkahwinan campur malah amat faham akan tuntutan agama Islam apabila ahli keluarga yang sudah memeluk Islam kembali ke rumah di kampung.





Di Sarawak, sikap bertolak ansur dan persefahaman yang tinggi memungkinkan mereka hidup aman damai dan harmoni dan menjadi pemangkin yang mengukuhkan tali persaudaraan serta perpaduan. Jiran berlainan kaum, agama dan kepercayaan tidak mempunyai masalah dari segi hubungan etnik.



Sesungguhnya, perkahwinan campur antara etnik dengan agama, budaya dan adat resam yang berbeza, bertolak ansur dalam amalan beragama dan kehidupan seharian adalah tunjang utama dalam hubungan etnik yang harmoni di Sarawak. Melalui hubungan ikhlas sesama penduduk bara syak wasangka dapat dipadamkan.





Parti Politik



Keharmonian hubungan etnik terserlah daripada perkongsian kuasa melalui pelbagai parti politik seperti Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dianggotai pelbagai etnik peribumi termasuk masyarakat minoriti.



Sebagai tonggak kepada BN Sarawak, PBB berusaha mempertingkatkan persefahaman dan perpaduan kaum di Sarawak. Selain PBB, Sarawak United People Party (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Sarawak Progresif Democratic Party (SPDP) di bawah satu komponen BN sentiasa memastikan keharmonian dalam perpaduan dikekalkan dan menjadi kunci kepada pentadbiran berkesan.



Kemasukan PKR di Sarawak dalam usahanya menempatkan diri dalam politik di Sarawak telah tidak disenangi rakan karibnya DAP yang menganggap kemunculan PKR bukan sahaja mengganggu perancangan DAP bahkan melenyapkan dominan DAP sebagai sebuah parti pembangkang yang dihormati.





Kesimpulan



Prasangka, stereotaip dan etnosentrisme adalah musuh utama perpaduan dan pencapaian konsep 1Malaysia. Sarawak bernasib baik kerana pada amnya rakyat pelbagai etnik tidak mempunyai prasangka terhadap etnik lain. Itulah sebabnya mereka dapat berinteraksi dalam pelbagai keadaan.









Toleransi yang tinggi dalam masyarakat pelbagai kaum tidak harus digadai untuk kepentingan politik jangka pendek. Sebarang anasir luar yang cuba menyusup dengan tujuan untuk menjejaskan hubungan harmoni harus dicegah daripada awal sebelum terlambat. Bukan mudah untuk membina perpaduan dan toleransi tetapi perpaduan dan keharmonian dapat diruntuhkan dengan sekelip mata.



Bersempena dengan perayaan Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-52 yang bertemakan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, marilah kita bersama-sama bersyukur dan berasa keinsafan di atas apa yang telah berlaku. Kepada rakyat Sarawak, marilah kita sama-sama memelihara perpaduan dan keamanan yang sedang dikecapi sekarang dan menolak sebarang cubaan untuk memecahbelahkan perpaduan yang telah kita nikmati 46 tahun. Kekalkan pentadbiran sedia ada.



Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan!!!. Merdeka, Merdeka, Merdeka.


 

NIK AZIZ: PAS TIDAK BANTAH TINDAKAN DAP HINA ISLAM


Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak melenting malah tidak membantah sedikitpun di atas tindakan segelintir pemimpin DAP yang akhir-akhir ini lantang menghina Islam. Beliau sebaliknya menyatakan tindakan pemimpin DAP itu menghina Islam disebabkan parti itu bukan parti Islam dan kefahaman mereka terhadap agama rasmi Persekutuan itu mungkin tidak mendalam.

Harus diingat bahawa DAP itu ialah parti yang sama-sama berjuang dalam Pakatan Rakyat bersama dengan PAS dan PKR. Walaupun tidak sama ideologi tetapi perjuangan mereka TETAP sama.

"DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam," katanya.

PAS sebagai rakan kepada DAP dalam pakatan pembangkang, mengambil pendekatan memberi penerangan kepada pemimpin parti itu supaya mereka lebih memahami Islam.

Kenapa masih lagi pemimpin DAP hina Islam sekiranya peranan PAS dilaksanakan dalam PR. Nampaknya, pemimpin DAP ini tidak menghormati PAS dan Islam. Siapakah yang bersalah? Pemimpin PAS ataupun pemimpin DAP.

Kenapa perlu menyalahkan sikap pemimpin Islam sedangkan pokok pangkalnya ialah pemimpin dan parti yang sama-sama berjuang dalam PR yang telah menghina Islam. Adakah Mursyidul Am PAS itu tidak memahami intipati sebenar atau sengaja memutarbelitkan persoalan?

Nik Aziz juga mempertikaikan tindakan pihak tertentu yang melabelkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat. Sebaliknya beliau berkata perkara yang patut dipertikaikan adalah jika berlaku kepincangan dalam pelaksanaan dasar PKR dan bukannya membuat serangan peribadi.

Tidak pernah pemimpin BN menghina mahupun melancarkan serangan peribadi ke atas pemimpin pembangkang. Sebaliknya, dalam masa berkempen ataupun tidak, pemimpin-pemimpin daripada pembangkang terutama Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kerap kali melancarkan serangan peribadi ke atas pemimpin BN. Apakah apabila pemimpin pembangkang menghina peribadi pemimpin BN dianggap sebagai mempertahankan diri?

Sumber: Berita Harian
 

TINDAKAN PERDANA MENTERI ARAHKAN MENTERI-MENTERI KABINET PERSEKUTUAN KERAP LAWAT SARAWAK SUATU LANGKAH YANG BIJAK

KUCHING - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengarahkan menteri-menteri kabinet persekutuan agar kerap melawat Sarawak bagi melihat sendiri apa yang perlu dibuat untuk membantu penduduk di negeri itu terutama dalam bidang pendidikan dan ekonomi.

Arahan itu bertujuan agar menteri-menteri Barisan Nasional (BN) menyedari bahawa Pakatan Rakyat sedang memberikan tumpuan di Sarawak, lebih-lebih lagi kerana pilihan raya Dewan Undangan Negeri Sarawak akan datang.

Pakatan Rakyat sekarang sedang giat memperbanyakkan aktiviti penyebaran ceramah dan dakyah mereka di beberapa kawasan khususnya di kawasan luar bandar. Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini telah mengadakan beberapa perbincangan dengan DAP dan parti pembangkang tempatan di Sarawak dalam menghadapi pilihan raya negeri Sarawak akan datang.

“Kita tahu mereka (pembangkang) beri tumpuan ke Sarawak dan cuba bawa propaganda mereka ke Sarawak. Saya yakin pimpinan Sarawak pun sedar dan mereka menjalankan kerja-kerja yang sepatutnya untuk terus membangunkan Sarawak dan mewujudkan kerja-sama dan perpaduan erat dan di samping itu peranan pimpinan pusat membantu Sarawak perlu ditingkatkan,” kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kenyataan Timbalan Perdana Menteri itu mempunyai kebenarannya. Dalam beberapa hari sebelum itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah datang membawa rakan-rakan seperjuangannya untuk berceramah di Kuching. Selain Anwar, isterinya juga telah turut bertandang ke Sarawak bagi menyebarkan dakyah pembangkang mengenai kepincangan kerajaan BN. Perkara sebegini jika dibiarkan pastinya memberi ruang yang banyak kepada pembangkang untuk meracuni pemikiran penduduk Sarawak.

Oleh yang demikian, “Kita perlu bekerja keras… 10 kali lebih keras daripada masa lepas kerana kita tahu cabaran kita banyak dan keadaan kita agak kritikal,” kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berpendapat ada peningkatan sokongan rakyat kepada kerajaan BN berikutan langkah dan dasar yang dilaksanakan oleh Najib seperti 1Malaysia dan Petunjuk Prestasi Utama (KPI). Justeru, arahan Perdana Menteri yang mengarahkan menteri-menteri kabinet untuk lebih kerap datang ke Sarawak adalah sesuatu yang bertepatan. dan bijak Kerajaan tidak harus membiarkan Pakatan Rakyat untuk terus bermaharajalela dalam meracuni pemikiran rakyat Sarawak. Masyarakat Sarawak tetap dan masih mengharapkan bantuan serta pertolongan Kerajaan BN untuk masa depan anak dan cucu cicit Sarawak yang lebih gemilang serta terpelihara.

Kedatangan Pakatan Rakyat ke Sarawak bukan sahaja cuba meracuni pemikiran rakyat Sarawak bahkan juga membawa budaya Pembangkang seperti berdemontrasi dan mencaci pemimpin. Oleh yang demikian, rakyat Sarawak dituntut untuk berfikiran kritis dengan menolak setiap budaya yang membawa kemusnahan seperti yang dipertontonkan pembangkang di Semenanjung Malaysia. Kita mahukan kedamaian dan bukannya kehancuran.
 

MENTERI BESAR SELANGOR TIDAK HORMATI MESYUARAT MAJLIS RAJA-RAJA KE-218



“Tan Sri Khalid Ibrahim tak hormat Mesyuarat Majlis Raja-Raja, buang masa berkempen untuk kepentingan PKR sahaja”.


DATUK AMAR HAJI AWANG TENGAH
Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Kedua


KUCHING – Hampir seminggu Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-218 yang diadakan di Kuching telah berlalu. Daripada riak wajah, secara keseluruhannya Sarawak telah berjaya menjalankan tugasnya sebagai penganjur dan tuan rumah bagi Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-218. Namun begitu, di sebalik kecemerlangan penganjuran tuan rumah menganjurkan majlis itu, tidak terkecuali terdapat beberapa perilaku yang menjejaskan kelancaran Mesyuarat Majlis Raja-Raja itu.

Sikap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang tidak beradat dan tidak menghormati Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-218 telah mencalar penghormatan serta pujian ke atas Sarawak selaku penganjur yang terbaik acara itu setakat ini.

Di samping tidak menghadiri beberapa acara yang diadakan, Tan Sri Khalid juga turut berkempen untuk kepentingan peribadi dan parti politiknya. Tindakan Menteri Besar Selangor itu yang juga merupakan Pengerusi Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-218 adalah sesuatu yang tidak wajar dilakukan dan lebih penting lagi ia tidak menghormati mesyuarat berkenaan.

Ketidakhadiran beliau di beberapa acara rasmi bersempena dengan Mesyuarat Majlis Raja-Raja disebabkan beliau menggunakan masa tersebut untuk berkempen demi kepentingan diri dan parti. Tindakan beliau itu bukan sahaja mencalarkan majlis bahkan tidak menghormati institusi beraja. Apakah pemimpin sebegini yang rakyat Sarawak mahukan dalam memerintah Sarawak suatu hari nanti. Budaya yang dibawa PKR ini sememangnya tidak sesuai bagi masyarakat Sarawak dan masyarakat Malaysia keseluruhannya.

Di sepanjang Mesyuarat Majlis Raja-Raja, beliau hanya kelihatan mengikuti acara yang diadakan pada hari terakhir sahaja (Khamis). Tindakan Menteri Besar Selangor itu turut tidak disenangi oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almahum Sultan Aalahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj.
 

BERDEMONTRASI PERJELASKAN BUDAYA SEBENAR PEMBANGKANG

KUCHING - Warga Malaysia khususnya mereka yang tinggal di Kuala Lumpur telah melalui keperitan apabila ramai di kalangan mereka terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, para peniaga terpaksa menutup perniagaan dan aktiviti riadah di hujung minggu terjejas.

Kesengsaraan ini disebabkan KEJAHILAN sekelompok manusia yang tetap mahu turun ke jalan raya untuk berdemonstrasi kononnya bagi menuntut pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Dipercayai dalang utama disebalik tercetusnya berdemontrasi ini adalah berpunca daripada Pembangkang atau lebih dikenali Pakatan Rakyat (PR). Ini terbukti apabila beberapa pemimpin PKR. DAP dan PAS kelihatan memberi ucapan dan mengetuai perhimpunan haram itu.
Perbuatan mereka turun ke jalanan adalah perbuatan tidak bertamadun dan tidak bersesuaian dengan budaya masyarakat negara ini. Mereka sebaliknya hanya mementingkan agenda politik mereka sendiri sahaja TANPA memperdulikan keadaan orang lain. Apakah pemimpin dan parti politik yang ingin dimahukan rakyat? Nescaya, jika beginilah pemimpin yang diinginkan rakyat Malaysia, maka ia adalah satu pilihan SALAH dan membawa kepada kehancuran. Mereka ini hanya bijak memutarbelitkan kata-kata sahaja tatkala apa yang mereka lakukan ini betul.
Justeru, rakyat Sarawak diminta untuk TIDAK menerima pemimpin dan budaya sebegini yang boleh menggugat kestabilan Sarawak. Selama pemerintahan BN, tidak pernah berlakunya budaya ini melainkan beberapa insiden perhimpunan HARAM yang dicetuskan PKR Sarawak sebagai usaha mendapat perhatian masyarakat. Persoalannya, adakah rakyat Sarawak mahukan pemimpin dan parti politik yang sering mencetuskan kekacauan dan menyusahkan rakyat mentadbir Sarawak?

Kenapa perlu berdemontrasi di masa negara kita mempunyai Parlimen sebagai kuasa tertinggi negara. Mungkin bagi mereka tidak seronok bercakap atau berdebat secara sopan di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri. Mereka lebih suka bersikap biadap di jalanan dengan berdemonstrasi dan kemudiannya bertempur dengan pihak polis.

Di masa pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melalui gagasan 1Malaysia telah diterima dengan baik oleh masyarakat Malaysia, pembangkang pula berusaha mencetuskan rasa kurang senang mereka terhadap usaha Perdana Menteri untuk menyatupadukan rakyat Malaysia.

Sekarang ini, kita boleh menilai yang mana kaca dan yang mana berlian. Selama pemerintahan BN, kerajaan sentiasa memikirkan keperluan dan kepentingan rakyat. Sebaliknya, pemimpin PR cuba membawa budaya negatif kepada masyarakat Malaysia. Lihat sahaja setiap hari pemimpin-pemimpin PR turun naik mahkamah atas beberapa dakwaan dan tuduhan. Sekiranya seseorang pemimpin itu mempunyai reputasi baik sukar untuk kita melihat dan mendengar pemimpin itu didakwa atau dihadapkan ke mahkamah.

Di sebalik mahu memansuhkan ISA yang mana ia bukan isu baru malah telah lama diperkatakan sejak pemerintahan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir lagi sebaliknya mereka ini sengaja hendak memburukan kembali nama polis dan imej kerajaan akan tergugat. Mereka berharap apabila demonstrasi itu disuraikan dengan tembakan gas pemedih mata, kejadian itu akan dirakam oleh wartawanwartawan asing dan disiarkan seluruh dunia. Ini akan membolehkan matlamat mereka memburukkan imej negara tercapai. Itulah sebenarnya niat mereka.

 

HADI PERLU MINTA MAAF DI ATAS KENYATAANNYA MENGHINA MASYARAKAT IBAN

KUCHIING - Kemenangan BN dalam pilihan raya kecil DUN N29 Batang Ai pada 7 April 2009 yang lalu tidak sewajarnya diperlekehkan dengan menuduh penduduk tidak tahu mengundi serta masih memakai cawat.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu berkata “kejayaan BN pada pilihan raya kecil adalah ekoran penduduk mulai sedar kelemahan pembangkang dan yakin dengan kerajaan sedia ada”.

Presiden PAS itu tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan itu dan harus meminta MAAF kepada masyarakat Iban di Lubok Antu.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan menerusi malaysiakini.com pada 11 Julai lalu, Hadi berkata kekalahan pembangkang dalam pilihan raya kecil DUN Batang Ai, 7 April lalu disebabkan pengundinya tidak tahu mengundi dan masih memakai cawat.

“Semua pilihan raya kecil sebelum ini keputusannya memihak kepada kita. Cuma di Batang Ai sahaja kita kalah sebab mereka tidak reti undi, pakai cawat lagi. Saya bukan nak hina tetapi yang pakai molek, undi PAS.” - Petikan ucapan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Malaysiakini.com: 11 Julai 2009)

Kenyataan Hadi itu juga secara langsung telah menghina dan merendah-rendahkan pengundi Dayak di Lubok Antu.

Kenapa hendak mempertikaikan pengundi Iban sekiranya memilih BN? Itukan pilihan pengundi atas prinsip demokrasi. Atau adakah bila memilih PAS atau Pakatan Rakyat itu barulah dipanggil demokrasi?

“Memanggil pengundi Dayak di kawasan Lubok Antu sebagai tidak bertamadun (masih memakai cawat) dan tidak tahu mengundi adalah satu kenyataan yang tidak betul dan tidak sepatutnya dikeluarkan oleh individu yang mempunyai gelaran ustaz dan ulama seperti Datuk Seri Hadi Awang”

Beginikah personaliti sebenar pemimpin tertinggi PAS? Jika begitu, beliau tidak layak dipanggil pemimpin.

Pada pilihan raya DUN Batang Ai itu, tiada seorang pun pengundi Dayak memakai cawat.

Bagaimana Hadi boleh terdorong mengeluarkan kenyataan sebegitu walaupun hakikatnya tiada seorang pun pengundi Dayak yang turun mengundi memakai cawat. Dan apakah jika memilih BN sebagai calon pilihan, maka pengundi itu tidak tahu mengundi???

Pada pilhan raya DUN Batang Ai, calon BN, Malcolm Mussen Lamoh menewaskan bekas anggota Parlimen Lubok Antu selama lima penggal, Jawah Gerang dari Parti Keadilan Rakyat.

Untuk pengetahuan Hadi dan para pemimpin Pakatan Rakyat yang tidak tahu menahu mengenai budaya dan adat masyarakat Dayak, dari segi budaya masyarakat Iban atau Dayak, cawat merupakan sebahagian daripada pakaian tradisional dan akan digunakan pada majlis-majlis tertentu bagi menampilkan kebudayaan kaum Dayak dan bukan secara terbuka.

Dalam memperbetulkan tanggapan ini, Presiden PAS, Hadi Awang diminta berkunjung ke rumah-rumah panjang dan melihat sendiri situasi penduduk di sini sebelum lantang memperkatakan sesuatu yang TIDAK BENAR.
 

REGATA SARAWAK 31 JULAI - 2 OGOS 2009


31 JULAI - 2 OGOS 2009
SUNGAI SARAWAK, TEBINGAN KUCHING.
Regata Sarawak datang lagi. Kali ini, Regata Sarawak pastinya lebih meriah dengan Perasmian Dewan Undangan Negeri Sarawak yang baru dan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Yang Ke 218. Perasmian Regata Sarawak dijadualkan dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 27 Julai 2009, jam 2.00 petang bertempat di Tebingan Kuching. Pada malamnya, diadakan Kapal Berhias yang diadakan di Sungai Sarawak. Regata Sarawak secara rasminya hanya akan bermula pada 31 Julai hingga 2 Ogos 2009. Orang ramai dijemput hadir bagi sama-sama memeriahkan Regata Sarawak 2009.

Regata Sarawak merupakan sukan air popular yang diadakan setiap tahun. Kemunculannya pada setiap Ogos sememangnya sentiasa dinanti-nantikan oleh orang ramai khususnya mereka yang meminati perlumbaan kayak dan perahu panjang. Mengimbau sejarah, regata yang popular di Sarawak dikenali sebagai regata Baram yang telah diadakan buat pertama kali di Marudi pada 1899. Namun begitu, sejarah sukan air itu bermula di Kuching pada 1871 dan ia dikenali sebagai Regata Sarawak. Bermula dari saat itu, Regata Sarawak diadakan setiap tahun dan dijadikan acara tahunan.

Cabaran Regata Sarawak diperkenalkan sebagai sebahagian daripada atur cara dalam Pesta Kuching bagi meraikan sambutan hari ulang tahun bandar raya Kuching dan Hari Kebangsaan. Regata Sarawak mula diperkenalkan sejak 138 tahun lampau dan kini merupakan di antara produk pelancongan yang utama di Sarawak. Ia telah dimasukkan dalam kelompok acara tradisi lain dalam kalendar pelancongan negeri oleh Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) dalam usaha 'menjual' negeri ini di mata dunia.

Berbanding dengan acara lain, Regata Sarawak mempunyai keistimewaan tersendiri dalam menarik kedatangan pelancong baik dari Semenanjung atau negara-negara luar. Selain dapat menghayati keindahan dan keaslian Sungai Sarawak, pelancong akan dapat menyaksikan kehangatan dan kemeriahan sukan air tradisi itu dipertandingkan.

Mereka boleh melihat bagaimana para peserta yang terdiri daripada pelbagai suku kaum dalam satu kumpulan bekerjasama dan berpadu tenaga dalam mengendali perahu panjang masing-masing untuk memburu kejayaan.

Regata Sarawak mampu menjadi saluran terbaik bagi menonjolkan kepada pelancong luar mengenai warisan sukan tradisi yang dipelopori oleh suku-suku kaum yang terdapat di negeri ini. Tidak dinafikan, Regata Sarawak merupakan aset yang amat bernilai kepada Bumi Kenyalang dalam menggemilang dan melonjakkan sektor pelancongan serta pertumbuhan ekonomi negeri ini pada masa depan.
 

DUN N41 MANEK URAI: MAJORITI UNDI PAS KURANG PETANDA RAKYAT MAHUKAN PERUBAHAN

Persaingan merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N41 Manek Urai telah sampai ke penamatnya apabila calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah memenangi pilihan raya tersebut dengan kelebihan 65 undi mengatasi calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat. Melihat kepada keputusan tersebut, sebenarnya BN tidak kalah dalam pilihan raya DUN N41 Manek Urai ini walaupun gagal memperoleh kemenangan muktamad. Sebaliknya, BN berjaya kemenangan moral apabila berjaya mengurangkan jumlah majoriti pengundi sebelum ini. Terdahulu, dalam pilihan raya umum lepas, PAS memperolehi majoriti 1,352.



Kekalahan tipis calon BN kepada calon PAS dalam pilihan raya DUN N41 Manek Urai hari ini menunjukkan angin perubahan akan berlaku atau lebih tepat lagi rakyat mahukan angin perubahan. Kejayaan mengurangkan jumlah majoriti daripada 1,352 undi sebelum ini kepada 65 undi merupakan isyarat jelas bahawa rakyat mahukan perubahan. Keputusan itu juga menunjukkan petanda rakyat sudah mula memahami dan boleh menilai kepimpinan berwibawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib bin Tun Razak untuk membawa perubahan kepada negara.



Kawasan DUN N41 Manek Urai mempunyai 31,000 orang penduduk. Daripada jumlah tersebut, hanya12,929 penduduk sahaja yang layak mengundi dalam pilihan raya DUN N41 Manek Urai. Peratus keluar mengundi yang dicatatkan dalam pilihan raya DUN N41 Manek Urai ini telah meningkat kepada 87.3 peratus. Peratusan keluar mengundi ini melebihi jangkaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Peningkatan peratusan pengundi keluar ini didorong oleh keadaan cuaca yang mengizinkan, ditambah pula cuti umum bagi negeri Kelantan sehingga mendorong pengundi yang berada di luar kawasan dapat turun mengundi dan kesedaran pengundi terhadap proses demokrasi.



Kejayaan tipis PAS itu bagaimanapun memberi kemenangan moral kepada BN kerana bukan saja berjaya menembusi kubu kuat PAS di N41 Manek Urai, bahkan ia turut memberi isyarat lantang bahawa penduduk Kelantan kini tidak lagi mahu terus dibelenggu dengan hanya nasihat, doa dan bersyukur dengan apa yang dimiliki hari ini.



Ternyata pepatah yang pernah digunakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menang tidak semestinya menang dan yang kalah tidak semestinya kalah, adalah ayat pertama menjalar di fikiran.



Kemenangan tipis PAS berbanding majoriti 1,352 undi yang diperoleh pada Pilihan Raya Umum Mac 2008, boleh dikaitkan kepada beberapa faktor:



a. Perubahan kepemimpinan BN yang diterajui Najib.

b. Sikap BN yang begitu bersungguh-sungguh untuk menjaga kebajikan penduduk.

c. Keinginan penduduk Manek Urai untuk menyertai arus perubahan yang semakin pantas di sekeliling mereka.

d. Sikap dan kewibawaan calon BN yang dilihat amat ikhlas ingin membawakan perubahan yang sudah lama dinanti-nantikan oleh penduduk.

e. Kerja keras Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed serta anak buahnya.



Kekalahan tipis BN mungkin akan dikesali majoriti penduduk Manek Urai, terutama yang selama ini penyokong kuat PAS kerana mereka terlepas peluang untuk menikmati pembangunan infrastruktur, ekonomi dan sosial lebih baik.



Mereka tahu, semua janji BN seperti yang disampaikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan ditunaikan. Gelaran Manek Urai akan menjadi ‘anak emas’ Kerajaan Pusat sekiranya BN menang bukan diberi sewenang-wenangnya, kerana daerah ini memang akan menjadi anak emas BN sekiranya Tuan Mat menang. Namun, dengan kekalahan ini penduduk Manek Urai yang menginginkan perubahan terpaksa menggigit jari.



Walau apapun analisis yang dibuat, tindakan YB Manek Urai yang baru keluar dewan tanpa senyuman manis juga adalah cerminan kepada wajah semua pemimpin tertinggi PAS yang sudah pasti turut terpaku dengan keputusan mengejutkan itu.



Walaupun tewas dan ada yang mengalirkan air mata kerana tewas amat tipis, BN kini boleh berikrar untuk bekerja lebih keras bagi memastikan sokongan yang diterima semalam, akan berterusan sehingga 2012 nanti.



Tuan Mat mungkin pulang ke rumah dengan rasa kecewa, tetapi dia boleh berdiri bangga kerana berjaya menembusi kubu kuat PAS. Yang pasti dia akan meneruskan perjuangan untuk terus membantu menaikkan martabat dan taraf hidup saudara mara serta sahabat handainya di Manek Urai.



 
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger